15 April 2013

♥ Holiday : Pulau Redang

Lama gila terbengkalai blog nih hihihi~ Bz la nok awal-awal tahun nih. Tender berderet nak setel huhuhu~ Holiday g Pulau Redang awal bulan arituh pon dah dua bulan baru nak up N3 hahaha~ Dah lama g tapi still nak share ngan kawan-kawan pasal percutian kali nih. Mana tau ada yang plan nak g ke so leh wat preperesen sesiap hihihi~

Sejak akhir tahun lepas kami dah riki-riki pasal pekej dan segalanya. Dulu bujang leh la men konsep redah kasi pecah. Dah ada anak nih ekspeceli masih kekecik so perancangan awal itu penting bagi memastikan keselesaan mereka. Puas secing kat pak cik gugel.. berbalas-balas email ngan several penginapan kat sana akhirnya kami pilih pekej dari Redang Lagoon (RL). Untuk makluman g Pulau Redang bukan cam g Pulau Langkawi ek. Kita tak leh just simply pergi sana dan check in. Pengunjung biasanya digalakkan deal ngan memana resort kat sana terlebih dahulu. Dan g sana selalunya kena amik pekej komplit penginapan + makan + snokeling trip + transfer dari jeti ke pulau. Semua resort kat sana sediakan pekej memasing tapi dengan harga berbeza la ikut keselesaan dan kebintangan resort tuh hihi~


 Kami pilih RL sebab pekejnya adalah yang paling bajet dan yang paling memenuhi keperluan kami. Banyak lagi resort n chalet lain tapi harga lebih mahal la sesuai la ngan biliknya yang lebih selesa dan taraf bintang yang lebih tinggi. Makan yang disesiakan pon amat sedap dan sesuai ngan tekak orang melayu cam kami nih. Tetiap hari lauk kampung je. Best! Kalo nak info lanjut leh klik kat web dia kat atas nun.

Pekej yang kami amik berharga RM280 untuk twin sharing dan RM260 untuk triple dan quad sharing hihihi~ murah kan. Harga nih adalah termasuk ferry transfer (jeti - pulau - jeti) + penginapan 3H 2M + makan (2 x bfast + 2 x lunch + 2 x minum petang + 1 x dinner + 1 x bbq) + 3 x snokeling. Bagi saya ok dah nih. Penginapan je cam kurang sikit but still selesa siap ada ekon. Dan yang penting kat pulau nih MAXIS 3G is FULL COVERAGE! Osssemmm!



Malam 28 Feb 2013 kul 12.00 malam kami memulakan perjalan dari KL ke Kuala Terengganu (KT) menaiki 1 Alza + 1 Exora. Lupa nak bagitau kami g ramai lam 11 dewasa + 1 kk + 1 baby. Plan nyer kami kena sampai kat KT kul 7.00 pagi untuk naik feri kul 9.00 pagi. Nak naik feri kul 9.00 pagi tuh kami kena ada kat jeti kul 8.00 pagi iaitu sejam sebelum. So kalo sampai around 7.00 pagi leh la sapan n basuh muka ke hapa dulu before naik feri. Tapi kuasa Allah.. perjalanan kami ditemani ngan hujan yang amat lebat sampai tak nampak jalan huhuhu~ so terpaksa la bawak pelan-pelan lam 60km/j je camtuh. Dah bawak pelan so lari la sikit perancangannya. Kami sampai kat KT kul 8.00 pagi. So tak sempat sapan terus g tunggu feri huuhuhu~

OTW tuh memasing dah riso.. kalo ujan lebat camner nak g pulau? leh ke g pulau? kalo dah sampai pulau camner nak snokeling kalo ujan lebat? boleh ke g snokeling? nampak ke ikannya? huhuhu~ macam-macam soalan.. bayangkan pagi tuh kami sampai kat jeti pon hujan masih renyai-renyai huhuhu~ masing-masing doa jangan la percutian kami nih jadi disaster huhuhu~ plan lama nih hmmm~

Dengan kuasa Allah jugak alhamdulillah semuanya dipermudahkan selepas tuh. Cuaca amat baik sampai la kami balik ke tanah besar. Cuma ombak kuat sikit sebab katanya baru abih musim tengkujuh dan sebenarnya trip kami tuh is the 1st trip pas pulau tuh dibuka kembali. Pulau tutup dari bulan 10 hingga bulan 2 sebab tengkujuh. So trip kami 1st March tuh is the 1st trip la hihihi~ Best!

Feri ke pulau hanya ada dua kali setiap hari iaitu kul 9.00 pagi dan kul 3.00 petang. Kalo terlepas kul 9.00 pagi tuh maknanya kena la tunggu kul 3.00 petang which means tertinggal la 1st snokeling trip dan rugi la anda yang membayarnya. So kalo nak g sila tepati waktu. Kami naik di Jeti Syahbandar yang berdepan ngan Pejabat Pos tuh. Sebelah Pasar Payang. Parking dalam kawasan jeti adalah limited yer. 1st come 1st get basis. Seb bek kami sampai tuh terus g paking keta. Pas 10 minit dah penuh huhuhu~ Kalo tak paking kat dalam kena paking kat luar la kat tepi-tepi jalan tuh which means agak bahaya sikit sebab takde orang jaga dan tengokkan. Kalo paking lam kawasan jeti secure sikit sebab gate akan tutup dan berkunci bila malam. Dan bila siang ada kakitangan tolong tengok kan.

Bila sampai kita kena ready ngan senarai nama dan no kad pengenalan sesiap. Kalo g family pon kena prepare gak. Untuk insurans agaknya dan juga akan meminimumkan masa kat kaunter dan juga masa orang kat belakang yang dok tunggu kita setel huhuhu~ Masa daftar kita akan dapat tiket feri g dan balik + pas masuk pulau + pas hijau untuk diikat kat beg yang kita bawak huhuhu~ banyak nau n jerih gak la tapi redha je la huhuhu~ Pastuh kita kena bayar lak RM5 untuk Marine Park. Marine park nih kita g masa snokeling hari kedua. Bukan la bayaran masuk cuma sedekah atau contribution je la untuk penyelenggaraan Marine Park tuh. Tiket kena simpan sebab nanti g snokeling nak kena bawak sekali.



Pasnih layan gambo je la ek. Koleksi gambar dari instagram saya dan kawan-kawan dan dari kamera yang dibawak ke hulu kehilir. Oh ya! kat sana kami sewa kamera untuk dibawak time snokeling. Leh amik gambo lam air. Lupa pulak harga dan berapa keping gambar leh amik sebab kawan saya yang sewa dan kami kongsi ramai-ramai hihihii~


Subhanallah.. Cantiknya ciptaan yang maha esa. Bagus pengalaman camnih sebab kita akan rasa kerdil dengan ciptaan Allah swt. Cuaca amat baik masa kami kat sana. Alhamdulillah~



 













Best sangat holiday kali nih. Ujong taun nak cari pulau lain lak nak ripit... yeay! Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


5 comments:

Unknown said...

Redang memang nice..blogwalking & follow ur blog..can u follow my blog too...tq..:)

Cinta Zakirah said...

Cantiknya..plan nak g May nanti..InsyaAllah..

blackyellow said...

Sape yg nerminat brcuti di pulau redang bleh call/wasap no ni:
0179799774 atau lawat fb page:
Holiday runner

blackyellow said...
This comment has been removed by the author.
blackyellow said...

slm..pembetulan no hp sy..
0179799773