♥ Potosut Pregnancy Moment & Besday

Yeay! tercapai gak hajat dihati nak wat potosut pregnancy moment. Time Dellisya lu tak wat sebab time tuh cam mahal la plak. Kali nih dalam frenlist ada kalangan potograper so gunakanlah dengan sebaiknyer yer tak. Siap leh tawar menawar dan amik sesuka gambo sesuka hati kita lagi hihihi~ Pastuh leh komplen + delete + amik yang baru hihihihi~

Potosut nih kami wat kat Pullman Putrajaya. Lawa gak tempatnyer. Siap ada mini pantai lagik. Dellisya sememangnyer dah jadi tak keruan bila tengok air camtuh. Sebok nak mandi segala. Mengakibatkan mood dia nak bergambo dah hilang dibawa air. Las2 ibu amik gambo ngan ayah jek. Kakak sibuk men pasir huhuhuhu~

Nih baru siap edit bapa keping jek nih. Potograper sebuk dan tambahan pula bukan keje hakiki mengambil gambo. So time malam je la baru dia leh edit. Xpe la wat pelan-pelan janji puas hati hihihi~ Dis wik ada wat v2 lak sebab arituh tak sempat abih. Leh lak amik gambo bersambung-sambung kan hihihi~ Ingatkan arituh 1 jam dah leh setel. Rupanyer nan ado.. payah gak jadik model nih... ingat senang jek huhuu~

Nih la antara hasil potosut v1.. layanzzzzzzzz~




 



Yang lain tunggu potograper saya dah siap edit baru saya upload ek. Pas sesi mengambik gambo tuh kami bergegas pula untuk ke next event iaitu sambut besday party. Wat santai-santai jek. Tahun nih takde la unsur-unsur kejutan cam tahun lepas. Sumer datang rileks-rileks bawak pot lak dan perut.

Pas je sesi ambik gambo tamat kami bergegas lak g Alamanda. Nak beli kepsi ngan kek. Pastuh kumpul ngan memember kat Dataran Masjid Putrajaya then terus shoot ke tempat berkelah iaitu Bukit Shangri La. Lawo gak pemandangan waktu petang kat situ. Saya baru la 1st time nek kat bukit tuh selalu jalan keliling jek hihihi~

Sebelum apa-apa kita amik gambo duluuuuuuuuuu~~


My lovely fren.. in red ^_^
Amik gambo dengan semangat Harimau Malaya hahahaha~


Amik gambo ngan pasangan memasing.. erk! yg kapel tiga dari kiri tuh bukan gay ek.. hahahahaha~

Then sesi lepak melepak pon bermula.. diikuti sesi melahap kepsi + mihun goreng + cikedis dan sebagainyer. Kek kasi simpan lu. Tak larat nak makan katanyer. Bagi mengelakkan kembung perut.. kami lakukan beberapa aktiviti riadah dulu seperti bermain bola.. men keta kontrol.. tengok kapel ngah wat potosut sambil bawak teddy bear besor dan sebagainya.


Yang sebelah saya yang comel cam teddy bear tuh la tukang potograper hihihi~
Alhamdulillah.. tahun nih kami suami isteri masih dapat menyambut tarikh kelahiran kami yang ke 28. Semoga kebahagian dan kasih sayang sentiasa bersama kami berdua. Tak sabar nak menunggu hadiah yang paling bermakna buat kami suami isteri next month. Doakan saya selamat melahirkan yer.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ My Checklist



Okeh! another 5 weeks (+ / - ) to go! So kena la pastikan sumer barang dah get ready kan? Kelengkapan nak bawak g hospital.. kelengkapan nak bawak balik kampung.. kelengkapan baby pas lahir nanti.. kelengkapan nak berpantang.. fuhhhhhhhhhhh~~~~ banyaknyer.. So I think we should focus one by one.

Seb bek search kat tenet tadi jumpa ngan laman web yang bagitau apa kelengkapan-kelengkapan yang perlu ada. Yerla walaupun bukan my 1st experience tapi kali nih nak buat persediaan lebih baik dari masa Dellisya lu. So takde la kelam kabut.

List nih saya ambik dari sini. Tak lupa juga pesanan penaja untuk lawati jugak laman web nih www.setbersalin.com. So pada mummy2 wanna be leh la g jengok-jengok jugak ek.

:: Kelengkapan Yang Perlu Ada ::


Kelengkapan Menyusui / Makan 
. . . . . . . . . .
Botol Susu 
Puting Susu 
Berus Botol 
Tempat makan plastik ( pinggan, sudu, gelas) - bb dah 6 bulan ++ baru beli 

Pakaian 
. . . . . . . . . .
Lampin
T- shirt / kemeja (pilih bahan yang lembut dan tidak panas) 
Seluar pendek 
Seluar panjang 
Barut bayi 
Topi bayi 
Sarung tangan 
Sarung kaki 
Sweater / Jaket 
Pampers 
Kasut bayi (diperbuat dari kain atau bulu) 

Kelengkapan Tidur 
. . . . . . . . . .
Cadar
Selimut 
Selimut bayi 

Perabot 
. . . . . . . . . .
Tempat tidur bayi 
Tilam kecil 

Kelengkapan Mandi 
. . . . . . . . . .
Besen mandi bayi 
Sabun bayi 
Syampu dan perapi 
Minyak bayi (Baby Oil) 
Sikat rambut bayi (lembut) 
Kain lap mandi 
Tuala 
Pemotong Kuku 
Bola Kapas (Cotton Ball) 

Kelengkapan Lain 
. . . . . . . . . .
Bakul Pakaian Bayi 
Kereta Surung Bayi 
Beg bayi 
Termos air panas 
Tempat duduk bayi di kereta 

Ok! 95% komplit i guess hehehe~ Bukan sumer pon saya beli baru. Lebih separuh dari list kata atas tuh saya recycle kakaknyer punyer. Watper membazirkan. So next is... 

:: Kelengkapan Yang Perlu Dibawa Ke Hospital :: 


Untuk Ibu 
 . . . . . . . . . .
Kain batik 
Selipar 
Stokin 
Buat santai : Buku, majalah atau radio 
Makanan ringan (roti, buah kurma) - dan nak check in baru beli 
Perlengkapan mandi (Tuala, berus gigi, pencuci muka) 
Baju yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah untuk menyusukan bayi) 
Pakaian dalam 

Untuk Bayi
. . . . . . . . . .
Selimut & Pakaian 
Sarung tangan & stokin  
Sweater 
Botol & susu

Okeh thats it! Untuk ke hospital saya akan bawak 2 beg. 1 khas letak barang-barang saya then 1 lagi khas untuk letak barang barang-barang baby. Takmoh campo-campo. Dan dedua beg nih akan selamat berada lam bonet keta menjelang bulan poser nanti huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Set Tilam Kekabu

Yey! barang untuk my baby dah makin komplit. So by now sumer wishlist saya untuk pregnancy kali nih dah dapat. Beg untuk bawak g spital pon dah siap tinggal nak letak lam keta jek. Bakul barang baby untuk bawak balik kampung pon dah siap sedia. More well prepared kali nih sbb dah ada pengalaman kan hihihihi~

Ini lah wish list saya yang baru dimakbulkan oleh hubby.. Set tilam kekabu baby. Time Dellisya lu saya beli set yang jual kat shopping kompleks tuh. Tak ingat jenama dan harganya tapi nan ado bila pakai. Lelama dia kempis dan macam berkulat. Seb bek la sarungnya masih boleh dipakai sampai skang. Si kakak lak pakai kejap jek. Pastuh my MIL kasi kakak bantal kabu then terus jadi bantal busuknya sampai skang [nama je bantal busuk tapi wangi okeh hihihi~]. Yerlah bantal kabu nih kan sedap bawak tido.. sejuk.. sedap je peluk kan..

Baru kuar dari bonet keta..

So belajar melaui pengalaman.. kali nih for my baby saya beli set tilam kabu. Order dari Bantalkabu.com kat Batu Caves. G kolek sendiri jek jimat duit postage hihihi~ Tempahan amik masa sebulan gak nak siap sebab saya tempah satu set tilam dan tambahan sarung. Satu set mengandungi satu tilam.. 2 biji bantal.. 2 biji bantal peluk dan sarung. Sarungnyer kita leh pilih la dari pelbagai rekaan dan kain yang ada. Kalo ada kain sendiri pon boleh anta kat dorang soh jahit. Wah siap promot lagi hihihi~

Yey! dapat set warna merah

Yang kat atas nih set yang togel. Lum sarung lagi. Tapi bagus gak dapat warna merah.. menyerlah githuuuu~ i likeeee~ Bila dah disarungkan jadi camnih la rupanya..

Pandangan atas

Pandangan depan

Cam saya taip tadi.. saya ada wat tambahan sarung. Yerlah leh tuka-tuka pakai. Sarung yang lagi satu lak design camnih..

Hehe malas nak bukak sarung mickey tuh semata nak amik gambo.. so amik je la gambo dari blog tokey kedai

Memang puas hati la dari aspek kualiti dan harganyer. Walaupun harganyer agak mahal tapi berbaloi la sebab worth it for money. Lagipun sokonglah barangan buatan tempatan kan bagus hihihi~ semangat satu malaysia lak tetiba.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

Followers