♥ Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Hari terakhir di Taiping.. saya dan hubby dah tak senang duduk huhu~ cam status FB saya arituh "badan di Taiping.. hati di Stadium Shah Alam". Alangkah bagus kalo majlis bersanding Delin sama waktu dengan time nikahnya muahaha~ buat awal-awal pagi jam 9.. cepat sikit boleh balik Klang. Tapi apa kejadahnya orang bersanding pepagi buta kan hehe~

Nasib baik kawan opis hubby dah tolong belikan tiket pada hari kami gerak ke Taiping. Pepagi lagi dorang dah beratur. Kalo tak memang tak dapat la tiket sebab dah sold out. Yap tiket bahagian Selangor abih dijual dalam tempoh 3 jam camtuh je huhu~ Nasib baik masih ada rezeki

Abih je adik saya bersanding.. amik gambo cecepat.. makan cecepat.. salam sedara mara cecepat.. kami gerak balik dulu dalam jam 3 petang camtuh. Harap-harap jalan tak jem dan sempat sampai ke stadium. Dalam perjalanan balik tuh memang dok selisih je la ngan keta or bas penyokong Kedah. Siap kira lagi berapa banyak bas yang tersadai tepi hiway sebab rosak huhu~ kesian dorang. Sempat ke tak sampai stadium nanti.

Kami sampai kat umah lebih kurang nak dekat kul 6 petang. Siap-siap terus gerak g stadium naik motor hehe~ Yap kami merempit je. Dalam lama tak merempit rasanya. Anak-anak kena tinggal ngan baby sitter a.k.a adik no 3 saya sebab dia kena tengok dari umah je sebab tak dapat tiket muahahaha~ Ada gak hikmahnya dia tak dapat tiket hehehe~

Yeay.. berjaya !!!
Nampak nau penyokong kedah amik kuota Selangor
Malas nak citer pasal isu tiket. Sepatutnya belah atas tuh separuh untuk penyokong Kedah dan separuh penyokong Selangor. Memula dia amik sikit-sikit last-last abih penuh atas tuh dengan penyokong Kedah. Keadaan sedikit tegang la gak bila penyokong Kedah dok tarik-tarik banner dan acah-acah nak turunkan banner tuh. Memang mengamuk la semua penyokong Selangor kat bawah tu. Last-last keadaan kembali aman bila dorang dah tak provok dan usik banner tuh lagi. Pasal tempat yang dorang amik tuh tuh bio la malas nak pikir. Orang datang nak tengok bola bukan nak bergaduh yer tak? hehe~

Gambar dari Astro Awani
Alhamdulillah.. dah tertulis rezeki berpihak pada Selangor. Lepas 10 tahun menunggu. Selangor menang dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri. Dan bertambah best.. selangor sambung lagi satu hari cuti hoorayyyyyy~

Gambar dari FA Selangor Website
Dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015
Salam 2-0 dari kami =)
Kesian Delin tak leh g stadium.. sokong dari jauh je la ek
 Alhamdulillah.. jimat lagi cuti hehe~ bulan doblas arituh memang takde kat opis je la memanjang. Selain cuti am cuti amik sendiri pon banyak gak. Amik masa untuk berehat pas setahun bekerja kan. So masuk balik keje tahun 2016 dengan azam baru la hehe~ in sya Allah

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi. Till next time.. XoXo =)

0 comments:

Followers