Alhamdulillah.. tahun baru maknanya kakak pon memulakan kembali sesi persekolahannya. Masih lagi tadika yang sama masa umo 4 tahun iaitu Tadika Krista Setiawangsa. Walaupon yuran dah mencanak naiknyer tapi ibu dan ayah redha huhuhu~ Kami fikir kalo kami tukarkan sekolah dia tahun nih.. if ruma kami siap next year dia kena tuka sekolah lagi huhuu~ kang terbantut lak apa yang dia ngah blaja. Lagipon dia dah berkawan dan suka ngan cikgu-cikgu kat situ. So kami amik keputusan untuk biarkan dia terus bersekolah di situ asalkan kakak happy ibu dan ayah pon happy huhu~
Sekolah biasa akan start pada 2hb Januari 2013 tapi tadika kakak hanya start pada 3hb Januari 2013 iaitu sehari lewat. Rizen is pihak tadika nak bagi ibu-bapa yang ada anak yang nak bersekolah biasa untuk setelkan dulu anak-anak mereka tuh. So nanti takde la kelam kabut kan nak uruskan anak sekaligus. Bagus gak gitu huhu~
Semalam masa hantar kakak ke sekolah dari jauh dah dengar orkestra konsert rock dari sekolah hahaha~ agaknya budak-budak yang baru start sekolah dis year kot. Sampai cikgu terpaksa kunci grill depan sebab tak mau budak-budak tuh lari keluar. Bila kakak sampai saya pon tak tau nak bagi dia masuk ikut pintu mana hahaah~ Las-las cikgu dia datang amik dari pintu belakang hihihi~ Kalo bukak pintu depan tuh nanti takut terlepas lak bebudak tuh kang.. payah lak cikgu-cikgu nak kejor balik.
Alhamdulillah kakak takde problem nak datang sekolah. Siap bangun awal.. gosok gigi.. sapan koko krunch.. minum milo sebelum datang sekolah. Saya takut gak kalo kakak pon meraung sekali.. yer lah tuh kan penyakit berjangkit huhuhu~ sebenarnya takde apa pon tapi dah dok tengok kawan lain nangis dia pon nak nagis gak hihihi~ Tapi everything going good for kakak. Dia senyum jek. Siap lambai-lambai ibu n ayah. Gud girl kakak.. ibu n ayah proud of u.. blajar rajin-rajin k!
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata~
No comments:
Post a Comment