♥ Qasya's Solid Food


My baby dah 6 bulan dis month. Yeay! tiba masanya untuk memperkenalkan dia ngan makanan pejal.. yamehhhh~ Start 5 bulan arituh saya dah bagi dia nestum but lam botol la. Wat cair skit. Bagi dia rasa. Takde la kang terkejut lak bila disuap makanan selain dari susu kan hihi~

Bagi ibu yang berkerja cam saya op kos hadapi masalah skit tang nak sediakan makan anak untuk dibawa ke rumah pengasuh. Lagi-lagi kalo pengasuh yang tak nak tolong prepare makanan baby tuh.. sebab renyah kan. Mostly pengasuh soh parents yang siapkan then dorang tinggal panaskan jek. Tapi mana la larat kita nak prepare makan anak everyday kan? Setiap pagi lak tuh. Yer la takkan nak wat malam-malam. Lama lak terperuknyer nanti. So thanks to my opismate Mummy Iman yang sudi berkongsi cara nak menyediakan makanan untuk baby. Siyes masa kakak dulu tak terpikir pon. Gagah la bangun awal tiap pagi memasak untuk kakak. 

Memula kita bersihkan sayur atau buah-buahan yang nak dijadikan lauk untuk baby. Untuk permulaan saya nak bagi baby saya makan sayo so bahan-bahannya adalah bunga kobis, brakoli dan lobak. 


Selepas itu bahan-bahan tadi dibersihkan dah dipotong kecil bagi mempercepatkan masa nak rebus dan juga masa blen nanti.


Selepas itu kita rebus la bahan-bahan nih sampai empuk. Rebus kejap je jangan sampai kecut. Saya rasa lam 15 minit je agar sayur still segar dan khasiatnyer tak hilang. Cewaaahhhhh~ Agak-agak bila cucuk ngan garpu tuh cam senang je.. dah leh angkat la tuh.


Pastuh kita blend bahan-bahan tadi. Masa blen saya masuk kan Heinz Smooth Apple & Blackcurrent Gel Baby Food. Nak bagi tambah sikit rasa manis lam lauk tuh. Yer la kita pon kalo makan sayo je semata pon muak gak kan hihihi~


Gambar dari www.redmart.com

Bila dah siap diblend. Puri tadi akan dimasukkan lam bekas-bekas kecil nih. Nih sebenarnya bekas buat air batu. Motip pon memang nak bekukan puri nih jadi bentuk kiub agar tahan lama dan tak basi. Bekas nih saya beli dari kedai 99 Market kat Setiawangsa. Lima hengget je satu bekas. Maap la comot skit. First try la katakan hihihi~


Pastuh kita masukkan lam peti ais. Proses nak membeku puri nih amik masa lama gak. Saya punya lam dua hari gak baru beku. Almaklum la peti ais pon kecik huhuhu~ 


Dan bila dah beku tuh. Ini lah hasilnyer.. taraaaaaaaaa~


Pas dah beku.. kuarkan dari bekas air batu tadi dan masuk lam bekas len. Pastuh masuk balik lam tempat beku tau. Kalo letak kat bawah tuh alamatnyer cair la puri nih cik kak oi hihihi~

Ok the idea is saya akan sediakan lauk untuk makanan baby saya dan pengasuh anak saya akan prepare bubo nasinye sahaja. So each morning saya akan bekalkan 4 kiub puri nih [2 lauk berbeza] untuk pengasuh anak saya. 2 kiub pagi dan 2 kiub petang. So pengasuh saya hanya masak bubo nasi dan bila panaskan tuh dia akan masuk kan la kiub nih bersama bubo tuh dan kacau. Wallahhhhh~ bubo yang sedap telah tersedia untuk dijamah oleh my baby hihih~

Banyak kelebihan kalo kita praktikan cara nih.. first op kos jimat masa ibu coz sekali wat dah leh kaber untuk seminggu punya lauk. Next.. lauk yang kita bekal kan pengasuh tak mudah basi sebab tak bercampo ngan nasi kan. Then kita juga leh guna kekretipan kita untuk wat lauknya. May b kita campurkan dua lauk dalam satu hidangan atau guna satu lauk sahaja. Lastly kalo malas sangat or memang takde masa nak buat bubo, juz bagi makan puri nih pon dah cukop. Yang dah dipanaskan la bukan yang ngah sejuk beku tuh hahaha~

Pada kawan-kawan yang nak try.. cuba la.. Harap dapat menolong dan memberi idea pada kawan-kawan.. sharing is caring.. tata~




4 comments:

chekpid said...

good idea...boleh try utk syabil. takpernah cuba gak.muahaahaaaaaaa

[M.Y] said...

Thanks for d idea anggo.. Aku oun nak buat exactly mcm ko buat ni utk aku. Esok dh masuk 6 bln yeay! ;)

first jollity said...

nak tanya la kan..kalau kita wat mknan mcm tu, mase kte nk anta ke pengasuh,xcair ke?boleh ek kalo dh kuakan dr peti ais then msk blk dlm freezer mase dh smp umah pengasuh?

Mr and Mrs Faez said...

to First jollity :

Cam saya masa anta anak ke umah pengasuh tuh dia tak la terus cair sbb ikut suhu bilik kan.. dia cair sesikit..

sampai umah pengasuh.. pengasuh sy juz letak kat bahagian bawah utk remain sejuk dan tak beku so dat bila nak masuk lam bubo nanti dia dah cair sikit dan tak berketul

Followers