31 May 2011

♥ Review :: Pirates of Caribbean

9:33 AM 1 Comments

Maraton tengok wayang diteruskan pula ngan citer lanun nih. Seperti biasa kami g nengok wayang bersama-sama sahabat handai dan taulan lam lapan orang camtuh. Tengok kat wangsa walk lak kali nih. Tapi mahal skit la dari alamanda walaupun tengok ari rabu. Tiket RM8. Tapi takpe la.. dekat ngan umah je pon.

Citer kali nih tetap gak berkisar pasal si lanun Kapten Jack Sparrow. Dalam sequel nih Kapten Jack yang ada kat London sebab nak menyelamatkan kawan bek dia merangkap kuli dan bahan buli dia iaitu si si Gibbs. Gibbs nih dah dituduh di mahkamah. Orang ingatkan dia la Kapten Jack Sparrow walau banyak kali dah dia nafikan dan patutnya dia dihukum mati. Ntah camner si Jack nih leh lak nyamar jadi hakim so takde la si Gibbs nih dihukum gantung cuma kena penjara jek. Si jack nih dh plan bayek punyer la ngan keta kuda yang patut bawak dia ke penjara untuk bawak dorang ke tempat len. Pastuh leh la dorang larikan diri. tapi hampeh rupanya kerajaan British dah bayo lagi banyak kat drebar keta kuda tuh untuk bawak dorang ke Istana.

Kat istana lak leh lak jumpa kawan si Jack iaitu Barbossa. Dia rupanyer dah dilantik jadi orang kenamaan kat istana tuh. Kaki dia pon dah hilang sebelah. Si Barbossa nih soh tangkap si jack sebab nak soh si Jack nih bawak dorang ke telaga ajaib. Konon-konon air dari telaga tuh dapat bagi orang yang minum air tuh hidup lagi lama dari yang sepatutnya. Cam biasa si Jack nih dapat la larikan diri dari istana tuh. Ngah sesebok larikan diri leh lak terjumpa balik ngan x-gelpren dia lakonan Panelope Cruz.

Dan bla.. bla.. bla... bla... Jack kena tipu jadi krew kapal.. bla.. bla.. bla.. jumpa duyung cantik tapi ganaz.. bla.. bla.. bla.. sampai la kat tempat air tuh.. bla.. bla.. bla.. Askar portugis lak smpai pastuh musnahkan tempat air tuh sebab bidaah katanya.. dan bla.. bla.. bla..

Hehehe~ kalo nak citerkan semua memang amik masa 3 jam gak la. Sebab citer nih pon tayang lebih kurang 3 jam. So kalo nak tau citer nyer g la nengok kat wayang ek tapi rasanyer cd pirates dia pon dah kuar dah. Malam tadi makan kat wangsa maju cina tuh dah jual dah hehehe~

Overall citer nih best.. kelako.. tak bosan.. as usual kalo si Johny Depp nih yang berlakon haruslah best kan. So selamat menonton kat wayang ek or tunggu kat jiwang.com kalo-kalo dah leh donlod.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Review :: Fast 5

9:32 AM 0 Comments

Okeh.. semalam dah selamat menonton citer Five 5. Citer stat kul 9 dan abih around kul 12 la gak.. Citer best. Cam biasa keta-keta sumer superb. Aksi pon okeh. Cuma kalo yang mengharapkan scene lumba-lumba atas jalan raya cam sebelum-sebelum nih mungkin akan keciwa skit la. Dulu dorang asik berlumba sesama sendiri je kan. Skang nih lebih banyak men kejo-kejo ngan polis jek.

Then ada gak la scene-scene yang rasanyer yang tak masuk akal tapi belasah je la.. contohnyer time dorang terjun laut pas ketapi tuh nak lalu kat jambatan. Tengok gaung bukan men tinggi. Kita nih kalo melompat masuk lam swimming pul tuh pon dah rasa perit kat kulit nih ha. Dorang selamba jek terjun pastuh berenang cam takde apa jek. Huhuhu~

Overall memang best la.. xpeseli time dia panggil geng-geng dia datang tolong tuh. Klakar ngan peel sengsorang. Dan untuk sedikit tips.. pada citer nih la dorang tunjuk camner si Hang Tokyo Drift tuh jatuh cinta pada aksi pen'drift'an. Nak tau kenapa? g la tengok ek.

Yang paling jijik time jamban meletup. Huhuhu~ rasa nak terkeluar balik jagung lam perut nih. Yang paling best semestinya part dorang men kejo-kejo ngan polis last-last tuh. Bawak keta laju-laju sambil tarik peti besi sebeso kepala lori kontena. Abih keta.. bank.. orang lalu lalang kat tepi kena langgo.

So pada sesapa yang lum tengok lagi.. g la tengok ek. Best la layan keta flat black + aksi-aksi gadoh dorang. Sama lasak ngan yang kat dalam perut nih. Adehhhhh~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


11 May 2011

♥ Fast 5

9:02 AM 0 Comments
Hari ini bermula la maraton tengok wayang bagi bulan Mei 2011. Oleh sebab saya dah merdeka jadi student.. dan dan lak berderet citer-citer best nak masuk panggung.. hanya menunggu saya mengabihkan duit beli tiket.. maka saya mulakan penengokan wayang bagi bulan ini dengan citer....... FAST 5!


Plannyer malam nih nak g tengok ngan memember Prosboc kat Alamanda Putrajaya. Apsal jauh sangat? hehehe sebab pembeli tiket dan pihak penganjur dari sana so kena la folo tengok kat sana. Tapi sebenarnya takde la jauh sangat KL ngan Alamanda. Lam 30 - 45 minit je ikut MEX.

Malam nih seramai 15 penonton termasuk saya ngan hubby akan ikut serta. My baby? tinggal umah. Kalo bawak dia alamatnyer men kejo-kejo le dalam wayang tuh n budget cikedisnyer akan melebihi dari budget tiket wayang itu sendiri. Naper tengok ari nih ari Rabu? sebab ari nih murah.. tiket RM 6 jek hehehe~

K walaupun baru stat keje tapi tak sabo nak balik n siap-siap nak g tengok wayang hehehe~ Nak tau citer nih best ke tak kena la tunggu saya abeh nengoknyer ek.. sok saya update.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

10 May 2011

♥ Prosboc Futsal Interzone 2011

1:04 PM 0 Comments


Akhirnya! walaupun sedang di ambang final exam tapi tetap gak gagahkan diri g JB untuk menghadiri event di atas. B4 dis saya n the gang di central la yang berhempas pulas menjayakan event nih. Dis year bagi zon len lak handle sebab saya nak rilek hihihihi~ 

Leh tengok la beza dari segi penganjuran dari dua tahun dulu, tahun lepas dan tahun nih. Makin bertambah baik.. makin ramai zon yang mengambil bahagian dan pasukan-pasukan yang masuk pun makin mantop-mantop! Sesuai la skang kelab keta kami dah semakin beso bala tenteranya. So op kos ramai yang nak mengambil bahagian dan berbakat sumernyer. Tahun depan leh la anta team masuk Futsal Kosmo lak hihihi~

Tahun nih buat julung kalinyer Futsal Interzone diadakan di Johor Bahru. Seramai lebih kurang 15 team yang mengambil bahagian [kalo tak silap la.. huhuhu tak sempat nak amik tau sebab taun nih bukan penganjur]. Dan syabas diucapkan kepada Zon paling jauh yang mengambil bahagian iaitu dari penghujung belah thailand sana.. negeri Perlis. Sanggup tuh merentas semenanjung bwk keta dari ujong sana mai ujong sini g Johor. Memang tabik spring lerrrrrrrrr~

Dan buat pertama kalinya.. ahli kelab keta g jenjalan nek bas hihihi~ Oleh sebab ramai lak yang nak g dari zon saya.. kami pon sepakat membawa berkat nak nek bas jek g Johor. Selain nak rehat.. dapat la gak menjimatkan duit sebab kos sorang g balik naik bas cuma RM60 jek. Murahkan? tapi bas bukan la bas persiaran.. bas sekolah je tapi tuh pon dah kira ok.. selesa gak.

Budak baru 1st time nek bas.. cam jakun skit huhuhu~

My baby seminggu sebelum nak g dah asik tanya bila nak nek bas. Pantang jumpa bas mesti tanya nak nek bas yang tuh ke? bila nak nek? jom la nek bas.. Adeehhhh~ penat nak menjawab soklan sama ari-ari. Dan akhirnya pada pagi 30hb April tuh dapat la dia menaiki bas yang selama nih diidam-idamkan hehehe~

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam lebih kurang. Fuhhhh~ mau patah pinggang. Tuh pon sebab kami dah bgtau drebar bas tuh tak yah la bawak lelaju.. bawak rilek-rilek je dan sempat gak singgah makan tengahari kat RnR Pagoh. So bertolak kul 9 pagi sampai di UTM Skudai kul 2 petang la lebih kurang.

Kat UTM Skudai nih kami dok kat Scholar's Inn. Apartment 2 bilik fully ekon cuma RM100 sahaja semalam. Yang bebudak bujang dok la asing laki pompuan. Yang family cam kami nih satu apatmen kongsi 2 family. Okla 1 family RM50 memang murah dan puas hati. 


Scholar's Inn nih memang open untuk orang luar. So kalo ada kenduri kendara ke.. konvo ke.. nak g melawat anak ke.. leh la sewa sini..

Bila sampai.. time untuk berehat bersama kitket. Yer la memasing dah penat dok lam bas lelama walaupun tak drive.. so amik la masa untuk berehat dan memastikan askar-askar bawaan [anak-anak kitorang la] tido dan cas bateri. Sebab malam kang ada dinner lak. But untuk JK Sentral Prosboc.. termasuklah saya dapat rehat sat jek sebab kul 5 ada meeting lak. Yerlah bukan selalu leh kumpul banyak-banyak zon nih kan. So dah alang-alang ramai KZ dari seluruh semenanjung dah ada.. wat la meeting. 

Selain nak bincang hal-hal yang berbangkit dan terbangkit.. bincang gak next event Prosboc iaitu Prosboc 3rd Fambash di Kuala Terengganu dan Prosboc Mega Raya di Pulau Pinang. Rasa-rasanya dua-dua event nih tak dapat nak g. Satu tuh time ngah tunggu nak meletup. Lagi satu tuh ngah dalam pantang kot huhuhu~ Sedihnyerrrrr~

Abih meeting lam kul 7 malam sebelum maghrib. So dengan pantas nek ke apatmen untuk bersiap ke event malam kang lak. Event makan stimbot sampai muntah. Maaf! tiada gambo sebab memasing sebuk melantak huhuhu~ Tapi yang bestnyer saya dapat hadiah cabutan bertuah iaitu hamper hehehe~ tapi tak sempat sampai ke KL dah abih dikekahkan oleh bebudak zon huhuhu~ Takpela takde la banyak barang nak bawak nek bas balik kang kan.

Seterusnya balik apatmen la berehat. Hubby lak sambung meeting ngan bebudak zon bincang pasal futsal esok. Dengarnyer sempat gak layan PS kat bilik bebudak bujang tuh. Saya ngan my baby? dah selamat sampai ke alam mimpi hehehe~ Tak pasan hubby balik kul bapa pun huhuhu~

 Soknyer pepagi kami dah bersiap dan check out terus. Siap sapan segala. Oleh sebab men lam Giant. Yer padang futsalnyer lam Giant Skudai. So kena la tunggu Giant bukak baru leh stat tonemen kan huhu~ Tapi bagus gak takde la rushing sangat bangun pepagi. Dah la memasing jenis liat nak bangun.

Amaran :: N3 seterusnya akan menambahkan lagi keorenan blog ini. Harap maklum!

Pasnih layan gambo je la ek. Hehehehe~

Barisan pom-pom girl yang bersiap sedia untuk memberi sokongan! Sila abaikan wanita buncit itu yer huhuhu~

Keadaan dalam bas yang penuh ngan warna oren.. oren di sana sini

Bersiap sedia.. bas nak gerak dah
Hehehe~ setiap zon lam Prosboc mempunyai warna rasmi masing-masing. So dah tau la kan warna rasmi untuk zon kami nih hihihi~ Selain memang nampak menyerlah.. warna oren nih kan lain dari warna-warna stendet cam itam.. merah.. biru.. so dalam bas yang gelap pon leh nampak orangnyer.. hehehe~ Dan baju yang kami pakai nih adalah baju rasmi zon kami. K sambung tengok gambo ek!

Biasa la sebelum bersukan kena la wat senaman lu.. kang ada lak yang terkehel la.. otot tegang la..

Barisan pemain dan pengurus. Atas ialah Team A dan bawah ialah Team B. Yer anda tak silap pandang.. saya ialah pengurus Team A yang berdedikasi muahahaha~

Pasukan Futsal Zon SBK Tahun 2011
Huhuhu~ perut dah beso pon tak reti dok diam. Tuh pon dah berapa kali kena marah ngan hubby sebab ikut sorak bila gol + bila tengok player tak men bebetul. Huhuhu~ nak wat camner dah minat.. bagus la kang baby lam perut ngikut pangai mak dia yang aktip hehehe~



Mesti pasan kan? mana la my baby? Huhuhu~ dia kalo dah ngan mak-mak ngan bapak-bapak angkat dia memang dah tak heran la ngan saya n hubby. Lagi dia suka ikut mak-mak ngan pak-pak angkat dia tuh. Yer la apa mintak sumer dapat kan. Nak eskrim.. nak coklat.. nak air.. sumer ada orang belikan huhu~


Alhamdulillah.. diz year gak kami tak pulang ngan tangan kosong. Walaupun cuma dapat tempat ketiga tapi ok lah. Dah rezeki kami takat tuh kan. Walaupun kurang skit dari las year sebab las year kami dapat naib johan.


 So pas abih semuanya kami pun berangkat la pulang ke KL. Gerak dari Johor kul 10 malam gak la lepas makan malam. Selamat sampai di KL dalam kul 3 pagi. Dalam bas time balik senyap sunyi jek sebab sumernyer dah bantai tido huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

..

♥ Yahoo!! Peksa Dah Abih

9:40 AM 3 Comments

Alhamdulillah.. selesai sudah semuanya. Hanya berserah pada Yang Maha Esa tentang keputusannyer lak nanti. But now my focus beralih pula pada si tecik lam peyot nih. Best la gak sebab leh menjalani hari-hari mendatang dengan aman dan tenteram. Tanpa riso nak siapkan assignment.. nak g kelas.. nak amik test.. nak anto final pojek.. bla.. bla.. cam time my previous baby dulu. Kali nih saya leh rileks sakan sebab cuti semster panjang gilessss~ 5 bulan tuh. Masuk balik insyallah pas saya dah abih pantang.