♥ Hari Belia Negara 2011


Pada bulan Mei 2011 nanti akan diadakan satu program mengumpulkan belia-belia di seluruh negara anjuran Kementerian Belia Dan Sukan. Sebagai kelab kereta yang mempunya hubungan baik ngan KBS, kelab keta saya, Prosboc telah diminta untuk menjoinkan diri dalam acara Pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya pada 11 Februari 2011 lalu. 

Sebanyak 20 biji kereta kelab telah mengambil bahagian. Sehari sebelum pelancaran, keta-keta yang terlibat telah mengadakan sesi tampal stiker iklan di body keta memasing. Walaupun keta saya dah ada body stiker.. tapi hubby masih lagi nak amik risiko untuk tampal stiker iklan tuh huhuhuhu~ Bio kan dia.. Tercabut bodi stiker lama tuh jangan harap la saya luluskan peruntukan tambahan untuk wat baru. Kalo nak.. tuka kaler terus warna pink florescent kekeke [warna yang simpang malaikat 44 hubby saya nak cat kat keta tuh]


 Nih gambar semasa sesi tampal menampal stiker tersebut


Nih lak my Baby Black bila bertukar jadi papan iklan..


Huhuhu~ bukan tampal sesaja je tau. Ada la dapat peruntukan skit tapi kena tampal sampai hari kejadian la bulan 5 kang. Ada lagi 3 bulan huhuhu~ kesian my Baby Black. 

Berbalik pada acara Hari Belia Negara 2011 tadi, macam-macam acara akan diadakan pada hari tersebut. Nak tak nak ngan larat tak larat je nak g. Kalo nak tau lebih lanjut aktiviti-aktiviti nyer leh klik kat laman web dia Hari Belia Negara 2011. Nih lak promo karnival tersebut.


Pada hari pelancaran tuh kami terlibat dalam gimik pelancaran jek. Bila Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek kibar je jalur gemilang  cam bila nak start race tuh.. kami pon gerak la sambil melambai-lambai orang di kiri kanan. Tuh je hahaha~ Nih vt dari KBS


Gambar time ngah jenjalan kat ruang legar KBS



Pas konvoi dilancarkan.. kami pon pusing-pusing la jap jalan kat Putrajaya tuh. Bagi promot skit keta masing-masing yang dah jadi papan iklan tuh kan. Kendian mesti la part yang wajib ada lam setiap acara iaitu sesi bergambo beramai-ramai. Mak buyung jadi kameraman je la ek huhuhu~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

Followers