Alhamdulillah.. ibu dan bapa saya selamat berangkat ke Tanah Suci awal pagi tadi. Saya dan adik beradik hantar ibu dan bapa saya ke Kelana Jaya around kul 10.00 malam sebab kena ada kat sana 2 jam sebelum masa lapor diri iaitu kul 1.30 pagi.
After isyak my parents house dah penuh dengan jiran tetangga yang datang nak ucapkan selamat jalan pada my parents. Orang-orang surau pon ada datang. Before berangkat ada bacaan doa yang diketuai oleh imam surau kawasan perumahan my parents Ustaz Ibrahim.
Around 10.30 kami bertolak dari rumah dan sampai di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 11.00 malam. Memang ramai tapi takde la sesak. Nampaknya pengurusan Tabung Haji dah semakin bagus dalam memudahkan urusan bakal-bakal haji. Sementara dok tunggu panggilan untuk check in dok sembang-sembang je la sambil layan my kids yang nak belon karakter katun huhu~ ala yang selalu jual kat pasar malam ada gambo boboiboi.. upin & ipin dan macam-macam lagi. Selalu kat pasar jual RM5.. kat situ dia jual RM7 huhu~ makap nih! Nak tak nak ayahnya kena la belikan satu.. Seb bek adik tak reti nak mintak-mintak lagi huhuhu~
Then kul 1.00 pagi petugas kat situ buat pengunguman untuk semua bakal haji beratur di samping beg masing-masing untuk check in. So bermula la acara nangis-nangis.. peluk-peluk.. cium-cium pipi huhu~ Even dorg pergi untuk menjadi tetamu Allah but still sedey sebab pergi lama kan. But i'm very happy for them. Alhamdulillah rezeki mereka ke sana semasa mereka masih kuat dan bertenaga untuk menjalankan ibadah. Hope saya juga akan peroleh rezeki yang sedemikian.. aminnn~
After babai dan lihat my parents sampai hilang dari pandangan mata.. kami pon gerak balik la. OTW balik pakcik saya ajak g minum dulu. Dok sembang-sembang kul 3.00 pagi gak sampai umah huhu~ Today bekerja seperti biasa. Hari Jumaat kan? sayang nak amik cuti hihihi~
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata~
1 comment:
Alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan..
Post a Comment