25 August 2010

♥ Wit Raya

Alhamdulillah.. dah selamat tiba ke hari yang ke 15 puasa. Maknanya separuh dari bulan rahmat nih telah kita lalui. Hanya ada separuh lagi sebelum ia meninggalkan kita.

Dan hari nih gak bagi orang gomen mesti tengah tersenyum lebar sebab gaji dah masuk hihihii~ Beringat-ingat la kita ek. Jangan sebab nak raya sangat sampai langsung takde simpanan sambil nak menunggu gaji bulan depan huhuhu~

Pinjam Pakcik Gugel

 Rasa cam tak meriah lak raya kalo takde satu elemen nih iaitu WIT RAYA heheh~ Mungkin sebab semangat sangat.. saya dah pon selamat menukar duit ke wit raya. Wangi jek bau duit baru heheheh~ Tapi masalahnyer sampul lak takde. Vey limited ok. Mintak lebeh katanya dah takde stok. Aik baru bapa hari poser. Hmmmm~~~ kena la carik alternatip lain camnih. Salah satunya ialah dengan mengendeng kawan-kawan yang keje bank hihihihi~

Tima kekanak lu time nih la sonok. Sebab memang tugas saya masukkan wit dalam sampul. Keluarga belah ibu dan ayah saya besar. Sepupu belah ibu jek almost 50++ orang. Tuh kira taim tahun 2000 [tahun akhir terima wit raya huhuhu~]. Skang rasanya dah bertambah la kot. Ngan cucunya lagik. Alhamdulillah meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.

Berbalik pada citer saya tuka wit tadi. Yang bagus tuka awal-awal nih sebab tak ramai orang + tak yah beratur panjang. Pastuh wit yang kita dapat tuh memang baru la.. wangi.. kira kalo terhiris kat tepi wit tuh leh luka la jari.

Jumlah tukaran? hihihihi~ biar lah rahsia. Yang penting ia ikut kemampuan dan masih dapat menggembirakan hati kanak-kanak yang menerimanya. Ulang sore KANAK-KANAK ek.. mak bapak kanak-kanak tak yah nak nyebok huuhu~

Pasnih proses memasukkan wit dalam sampul lak. Taim proses nih la penting agar kita menyediakan sampul yang berlainan ye kawan-kawan. Untuk membezakan jumlah wit dalam sampul tuh hehehe~ Macam saya.. jumlah terimaan berlainan bagi kanak-kanak, anak buah, adik beradik, mak bapak, makcik-makcik, dan anak kawa-kawan.

Thats all for today.. insyallah nanti jika proses memasukkan wit berjalan saya akan update lagi. Tata

No comments: