10 May 2011

♥ Prosboc Futsal Interzone 2011



Akhirnya! walaupun sedang di ambang final exam tapi tetap gak gagahkan diri g JB untuk menghadiri event di atas. B4 dis saya n the gang di central la yang berhempas pulas menjayakan event nih. Dis year bagi zon len lak handle sebab saya nak rilek hihihihi~ 

Leh tengok la beza dari segi penganjuran dari dua tahun dulu, tahun lepas dan tahun nih. Makin bertambah baik.. makin ramai zon yang mengambil bahagian dan pasukan-pasukan yang masuk pun makin mantop-mantop! Sesuai la skang kelab keta kami dah semakin beso bala tenteranya. So op kos ramai yang nak mengambil bahagian dan berbakat sumernyer. Tahun depan leh la anta team masuk Futsal Kosmo lak hihihi~

Tahun nih buat julung kalinyer Futsal Interzone diadakan di Johor Bahru. Seramai lebih kurang 15 team yang mengambil bahagian [kalo tak silap la.. huhuhu tak sempat nak amik tau sebab taun nih bukan penganjur]. Dan syabas diucapkan kepada Zon paling jauh yang mengambil bahagian iaitu dari penghujung belah thailand sana.. negeri Perlis. Sanggup tuh merentas semenanjung bwk keta dari ujong sana mai ujong sini g Johor. Memang tabik spring lerrrrrrrrr~

Dan buat pertama kalinya.. ahli kelab keta g jenjalan nek bas hihihi~ Oleh sebab ramai lak yang nak g dari zon saya.. kami pon sepakat membawa berkat nak nek bas jek g Johor. Selain nak rehat.. dapat la gak menjimatkan duit sebab kos sorang g balik naik bas cuma RM60 jek. Murahkan? tapi bas bukan la bas persiaran.. bas sekolah je tapi tuh pon dah kira ok.. selesa gak.

Budak baru 1st time nek bas.. cam jakun skit huhuhu~

My baby seminggu sebelum nak g dah asik tanya bila nak nek bas. Pantang jumpa bas mesti tanya nak nek bas yang tuh ke? bila nak nek? jom la nek bas.. Adeehhhh~ penat nak menjawab soklan sama ari-ari. Dan akhirnya pada pagi 30hb April tuh dapat la dia menaiki bas yang selama nih diidam-idamkan hehehe~

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam lebih kurang. Fuhhhh~ mau patah pinggang. Tuh pon sebab kami dah bgtau drebar bas tuh tak yah la bawak lelaju.. bawak rilek-rilek je dan sempat gak singgah makan tengahari kat RnR Pagoh. So bertolak kul 9 pagi sampai di UTM Skudai kul 2 petang la lebih kurang.

Kat UTM Skudai nih kami dok kat Scholar's Inn. Apartment 2 bilik fully ekon cuma RM100 sahaja semalam. Yang bebudak bujang dok la asing laki pompuan. Yang family cam kami nih satu apatmen kongsi 2 family. Okla 1 family RM50 memang murah dan puas hati. 


Scholar's Inn nih memang open untuk orang luar. So kalo ada kenduri kendara ke.. konvo ke.. nak g melawat anak ke.. leh la sewa sini..

Bila sampai.. time untuk berehat bersama kitket. Yer la memasing dah penat dok lam bas lelama walaupun tak drive.. so amik la masa untuk berehat dan memastikan askar-askar bawaan [anak-anak kitorang la] tido dan cas bateri. Sebab malam kang ada dinner lak. But untuk JK Sentral Prosboc.. termasuklah saya dapat rehat sat jek sebab kul 5 ada meeting lak. Yerlah bukan selalu leh kumpul banyak-banyak zon nih kan. So dah alang-alang ramai KZ dari seluruh semenanjung dah ada.. wat la meeting. 

Selain nak bincang hal-hal yang berbangkit dan terbangkit.. bincang gak next event Prosboc iaitu Prosboc 3rd Fambash di Kuala Terengganu dan Prosboc Mega Raya di Pulau Pinang. Rasa-rasanya dua-dua event nih tak dapat nak g. Satu tuh time ngah tunggu nak meletup. Lagi satu tuh ngah dalam pantang kot huhuhu~ Sedihnyerrrrr~

Abih meeting lam kul 7 malam sebelum maghrib. So dengan pantas nek ke apatmen untuk bersiap ke event malam kang lak. Event makan stimbot sampai muntah. Maaf! tiada gambo sebab memasing sebuk melantak huhuhu~ Tapi yang bestnyer saya dapat hadiah cabutan bertuah iaitu hamper hehehe~ tapi tak sempat sampai ke KL dah abih dikekahkan oleh bebudak zon huhuhu~ Takpela takde la banyak barang nak bawak nek bas balik kang kan.

Seterusnya balik apatmen la berehat. Hubby lak sambung meeting ngan bebudak zon bincang pasal futsal esok. Dengarnyer sempat gak layan PS kat bilik bebudak bujang tuh. Saya ngan my baby? dah selamat sampai ke alam mimpi hehehe~ Tak pasan hubby balik kul bapa pun huhuhu~

 Soknyer pepagi kami dah bersiap dan check out terus. Siap sapan segala. Oleh sebab men lam Giant. Yer padang futsalnyer lam Giant Skudai. So kena la tunggu Giant bukak baru leh stat tonemen kan huhu~ Tapi bagus gak takde la rushing sangat bangun pepagi. Dah la memasing jenis liat nak bangun.

Amaran :: N3 seterusnya akan menambahkan lagi keorenan blog ini. Harap maklum!

Pasnih layan gambo je la ek. Hehehehe~

Barisan pom-pom girl yang bersiap sedia untuk memberi sokongan! Sila abaikan wanita buncit itu yer huhuhu~

Keadaan dalam bas yang penuh ngan warna oren.. oren di sana sini

Bersiap sedia.. bas nak gerak dah
Hehehe~ setiap zon lam Prosboc mempunyai warna rasmi masing-masing. So dah tau la kan warna rasmi untuk zon kami nih hihihi~ Selain memang nampak menyerlah.. warna oren nih kan lain dari warna-warna stendet cam itam.. merah.. biru.. so dalam bas yang gelap pon leh nampak orangnyer.. hehehe~ Dan baju yang kami pakai nih adalah baju rasmi zon kami. K sambung tengok gambo ek!

Biasa la sebelum bersukan kena la wat senaman lu.. kang ada lak yang terkehel la.. otot tegang la..

Barisan pemain dan pengurus. Atas ialah Team A dan bawah ialah Team B. Yer anda tak silap pandang.. saya ialah pengurus Team A yang berdedikasi muahahaha~

Pasukan Futsal Zon SBK Tahun 2011
Huhuhu~ perut dah beso pon tak reti dok diam. Tuh pon dah berapa kali kena marah ngan hubby sebab ikut sorak bila gol + bila tengok player tak men bebetul. Huhuhu~ nak wat camner dah minat.. bagus la kang baby lam perut ngikut pangai mak dia yang aktip hehehe~



Mesti pasan kan? mana la my baby? Huhuhu~ dia kalo dah ngan mak-mak ngan bapak-bapak angkat dia memang dah tak heran la ngan saya n hubby. Lagi dia suka ikut mak-mak ngan pak-pak angkat dia tuh. Yer la apa mintak sumer dapat kan. Nak eskrim.. nak coklat.. nak air.. sumer ada orang belikan huhu~


Alhamdulillah.. diz year gak kami tak pulang ngan tangan kosong. Walaupun cuma dapat tempat ketiga tapi ok lah. Dah rezeki kami takat tuh kan. Walaupun kurang skit dari las year sebab las year kami dapat naib johan.


 So pas abih semuanya kami pun berangkat la pulang ke KL. Gerak dari Johor kul 10 malam gak la lepas makan malam. Selamat sampai di KL dalam kul 3 pagi. Dalam bas time balik senyap sunyi jek sebab sumernyer dah bantai tido huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

..

No comments: