♥ Standby Mode.. 37 Weeks!


www.babycenter.com

Alhamdulillah harinih genap 37 minggu. Masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Cuma biasalah sakit pinggang.. sakit belakang.. perut ngeras pas berbuka [ pas berbuka je mesti tersando takleh nak gerak cam teddy bear beso kat funfair tuh huhuhu~ ]. So puasa masih lagi diteruskan. Aktiviti memasak yang simple-simple pon masih diteruskan. Setakat 3 hari poser nih saya masak satu lauk jek.. yang len beli kat pasar huhuhu~ Nak masak banyak-banyak lauk pon tak sempat sebab balik kul 5 petang cam biasa
[ sedih! ].

Harap-harap dapat la meneruskan puasa selagi terdaya dan selama yang boleh. Tak larat weh nak ganti next year huhuhu~ So doakan la saya selamat melahirkan yer. Tengah membilang hari jer nih weeeeeeeeeeeeee~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Peristiwa Minggu Lepas

Nih nak citer pasal benda yang dah berlaku minggu lepas [yer la nak citer benda yang nak jadi mggu depan tak tau lagi apa nak jadi yer tak]. Pada hari Isnin bersamaan 25hb Julai 2011, dengan penuh semangat kewarganegaraan, saya telah g beli tiket bola Malaysia vs Singapore. Yes! itulah wishlist saya yang terakhir before bersalin. Walaupun hubby saya memang berat hati la nak bagi tapi mengenangkan saya nak sangat pergi dan takmoh anaknyer nanti ngences sebab tak dapat g tengok bola.. dia turutkan jugak la. So plan la ngan member kelab keta soh g beli tiket ari tuh gak dan sememangnya tindakan saya itu betul kerana seperti yang semua sedia maklum tiket bola 65k sol out untuk hari itu sahaja huhuhu~

Tuh pon member saya siap kehulu kehilir try gak dapatkan tiket tuh. Memula beratur kat SNBJ.. leh lak sampai kat dia tukang jual tiket tuh cakap tiket dah abih. Sian dia dah la beratur berejam.. ponteng keje lagi. Yerlah sapa yang leh agak tiket nak laris camtuh skali kan. Selalu cam biasa-biasa jek. Leh sampai malam perlawanan pon tiket still ada lagi. Then dia lari pulak ke Stadium MBPJ.. abih gak.. Seb bek my hubby ada member keje ngan MBPJ.. so dapat lah gak 10 keping tiket untuk kami ramai-ramai tengok bola. Malam tuh memang dah sonok sangat.. dah terbayang nak beli baju rimau.. pakai tudung kaler kuning.. dan macam-macam lagi. Tiket pon simpan kat laci sebelah katil takut si kakak wat men huhuhu~

 Tapi tuh la.. kalo takde rezeki nak wat camaner kan. Hari Rabu tuh saya dah rasa len macam. Tapi wat dek je la sebab tak rasa apa pun. Bila abih keje sampai umah tuka baju nah ko.. rupanyer saya dah kuar tanda. Tapi apsal tak sakit ek? huhuhu~ Terus call hubby soh dia balik cepat skit then nak terus ke hospital. Sebab kedudukan baby saya belum berpusing lagi so takut la kalo ada apa-apa kan.

Bila sampai spital then dia check baby tak pusing lagi.. op kos saya kena check in. Huhuhu~ confirm la tak dapat g stadium sok [sempat lagi tuh pikir pasal nak g stadium]. Tapi sampai keesokan harinyer saya masih takde kontreksen. Dok macam tuh je la kat wad. Seb bek dapat bilik 1st kelas.. dok sorang lak tuh.. tv dan segala kelengkapan dalam tuh ahmad albab yang punyer laa~


Makan~~~


Huhuhu sakittt~ beso tuh jarum dia

Esoknya [hari Khamis] bila doktor datang check saya masih lagi tak rasa apa. Doktor bagi balik. Yahoooooooooooooo~ dalam hati cakap owh sempat lagi nih kalo nak g stadium hahahaha~ Doktor yang datang peksa tuh pon cam tau-tau jek. Siap nasihat jangan g jejauh. Jangan g luar dari KL takut apa-apa hal jadi nanti tak sempat sampai spital. Siap pesan dia bagi MC sampai ari Jumaat jangan menggatal g Sogo lak huhuhu~ [time tuh kan Sogo wat sale].

Time dia cakap tuh la sedang elok my hubby dok kat sebelah. Memang takde harapan la nak g tengok bola kat stadium SNBJ. Tengok kat Stadium Astro je la gamaknyer. Tiket pon my hubby dah jual kat orang huhuhu~ Tapi tak best la kan tengok bola kat umah. Selepas puas dipujuk rayu.. dapat la kelepasan dari my hubby nak g tengok bola kat kedai. Call la memember yang tak dapat tiket datang tengok skali. Ngan tangan masih lagi ada tag spital.. gigih je saya dok tengok kat kedai tuh hihihi~ [kena datang awal kalo tak tempat takde].

Alhamdulillah sampai skang saya masih lagi gagah nak g keje.. poser dan wat keje yang ringan-ringan kat umah. Cuma memang tengah dalam mod standby la tuh. Beg pon memang dah parking lam bonet keta. Harituh mayb my baby cuma memain jek kot. Saja nak gurau-gurau huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


Followers