11 February 2017

♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 3

Klik link di bawah untuk part yang lain

Fuh! panjang jugak saya menaip untuk N3 Family Day KKS LPHS ni yer. In sya Allah ini adalah part yang terakhir hehe~

Jam menunjukkan jam 5 petang kami pon bersiap nak keluar sebab nak check in hotel dan berehat. Sebab malam tu kami akan sambung dengan Lost World Hot Springs & Spa By Night pula. Bebudak ni kalo tak dikerah memang tak reti nak naik. Sebagai ibu memang saya paham sangat tentang anak-anak saya ni. Dorang ni kalo dah sehari bermain.. naik hotel.. dah bersih-bersih sure akan tido kepenatan. So saya tak nak la dorang tido dan rehat lama-lama sampai ganggu plan untuk malam nanti. So we decide by 5 petang kita dah mesti keluar dan check in hotel untuk berehat.

Cam yang saya maklum sebelum ni.. sebab kami memang nak masuk hotel so saya tak soh anak-anak mandi beria di toilet LWT. Cuma bilas dan salin baju kering sahaja. Bila sampai hotel baru mandi dan bersihkan diri betul-betul.

 Di depan hotel penginapan kami Lost World of Tambun Hotel and Spa. Hotel ni bebetul berdepan dengan LWT. Jalan kaki lebih kurang 200 meter je rasanya.

dari laman web LWT
Maaf. Saya memang kena asah skill reminder amik-amik gambo untuk blog ni huhu~ selalu dah berlalu baru teringat nak wat N3 untuk blog dan tak teringat untuk amik gambo sebagai bahan N3. So pinjam gambar dari web saja la. In sya Allah saya akan mempertajamkan reminder kat kepala ni untuk ambil gambar selepas ini hehe~

Ini adalah contoh bilik kami. Kalo di web LTW namanya Classical Room. Cuma bilik saya ada dua (2) single bed. Bila anak dah bebeso gini memang saya ambil bilik yang ada dua (2) single bed coz satu untuk anak-anak dan satu untuk saya dan hubby. Selalunya hotel provide katil super single so still selesa tido berdua hehe~

Dan sememangnya betul telahan saya. Anak-anak sampai bilik je otomatik nampak katil dan mata nak terpejam. Tu pon kena jerit soh mandi dulu. Setel semua tak sampai 5 minit berdengko dah memasing.

Ikut hati memang nak join anak tido. Tapi teringat pulak Nasi Goreng Udang yang viral di facebook baru-baru ni. Alang-alang dah di Ipoh so ajak hubby g cari. Search waze pon tak sampai setengah jam dari hotel. Lepas pastikan anak-anak saya dah bebetul lena kami pon pergi la berdua. Anak-anak saya biar rehat di hotel. Bawak diorang pon kang tak kenyang nak makan asik mengaruk je sebab penat nak tido huhu~

Tentang Nasi Goreng Udang Ipoh ni apa yang saya boleh katakan.. boleh la g makan kalo nak merasa hehe~ Rasanya tak memenuhi selera tekak saya. So memang saya tak akan shout out or buat N3 khas. Udang memang melimpah ruah tapi rasa tawar. Takde rasa apa. Sebenarnya ia cuma nasi goreng yang diletak udang banyak-banyak atas dia. Udang-udang tu memanglah punca wow faktor pada hidangan tu. Tapi tu sajalah. Tiada keistimewaan lain. Dan harganya boleh tahan mahal juga huhu~ RM15.50 sepinggan. Walaupun not recommended by me.. tapi boleh la kawan-kawan try. Mungkin sedap pula di selera tekak anda hehe~

Plan awal tadi nak bungkuskan untuk anak-anak so bila tak sedap tak jadi la. Lagipon hubby bagitau makan malam dorang akan edar petang nanti jap lagi. So cuma singgah 7e untuk beli roti dan air untuk budak-budak tu.

Dan malam tu lepas isyak kami masuk balik ke LWT untuk Lost World Hot Springs & Spa By Night pula. Detail tiket boleh rujuk di N3 Part 1.

Kali ni memang jalan melenggang. Bawak tuala anak-anak sahaja dengan gopro.

Ini je la the best picture dapat ambik malam tu. Bawak gopro tapi bateri nak abih. Haih~ Lupa nak tukar. So layan gambar dari laman web LWT je la yer.

dari laman web LWT
Malam-malam sejuk.. dok kat kaki bukit.. memang seronok la mandi air panas huhu~ rileks je. Dia ada beberapa kolam yang boleh anda cuba. Setiap kolam bebeza tahap dan suhu kepanasan tu. Yang paling panas 40 darjah celcius tu takde la orang dok berenang hahaha~ cuma rendam kaki dan badan je. Pastu tak leh lama-lama nanti leh sakit kepala. Dicadangkan antara 10 ke 15 minit sahaja. Di setiap kolam ada info board yang boleh kita baca. Yang takde tu means sukati la nak berendam berapa lama. Selalunya kolam dia lebih besar dan suhu cuma suam-suam kuku je.

Dia terbahagi kepada enam jenis kolam. Infinity Pool, Crystal Pool, The Geyser of Tambun, Steam Cave, Top of The World Pool dan Foot Spa. Cam saya kata tadi setiap kolam berbeza tahap dan suhu kepanasan. Ada yang kanak-kanak tak dibenarkan masuk. So rajin-rajin la ronda dan rasai pengalaman di setiap pool yang disediakan ya.

dari laman web LWT
Sebenarnya untuk Lost World Hot Springs & Spa By Night ada disediakan Flaming Percussion Show pada jam 7.45 malam. Show yang orang dok main-main api dan sembur api dari mulut ala-ala red indian tu. Oleh sebab kami masuk lambat so dapat tengok skit sahaja. Kami sampai tu dah nak abih dah huhu~

dari laman web LWT
 Malam tu lepas keluar kolam memang sejuk ya amat. Lam kolam tadi tak terasa plak. Anak-anak tak moh balik lagi. Nak tunggu sampai taman tutup jam 11 malam. So bio anak-anak mandi puas-puas.. saya dan hubby dok layan Ipoh White Cofee dan biskut di Ipoh Street dalam LWT ni. Sedap.. dan kat hotel pon disediakan Ipoh White Coffee ni untuk coffee facilities. 

Abih je sesi malam tu bermakna tamat la acara mandi manda seharian tak reti penat untuk arituh. Then kami balik hotel untuk berehat dan bertolak pulang esoknya selepas makan tengahari. Pagi esoknya ada Mesyuarat Agong KKS LPHS untuk sesi 2017-2018 pula. Hubby dilantik jadi AJK Sukan. Tak nak citer panjang pasal tu sebab sedih tak dapat cabutan bertuah hahaha~ tetiap tahun takde luck. Kat mana-mana pon haih~ Walaupun hadiah punya la banyak sampai 50 lebih tapi satu pon tak sangkut. Tapi bagi yang tak bertuah still dapat baucer Giant bernilai RM50. Ok la tuh wat top up belanja dapur hehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: