♥ Hikayat Merong Mahawangsa

Yes! akhirnya.. dapat gak g tengok wayang for the first time for year 2011 huhuhu~ sadis sungguh kan? Dan tajuk citer yang nak kami tengok sudah semestinya citer Hikayat Merong Mahawangsa yang sedang gah diceritakan oleh seluruh pelusuk rakyat jelata.


Nih serba sedikit sinopsis citer yang saya dapat dari Pak Gugel...

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa  yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.
Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin. 
Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS, sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana), filem epik Hikayat Merong Mahawangsamenjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004. Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.

So tak sabar nak tunggu hari Sabtu nih. dah booking nak tengok kat Wangsa Walk Mall [sebab dekat je ngan umah]. Lagipun kat sini ada seat jenis sofa tuh.. so juz amik satu seat dan kami leh kongsi dok 3 orang hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti pas dah tengok saya akan hapdet citernyer best ke tak ek. Tata

♥ Dellisya Menggedik

Selamat menonton.. 





♥ Prosboc Snooker @ Climax Snooker


Yeah! mari bersukan. Ntah hapa mimpi kelab keta saya nih.. kemaruk bersukan lak tahun nih. Baru je abis penbol kat melaka arituh nih wat snooker lak. Akhir bulan Mac nih bowling kat Shah Alam dan akhir bulan 4 lak futsal interzone kat Johor. Huhuhu~ puas baby lam perut jalan-jalan.

Citer pasal snooker lak. Tonemen telah berlangsung di Climax Snooker Pandan Indah [belakang MPAJ]. Acara yang melibatkan 32 ahli Prosboc ini berlangsung secara kalah mati. Kemenangan berdasarkan best of 3.

Cuci mata ngan gambo je la ek..

Terawal lak datang.. so kena la tunggu tempat snooker tuh bukak + abih vacum kapet lu
Selalu bergambo pas abih acara tapi kali nih kena amik gambo lu. Kalo tunggu abih kang alamatnyer tinggal berapa kerat je la nanti
Aksi-aksi peserta..





Nih lak hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang

Hehehe~ siap dapat mok cek lagi tuh
Dan pemenangnyer adalahhhhhhhhh~

Johan [atas kiri] - Iskandar dari Zon SAC
Naib Johan [atas kanan] - Bob Dean dari Zon SBK
Ketiga [bawah kiri] - Rizal dari Zon SLY
Keempat [bawah kanan] - Nazirul dari Zon NEG
Start kul 11 pagi dan tamat pada pukul 6 petang. Ngantuk tunggu dorang abih men. Seb bek tempat berekon + ada sofa untuk duduk-duduk.. baring-baring.. tido-tido hehe~ My baby? hilang dibawak berjalan oleh pak-pak dan mak-mak menakan dia yang dah kalah awal.. best sebab saya leh rilex hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ My 1st Pregnancy Checkup

www.babycenter.com
Alhamdulillah kandungan dah menjangkau 4 bulan or 16 weeks. Oleh kerana pregnancy kali nih takde problem.. cuma kengkadang mengantuk yang terlampau jek [nih pon problem gak sebenarnyer huhu~].. dah nak masuk 4 bulan baru lah saya g klinik buat buku pink. Check up kat klinik gomen jek. Sebab sebagai kakitangan MINDEF kami ada klinik sendiri. So takde la ramai cam KKIA kat luar-luar tuh. Kul 9 pagi pergi kul 10 dah abih check up. Lagipun dekat ngan tempat keje dan rumah.

Buku check up saya
Buku nih ada cam beza skit ngan buku baby saya yang dulu. Dalamnyer cam teratur skit + beso skit. Bila tengok buku nih lawa jek saya dah pasang niat nak balut elok-elok dan jaga bebaik kalo tak alamatnyer jadi lunyai la cam buku baby yang sebelum nih huhuhu~ ye la asik bawak kehulu kehilir jek. Pastuh jap orang nih pegang.. jap orang tuh pegang.. jap masuk lam bakul.. jap masuk lam tray huhuhu~

Yang paling beza skali ialah vitamin yang dia bagi untuk pregnancy kali nih..


 Nah ko selambak.. adehh~ saya nih dah la jenis tak suka makan ubat-ubat nih. Huhuhu~ tapi seb bek dia kena makan sebelum sapan. So my hubby akan ingatkan tetiap pagi soh makan sebelum gerak g opis.. huhuhu~ tak suka makan ubat..

Next TCA ialah pada 28hb Mac nih. Checkup untuk kandungan 19 minggu. Lebih kurang 5 bulan la kan. Katanya nak scan time tuh skali. Huhuhu very nebes.. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Prosboc Interzone Paintball 2011 @ Melaka


Salam sumer.. amat bz ngan aktiviti seharian sampai tak sempat nak hapdet blog slalu. So update pon sebulan sekali huhuhu~ Memang lately saya amat bz.. bz ngan keje n family yang op kos dah jadi tanggungjawab + bz yang sengaja dicari.. bz ngan kelab keta la tuh hehehe~ tapi takpe sumernyer sonok + happening.. cuma penat skit la ngan perut yang memboyot skang nih.

Pada 26 Februari lalu kelab keta saya Prosboc telah mengadakan satu perlawanan penbol interzone. Sebanyak 10 zon dari seluruh negara telah mengambil bahagian. Kelab keta saya nih boleh la dikatakan amat close with each member walaupun sorang kat utara, selatan, timur dan barat. Senang citer kalo jenjalan g terengganu ke kelantan ke memana ke.. ada problem.. jangan riso kontek je sesapa member kelab [walaupun tak kenal] insyallah ada la orang yang akan membantu. Siap wat TT khas lagi kalo ada member luar yang masuk kawasan jajahan.

Berbalik pada tonemen penbol tadi. Best wooo men polis sentri [walaupun diri ini tak dapat menjoinkan diri.. sonok tengok + jejerit je la]. Bayaran pon murah hanya RM 20 untuk penginapan + makan lunch + makan bbq + men penbol. Boleh dapat kat tempat len ke harga tu? x dapat derrrrrr~

Tapi memadai la ngan bayaran yang murah tuh.. kelengkapan men penbolnyer pon tak lah selengkap kalo men bayo RM120 per head. Cuma dia bagi mask + maker [senapang] je. Takde pelindung diri okeh. Memang berbirat la badan memasing pas tuh huhuhu~ Tapi sebab semangat nak tembak member punya pasal tuh sumer tidak menjadi hal huhuhu~

Jom layan gambo-gambo member kelab saya bertarung
[gambo hubby je la banyak ek.. saya jadi potograper + pemberi semangat dari luar padang je huhu~]

Amik gambo sebelum 1st game.. time nih hubby kena tinggal sbb x abih mekap lagi huhu~
Gaya pejuang negara.. cewaahhhh~~
Seranggggg!!!!!!!!!
Macam-macam gaya..
Selepas berakhirnya tonemen tuh.. rupa-rupanya ada gak berita gembira bagi orang-orang yang tak join tonemen cam saya nih. Pada sesapa yang tak join tonemen, dia bagi peluang untuk men tembak-tembak ala funfair. Ala kalo cam dapat tembak tepat leh menang teddy bear beso bagak tuh. Tapi yang nih takde la hadiah. Tembak suka-suka je. Sambil wat muka cam kucing lam citer Shrek tuh saya pon mintak la kebenaran hubby. Nak men tembak gak. Yeay! hubby bagi tapi ada lak syaratnyer.. dia nak join sekali diri sebelah. Owh takde hal jom la.. yippiiiiiiiiiiii~

Ini lah gayanya saya di medan perang..


Hehe~ tak leh blah. Dapat la merasa tembak 20 bijik bullet. Jadi la kan. Dapat gak merasa. Pastuh aktiviti santai + melepak + memutihkan kembali kulit yang dah sunburn huhuhuhu~ Malam lak aktiviti diteruskan dengan majlis makan malam ala-ala bbq dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Alhamdulillah hero saya dapat no. 2. Takde rezeki nak jadi juara. Takpe next year leh try lagik heheh~

Pas acara memenuhkan perut dan memenuhkan tangan ngan hadiah-hadiah. Tiba la masa bagi acara wajib untuk setiap event Prosboc iaitu acara bergamba beramai-ramai.


Alhamdulillah segalanya tamat lam kul 11.00 malam. Yang jejauh ada yang stay untuk semalam lagi. Kami yang dok KL malam tuh dah gerak balik. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



Followers