Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

03 March 2017

♥ Review : Chong Kok Kopitiam Klang

11:46 AM 0 Comments
N3 kalini saya nak memperkenalkan tempat sarapan popular di tempat saya iaitu Chong Kok Kopitiam --- Since 1940. Kalau orang Klang tapi tak tau kedai ni must b something wrong somewhere la hehe~

Waze :  Chong Kok Kopitiam
Jalan Stesen, Klang, Selangor

Kedai ni dah lama dibuka sejak saya tadika kot. Tu tahun 1988 lebih kurang. Tempat feberet untuk saya bersarapan dengan ibu dan ayah sebelum saya ke Tadika Islam --- sebelah istana dan ibu saya memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Klang -- tepi jambatan tu.

Now sampai skang umo saya dah 34 tahun pon kedai ni masih kukuh. Masih sama seperti saya jejak bertahun sudah. Nasi lemak kat depan kedai ni dah berapa generasi dah. Pinggan pon masih sama hehe~

20 February 2017

♥ Resepi : Buah Melaka @ Onde Onde

1:42 PM 0 Comments
Semalam sempat la buat kuih melayu untuk minum petang. Kuih buah melaka atau ada gak panggil onde-onde. Kalo beli kat luar kebanyakannya penuh tepung pastu gula cenonet je. Ada tu kelapa pon takde rasa.. cam hampas je rasanya huhu~ Kalo buat sendiri nah kau sukati la nk letak isi gula melaka tu beso mana.. kelapa banyak mana.. sedap dan mudah. 

Jom kita share rasepi

07 February 2017

♥ Review : The Lepaking Port

8:38 AM 0 Comments
Saya ni jenis kalo satu tempat makan tu memang sedap dan kena dengan tekak.. memang selalu la berkunjung ke situ. Kalini saya nak promot satu tempat makan berdekatan dengan rumah saya iaitu

Menu utamanya adalah SHELL OUT dan STEAMBOAT & GRILL. Steamboat saya tak pernah makan. Tapi shell out dia memang marbeles. Harga pon murah dan sesuai la dengan bajet orang-orang kebanyakan yang cam saya ni yang bajet-bajet nak merasa makan shell out ni hehe~

31 January 2017

♥ Resepi : Oreo Cheesecake (No Bake)

4:49 PM 2 Comments
Resepi ni saya dah buat beberapa minggu lalu. Baru ada masa nak share di blog. Resepi ni resepi yang saya olah lepas beberapa kali percubaan. Rasanya ini lah yang the best dan yang paling elok kejadiannya hahaha~


RESEPI
--------------

1 paket oreo
2 sb mentega

Hancurkan sepeket biskut oreo tu. Saya hancurkan sekali dengan krim tengah dia. Boleh juga kalo nak asingkan. Satukan dengan mentega yang dah dicairkan dan kacau rata. Pastu mampatkan dalam bekas / loyang yang sesuai. Saya guna loyang bulat diameter 10". Kemudian masukkan dalam peti ais bagi keras. Sementara tu boleh buat step yang seterusnya.

250 g cream cheese (philadelphia)
200 ml susu full cream (dutch lady)
2 sb gula
1 sk esen vanila
secubit garam
1 bekas yogurt natural
2 sb gelatin (cairkan dalam cawan air panas)

Dalam kurungan tu adalah brand yang saya gunakan. Nak gunakan yang lain pon boleh. Semua bahan atas tadi saya blend je. Saya blend ikut urutan dari atas ke bawah.

Pastu patah-patahkan 1 paket oreo dan campurkan dalam campuran tadi. Sukati la nak patah berapa pon. Atau ikut kreativiti memasing la nak buat camner muahahaha~ Kacau-kacau jangan sampai hancur plak. Bagi sebati dah cukup.

Pastu tuang dalam bekas / loyang tadi. Masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. Esoknya dah boleh makan dah.

Ops lupa lak. Untuk hiasan atas kek sukati la ye. Boleh susun oreo tu satu-satu atau cam saya - saya hancurkan 4 kepng oreo tu guna lesung dan taburkan atas kek tu. 

Tips bagi yang ada anak kecik yg over exited cam saya ni. Selalu kek ni saya buat memalam sebelum tido. Sebab bio dalam peti sejuk dan esok boleh dimakan. Kalo buat siang time anak-anak saya berjaga.. memang banyak bersabar je la. Jap-jap dia g tekan atas kek tu nak tengok dah leh makan ke tak. Abih berlubang-lubang. Jap-jap bukak peti ais tengok.. bukak tutup bukak tutup peti ais tu je la. So buat la malam sebelum tido. So anak-anak takkan kaco kek tu sampai esok pagi hahahaha~

Tu resepi saya.. kalo kawan-kawan ada cara atau tips yang lebih baik.. boleh share di ruangan komen ya.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

27 May 2015

♥ Sangkaya AEON Bukit Tinggi Klang

6:27 PM 1 Comments

Nowadays eskrem kelapa ni dah jadi fenomena kan? Ramai dah bercakap so membuatkan saya pon nak merasa gak. Sebelum ni ada kawan bagitau dia dah penah try eskrem ni di cawangan Ampang Point, KL. Nak kesana semata nak merasa memang tak la kan. 

Cam biasa kita tanya kat encik serba tau iaitu Mr Gugel. Dok puas gugel pasal eskrem nih. Lack of information sangat. Susah nak dapat info. Tokey kedai sila take note. Laman web tak boleh dibuka. May b under maintenance. Dapat baca citer dari blogger lain yang penah try jer. Tapi semua citer try makan kat area KL. Dari bacaan saya ni gak baru saya tau dia ada cawangan kat AEON Bukit Tinggi, Klang. Tuh pon takde langsung info pasal kedai dia kat Aeon Bukit Tinggi ni kat tingkat mana.. celah mana.. Last-last jumpa gak akaun instagram dia iaitu @sangkayacreamery. Pon takde gak infonyer huhu~

15 September 2012

♥ My Kids Birthday Party

12:18 AM 0 Comments



Alhamdulillah segalanya telah selesai dan berjalan lancar. Makanan pon abih.. orang pon ramai datang.. very appreciate it. Suka bila tengok tetamu datang dan balik kenyang serta muka happy hihihi~

As told before majlis nih sekali ngan kenduri my parents g haji. So ramai la yang datang. Dan kebanyakannya jiran-jiran.. kawan-kawan.. adik beradik.. sedara mara ibu dan ayah saya. Alhamdulillah moga dengan berkat doa mereka.. ayah dan ibu saya selamat menjalankan ibadah haji mereka nanti.. aminn~

My event yang sapos stat kul 2.30 petang lak start around 3 petang. Lewat lagi sebenarnya bcoz of the clown lambat sampai + tak tau jalan dtg umah + sesat = saya amat marah tp masih dalam keadaan terkawal huhu~ Kalo dah tau tak tau jalan shud ask earlier la kan.. nih kita ngah sibuk layan orang.. uruskan makanan.. dia pon dok sibuk call tanya direksen.. memang upset sangat sampai juz pas kat adik saya untuk layan clown tuh. Kalo tak pk pasal deposit memang saya dah soh balik dah huhuhu~ Dengan guruh dah berdentum dentam kat langitnyer.. saya risau ujan.. kang lagi huru hara lak jadinya.. so saya stat without the clown sebab dah lewat sangat + sebab ujan tadi

Hmm~ tetiba naik lak temperature darah nih huhu~ so layan gambo jap ek sementara saya cool jap hihihi~





Makanan yang disediakan.. saya punyer mee jawa.. lupa lak nak snap gambo sebab bz sangat. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan dan tiada pembaziran yang berlaku.. terima kasih kepada semua tetamu


Gudis untuk tetamu.. order kat Kedai Kek Bukit Idaman. Member kelab kereta =)


Welcome board saya cam yang saya citer kat sini. Ensel >> tuh kan nama kayu kat belakang tuh? huhuhu~ << tuh lak saya pinjam dari member kelab kereta saya gak yang ada bisness fotograpi gambo kawin. Hasil kerja dia memang ossem.. kalo tak caya cer try tengok kat web dia or FB dia


Semua tagging untuk candy bar dan tagging "HAPPY BIRTHDAY DELLISYA & UQASYA" tuh pon sumer saya wat sendiri ngan bantuan kawan-kawan kelab kereta saya gak hahaha~ kan saya dah cakap.. lam kelab saya nih sumer jenis pekerjaan ada.. cakap je hihihi~ Tagging dan balang-balang candy bar tuh saya dah citer kat N3 yang nih ngan yang nih hehehe~


Centrepieces untuk letak kat setiap meja. Saya wat sendiri gak tau hahaha~ rajin tak saya hihihi~




Cakes for birthday boy and girl. Kakak memang spesel request nak kek Angry Bird. Adik lak sebab tak reti nak mintak-mintak lagi so ikut kata ayahnya la.. so op kos nak kek MU dia.. Kek kakak adalah butter cream rainbow cake dan adik lak chocolate fondant. Sedap yer dedua kek nih. Abih licin tanpa meninggalkan kesan huhuu~ sampai tuan rumah pon tak sempat rasa huhu~ All the cakes saya order dari tukang buat cake feberet saya iaitu Lea Oven. Leh usha web dia or FB dia gak kalo nak tengok hasil kerja dia yang osssem-ossem tuh.. lawa-lawa sampai tak sampai hati nak makan pon ada gak hahaha~


  
Dan ini lah Candy Bar (CB) yang saya usahakan selama nih hahaha~ kira ok la kan. Proud of myself. Thanks juga pada rakan-rakan yang menolong.. yang tolong pinjamkan.. sewakan.. buatkan.. sampai saya leh set up CB saya sendiri yeay! Selain dari nama-nama kat atas saya gak nak highlight a few names yang menyumbang hihihi~

My UiTM classmate.. Noti Netty for delicious chock stick. Gambo takde kat atas sebab tokey datang lambat huhuhu~ tapi seb bek datang


My primary school classmate.. Zila for tartlets dan sewakan alas kek + cupcake stand. Kalo berminat nak sewa pon leh try usha kat blog barang sewaan dia kat sini ngan kat sini hahaha~ harga memang murah.. sebab kalo guna sekali je tak berbaloi lak nak membeli kan hihi~ 


Mini pavlova tuh lak saya order kat sama tempat saya order kek-kek tuh iaitu kat 
Lea Oven.




Last baru nak citer pasal clown huhuhu~ saya tak nafikan servis dia ok.. tapi tuh la saya memang pantang sikit bab time nih. Memang boleh mendidih. Tapi takpe la benda dah jadi dan saya halalkan terlebih terkurang tuh huhuhu~ Clown nih saya ambil dari Happening Entertainment. First time try nih. Leh contact dorang tru dorang nyer FB 


Lastly adalah gambar kami sefamily yang tak berapa elok sangat sebab adik tak pandang kamera hmmmm~ 






Alhamdulillah semua dah selesai. Now juz nak tunggu hari ibu dan bapa saya nak berangkat ke tanah suci. Rasa sedih lak.. dan gembira pon yer sebab akhirnya sampai gak rezeki untuk ayah dan ibu saya juga sementara mereka masih kuat nih kan. Mereka kena lapor diri kat Kelana Jaya pada 20 September 2012 kul 10.30 malam dan penerbangan dijangka pada pukul 1.30 pagi. Mohon kawan-kawan blogger sekelian doakan Allah swt merahmati dan kurniakan keselamatan.. kesihatan dan keberkatan kepada ayah dan ibu saya ya.. aminnn~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



28 August 2012

♥ My Kids Birthday Party : Update!

3:37 PM 0 Comments

Skang ngah bz planning and prepare untuk beday party anak-anak saya next wik. Cam tahun-tahun yang lepas.. tahun nih pon wat kat umah my mom kat Klang. My mom wat kenduri kesyukuran dan doa selamat sebab dah sampai rezeki dan seru untuk g haji tahun nih.. alhamdulillah.. saya pon selit la sekali majlis saya nih hihihi~ sep bajet la akatakan hihihi~

My mom wat kenduri after zohor dan saya lak sambung saya nyer majlis lam kul 3.00 petang camtuh. Untuk BP nih kek, clown, design kad jemputan and several things nak letak kat candy bar dah setel diorder kat kawan-kawan saya yang kretip.. Bab makan minum my mom yang tolong setelkan dan tolong orderkan kat catering kenduri dia sekali. Saya nanti tolong bayarkan je huhuhu~ Khemah pon pon my dad yang uruskan.. Lain-lain dah takde apa kot.. candy-candy sumer saya beli nanti nak kat hari majlis.. beli awal-awal memang abih kat dalam perut kakak la nanti huhu~

Majlis saya simple je sebab wat belah petang kan? Juz makan yang ringan-ringan, kuih-kuih, desert-desert dan cikedis-cikedis. Oh ya! saya berangan nak set up candy bar sendiri hihi~ doakan saya berjaya ek hahaha~ ala simple je.. susun je la lawa-lawa atas meja kan.. hihihi~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


16 August 2012

♥ Berbuka Puasa Di Ikan Bakar Jeram

3:45 PM 0 Comments

Salah satu wishlist poser tahun nih nak g makan sifud hihihi~ Alhamdulillah tercapai gak. Kami sefamily dan rakan-rakan g makan kat Ikan Bakar Pantai Jeram. Ngah dok secing-secing pakcik gugel cari tempat makan yang best tertimbul lak page FB IBPJ nih. Bila dok godek-godek nampak lak dia ada sediakan pekej untuk berbuka poser. Mining leh buk tru fon jek n nanti bila sampai sumer dah siap terhidang.. tak yah nak tunggu lama-lama. Bagus betul.

Terdapat dua pekej disediakan.. RM135 dan RM160. Oleh sebab kami g beramai-ramai lam sepuluh orang.. so kami decide untuk amik 1 pekej RM135 + 1 pekej RM160. Nah kau makan la pepuas hahaha~ Nih details untuk setiap pekej..

 

Marbelessss~ makan utk 10 pax tapi kalo bawak tambahan 2 3 orang lagi pon saya rasa cukup. Tak tau la pekej nih khas untuk ramadhan ke or hari biasa pon ada. Kalo minat nak g leh lawat page FB dorang kat atas tuh ek. Tapi memang puas hati la dan boleh tahan sedap. Dapat lak pot kat tempat terbuka tepi pantai + cuaca yang baik memang lagi berselera la. 

Jom layan gambo kami kat sana lak



Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


♥ Burger Bakar Kaw-Kaw

3:09 PM 1 Comments

Siang-siang hari poser nih takpe kan saya up N3 pasal makanan? hahaha~ dh lama nak share tempat saya selalu makan beger bako nih. B4 dis penah makan kat beger bako kat Dagang Avenue n several places yang len tapi tak tau la saya still rasa beger bako yang kat area umah saya a.k.a wangsa maju nih yang sedap. Dari segi sos, tebal dagingnya, masaknya, servisnya, sumer ok.

Nama dia ialah Burger Bakar Kaw-Kaw. Dia ada kat beberapa tempat iaitu kat Puchong, Seksyen 2 ngan 5 Wangsa Maju. Yang saya selalu lepak is kat Seksyen 5 Wangsa Maju iaitu kat Arena Cafe (dulu kedai Ani Sup Utara). Kalo nak tau location dan menu-menu yang ada boleh jek klik kat link atas tuh ek.

Kat situ menu banyak. Siap ada set-set lagi. Saya selalu makan Beger Daging + Cis.. harga RM7 rasanya (kurang pasti sebab hubby yang selalu g order dan bayo huhu~). Tapi memang bagak.. kengkadang berjaya abihkan satu.. tapi selalunya hubby yang abihkan hahaha~



Hahah saja pos gambo bebeso.. jangan terliur lak ek hihihi~ Kalo free dan berdekatan try la singgah.. yang penting tak yah nak beratur pepanjang hihihi~





03 November 2011

♥ Alhamdulillah.. Kenduri Dah Selamat Dijalankan

12:40 PM 1 Comments
Hoyeh! arinih leh rest jap dari membuat assignment yang menimbun huhuhu~ 



Alhamdulillah.. kenduri yang diakan pada hari Sabtu arituh telah selamat diadakan dengan jayanya. Thanks pada semua yang membantu menjayakannya. Ekspeceli untuk my parents yang bagi pinjam umah and sponsorship hihihi~ Terpaksa wat kat umah parents di Klang sebab umah kat KL lam Kem Tentera + tingkat 11 + parking takde + masuk kena tinggal IC bagai + MP nanti banyak soal = menyusahkan para tetamu! So umah mak bapak gak la yang jadi pilihan sejak dari dulu hihihi~


Kali nih nak citer preperesen yang tak sempat nak diciter sebelum nih. B4 dis juz sempat nak citer pasal kad jemputan ngan kastem made yassin dan stiker je kan? So kali nih nak sambung lagi citer pasal gudis bag ngan boyan hihihi~ Niat dihati bukan nak menunjuk-nunjuk tau tapi juz nak sharing ngan my readers mana la tau kengkawan lak nak wat majlis untuk anak masing-masing so boleh la try tempat-tempat dan orang-orang yang terlibat lam majlis saya nih.


For ol tetamu yang datang.. tidak pulang ngan tangan kosong. Saya bekalkan ngan gudis bag nih..




Yang kecik cenonit dua bijik tuh untuk semua tetamu. Saja wat dua kaler konon-konon ikut tema la kaler gold coklat hihihi~ Kat lam ada Coklat Muffin ngan 3 bijik coklat. Coklat Muffin tuh saya order dari member kelab keta yang bukak bisnes bakery dan coklat tuh lak saya order dari member saya gak yang keje kat Lembaga Koko Malaysia. Bagus kan kawan ramai? hikhikhik~


Yang beso kaler itam tuh lak untuk kumpulan marhaban, VIP [wah ada VIP githu] sedara mara, kengkawan saya yang dah kawin [ wife je dapat.. hubby dapat yang cenonit tuh ] dan kengkawan ibu ngan ayah saya. Kat lam tuh ada gak Muffin Coklat ngan 3 bijik coklat but then tambah ngan kastem made yasin. Sebenarnya tak tau naper beli kaler itam. Bila dah beli baru terpikir takut kena marah ngan ibu saya.. beli warna itam cam nak berkabung lak. Tapi seb bek ibu saya tak marah hihihi~ may b sebab ada teddy bear comel tuh kot.


Bear telo [ yer la bukan bunga telo kan? hihihi~ ] tuh saya beli kat Bandar Klang. Rm 2.20 je sebatang. Gudis bag lak saya beli kat GM KL yang kat area Chow Kit tuh. Yang kecik 60 sen sekeping yang beso lak RM1.20 sekeping. Beli banyak ke skit ke tetap harga sama sebab memang dah jual ngan harga borong [ kata orang kedai tuh la ]. Loose coklat yg kat lam tuh saya beli dari member. Dia jual RM25 per setengah kilo. Dijual lam bekas-bekas plastik. Memang konpom la satu bekas abih si kakak sorang je yang bedal huhuu~




Untuk kanak-kanak tidak dilupakan hihihi~ saya bagi lolipop coklat untuk semua kanak-kanak dan orang beso gak hihihi~ Hasil tangan my classmate Puan Notti Netti. Gambo kat bat bawah nih amik dari blog kek dia. Thanks Nett!






Now meh tengok boyan for my hero lak.. yippiii~




Nih sehari sebelum majlis. Pasan tak my hero ada lam boyan tuh? hikhikhik~


Kat sini gak saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang terlibat dan membantu saya menjayakan majlis untuk anak-anak saya nih. Thanks to :


1. My parents coz bagi pinjam umah & sponsorhip

2. The best sepupu, Cik Bina [ my children call her ] & the best makcik, Nek Cik coz sudi jadi kendarat.
3. Bakers for Choc Muffin yang sedap & kek kakak yang sangat sedap dan cantik
4. Man [ my x-classmate ] for loose chocolate
5.  Creatively Designed for luvly Kastem Made Yassin & Sticker
6. Kak Emma from Tisya Little Cottage for luvly boyan
7. Nett for cute apam ladybird & choc lollipop
8. Paie Comel for fotograper

Thanks sumer! jasa anda amat saya hargai.. luv u ol kuat-kuat tau..



06 October 2011

♥ Yey! My Girl Makan Banyak

1:35 AM 0 Comments
Hihihi~ Mesti ada yang heran apsal saya suka sangat. Ekceli my girl nih memang tak kuat makan pasal tuh badannyer cekeding je. Lebih-lebih lagi makanan yang dalam kategori berkhasiat dan sayur-sayuran. Memang nan ado la dia makan bertambah. Kengkadang kongsi ngan saya pon tak abih huhuhu~ Tapi kalo bab makan yang manis-manis.. gula-gula.. cikedis-cikedis memang laju je la. Stendet la bebudak kan? Tapi saya kontrol gak. Taut giginyer rongak. Seb bek rajin berus gigi huhuhu~

Berbalik pada citer my girl makan banyak tadi. Harinih rasa seru nak memasak tuh takde. So saya pon amik keputusan makan luar je la lunch harinih. Tekak terasa nak makan The Chiken Rice Shop (TCRS) lak. So terus la siap dan gerak ke Carefour Wangsa Maju yang sekangkang gorila je dari umah. Sebenarnya niat g sana bukan nak makan jek. Tapi nak cari barang gak untuk kenduri my baby nanti. So sekali jalan la kan.

Selalunya bila makan kat TCRS saya order set untuk dua orang makan je boleh kaber makan untuk 3 orang. But today my girl sebuk nyelak menu tuh dia nak pulak set untuk kids. Sebab saya bawak adik saya yang memang pemakan banyak.. order gak la set kids untuk my girl. Memang target dia tak abih punyer tapi takpe adik saya sedia mengabihkannya nanti.

But impressive my girl boleh habihkan sepinggan nasi tuh seorang diri. Syabashhh bethe! Lapo sangat anak ibu rupanya. Plus dia boleh dok makan dengan tertib dan sopan santunnyer [ yang agak jarang terjadi bila makan diluar ]. Tak caya? Nih buktinyerrr~



Huhuhu~ tetiba rasa bangga ya amat. Siap amik gambo mms kat hubby lagi hahahaha~ Teruja sungguh. May b sejak ada adik [ dan rotan yang ayahnyer baru beli ] dia cam dah behave skit la perangai walaupun kengkadang menguji kesabaran gak. Tapi takpe la stendet la bebudak kan. Nakal dia maknanyer dia ngah belajar [ ibu berfikiran positif! ].

Ok anak ibu. Pasnih makan banyak-banyak lagi tau. Bio beso skit sesuai ngan umo hihihi~ Tapi sebenarnya saya tak kesah pun asalkan anak saya sihat walafiat dan aktif. Takde la badan bam-bam konon-konon budget comel tapi asik terduduk je cam teddy bear kat funfair kan? huhuhu~

 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


03 October 2011

♥ My Yummy-Yummy Favorite Dessert

12:15 AM 2 Comments
So sambung N3 tadi hihihi~ Bila perut dah lapo saya ajak la hubby singgah jap g beli my feberet iaitu Big Apple Donuts.. yummyyyyyy~ 


Wanna know my feberet? THE ALIEN! Tapi tadi beli kat AEON AU2 cam skit lak coklat kat atas tuh. Arituh beli kat SACC Mall nah kau membukit huhuhu~ Puas makan. Selalunyer saya melantak mender alah nih wif my little girl. Her feberet? Sumer yg penuh ngan coklat. Dia sorang leh makan 3 ketul tanpa henti huhuhuhu~ Tpi badan camtuh gak. Ibunyer nih yang nak makan seketul pon cam takut-takut. [ Kalo nak makan seketul takut la tapi bila dah 2 3 ketul dah tak takut dah huhuh~ lupa dunia dan lemak-lemak dalam badan huhuhu~ ].

Selalunyer beli set 6 ketul + strawberry ice blend dan stendet harganyer setiap kali pembelian ialah RM20.50 huhuhu~ Tak leh la makan selalu.. kopak purse ibu..

 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


26 July 2011

♥ Potosut Pregnancy Moment & Besday

11:54 AM 5 Comments
Yeay! tercapai gak hajat dihati nak wat potosut pregnancy moment. Time Dellisya lu tak wat sebab time tuh cam mahal la plak. Kali nih dalam frenlist ada kalangan potograper so gunakanlah dengan sebaiknyer yer tak. Siap leh tawar menawar dan amik sesuka gambo sesuka hati kita lagi hihihi~ Pastuh leh komplen + delete + amik yang baru hihihihi~

Potosut nih kami wat kat Pullman Putrajaya. Lawa gak tempatnyer. Siap ada mini pantai lagik. Dellisya sememangnyer dah jadi tak keruan bila tengok air camtuh. Sebok nak mandi segala. Mengakibatkan mood dia nak bergambo dah hilang dibawa air. Las2 ibu amik gambo ngan ayah jek. Kakak sibuk men pasir huhuhuhu~

Nih baru siap edit bapa keping jek nih. Potograper sebuk dan tambahan pula bukan keje hakiki mengambil gambo. So time malam je la baru dia leh edit. Xpe la wat pelan-pelan janji puas hati hihihi~ Dis wik ada wat v2 lak sebab arituh tak sempat abih. Leh lak amik gambo bersambung-sambung kan hihihi~ Ingatkan arituh 1 jam dah leh setel. Rupanyer nan ado.. payah gak jadik model nih... ingat senang jek huhuu~

Nih la antara hasil potosut v1.. layanzzzzzzzz~




 



Yang lain tunggu potograper saya dah siap edit baru saya upload ek. Pas sesi mengambik gambo tuh kami bergegas pula untuk ke next event iaitu sambut besday party. Wat santai-santai jek. Tahun nih takde la unsur-unsur kejutan cam tahun lepas. Sumer datang rileks-rileks bawak pot lak dan perut.

Pas je sesi ambik gambo tamat kami bergegas lak g Alamanda. Nak beli kepsi ngan kek. Pastuh kumpul ngan memember kat Dataran Masjid Putrajaya then terus shoot ke tempat berkelah iaitu Bukit Shangri La. Lawo gak pemandangan waktu petang kat situ. Saya baru la 1st time nek kat bukit tuh selalu jalan keliling jek hihihi~

Sebelum apa-apa kita amik gambo duluuuuuuuuuu~~


My lovely fren.. in red ^_^
Amik gambo dengan semangat Harimau Malaya hahahaha~


Amik gambo ngan pasangan memasing.. erk! yg kapel tiga dari kiri tuh bukan gay ek.. hahahahaha~

Then sesi lepak melepak pon bermula.. diikuti sesi melahap kepsi + mihun goreng + cikedis dan sebagainyer. Kek kasi simpan lu. Tak larat nak makan katanyer. Bagi mengelakkan kembung perut.. kami lakukan beberapa aktiviti riadah dulu seperti bermain bola.. men keta kontrol.. tengok kapel ngah wat potosut sambil bawak teddy bear besor dan sebagainya.


Yang sebelah saya yang comel cam teddy bear tuh la tukang potograper hihihi~
Alhamdulillah.. tahun nih kami suami isteri masih dapat menyambut tarikh kelahiran kami yang ke 28. Semoga kebahagian dan kasih sayang sentiasa bersama kami berdua. Tak sabar nak menunggu hadiah yang paling bermakna buat kami suami isteri next month. Doakan saya selamat melahirkan yer.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata