27 May 2015

♥ Sangkaya AEON Bukit Tinggi Klang

6:27 PM 1 Comments

Nowadays eskrem kelapa ni dah jadi fenomena kan? Ramai dah bercakap so membuatkan saya pon nak merasa gak. Sebelum ni ada kawan bagitau dia dah penah try eskrem ni di cawangan Ampang Point, KL. Nak kesana semata nak merasa memang tak la kan. 

Cam biasa kita tanya kat encik serba tau iaitu Mr Gugel. Dok puas gugel pasal eskrem nih. Lack of information sangat. Susah nak dapat info. Tokey kedai sila take note. Laman web tak boleh dibuka. May b under maintenance. Dapat baca citer dari blogger lain yang penah try jer. Tapi semua citer try makan kat area KL. Dari bacaan saya ni gak baru saya tau dia ada cawangan kat AEON Bukit Tinggi, Klang. Tuh pon takde langsung info pasal kedai dia kat Aeon Bukit Tinggi ni kat tingkat mana.. celah mana.. Last-last jumpa gak akaun instagram dia iaitu @sangkayacreamery. Pon takde gak infonyer huhu~

08 May 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 4

1:37 PM 1 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Alhamdulillah dah sampai ke part yang ter-last untuk Holiday Pulau Perhentian kami. Part ni saya nak promot pakcik yang dah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami sepanjang kat sana. Kalo kawan-kawan baca dari part 1 dah tau la kan percutian kami ni dah jadi carca marba.. tido tempat lain.. snorkeling ikut pakej lain.. makan kat tempat lain. Tapi alhamdulillah semuanya memuaskan hati.

Sotong dia beso lengan huhu~ baru naik darat siang tadi
Pak cik ni is tukang masak di The Reef Chalet di Pulau Perhentian. The Reef Chalet ni berjiran je dengan The Barat (resort kami). So bila nak makan kami g ke tempat pakcik ni. lebih kurang 50 meter dari bilik. Memula ingat kami akan makan secara buffet cam time kat Pulau Redang lu. But nop! pakcik nih masakkan untuk kami sahaja cam jadi personal chef kami sepanjang kat sana. Memula tuh naik segan gak sebab dia prepare meja untuk kami bertujuh je dan rasa cam menyusahkan pon ada gak huhu~ Mengikut pakej kami dapat makan 2 x sarapan + 2 x lunch + 1 x dinner + 1 x bbq. Alhamdulillah semua sedap-sedap belaka.

07 May 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 3

9:32 AM 3 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Part ketiga ni citer pasal snorkeling pulakss~ yeah! Amat puas hati dengan keadaan laut sepanjang holiday kami ni. Alhamdulillah cuaca amat baik dan mengizinkan kami melihat keunikan alam yang jarang-jarang boleh tengok.

Kalo anda mengambil pekej ke Pulau Perhentian.. kebanyakan pakej hanya menyediakan satu (1) kali trip snorkeling ke tiga (3) destinasi berlainan. So tiga (3) tempat ni memang akan ada ramai orang sebab tempat biasa untuk orang yang amik pakej pergi. Pakej ni pulak kebiasaannya dorang akan bawak pada pagi hari kedua. So hari pertama tuh more free and easy.

Oleh sebab semangat berkobar-kobar pada hari pertama. Bila dah sampai dan dah siap makan tak tau nak buat apa. Kami decide untuk amik satu (1) lagi pakej snorkeling tambahan dari resort. Tapi kena tambah bayaran la. Hubby kata takpe la bukan selalu datang hehe~ saya polo jerrr dah orang nak belanja kan. Jangan banyak songeh hehe~

The Barat Recreational Center