N3 kalini saya nak memperkenalkan tempat sarapan popular di tempat saya iaitu Chong Kok Kopitiam --- Since 1940. Kalau orang Klang tapi tak tau kedai ni must b something wrong somewhere la hehe~
Waze : Chong Kok Kopitiam
Jalan Stesen, Klang, Selangor
Waze : Chong Kok Kopitiam
Jalan Stesen, Klang, Selangor
Kedai ni dah lama dibuka sejak saya tadika kot. Tu tahun 1988 lebih kurang. Tempat feberet untuk saya bersarapan dengan ibu dan ayah sebelum saya ke Tadika Islam --- sebelah istana dan ibu saya memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Klang -- tepi jambatan tu.
Now sampai skang umo saya dah 34 tahun pon kedai ni masih kukuh. Masih sama seperti saya jejak bertahun sudah. Nasi lemak kat depan kedai ni dah berapa generasi dah. Pinggan pon masih sama hehe~