31 October 2012

♥ Airasia Free Seat : Jakarta - Bandung

10:16 AM 2 Comments
Yeay! Dapat pon cekau promo nih untuk holiday next year hihihi~ Tempat yang ditujui ialah Jakarta, Indonesia yeay! RM170 - 2 orang - g balik hoyehhhh!

Start kul 12.00 malam 29hb saya dah dok on laptop. Hubby lak sonok ngah layan game MU vs Chelsea huhu~ Memula target ialah ke Krabi dah dapat dah tiket sumer tapi leh lak time isi details tuh katanya tiket orang len dah kebas lu huhuhu~ bengang jerrrr~ Nasib baik dah memang prepare plan A ngan plan B hahaha~ tak dapat situ kami target g Jakarta - Bandung lak so dapat la tanpa kesesakan apa pon. Indon tak balik kampung time tuh agaknyer huhuhu~


Kami g holiday 5-8 Jun 2013. Holiday sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6 pada 8hb Jun 2013 hihihi~ best! dapat pergi pada tarikh yang diidam-idamkan. Bukan kami g berdua je.. kami g sekali ngan kawan-kawan yang memang kaki holiday cam kami. Ada tujuh orang kesemuanya. Meriah! Tapi op kos bilik hotel asing-asing la kan muahahaha~ Kata nak hanimun wiiiiiiii~ Lupa lak nak bagitau anak-anak tinggal ngan my parents time nih hihihi~


Kalo ikutkan untuk next year nih lokasi holiday yang ke-3 untuk kami huhuhu~ first kami ke Legoland, JB pada bulan Januari dan ke Pulau Redang, Terengganu pada bulan Mac. Kena plan budget bebetul nih huhuhu~ Tapi takpe kepuasan yang penting hihihi~ Kami pon takde la cari hotel yang mahal-mahal 5 star segala semasa cuti-cuti nih.. asalkan selesa dan menyenangkan dah cukup puas hati.. budget holiday la katakan huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Lagi banyak holiday.. lagi banyak la nak update nanti hihihi~ Kamera yuna yuni saya pon berguna gak akhirnya hahahaha~ Tata




♥ Groupon : My First Try

9:47 AM 0 Comments
 Hahaha~ orang len dah berabad membeli belah kat Groupon nih. Saya la nih la baru nak menerai. Biasa la nak tau gak secure tak secure benda alah nih. Bab-bab nak mentransfer duit kat orang yang kita tak kenal memang kalut sikit hihihi~ But anyway after my first try best la plak huhuhu~ payah la pas nih bila sumer benda dah di hujung jari sajerrrr huhuhu~

For my first shopping nih saya beli groupon percutian ke Melaka pada 24-25 November nih.. yeay! [biasa lah.. holiday tuh kan hobi kami sekeluarga hihihi~]. Penginapan di Bayou Lagoon Park Resort. Yang best nyer sebab dia ada taman tema air dan penginapan dia plak jenis apartment.

Gambo amik kat laman web Groupon. Iklan sebenar dah takde sebab dah abih hihihi~
  
Kami amik penginapan jenis apatmen dua bilik.. kongsi dengan sepasang kawan lagi hihi~ Sebenarnya time tuh gak ada wedding member kami di Melaka. So sambil nyelam mandi kolam la hihihi~ Walaupon kampung masing-masing area Melaka gak tapi saje je nak stay kat Hotel nih sambil nak bawak anak-anak yang memang pantang nampak air mandi manda hihihi~

Mudah jer rupanya urusan nak mentelkan benda nih. Sumer tru online. After buat payment dia hantar kat kita voucher yang ada code dan security code segala.. then wallahhhhh~ dah setel. Just tunggu hari nak holiday.. bawak sekali salinan groupon tuh dan tunjuk kat hotel. Harga yang saya bayar untuk penginapan di apartment 2 bilik nih ialah RM284. Akan dapat penginapan + breakfast + tiket masuk ke water park untuk dua orang. So si kakak je la yang kena bayar nanti kot. Will see~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


25 October 2012

♥ Sori Kakak.. Ibu Lupa

12:47 PM 0 Comments
Hmm~ camner la ibu leh lupa arinih kakak ada besday party kat skul untuk semua kids yang celebrate birthday on October. Oleh sebab kakak lahir pada 13 Oktober so dia pon turut terlibat la untuk diraikan. Masa baca notice book last wik memang ingat dan dah plan macam-macam.. samada nak prepare gudis bag or nak beli cute kapkek untuk semua budak kat sekolah tuh. Suddenly malam tadi around kul 10 malam baru teringat. Kedai pon dah tutup.. apa pon tak boleh!

Kakak pon tak ingatkan ibu huhu~ (nak salahkan anak gak) then dia pon cam tak eksaited nak cerita pasal event today tak macam kalo nak g Pusat Sains Negara or Taman Burung arituh.  2 3 hari sebelum dah sibuk dok bercerita. So yang ibu mampu cari tengah-tengah malam camtuh semestinya kat Kedai 7-11 ialah cikedis huhuhu~ Ibu beli lam 5 bungkus untuk kakak bawak g sekolah. Dia pon nampak ok takde la komen banyak hahaha~ May b sebab saya dah buat birthday party dia awal-awal kot hihihi~

Oleh sebab sok nak raya.. today pon saya kena jemput dia di sekolah sebab van dah stat cuti. Saya pon dapat hap day arinih. So boleh la bawak dia g makan McD untuk cover balik kelupaan saya pagi tadi hahaha~ Di kesempatan ini saya pon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan blogger yang rajin baca blog saya nih walaupon takde la ramai mana hihihi~ Tahun nih saya akan beraya di Melaka untuk fulfill my parents's wish yang soh kami balik sana raya nih. My parents takde sebab sedang menunaikan haji di Mekah skang. Saya ada citer before kat sini


Gambar dari Google

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


22 October 2012

♥ Denai Alam Recreational Club

9:37 AM 0 Comments
Hujung minggu kami semalam diabihkan disini >> Denai Alam Recreational Club (DARC). Apa yang kami buat kat sini? Apa yang best kat sini? Nak citer la nih.. baca pelan-pelan ek hihihi~

Once dapat tau my hubby akan ada tonemen penbol suka suki kat sini. Saya pon search la kat Google pasal tempat nih [Perkara wajib yang akan saya buat sebelum nak g mana-mana tempat skang huhuu~ Ekspeceli tempat yang saya tak penah g] Sebenarnya nak usha if tempat tuh sesuai bawak anak ke tak.. selesa untuk anak-anak ke tak.. So leh la wat perancangan samada nak bawak or tinggal anak-anak saya tuh huhuhu~ pada saya keselesaan anak memang paling penting.

Saya memang tak penah g tempat nih or tak penah tau pon ada. Sebab memang jarang lalu Highway Guthrie kan. Kalo kawan-kawan lalu highway tuh nanti - dari Shah Alam menghala Rawang - akan pasan kawasan DARC nih kat belah kiri before exit Bukit Subang nak ke Denai Alam tuh. Macam-macam ada rupanya kat DARC nih. Ia adalah kawasan aktiviti rekreasi yang seluas 16 ekar yang ada aktiviti-aktiviti kat bawah nih [kopipes dari laman web DARC]


HORSE RIDING-
Main Arena
4 Lunging paddocks
Grazing paddocks
Horse stables
Qualified Horse trainers & horse master

ARCHERY-
Archery range with multiple targets
5 Adult bows
2 Children bows
Multiple arrows
Trainer & facilitator

MOTOCROSS-
1KM track with multiple jumps and turns
6 Motocross bikes
2 All terrain vehicles (ATV)
Motocross facilitator

SPLASH POOL
Water fall concept pool with streams
Manmade beach area
FREE swimming for children

CHALETS
4 Rooms (3 rooms’ 4-6 pax & 1 room 8-10 pax)
Open concept (KAMPUNG environment)

CLUB HOUSE & RESTAURANT
Open concept club house that can accommodate 1500 pax
Restaurant that serves delicious food with NASI PADANG as HOUSE SPECIALTY

AND MANY MORE. Come to our club for more details.  

Chalets dan Splash Pool terus menangkap perhatian saya. Wahhhh~ mesti sonok anak-anak saya datang sini. Then saya terus call untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk makluman kawan-kawan.. chalet tuh dia ada sewakan untuk siang hari saja. Sewa RM100 untuk dari pagi sampai petang. Semalam saya sampai kul 9 pagi dan kuar kul 6 petang. Dan staff dia amat mempercayai orang yer. Bayangkan OTW nak ke sana saya call bagitau saya nak sampai then dia kata ok. Once dah sampai saya call.. dia juz bagitau bilik saya yang ada huruf  A [dia ada 4 bilik yang setiap pintu ada huruf D / A / R / C] Saya dapat bilik A which is bilik kedua dari tepi. Dia soh masuk je.. aircond sumer dia dah pasang. Aik! camtuh je check in huhuhu~

* DSLR saya tertinggal kat umah pada hari kejadian.. so cilok gambar dari web DARC je la hmmmm~ *



 Nih la rupa chalet dia. Kemas dan bersih. Bilik amat besar yer leh masuk 6 - 8 orang. Memang selesa sangat-sangat.



Splash pool pulak betul-betul depan chalet. Pada ibu-ibu yang ada anak kecik mesti tau kan betapa kelam kabutnya anak-anak bila nampak kawasan berair nih. Kolam dia memang sesuai untuk budak-budak je. Untuk dorang sonok-sonok. Budak-budak mandi for free.



Nih gambar lama rasanya. Sebab kalo skang kawasan sebelah chalet yang ada pokok kelapa sawit empat batang tuh dah jadi kawasan penbol. Chalet tuh betul-betul sebelah tempat ayah men penbol. Dari pintu bilik dah nampak. So boleh la ibu kejap g tengok ayah.. kejap g tengok anak-anak. Kejap baring lam bilik tengok tivi hihihi~ Alhamdulillah semua seakan dipermudahkan. Anak-anak tanpa membuang masa dorang terus terjun kolam.. adik dok ngan Ucu kat chalet jap rilek.. ibu ngan ayah lak g tonemen penbol.  

Ayah abih men lam kul 1 tengahari. Dah siap-siap mandi dan tukar baju.. kami g makan beramai-ramai kat restoran dalam tuh. Besar restorannyer. Kalo nak buat dinner pon boleh. Tema koboi hihihi~ Makan takde la mahal.. stendet makan kat warung la.. saya makan nasi goreng kampung + telo mata (4) + teh o es (2) + nesc es (2) + fresh orange (2) = RM28.30 hihihi~ murah kan?

Pada kawan-kawan yang berdekatan dan takde aktiviti wiken-wiken tuh leh la bawak anak-anak ke sini. Selesa dan staff amat frenli. Pada yang nak tau lebih lanjut leh contact PI dia di nombor 013 3178329. Leh gak bawak anak nek kuda dan cuba xtvt-xtvt len kat sana.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


13 October 2012

♥ Review : Hotel Thistle, JB

11:10 PM 0 Comments
Seperti yang saya bagitau lam N3 sebelum nih.. las wik saya berjimba-jimba di sekitar JB. Selain g wedding member kelab keta.. kami singgah gak JPO before balik KL. Kat sana saya stay kat Hotel Thistle, JB [berdepan dengan Dataran JB yang ada jam tuh].  Memula happy gak la sebab dapat stay kat hotel 5 bintang [katanyerrrrrrrrr~] tapi nan ado huhuhu~

Time kami sampai nak check in.. kami kena tunggu lama tau.. beratur takde la macam nak beli tiket game bola Selangor vs Kelantan.. ada satu kapel je depan saya tuh tapi nak menyetelkan kapel tuh bukan men lembap lagi. Saya ingat may b dat kapel ada problem la nak check in.. may b lupa bawak kad kredit ke hapa.. tapi tengok kat kaunter lain sama jek lembapnyer huhuhu~ Lenguh gak la kaki menunggu. Dia bukak lam 5 kaunter.. tapi lima-lima cam gitu. Tak tau la pasai apa.. susah nau ke nak bagi orang check in huhuhu~


Yang lagi bikin panas hati.. kat kaunter sebelah dok sibuk staff dia melayan sorang pakcik nih. May b wakil dari jabatan memana ke nak datang kursus situ.. tengok staff tuh prepare banyak gak la kad bilik. Dalam doploh gak kot. Siap sonok bersembang lagi ngan pakcik tuh. Tapi kalo ikut pengalaman saya sepanjang keje gomen nih.. tak penah check in kat kaunter.. selalu staff hotel akan bukak kaunter len untuk check in gomen staff yang datang kursus. Ramai kot kan.. takkan la nak bio tunggu lelama.. Kat pendaftaran je dah abihkan masa nearly setengah jam huhuhu~


Dah dapat kunci boleh pulak satu bilik je yang dah ready.. lagi satu bilik masih tengah kemas huhuhu~ Time tuh dah nak kul 5 petang dah kot. Takkan baru nak kemas. Setau saya pon orang check out kul 12.00 tengahari. Terpaksa la kawan saya [another kapel hasben and wife] lepak bilik saya lu sementara tunggu bilik siap. Time tuh memang mendidih gak.. kita dah penat kan.. camtuh lak jadinya.


Bilik dia lak.. bagi saya la.. takde la gah sangat. Compare to the 5 star rating yang dorang dok habaq tuh. Biasa je. Lebih kurang bilik kat Hotel Sri Malaysia kot huhuhu~






Dekoresen pon biasa-biasa je.. takde la wau sangat. Memang hotel 5 bintang punya bilik camnih ek? Al maklum la jarang dapat dok kat hotel banyak bintang nih huhuhu~ Seb bek tak bayar exact amount untuk bilik yang camnih yang nearly RM400++ tuh huhuhu~ Nama bilik nih ialah Standard Room 1 King Bed huhuh~


Petang tuh bawak anak-anak mandi kolam. Ok la kolam dia memang superb dan besar ya amat.. dah macam sungai pon yer.. dia tak macam tipikal swimming pool yang bentuk empat segi tapi cam memanjang siap ada slider lagi. Start with bahagian kanak-kanak dan makin kedepan makin dalam la swimming poolnyer. Dan yang best is kita leh terjun ngan baju dan treksut hahaha~ tipikal malay kan.. Takkan la nak pakai bikini kot mau kena lempang ngan hubby hahaha~ body kalo mantap cam dulu-dulu takpe la gak hihihi~


Ngah mandi-mandi jadi lak perkara yang tak berapa best. Angkara tak dengar cakap ibu. Si kakak dah tergelincir + jatuh + dagu terkena kat bucu tangga = koyak + darah amat banyak huhuhu~ Udah meraung si kakak. Tuh la tak dengar cakap lagi. Al kisah pas mandi kolam ayahnya bawak la g bilas kat shower yang ada kat tepi kolam tuh. Dah abih mandi.. dia lari nak datang kat saya.. dan natijahnya adalah seperti ayat di atas. Koyak tak dalam dan tak beso sangat. Tapi sebab dia kena bawah dagu kan.. cam ngeri la gak bila time dia bercakap tuh cam ada mulut kecik bawah dagu dia huhuhu~ Ayah tak bagi bawak g klinik sebab takut doktor jahit.. kang berparut lak.. Seb bek staff hotel yang jaga pool tuh efisen.. dia nampak kakak jatuh dan meraung.. dia dah g amik first aid sesiap. Ayahnya sapu ubat kuning je dan soh bio biar kering. Kulit budak senang cantum kata ayahnya. Saya ikut kan je la huhu~ Darah pon dah kurang bila hubby dah lap bersih-bersih dan letak ubat hmmmm~


Malam tuh kakak tido awal.. penat nangis kot. Before dat bila siap pakai baju saya cam tepuk-tepuk manja bahagian luka tuh tanya sakit tak? dia kata tak sakit so saya rasa luka tuh tak la dalam or parah. Malam tuh kami makan kat Restoran Singgah Selalu.. si kakak dah tido kat kusi. Langsung tak dinner. Sian dia huhuu~


Esoknya dia bangun dengan senyuman as always.. saya rasa lagi tempat luka tuh but dia kata tak sakit. Ok la. Pas sarapan kami gerak la ke JPO. Abihkan masa kat situ around 3 jam then bergerak balik ke KL. Tak mau sampai KL lambat sangat sebab kakak sekolah soknyer. JPO? hmmmm~ biasa je.. takde la murah sangat harganya.. rasa cam sales biasa je dan barang dia pon cam barang-barang lama yang nak abih stok huhuhu~ so nothing to tell about our trip at there cuma sempat amik gambo beramai-ramai before balik wat kenangan hihihi~




Takde shopping sakan pon. Kira ok la dah pegi so pasnih takde la teruja sangat nak g sana hahaha~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




03 October 2012

♥ Istana Kecil Kami : Part 1

6:19 PM 4 Comments
Ekoran harga rumah yang melambong-lambong laksana daun kelapa dibadai ombak [cheeewwwaaaahhhhh~] hahaha~ saya dan hubby decide untuk hold dulu rumah impian kami dan mulakan dengan rumah mampu milik berdasarkan gaji dan komitmen kami sekarang. Asalkan ada rumah yer tak? hihhi~

Selepas puas berbincang dan sedar diri huhu~ kami amik keputusan untuk beli dulu rumah kos rendah. Yap dengan harga RM42K. Location amat strategik di tengah-tengah kepesatan bandar Klang dan berjiran dengan kawasan-kawasan yang sedang membangun dengan pesatnya hihi~ Kami beli rumah low cost apartment kat Bandar Parklands, Bandar Bukit Tinggi 3, Klang. Ok lah tuh anak pon dua orang je kan hihihi~


Plan kami untuk duduk dulu rumah nih lam 5 - 10 tahun pastuh sewakan. Insyallah time tuh hutang bank pon dah abih. Kami beli umah nih tak wat loan umah pon.. rugi loan gomen je.. kami wat personal loan dengan bank yang menjadi pilihan ramai huhuhu~ Potong lam nearly RM400 each month even kami letak deposit umah tinggi [guna wit KWSP untuk pengeluaran berpencen]. Deposit 10k + lawyer S&P RM500. Baki RM32K + RM10K kami wat loan. RM10k tuh untuk wat renovation. Rumah nak dok sendiri kan.. harus lah renovate untuk keselesaan. 


Lagipon umah nih bukan bayo monthly cam umah biasa. Tapi kami bayar ikut progress. Cam skang umah dah siap 30%.. so patutnya dah bayar RM12,600. Arituh dah bayar RM10k now kena setelkan baki RM2,600 tuh dalam tempoh 3 bulan. Another 3 month or tunggu surat lawyer [yang mana terdahulu] kami kena bayar lagi based on tahap mana kesiapan rumah tersebut sampai la umah tuh siap sepenuhnya.  Hubby malas nak pening pale may b kami setelkan terus baki RM32K tuh once loan dah lulus nanti. Takut terpakai pon yer gak huhuhu~


Alhamdulillah.. Now 1st part dah selesai. Skang ngah tunggu waktu senggang untuk g lawyer firm sign S&P. Insyallah rumah dijangka siap pada Feb 2014. Moga-moga cepat la siap umah kami hihihi~




Dah bayar deposit akan dapat fail nih.. bagus la leh la letak sumer dokumen pasal umah lam fail nih nanti




No rumah kami B-1-20.. Blok B + Tingkat 1 + Umah No. 20


Nih plak gambo saya snap dari flyers iklan. Mana la tau kalo kawan-kawan berminat kan




Pangsapuri Kos Rendah 4 Tingkat - Arista




Plan lantai umah. Tapi umah saya Type A1. Bentuk L terbalik. Bagusnya umah jenis saya sumer tingkap bilik hadap ke luar




Maaf la tak tau camner nak me"rotate" kan dia hahaha~ Tuh [bakal] umah saya yang Blok B.. hujung sekali kat tepi padang lapang.


Lupa lak nak inpom.. umah nih bukan simply kita g pemaju kata nak beli tau. Umah kos rendah nih dikawal jualannya. Hanya dijual kepada golongan sederhana jek. Kalo nak beli kena amik borang kat Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor. Kalo kita layak.. baru nama masuk lam board.. nanti dapt surat dari LPHS then baru dapat bawak surat tuh ke Pemaju. Maximum gaji untuk layak beli rumah nih is RM3K kalo tak silap. Tapi boleh la try luck memasing kan. Insyallah untung untuk dijadikan aset sebab sebelah kanan dia tuh ngah naik kawasan kilang. Belah kiri lak [Lorong Delima 5] is rumah teres 2 tingkat. 


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




♥ JPO.. Here I Comeeeeeeee~

5:14 PM 0 Comments
Cam biasa keje memang sentiasa bizi.. Meeting tetiap hari.. Board tetiap minggu.. Tapi alhamdulillah saya suka

Tapi bukan tuh yang saya nak citer hahaha~ Ngah xsaited nih nak g JB ujong minggu nih. Tujuan nak g wedding member kelab keta kat area Senai pada hari Sabtu. Tapi yang make more xsaited nyer sebab nak g JPO on Sunday! Yeay! Hip hip hooooraaayyyyyyyyyyyyy~


Lama dah niat nak g tapi takde penyebab nak bawak diri ke sana. So alang-alang nak g wedding member nih ajaklah hubby singgah sekali. Bukan selalu dapat g kan hihihi~ Kat sana nanti kami dok kat Hotel Thistle JB. Mesti kata waaaaaaaaaahhhhhhhhh~ dok hotel 5 star.. banyak uwang nya ya pak huhuhu~ Tapi yang sebenarnya dapat dok sini pon sebab member kelab keta ada jadi staff kat hotel nih [kan saya kata kelab keta saya nih kan bagus hahaha~]. Dia yang bagi kami stay sini guna staff rate yang amat berbaloi-baloi harganya jika nak dibandingkan dengan harga sebenar. Terima kasihlah ek.. jasamu dikenang..

Jom cuci-cuci mata lu ngan gambo hotel.. tak sabo nak g dah nih hihi~




Bilik tak tau la jenis apa yang kami dapat. Tapi stendet je kot. Ok la kan.. Plannya Sabtu akan gerak dari KL pagi terus ke wedding kawan saya. Pastuh xtvt bebas yakni saya dan member lagi dua orang [somi is3] akan check in hotel nih.. member len akan lepak homestay yang disediakan oleh pengantin lelaki. Thanks yer Shahir hihihi~ Malam lepak ngan member Prosboc JHR.. Pagi Ahad maybe singgah jap kat event autoshow member Prosboc JHR sebelum gerak ke JPO. Bila dah kat JPO tuh tau je la xtvt yang akan berlaku iaitu shoppingggggggggggg!!!! Shopping sampai penat dan gerak balik ke KL hihihii~


Isnin hingga Rabu lak saya kena g Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Pahang untuk Seminar PPT Mindef 2012 huhuhu~ kena tinggal la nampaknya anak-anak ngan hubby. Yang nih nanti next wik saya citer k. Tak g lagi tak tau camner. Tengok kat website cam menarik tempatnya. Puas la jenjalan nak akhir-akhir tahun nih hihihi~

  
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.