♥ UiTM Di Hatiku

6 Julai 2009


Tarikh saya akan kembali menjejak kaki ke UiTM sebagai pelajar. Hmm.. dah dekat setengah tahun tinggalkan buku-buku dan rutin balik tengah malam. Tapi kini ia berulang kembali. Adakah saya dah bersedia? entahlahhhh..

Kehidupan agak memenatkan tapi saya kena gagahkan diri juga demi keluarga.. suami.. anak-anak.. dan insan yang ingin melihat saya berjaya dalam hidup. Mengenangkan ayah yang sudah bersusah payah selama ini dan bayak berkorban untuk saya, tak sanggup pula rasanya nak hampakan harapan dia untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah. Lagipun.. di zaman yang serba membangun nih diploma is nothing!!!.

Saya juga nak jadi contoh untuk anak-anak di masa depan. Maybe melihat kepayahan saya sekarang akan lebih mendorong mereka untuk belajar dengan lebih gigih. Terima kasih kepada suami tersayang yang sangat memahami. Tugas sebagai isteri dan ibu kadangkala terpaksa diletakkan di bahu suami kerana kengkangan masa setiap hari. Bayangkan setiap hari bekerja saya keluar rumah untuk ke tempat kerja pada pukul 6 pagi dan sampai rumah selepas habis kelas pada pukul 11 malam. Mungkin anak saya pon akan lebih rapat dengan ayahnya. Itu sudah semestinya kerana payah hendak berjumpa dengan ibunya.

However i cant wait to see my classmate again. But sadly kami dah tak sekelas coz saya dah bercuti 1 sem. Now i become their junior. Hahahaha~ terasa diri nih muda lak
 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

Followers


up