10 August 2009

♥ Cian Anakku

Dellisya suspek denggi..

OMG tak sangka demam yg tak baik-baik tuh rupa-rupanya sbb denggi. Ingatkan dia demam rindu (coz time tuh ngah kursus kat Fraser Hill's) or demam sbb nk tumbuh gg. Tp rupa-rupanya sebab denggi. Memula kami bawa dia pergi klinik swasta sbb tak larat nk beratur lelama kat hospital kerajaan. Oleh sbb demam dia x baik-baik ditambah lagi ngan kes H1N1, kami sepakat bawak dia g klinik kerajaan, Klinik Aneka Klang.

Seb bek ada member kerja kat sana. So mmg tak payah beratur la sbb no dh amik siap-siap (thanks Kak Ijan). Bila jumpa doktor, doktor soh amik darah pas dapat result mmg platlet darah Liesa dh kat border dah. Suppose platlet mst la antara 150 hingga 300 dan Liesa kat 152. Kalo kurang lagi dari tuh nk kena msk wad coz denggi berdarah n boleh membawa maut.

Ya allah masa tuh tak dapat digambarkan camana perasaan kami berdua. Sepanjang tunggu result tak putus-putus kami berdoa agar anak kami selamat. Kesian time Liesa kena amik darah. Cucuk kat tgn. Oleh sbb time tuh mood pon tak berapa baik, mmg riuh la satu blk tuh ngan jeritan dia. Sblm nih kalo kena enjek kat klinik dia leh wat dek jek. Siap gelak-gelak lagi. Tp time nih mmg dia jerit sepuas hati la. Saya pon tak sampai hati nak tgk time tgn dia kena cucuk. Kesian anak ibu.


Start ari rabu hingga jumaat kami ulang alik ke klinik amik darah. 3 hari tuh la tgn dia kena cucuk kiri dan kanan. Tapi alhamdulillah platlet darah dia semakin baik. So ari Jumaat tuh doktor dh tak soh dtg lagi.

Syukur alhamdulillah dia dh semakin sihat. Demam dah xde cuma tinggal batuk dan selsema jek. Tapi selera makan makin kurang. Berat pon dah turun ke garisan kuning. Macam-macam cara kami usaha. Ikut petua org soh masuk marjerin dalam makanan. Tuh pon kami wat. Kami pon beli vitamin tambahan utk dia. But maybe sbb dia baru baik demam so sbb tuh la takde selera nk makan. Mungkin sehari dua nnt ok la tuh.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

No comments: