Memang betul.. mengajar anak pompuan untuk off diapers lebih mudah dari anak lelaki (based on my experience) huhu~ Ingat lagi masa kakak dulu dalam seminggu je dah berjaya. No need much training or marah-marah. Just bawak dia ke toilet sejam sekali untuk buang air dan berkurangan selepas beberapa hari sampai la dia boleh rasa dan pergi sendiri. Sama juga dengan buang air besar. Senang sangat.
Adik? huhuhu~ memang amat menguji kesabaran. Berbulan kot. Memang amat mencabar kesabaran la especeli saya nih ha~ huhuhu~ Tapi dari sikap mereka saya belajar kelakuan masing-masing dan cara nak handle mengikut situasi. Parenthood kan? anak kita tak sama ngan anak orang.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. So kita kena rajin perati dan try apa sahaja kaedah yang kita rasa baik dan berkesan untuk membentuk mereka.
Saya pon tak reti nak share tips. Tapi apa yang saya buat adalah ikut pesanan mak saya dan tengok kelakuan dorang kat umah. Bak kata omputih "we go with the flow" hehehe~ So kalo kawan-kawan rasa cara yang saya guna ni boleh diguna pakai dan bersesuaian.. boleh la try test.. kalo tak takpe la.. berkesan kat anak saya tak semestinya sesuai untuk anak kawan-kawan jugak kan?
Untuk my girl dulu saya stop diapers dia dalam lebih kurang umur dua (2) tahun. Amat senang. Makan masa seminggu or lebih sikit je kot. Kakak ni hatinya lembut. Tak boleh marah-marah. Kena cakap elok-elok.. puji-puji lebih sikit then dia akan folo apa kita cakap. Dia akan rasa bangga kalo dia leh buat apa yang kita suruh. So masa dia dulu kami terapkan elemen puji memuji dan bagi semangat siap clap hand bila dia pandai buang air sendiri kat toilet. Then dia akan lebih rasa semangat dan gembira. Dia lak tak sesabar nak g buang air kat toilet hahaha~
Adik? huhuhu~ yang nih kedegak sikit. Untuk dia memang totally different dengan cara kakak. Kalo guna cara kakak alamat memang takde la off diapers. Dengan dia nih kami kena berkeras sikit. Cakap elok-elok dia ingat kita nyanyi kat telinga dia.
AMARAN KERAS !!!
Situasi ini amat menguji kesabaran anda. Sila pastikan anda sentiasa dalam keadaan tenang dan emosi terkawal huhu~
Kami stat meng-off diapers dia since bulan puasa. Tuh pon stat dengan hari sabtu ahad sahaja. Time tuh memang saya dah nak give up kot. Cakap kat dia banyak kali "kalo kencing bagitau ibu.. kalo nak uuk bagitau ibu" Memang dia bagitau.. tapi lepas dia dah selesai.. atas kapet.. atas lantai.. atas katil huhuhu~
Then kami rasakan.. ayat yang kami guna tuh pon dah salah. Sebenarnya memang dia dengar arahan sbb kami kata "kalo kencing bagitau ibu.. kalo nak uuk bagitau ibu" so bila dah keduanya dia dah buat baru la dia bagitau kan huhuhu~ So kami tuka ayat "Adik.. gi toilet kalo nak kencing.. gi toilet kalo nak uuk". Ada sedikit peningkatan walaupun kadang-kadang terlepas gak sebelum sempat sampai toilet.. alahaaaiiii anak ibu.
Oh di samping kami train dengan kata-kata.. kami pon bawak dia g toilet selang satu (1) jam. Tapi masalahnya bila dibawak takde pulak nak buang.. tapi kuar je toilet baru sampai ruang tamu dah terkucil dah.. huhuhu~ sabar je laaaaa~
Lama-lama still sama takde peningkatan. Dalam sepuluh kali tuh ada la sekali dia berjaya g toilet huhu~ Time tuh malam memang pakai pampers lagi la.. waktu siang pon kantoi malam apa tah lagi kan. Then ada satu hari tuh saya kena otstesen dengan hubby dan adik kena tinggal dengan parents saya lebih kurang dalam tiga (3) hari camtuh. Ibu saya memang tau saya tengah dalam proses off diapers adik so dia sambung training tuh kat rumah dia. Unsangkarable !!! bila saya balik otstesen ibu saya kata "elok je dia buang air kat toilet.. ibu bawak g toilet ok jerrr~"
Hish adik nih.. ngan polis pencen tau ko takut ek.. ngan ibu mengada-ngada. Start dari tuh saya dah paham yang si adik nih memang kena berkeras sikit. Tak boleh nak ngikut kata dia je. Start saya berkeras memang amat laju peningkatan dia. Kawan-kawan paham la kan apa erti "berkeras" tuh. Tipu la kalo kita tak pernah marah anak kan.. tapi marah ada batas la takde la sampai pukul patah riuk. Lama-lama kelamaan dia dah leh handle himself. Cuma tinggal part nak buang air besar je. Yang tuh memang sedikit sadis storynya.
Satu hari dia dah terlepas kat dalam bilik. Time cebok tuh saya kuatkan sedikit suara dan gertak dia untuk tinggal dalam toilet. Saya kata kalo lenkali adik tak nak uuk dalam toilet.. adik dok dalam ni jangan kuar-kuar. Siap saya tutup pintu toilet tuh bio dia meraung dalam tuh. Kejam tak saya huhu~ ada la lam beberapa minit then saya kasi kuar la. Takkan la nak bio anak dok bebetul lam toilet. Tapi situasi tuh memang seperti memberi tamparan besar la pada si adik. Stat je lepas tuh dah elok dah buang air kecik dan besar kat toilet huhuhu~
Now.. dia dah fully free diapers.. perjalanan jauh pon takde masalah. Alhamdulillah.. capai target untuk off diapers dia sebelum dia stat sekolah. Oh ya next year dia dah stat tadika untuk umur empat (4) tahun. Saya pon sonok belikan dia spender macam-macam kaler untuk encourage dia sebab dah berjaya off diapers hehehe~ Good boy adik !!!!
Cara saya ni memang agak extreme tapi walaubagaimanapun ia berjaya hehehe~ so kawan-kawan lak camner? ada cara yang lebih ok? ke sama je cam saya bila melibatkan anak lelaki hehehe~
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
4 comments:
Memang extreme sy baca.. Ap2 pun.. Congrats sis, berjaya..akn sy apply utk future.. Seronok baca perkongsian nie.jemputlah singgah blog saya.. Sy masih bru dlm dunia blog :-) sakinahms.blogspot.com
To sakinah mat said
Terima kasih sebab sudi singgah dan baca. In sya Allah.. saya dah singgah n folo =)
tahniah..berjaya offkan diapers anak.. ila gak...masih malas lg. tp anak dah ready....mmg nak diapers free ni kena rajin n tegar...
Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...TQ :)
Post a Comment