Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Di bawah ada 17 cara yang boleh dipratikkan oleh anda dan juga sy sendiri. Check it out =)
♥ Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.
♥ Tunjukkan keprihatinan kita dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun sebelum itu, pastikan suami dalam mood yang baik. Belajar dan berlatihlah untuk menjadi pendengar yang baik.
♥ Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.
♥ Tanya keluarga terutama ibu mentua mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
♥ Sekali sekala cuba hidangkan resepi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
♥ Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
♥ Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
♥ Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar atau pulang lewat.
♥ Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
♥ Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
♥ Beri perhatian yang sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
♥ Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
♥ Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja.
♥ Apabila meminta bantuan suami, jangan memaksa. Sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
♥ Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
♥ Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
♥ Hantar kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment