♥ Hikayat Merong Mahawangsa

Yes! akhirnya.. dapat gak g tengok wayang for the first time for year 2011 huhuhu~ sadis sungguh kan? Dan tajuk citer yang nak kami tengok sudah semestinya citer Hikayat Merong Mahawangsa yang sedang gah diceritakan oleh seluruh pelusuk rakyat jelata.


Nih serba sedikit sinopsis citer yang saya dapat dari Pak Gugel...

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa  yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.
Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin. 
Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS, sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana), filem epik Hikayat Merong Mahawangsamenjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004. Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.

So tak sabar nak tunggu hari Sabtu nih. dah booking nak tengok kat Wangsa Walk Mall [sebab dekat je ngan umah]. Lagipun kat sini ada seat jenis sofa tuh.. so juz amik satu seat dan kami leh kongsi dok 3 orang hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti pas dah tengok saya akan hapdet citernyer best ke tak ek. Tata

0 comments:

Followers


up