Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

07 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 4

1:30 PM 0 Comments

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 3 (Klik Sini)

N3 kali ni lebih kepada info tentang cara-cara nak keluar dari kuarters kerajaan sebenarnya. Untuk membolehkan anda merancang perpindahan anda dan untuk elakkan anda buat keje dua tiga kali. N3 sebelum ni saya ada bagitau yang saya pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni adalah fasa pertama penghijrahan iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu lagi di quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. Apakah prosesnya? huhu~ renyah u olssss~ tapi nasib baik before that saya dah dapatkan cukup informasi dari pegawai-pegawai yang pernah menduduki quarters tentang tatacara untuk keluar dari quarters tanpa sebarang masalah. Dari maklumat-maklumat tuh lah saya buat perancangan proses perpindahan saya tuh huhu~

First before keluar kena maklum kat pihak pengurusan kuarters tentang niat anda untuk nyah dari kuarters tersebut. Hehe~ call saja bagitau nak keluar then dia akan set satu date untuk buat lawatan ke rumah anda. Lawatan ini adalah bertujuan untuk dia check apa yang rosak.. apa yang kurang.. apa yang terlebih. Kalo rosak kena betul kan la cam kusi ke apa.. apa yang kurang kena gantikan la contohnya time masuk lu ada lapan (8) kusi meja makan bila nak kuar tinggal dua (2) memang kompom kena bayar gantirugi.. apa yang terlebih contohnya paku-paku wat gantung gambar-gambar tuh sumer kena cabut.. plaster dan cat balik. Senang citer camner anda masuk lu camtuh gak la anda kuar. Takde lebih takde kurang. Perabot sumer kena cukup.

Ok untuk itu saya set dengan pegawai kem untuk buat lawatan pada petang hari saya pindah rumah. Tips yang saya boleh kongsi ialah bio dorang wat lawatan masa umah dah kosong. Sebab lagi senang dorang check. Tengok je dah tau cukup ke tak. Malah menjimatkan masa jugak dan dorang tak banyak tanya. Kalo ada kerosakan yang bukan berpunca dari kesilapan anda contohnya umah saya arituh bumbung bocor so memang kat siling tuh bertompok-tompok kesan air mengalir (salah satu sebab kuat gak untuk saya pindah kuar). Benda tuh merosakkan cat dan pastinya dia membuatkan kesan cam lumut kat situ. So yang tuh memang salah penyelenggaraan dan kita tak perlu bertanggungjawab.

Then rumah saya tuh ada lah sikit-sikit kesan conteng hasil nukilan bakal pelukis tersehor negara iaitu si adik dan kakak dan jugak kesan-kesan paku untuk gantung gambar bagai (dok lima (5) tahun kot takkan la dinding bio kosong). So yang tuh sumer pon kena betulkan gak dan cat balik. TETAPI dorang pon ada sediakan perkhidmatan untuk cat dan bersihkan rumah bagi pihak penghuni. Khas untuk penghuni yang malas nak pikir dan tak kesah dah pasal rumah tuh (macam saya). Tak tau la pihak atasan tau ke tak dorang wat servis camtuh tapi bagus la sebab kita just bayar dan dorang akan setelkan. Bila nak pindah keluar memang malas dah nak pikir pasal rumah tuh kan. Kalo leh men tinggal dah tinggal gitu je la.

So ada yang kena bebetul sesikit tuh kami betulkan.. seminggu dok kat umah kosong huhu~ so pada tanggal 29 Ogos 2014 secara rasminya saya keluar dari kuarters tersebut. Tips lain yang saya boleh kongsi ialah kalo boleh pindah kuar pada hujung bulan. Senang untuk tujuan potongan gaji. Untuk makluman pegawai yang dok quarters akan dipotong elaun perumahan dan separuh dari elaun COLA. So bila kita keluar end of the month unit gaji senang kira untuk bayaran dan pemulangan balik. Bil air dan elektrik pon senang kira.

Oleh sebab 29 Ogos adalah hari terakhir saya di kuarters so potongan saya yang terakhir adalah bulan Ogos 2014. Bulan September masih potong tapi akan dipulangkan balik pada gaji bulan November nanti sebab gaji bulan Oktober keluar awal sempena Deepavali. So Unit Gaji opis saya tak sempat buat pelarasan. Alhamdulillah semuanya memang berjalan lancar seperti yang diharapkan. So tips secara keseluruhan ialah dapatkan maklumat yang betul sebelum keluar dari kuarters. Jangan esok nak pindah arini baru nak call semua orang tanya cara nak pindah keluar. Dapatkan maklumat tentang dokumen apa yang diperlukan oleh Unit Gaji ofis anda supaya anda boleh mintak dan prepare siap-siap dengan pihak pengurusan Kem.

Alhamdulillah secara rasminya saya kembali menjadi orang Klang dan itu juga bermakna bermula lah rutin harian saya menempoh perjalanan ke tempat keje pergi gelap balik gelap setiap hari huhu~ 31hb Ogos pula kami selamat adakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah moga diberi keberkatan untuk kami menjalani hidup di tempat baru dan yang penting dekat dengan anak-anak.


Berita gembira tidak berhenti disitu saja. Alhamdulillah genap seminggu kami berpindah saya mendapat tawaran pertukaran dari JLKN ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Alhamdulillah tak sangka secepat itu. Syukur ya Allah.. kami bersyukur sangat. Hospital ni cuma 10 ke 15 minit sahaja dari rumah dan dekat sangat dengan rumah parents saya. Jengok tingkap opis pon boleh nampak bumbung rumah family saya. Memang sudah tersurat rezeki saya dan semuanya telah diatur oleh Allah swt dengan baik sekali. Saya amat bersyukur. Selepas penangguhan selama dua (2) minggu untuk menyelesaikan semua kerja saya dan serah tugas.. saya memulakan tugas di tempat baru bermula 18hb September 2014. Nanti saya akan citer pasal kerja baru saya disini. Totally berlainan dari tugasan lama but saya suka sebab boleh belajar benda baru. Yang lebih menambah kegembiraan saya adalah opis baru tak blok Blogger hahaha~ tuh yang skang lain macam rajin update blog tuh hehe~

N3 pasal rumah lepas nih pon dah takde part dah.. bersemangat nak citer pasal deco lak hehe~ op kos sumer yang pindah rumah sendiri semangat gila bila bab nak mendeco rumah kan? Sama la kita hehehe~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



06 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 3

2:12 PM 0 Comments
♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)

Alhamdulillah.. bulan Mei 2014 kami dapat surat untuk datang kolek kunci rumah. Time tuh rasa lega tuh tak dapat nak bayang camner. Lega sebab tak lama lagi kakak dah boleh duduk balik dengan kami.. lega sebab akhirnya rumah tuh dah jadi hak mutlak kami dan yang pasti lega sebab akhirnya kami dah ada rumah sendiri (walaupun kecik) Alhamdulillahhhh~ yippiiiiii!!!!

Jom amik kunci umah
Tiada yang lebih menyeronokkan anak-anak selain taman menan sebelah umah je.. jengok kat tingkap dah nampak
Lepas dah selesai semuanya.. kunci pon dah dapat cuma nak tinggal proses renovet je.. so saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuk saya mintak tukar. Al maklum la keje gomen mintak tukar kena lalu HRMIS bagai pastuh bukan mintak arini leh dapat esok. Setahun tunggu pon belum tentu leh dapat. Ikut rezeki masing-masing. Tapi takpe lah as long rumah dah siap bebila kena tukar pon saya dah ready.

Bismillahhirrahmannirrahim~
Alhamdulillah sebelum bulan puasa rumah kami dah siap renovet sepenuhnya. Skang mula pikir nak kena beli barang-barang keperluan rumah ekspeceli perabut huhu~ Maklum la dulu dok quarters tentera lima (5) tahun masuk berlenggang bawak beg baju ngan barang letrek je sebab fully furnished. Skang sumer nak kena beli balik huhuhu~ Tapi mustahil la kalo nak beli semua sekaligus kan huhu~ So saya beli yang penting-penting dulu. Cam sofa dan set bilik tidur kami je. Yang lain tunggu next gaji hehe~ Nasib baik kawan saya ada contact tukang kayu dari Muar. Saya beli set meja makan empat (4) kusi dengan harga hanya RM200 sahaja. Murah kan?

Maaf.. hubby cam seksi sikit hehe~ berpeluh-peluh pasang meja makan hehe~
Anak-anak berlengeng sebab panas umah takde langsir haha~
Tapi masa ni kami belum pindah umah lagi. Wiken je balik sini sebab nak bersahur dan buka puasa dengan kakak. Oh ya tahun ni kakak pertama kali berpuasa dan alhamdulillah dia berjaya berpuasa penuh sebulan. Walaupun kengkadang kesian tengok sebab rasa cam tak bermaya sangat ekspeceli time hari sekolah tapi hasil pujukan Awe dan Ayahwe dia berjaya jugak berpuasa. Tapi moral of the story untuk kakak time poser.. jangan bawak dia ke bazaar ramadhan sebab dia tak tahan hahaha~ Walaupun tinggal lagi berapa jam je nak berbuka. First day puasa arituh saya bawak dia ke bazaar konon-konon sebagai upah la dia berjaya puasa penuh untuk hari pertama so dia boleh pilih nak makan apa. Alih-alih balik sampai rumah terus nak makan sebab tak tahan sangat dah. Sampai nangis-nangis. Walhal time tuh nak kat kul 7 dah kot. At last my hubby bawak dia jalan-jalan naik motor keliling kawasan rumah sebab nak bagi dia leka hahaha~ lima minit nak buka baru balik pastuh terus soh dia mandi dan berbuka hahaha~ adoiyaiii kakak ni. Tapi alhamdulillah dia berjaya jugak berpuasa penuh sebulan. Syukur ya Allah.

Bila rumah dah siap dan semuanya makin lengkap makin kuat lak hasrat hati nak pindah. Time tuh dah tak pikir dah kalo saya pindah saya kena bangun kul 4.30 pagi.. keja train kul 6.00 pagi.. perjalanan dua jam pergi dan balik keje.. balik umah sampai kul 8.00 malam. Cam redha jer. Happy sangat kot dok umah sendiri kan. So dah bincang abis-abis ngan hubby kami tekad untuk pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni kira fasa pertama la iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu kat quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. 

Yang tuh nanti saya ceritakan di next N3 yer. Wah akan ada Part 4 laaa~ hahaha~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



17 October 2014

♥ Kursus di Hotel Impian Morib

11:25 AM 0 Comments
First kursus di tempat baru. Bengkel Pengurusan Tatatertib anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Alhamdulillah dapat gak cukupkan tempoh berkursus tujuh (7) hari setahun. Baru leh isi SKT pasni hehe~ Sebab kat spital jaga perkhidmatan dan sumber manusia so hal-hal tatatertib ni pon dah jadi salah satu jobskop saya gak la. 


Dari perhatian dan tengok fail ijo yang melambak-lambak kat opis leh agak la.. agak kritikal gak kes tatatertib kat spital saya ni huhu~ bukan setakat atendan yang banyak kes tak datang keje. Doktor pon sama banyak okeh. Huhu~ Moga Allah tabahkan hati saya untuk menguruskan kes-kes dorang tuh nanti. 

12 September 2012

♥ Dilema Antara Kerja dan Holiday

9:15 AM 0 Comments


Dis wik adalah minggu takde kat umah huhu~ ekceli kalo ikutkan everi wiken lam bulan raya nih memang takde kat umah tapi dis wik.. the whole day takde aiyakkkk!!

Me cuti ari senin kelmarin >> penat kemas umah la konon-konon =P << Then bila masuk keje on Tuesday.. dapat lak panggilan pulau from my bos soh ganti my seken bos g Lab >> more to bengkel laa.. << pasal pengurusan risiko untuk Jabatan Latihan Khidmat Negara >> my opis daaa.. << Start today until Friday. Tapi yang menjadi masalah problemonya saya dah plan nak folo hubby g Terengganu dis wiken after take my parents for chekap huhuhu~ camano nih.. Lab sampai Jumaat.. Suppose dat morning dah kene setel hal my parents before heading to Terengganu until Ahad.. Hmmm~

 Tapi.. hasil perbincangan ngan orang yang sepatutnya g tapi ngelat nak g >> my seken bos << hahaha~ dah nego-nego.. dia ngan rela hati akan ganti saya untuk Jumaat.. so saya juz kena attend Lab sampai Khamis malam je.. yeay! Even kena drive sendiri KL - Seremban dan balik tetengah malam nanti.. its ok.. tak kesah.. bukan jauh nau pon kan hihihi~ Thanks bos!

K now nak siap kan kertas Taklimat untuk Board A next wik then nak balik umah siap-siap sebab kul 2 dah nak kena ada kat Hotel Royale Bintang, Seremban. Tata sumer...


09 August 2012

♥ Sesungguhnya Saya Bz

12:30 PM 0 Comments

www.google.com

Huhuhu~ baru je wat N3 pasal lama tinggalkan blog nih bersawang.. after a month baru kuar N3 baru hahaha~ hampeh.. Siyesli memang keje kat tempat baru very the busy bee huhu~ biasa la kalo dah deal ngan kontrak gomen nih kan.. lagi-lagi nak buat perolehan untuk bebudak PLKN nih.. Satu tahun ada 3 sesi.. satu sesi ada 10000+/- orang.. huhu~ Leh kata kalo saya tak keje tak berbaju la dorang sumer hahaha~ (poyo jek!). Ditambah pula ngan komputer opis yang takleh online fb time keje (huhuhu~ sadis!) cuma leh online time rehat jek.. lebih membuatkan saya khusyuk membuat kerja. Good for me la kan.. kalo lu leh kata official job saya moderator fb.. keje kat opis lak as part time hahaha~ now dah bertukar la.. alhamdulillahhhh~ berubah ke arah yang lebih baik dan tak makan gaji buta hihihi~

Even takleh berFB.. blog leh bukak lak huhu~ leh la saya apdet kalo time-time free (ada ke time free? huhu~) no more xcuse rite? evendo ntah ada ke tak yang baca blog saya nih but dis can b cara melepaskan stress wat keje kat opis la for me huhu~ better than nothing.

Banyak benda nak citer nih.. persiapan raya.. persiapan besday party anak-anak.. parents nak g haji tahun nih.. sambutan raya.. bla.. bla.. bla.. and op kos akhirnya saya dapat beli kamera DSLR idaman saya yang saya idamkan dari las year.. yeay! Will tell about it later-later k. 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


22 July 2012

♥ Kesian.. Terabai Nak Dekat Sebulan huhu~

11:16 PM 0 Comments



Siapa yang terabai? Kesian sungguh la.. hahahaha~ blog saya nih la huhuhu~ last post 10 Jun 2012 but now dah 22 Julai 2012 huhuhu~ lama giler! Nih bukan setakat kena sapu sawang.. dah kena buat doa selamat nih sebab kalo umah kena tinggal lama orang kata ada benda len yang duduk.. kalo blog? hahahaha~ 


Alhamdulillah skang nih hidup dah aman skit. Kelas dah abih.. final dah abih.. final projek dah setel.. semua yang berkaitan ngan kelas melas sumer dah setel.. LEGAAA!!! Hop final exam goings great dan saya boleh grad dengan jayanya huhuhu~ aminnn~ Skang berdebor tunggu final result lak 3hb nih.. doakan saya k!


Now saya pon dah tukar tempat keje.. still di MINDEF tapi tukar jabatan lak. Skang saya bertugas kat Jabatan Latihan Khidmat Negara, Bangunan Zetro, Wangsa Maju. Alhamdulillah pas tiga tahun menunggu dapat gak kuar dari keje ngan tentera.. its not that bad tapi.....~ hihihi adala benda yang saya tak boleh blah bila keje ngan tentera. Juz keep it for myself. Menjadi pengalaman yang berharga untuk saya di masa depan.


Tapi di tempat keje skang pon leh tahan bz nyer but i loikkkkkkk~ hihihi~ pasnih leh la aktif berblog semula.. Yeay! Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. 



14 May 2012

♥ Alhamdulillah.. Rezeki Dari Allah

4:14 PM 0 Comments

Today keje bz lite-lite jek. So ada la masa nak menggodek-godek keje selain keje hakiki. Tetiba terasa nak check lak status perjawatan saya. Bila check kat laman web SPA katanya surat dah anto bulan lepas. Paham la kan surat-surat gomen nih.. banyak sangat pintu + orang + departmen nak kena lalu baru la sampai ke tangan huhu~ Kira dah bagi time sebulan lebih nih kira orait la kan.

Dengan hati yang tak mengharap apa-apa (cewaahhhh~ kalo tak mengharap takkan la call kan huhu~) saya call la PT yang jaga perjawatan PPT. Baru bagi salam dan bagitau nama + dari departmen mana (stendet protokol call gomen) lum sempat nak bagitau tujuan menalipon terus PT tuh bagitau saya nyer surat dah setel. By today akan dirilis ke P&P Markas Tentera Darat. By tomorrow dah leh dapat kat tangan. Hahahaha~ bagus budak nih tau je apa saya nak tanya kan hihihi~

Bonus tambahan lak.. selain Surat Pengesahan Jawatan dan Surat Pencen.. Kew 8 kenaikan gaji 13% pon dapat gak (takde la teruja sangat sebab gaji dah masuk bulan lepas). Tapi alhamdulillah Kew 8 untuk increment pon kuar sekali. Yeay! Oleh sebab Pergerakan Gaji Tahunan (KGT) saya bulan 1 so saya akan dapat increment untuk 5 bulan sekaligus muahahahaha~ Alhamdulillah rezeki anak-anak. Simpan untuk belanja raya. 

Senang sikit rasa hati bila perjawatan saya dah setel dan konpom. Dah boleh wat loan umah.. stop potong KWSP.. tambah simpanan ASB dan macam-macam lagi. Wat saya bertambah semangat nak kerja gak hihihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




18 November 2011

♥ Kursus + Unofficial Holiday

5:57 PM 0 Comments

Alhamdulillah selamat sampai di Permaisuri Resort, Port Dicson. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air hihihi~ Sambil kursus bawak family sekali untuk wiken holiday. Jimat pon jimat yer tak?

Permaisuri Resort nih is one of Rumah Persekutuan Kerajaan Malaysia. Selain itu dia juga menjalankan operasi hotel biasa dan buka pada orang luar but different rate la kan. Cam apartment yang saya dok nih, apartment dua bilik ngadap laut lagi.. x tau la berapa stendet rate dia.. usually RM250++ la kan [lebih-lebih lagi wiken] but untuk gomen cam saya hanya bayar rate RM40 je semalam. Murah kan? hehehe~

Tapi bukan satu hotel nih dijadikan Rumah Persekutuan. Ada kuota dia. So ikut nasib la dapat ke tak huhuhu~ Lebih-lebih lagi cuti sekolah dah start sok kan.. memang payah la nak dapat.

Selain dari kat PD, Rumah Persekutuan nih gak ada kat beberapa tempat len cam kat Cameron Highland, Tasik Kenyir, Langkawi, Freaser Hill dan Morib. Kalo dulu memang azab la Rumah Persekutuan nih.. memang las choice la untuk duduk bercuti sebab keadaan rumahnyer azab sangat. Yerlah cam jaga tak jaga je kan. Facilities dia pon memang teruk. Memula lu memang tak terpikir pon nak sewa Rumah Persekutuan nih sebab dengar dari pengalaman kengkawan memang teruk sangat. But tuh dulu skang tidak lagi hihihi~ Malah dah jadi rebutan lak.. asik penuh je memanjang.

Skang nih kebanyakan Rumah Persekutuan nih telah disub kan pada hotel swasta. Cam apartment yang saya dok skang nih.. di bawah jagaan Permaisuri Resort. So memang stendet hotel la. Ada swimming pul segala. Pantai pon lawa dan yang penting nih "hotel melayu" hihihi~ means boleh je berendam lam kolam renang tuh kai baju kurung sekalipun hihihi~ Takde la kena pakai swimming suit je cam kebanyakan hotel.

Pada sesapa yang keje gomen yang nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan nih boleh pergi ke laman web Bahagian Perumahan dan Hartanah nih ek. Kat sini ada semua maklumat yang kengkawan nak tau iaitu dari segi harga, kelayakan, jenis penginapan dan lain-lain. 

Okeh. Thats all for today.. nak get ready untuk taklimat malam kang. My hubby jaga anak-anak la ek kat apartment. Tapi konpom si adik akan tido jek [hobi dia] dan kakak pon akan pengsan jap lagi sebab dari tadi turun mandi kolam tak nek-nek huhuhu~




15 November 2011

♥ Cuti Sudah Habis Broooo~~

8:12 AM 1 Comments

Huhuhu~ hari pertama kerja pas puas bercuti selama 90 hari. Naper tak cukupkan 100 hari je terus kan senang hehehehe~ Dah bagi cornetto nak tutti fruti lak kan? hihihi~

Harinih masuk keje rasa cam time 1st day lapor diri harituh lak. Meja clear. Komputer pon nampak cam 3 bulan tak berusik. Segalanya masih seperti asal hihihi~ Bagus takde keje yang pending. Walaupun saya takde pemangku tapi keje sumer beres [yer la kot sebab tak nampak lak surat "untuk perhatian" saya kat atas meja. Bos pon takde.. MC sampai 2hb Doblas. Big bos pon takde.. ada Hari Ulangtahun RSD.. tengahari baru masuk. Best! Heaven sesangat! hahaha~ jap lagi nak turun kat kantin bawah.. rindu lak rasa. Apa la yang makcik tuh masak arinih. Ada menu baru ke? Setting meja ada tukar ke.. harga makin murah ke.. 

So sesi menampakan diri nih bz bermula skang. Pas makan nak sambung wat esemen lak muahaha~ Tata


26 October 2010

♥ Kembali Bersiaran

7:37 PM 0 Comments
[menaip blog sambil sapu sawang-sawang]


Alhamdulillah minggu yang maha bz telah berjaya dilalui dengan jayanya. Semua final project + test + presentation dah berjaya diselesaikan. Pagi nih dah lepas pun satu paper. Tinggal 3 lagi final paper then finish for this semester. But to be continued next year huhuhu~

Status skang berada di Salak Tinggi.. Kursus Pengurusan Kewangan di Empress Hotel. Masih lagi leh curi-curi masa untuk berblog hehehe~ My baby tinggal ngan ayahnya.. really miss my baby.. and my hubby too huhuhu~

Thats all for today.. nak bersiap untuk kursus sesi malam pulak.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

13 August 2010

♥ Jemputan Pertama Berbuka Puasa

11:42 AM 0 Comments
Alhamdulillah.. rezeki murah bulan poser nih. Apa lagi kalo tak jemputan berbuka poser hikhikhik.. Sejak kawin kalo bulan poser jek mesti ada jemputan berbuka di hotel. Saya punya tak selalu sekali dua jek.. tapi my hubby very the banyak ok! kengkadang sampai lima enam tempat ajak berbuka. Biasalah kerja ngan bahagian perumahan harus lah banyak kontek. Yang bestnya saya leh ikut muahahaha~

Gambo dari pakcik gugel


Tapi first jemputan berbuka tahun nih adalah saya punyer. Very da awal dah dapat jemputan. Yang menjemput adalah Syarikat Sapura Thales Electronic (STE) Sdn. Bhd. ~~~ Terima kasih Sapura ^_^ ~~~

Jemputannya adaah pada hari Selasa depan [12 Ogos] di Hotel Konkod, KL. Yang bestnya leh bawak Mr Hubby tapi Dellisya kena tinggal kat umah pengasuh la sayang. Dia kan ngan very da aktip. Pastuh majlis ngan tentera nih very the protokol. So untuk memudahkan segalanya.. terpaksalah puteri sya itu ditinggalkan. Jap jek pas buka amik balik hikhikhik~

Seb bek gak bulan poser nih saya takde kelas ari Selasa hingga Khamis [sebab dah ganti ari sabtu huhuhuhu~]. So boleh lah memenuhi jemputan berbuka nih. Dan jugak ada alasan ngelat masak hihihihihi~

Seb bek dapat hubby yang very sporting n tak banyak kerenah. Yerlah kita pon penat keje pastuh kalo masak pon untuk makan berdua je. Tapi seboleh-bolehnya di bulan poser nih memang saya akan usaha untuk masak sebab kalo hari biasa jangan harap la sebab kuar pagi balik malam. Mana dan nak masak.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

31 March 2009

♥ Kata-Kata..

4:47 PM 0 Comments

Untuk pedoman bersama...
"Success is simple. Do what's right, the right way, at the right time"
Arnold H. Glasgow


"There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work and learning from failure"

Colin Powell


"We must become the change we want to see"

Mahatma Gandhi


"When I want to understand what is happening today or try to decide what will happen tomorrow, I look back"

Omar Al-Khayyam


"Knowing other is wisdom, knowing yourself is enlightenment" 

Lao Tzu


"Honesty is the first chapter in the book of wisdom"

Thomas Jefferson


"A superior man is modest in his speech, but exceeds in his actions"

Confucius


"Great organization demand a high level of commitment by the people involved"


Bill Gates

"A pessimist sees the difficulty in every oppurtunity; 
an optimist sees the opportunity in every difficulty"
Winston Churchill


"Wisdom ceases to be wisdom when it becomes too proud to weep, 
too grave to laugh and too selfish to seek other than itself"
Kahlil Gibran



18 March 2009

♥ Senaman Untuk Hilangkan Stress

12:32 PM 0 Comments
Sesaper yg tengah stress or yang baru balik kepenatan dari keje, pls do this simple exercise below :)

[Grab from Prosboc]

Selamat Mencuba!!

Image
ni ala taichi sikit la…
Align Center
sebagai intro dan warming up..

Image
tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..

Image
wa..wa..aaa

Image
gerak kekanan kemudian ke kiri..

Image
gerak ke kiri kemudian ke kanan

Image
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

Image
tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..

Image
dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..

Image
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…

Image
buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..


Image
hilangkan semua stress…

Image
pusingkan kepala…

Image
tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…

Image
akhir sekali

buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~ Selamat Mencuba