22 March 2010

♥ Happy Birthday dan Selamat Bersara Ayahku

Pejam celik pejam celik tak terasa masa berlalu begitu cepat. Rasanya baru semalam ayah hantar saya ke sekolah. Tunggu di kantin pada hari pertama persekolahan. Naik motor sambil ayah garu2 kepala saya dengan dagunya. kalo hari cuti, ayah akan bawa saya ke pejabatnya kalo dia kena OT. Sambil dia wat keje.. sambil saya duduk di mejanya conteng2 dan lukis2 kertas yg dibawa. Hmmm~ seronoknya kalo boleh berputar ke masa kecil dahulu.

Apa jua permintaan ayah akan cuba sedaya upaya tunaikan. Walaupun ketika itu ayah hanya kerani biasa. Sekarang ayah sudah bersara selepas lebih 20 tahun berkhidmat di Pelabuhan Klang. Dari kerani sehingga bersara sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan.

Pada 14 Mac harituh kami bersama2 meraikan besday ayah di Muara Ikan Bakar, Pelabuhan Klang. Walaupun besday ayah pada 15hb Mac kami sambut lebih awal sbb besday ayah jatuh hari Isnin.

Inilah momen2 yg sempat kami abadikan pada malam itu..



Happy Besday ayah.. semoga ayah sentiasa sihat.. dirahmati Allah dan menjadi the best AYAHWE pada Dellisya hihihi... WE LOVE YOU AYAH..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



No comments: