21 October 2009

♥ Dellisya 1st Birthday Party

9:53 AM 0 Comments
Dellisya's 1st Birthday Party


Setelah 11 hari berlalu.. baru ada masa nak post pasal besday party nih. Sooo... bz lately. Besday party nih is specially for our lovely princess
Nur Faeeza Dellisya Binti Mohd Faez.
Be held at my parents house at Taman Sri Andalas from 3.00pm to 6.30pm.

Biasa la kalo 1st besday party.. wat la spesel2 skit. pasnih punyer besday sambut family2 je la hehehe~ Time party nih ada clown from Bubu Clown, Goodies Bag and Cake from our own business Faezera Events (blog is still under construction huhuhu~) and cupcake from Lea Oven

Nih adalah preparation utk Goodies Bag.. namapun business sendiri so wat la sendiri kan hehehe~


Dan hasilnyer...



Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tetamu yang datang pon ramai. makanan pun habis dan x membazir. Dan yang paling penting Baby Girl tak meragam coz sebelum tuh dah tidokan dia dulu utk cas bateri hehehe.

Dan ini antara gambar2 yang sempat dirakam pada hari kejadian =)



Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Selangor S&*KS!!

8:31 AM 0 Comments

 Ntah apa la yg players Selangor pk mlm tadi.
Main tak mengikut kemampuan sebenar. kami yang ramai-ramai datang menyokong walaupon sok pepagi nak g keje rasa cam tak berbaloi jek datang.

Strikers jangan cakap la.. ditambah pula dengan pengadil yang FAM amik dari mana ntah betul2 mengair sirapkan darah kami.
 
 
Gambar diambil sebelum perlawanan.. hahaha~

*Credit to www.fanatikselangor.ning.com

Selangor hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir pusingan pertama di Stadium Shah Alam! Ini bererti Selangor akan menggalas tugas yang amat berat apabila berkunjung ke Terengganu dalam pusingan timbal-balik kelak.

Selangor yang melayan kunjungan jagoan Pantai Timur- Terengganu dilihat lebih menguasai permainan seawal wisel perlawanan ditiup. Dengan dibantu oleh ribuan penyokong fanatik Merah Kuning yang nyata bersemangat untuk datang memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka, namun tenyata gagal membantu skuad Red Giant untuk mendapatkan kemenangan mutlak di halaman sendiri. Kedatangan penyokong pada perlawanan ini amatlah memberangsangkan walaupun perlawanan di adakan pada hari berkerja namun faktor penyokong ternyata gagal memberi kelebihan kepada skuad K.Devan.

Bermula dengan agak agresif, Selangor acapkali melakukan serangan demi serangan ke kubu Terengganu namun berjaya dipintas baik oleh benteng pertahanan mereka yang bermain dengan agak baik pada malam tadi. Kekentalan barisan pertahanan didikan Ken Worden jelas merencatkan perancangan jentera serangan Selangor.

Pada minit ke-6, Safee Sali hampir meletakkan Selangor di hadapan namun tendangan kencangnya hanya melewati sedikit sahaja bahagian atas gawang Terengganu. Serangan demi serangan diatur oleh barisan Selangor namun ternyata penyakit lama kembali melanda ke dalam skuad Selangor - tiada penyudah!

Walaubagaimanapun, Kapten Selangor-Amri Yahyah berjaya menggamatkan suasana Stadium Shah Alam pada minit ke- 20 apabila berjaya menolak masuk bola ke gawang Terengganu hasil hantaran silang rakan sepasukan. Namun gol ini dibantah oleh segelintir pemain Terengganu yang mendakwa bola terkena tangan Amri namun bantahan tersebut tidak diendahkan oleh pengadil perlawanan yang bertugas.

Sedang para penyokong leka bersorak riang hasil jaringan pembukaan oleh Amri Yahyah, secara tiba-tiba Terengganu pula melakukan serangan pantas dan berjaya pula menghasilkan gol hasil tendangan kencang pemain mereka pada selang 10 minit selepas Amri melakukan jaringan dan sekaligus membuatkan para penyokong tersentak diam seketika namun ianya disambut oleh sorakan girang penyokong pelawat yang dianggarkan seramai 2 ribu orang.

Perlawanan separuh masa tamat dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, Selangor mula menggandakan asakan demi asakan, namun gagal melakukan penyudah yang baik. Amri Yahyah sekali lagi hampir meletakkan Selangor di depan namun bola tendangan lambungnya yang menarik hanya sipi melepasi palang gol Terengganu.

Bolehlah dikatakan bahasa Selangor menguasai perlawanan sebanyak 70% dan selebihnya 30% dikuasai oleh Terengganu, namun masih lagi gagal mendapatkan gol tambahan. Terengganu yang sesekali mengasak ke kubu Selangor dilihat lebih menarik apabila tendangan penyerang mereka hampir dan kerapkali mengenai sasaran namun berjaya dipatahkan oleh Hamsani. Sedang Terengganu asyik menyerang, seketika terdengar tiupan wisel dari tempat duduk penyokong sehingga pada suatu masa tiupan wisel penyokong berjaya memberhentikan perlawanan! Dan ini sekali lagi dibantah oleh pemain Terengganu yang mendakwa keliru dengan tiupan wisel tersebut! Namun sekali lagi bantahan itu ditolak pengadil perlawanan.

Selangor yang dilihat kerapkali menyerang ke kubu Terengganu, namun gagal menterjemahkan ia ke dalam bentuk jaringan sehingga membuatkan sebahagian penyokong mula menjerit dan melahirkan rasa tidak puas hati. ternyata malam tadi penyudah yang berkesan tiada pada pasukan Selangor walaupun permainan hampir dikuasai skuad.

Penyerang Selangor - Safee Sali juga bermain dengan agak kurang baik apabila banyak bola yang dilorongkan kepada beliau gagal disudahkan dengan baik sehingga beliau acapkali dicemuh penyokong! Hampir lebih 10 peluang keemasan berjaya dibuka oleh rakan sepasukan namun, kegopohan beliau telah menggagalkan segala-galanya.

Permainan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Dengan keputusan seri ini, maka Selangor pasti akan lebih tertekan apabila berkunjung ke Terengganu Sabtu ini. Tugas getir pasti akan menanti Selangor di sana. Anak-anak buah Ken Worden pasti sedaya upaya akan menyekat kemaraan Selangor untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. Dan hasil daripada keputusan seri di Stadium Shah Alam ini, pasti akan menarik perhatian ribuan penyokong Terengganu untuk turun ke stadium menyokong pasukan mereka! Selangor pasti lemas sekiranya gagal mengawal rentak permainan. Misi di Terengganu kelak adalah misi WAJIB MENANG agak dapat melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Peluang yang ada dan terhidang di Stadium Shah Alam sudahpun dilepaskan begitu sahaja, dan yang pasti harapan para penyokong Red Giant pasti menggunung tinggi - untuk melihat skuad Red Giant berjaya menumbangkan Terengganu di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik mereka!

Dan kesudahannyer >> Selangor 1 - Terengganu 1

 
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

17 October 2009

♥ Thumb Drive Album Hilang

1:04 AM 0 Comments

 
Waaaawaaaa... rasa cam nak nangis meraung2 nih huhuhu~ tapi bak kata org nangis airmata darah pon x guna. Salah sendiri. Lalai sangat.

Saya simpan semua gamba di dalam satu thumb drive. But skang thumb drive tuh lupa letak mana. Or may b most worst pon tercicir kat mana2. Sedihnyerrrrr!!!! Banyak gamba dalam tuh sbb mmg saya x simpan kat tempat lain. Ingatkan kalo dh penuh nnt baru nk burn dalam cd but kapasiti 8G so dari saya beli dulu smpi skang mmg x penuh2.

Tapi nasib baik la gak gamba2 dlm tuh sumer saya dah cuci n luckly saya ada upload kat flickr. But bukan sumer la huhuhu~ So ada la yg terselamat dari hilang ntah ke mana.

Hopfuli jumpa balik la thumb drive saya tuh. Kenangan kan? Lagipun rasa sayang sangat. Kita doa la sesama ek

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




07 October 2009

♥ Selangor Ke Suku Akhir

11:51 AM 0 Comments
 SELANGOR KE SUKU AKHIR!! 
Sabah rebah untuk kali kedua dalam kempen Piala Malaysia musim 2009! Selangor yang turun melayan kunjungan Sabah dalam pusingan ke-2 di Stadium Shah Alam dengan penuh bersemangat,walaupun masalah keletihan setelah pulang dari Kota Singapura, namun tetap bersemangat untuk mencipta rekod pantas untuk layak secara mudah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Bermula dengan agak baik di hadapan lebih kurang 2500 penyokong Merah Kuning, Selangor mula mengasak ke kubu Sabah. Pergerakan-pergerakan menarik dari jentera serangan Selangor walaubagaimanapun berjaya dipatahkan dengan baik oleh benteng pertahanan pasukan pelawat.

Sabah juga dilihat kerap melakukan asakan demi asakan ke kubu Selangor sehingga mencemaskan ribuan penyokong setia di Stadium Shah Alam. Apa yang agak membimbangkan adalah prestasi yang agak merosot yang dipamerkan oleh barisan pertahanan Selangor yang kerapkali gagal menyekat pergerakan-pergerakan penyerang Sabah. Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan Selangor, Razman Roslan dilihat pada prestasi yang amat membimbangkan.

Hasil dari serangan-serangan pantas oleh pelawat, akhirnya Sabah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-32 apabila penyerang mereka berjaya meloloskan diri dan melakukan sepakan yang terkena palang, namun berjaya menggegarkan gawang Selangor, menjadikan kedudukan Selangor ketinggalan 0-1.

Hasil dari gol pendahuluan tersebut, Selangor mula menyusun semula pergerakan. Walaubagaimana pun, serangan-serangan Selangor kerap gagal menemui sasaran tepat.

Namun pada minit ke-43, Amri Yahyah menggamatkan stadium dengan gol penyamaan hasil terlepas dari perangkap offside yang tidak menjadi oleh barisan pertahanan Sabah.

Pada minit-minit akhir separuh masa kedua, sekali lagi Selangor berjaya meloloskan diri apabila Safee Sali berjaya menolak masuk bola ke gawang Sabah namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana offside.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan 1-1.

Separuh masa kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila Safee Sali berjaya menyambar hantaran silang lantas menyepak masuk untuk gol ke-2 Selangor menjadikan kedudukan Selangor 2 - 1 Sabah pada minit ke-13.

Selangor yang mula bernafsu, mula melancarkan serangan dari pelbagai arah sehingga menyebabkan sesekali benteng pertahanan Sabah menjadi kucar-kacir. Sabah juga kelihatan acapkali melakukan serangan pantas, counter-attact terhadap kubu Selangor namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh pertahanan Selangor.

Safee Sali dikeluarkan pada minit ke-28 dan digantikan oleh K.Nanthakumar.

Sabah yang kelihatan terdesak, mula kembali menyusun corak serangan dengan melancarkan banyak serangan pantas. Selangor juga dilihat tidak jemu-jemu mengasak ke kubu Sabah namun gagal untuk mendapatkan gol tambahan.

Hasil serangan yang bertalu-talu, Selangor akhirnya mendapat gol ke-3 pada minit ke-25 apabila Hardi Jaafar bijak menolak masuk bola ke gawang Sabah. Situasi ini menyebabkan pemain-pemain Sabah mula bermain dengan agak tidak tersusun.

Selangor sekali lagi mendapat gol yang ke-4 hasil jaringan Kapten Pasukan Selangor, Amri Yahyah dengan menjadikan kedudukan sekali lagi berubah kepada 4-1, dan sekali lagi Stadium Shah bergema dengan sorakan gembita penyokong.

Perlawanan tamat dengan Selangor berjaya merebahkan Sabah untuk kali kedua dengan kemenangan mutlah 4-1 di Stadium Shah Alam. Dengan kemenangan ini, Selangor berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dan pertemuan menentang PDRM pada 10 Oktober ini di Stadium MPS Selayang hanyalah sebagai pelengkap jadual.

Syabas Selangor! Viva Selangor 

* Credit to www.selangorfanatik.ning.com *