Alhamdulillah segalanya telah selesai dan berjalan lancar. Makanan pon abih.. orang pon ramai datang.. very appreciate it. Suka bila tengok tetamu datang dan balik kenyang serta muka happy hihihi~
As told before majlis nih sekali ngan kenduri my parents g haji. So ramai la yang datang. Dan kebanyakannya jiran-jiran.. kawan-kawan.. adik beradik.. sedara mara ibu dan ayah saya. Alhamdulillah moga dengan berkat doa mereka.. ayah dan ibu saya selamat menjalankan ibadah haji mereka nanti.. aminn~
My event yang sapos stat kul 2.30 petang lak start around 3 petang. Lewat lagi sebenarnya bcoz of the clown lambat sampai + tak tau jalan dtg umah + sesat = saya amat marah tp masih dalam keadaan terkawal huhu~ Kalo dah tau tak tau jalan shud ask earlier la kan.. nih kita ngah sibuk layan orang.. uruskan makanan.. dia pon dok sibuk call tanya direksen.. memang upset sangat sampai juz pas kat adik saya untuk layan clown tuh. Kalo tak pk pasal deposit memang saya dah soh balik dah huhuhu~ Dengan guruh dah berdentum dentam kat langitnyer.. saya risau ujan.. kang lagi huru hara lak jadinya.. so saya stat without the clown sebab dah lewat sangat + sebab ujan tadi
Makanan yang disediakan.. saya punyer mee jawa.. lupa lak nak snap gambo sebab bz sangat. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan dan tiada pembaziran yang berlaku.. terima kasih kepada semua tetamu
Gudis untuk tetamu.. order kat Kedai Kek Bukit Idaman. Member kelab kereta =)
Semua tagging untuk candy bar dan tagging "HAPPY BIRTHDAY DELLISYA & UQASYA" tuh pon sumer saya wat sendiri ngan bantuan kawan-kawan kelab kereta saya gak hahaha~ kan saya dah cakap.. lam kelab saya nih sumer jenis pekerjaan ada.. cakap je hihihi~ Tagging dan balang-balang candy bar tuh saya dah citer kat N3 yang nih ngan yang nih hehehe~
Centrepieces untuk letak kat setiap meja. Saya wat sendiri gak tau hahaha~ rajin tak saya hihihi~
Cakes for birthday boy and girl. Kakak memang spesel request nak kek Angry Bird. Adik lak sebab tak reti nak mintak-mintak lagi so ikut kata ayahnya la.. so op kos nak kek MU dia.. Kek kakak adalah butter cream rainbow cake dan adik lak chocolate fondant. Sedap yer dedua kek nih. Abih licin tanpa meninggalkan kesan huhuu~ sampai tuan rumah pon tak sempat rasa huhu~ All the cakes saya order dari tukang buat cake feberet saya iaitu Lea Oven. Leh usha web dia or FB dia gak kalo nak tengok hasil kerja dia yang osssem-ossem tuh.. lawa-lawa sampai tak sampai hati nak makan pon ada gak hahaha~
Dan ini lah Candy Bar (CB) yang saya usahakan selama nih hahaha~ kira ok la kan. Proud of myself. Thanks juga pada rakan-rakan yang menolong.. yang tolong pinjamkan.. sewakan.. buatkan.. sampai saya leh set up CB saya sendiri yeay! Selain dari nama-nama kat atas saya gak nak highlight a few names yang menyumbang hihihi~
My UiTM classmate.. Noti Netty for delicious chock stick. Gambo takde kat atas sebab tokey datang lambat huhuhu~ tapi seb bek datang
My UiTM classmate.. Noti Netty for delicious chock stick. Gambo takde kat atas sebab tokey datang lambat huhuhu~ tapi seb bek datang
My primary school classmate.. Zila for tartlets dan sewakan alas kek + cupcake stand. Kalo berminat nak sewa pon leh try usha kat blog barang sewaan dia kat sini ngan kat sini hahaha~ harga memang murah.. sebab kalo guna sekali je tak berbaloi lak nak membeli kan hihi~
Last baru nak citer pasal clown huhuhu~ saya tak nafikan servis dia ok.. tapi tuh la saya memang pantang sikit bab time nih. Memang boleh mendidih. Tapi takpe la benda dah jadi dan saya halalkan terlebih terkurang tuh huhuhu~ Clown nih saya ambil dari Happening Entertainment. First time try nih. Leh contact dorang tru dorang nyer FB
>> Happening Entertainment <<
Lastly adalah gambar kami sefamily yang tak berapa elok sangat sebab adik tak pandang kamera hmmmm~
Alhamdulillah semua dah selesai. Now juz nak tunggu hari ibu dan bapa saya nak berangkat ke tanah suci. Rasa sedih lak.. dan gembira pon yer sebab akhirnya sampai gak rezeki untuk ayah dan ibu saya juga sementara mereka masih kuat nih kan. Mereka kena lapor diri kat Kelana Jaya pada 20 September 2012 kul 10.30 malam dan penerbangan dijangka pada pukul 1.30 pagi. Mohon kawan-kawan blogger sekelian doakan Allah swt merahmati dan kurniakan keselamatan.. kesihatan dan keberkatan kepada ayah dan ibu saya ya.. aminnn~
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.
No comments:
Post a Comment