09 September 2011

♥ Confinement Lady

12:25 AM 4 Comments


Alhamdulillah.. harinih sudah hari ke 23 baby saya. Skang nih baby dah tido so boleh la ibunyer berblog sekejap. Awal-awal dulu saya berpantang di rumah MIL di Banting. Pas raya baru balik ke rumah sendiri. Oleh sebab saya bersalin czer so tak boleh la berurut segala time awal-awal dulu. Cuma jaga makan je sebab takut apa-apa jadi pada tempat jahit tuh. After jahitan dah dibuka dan nampak ok so baru skang saya nak stat berurut dan bertungku segala.

So sebab skang dah berpantang sendiri di rumah saya upah Confinement Lady or CL untuk jaga saya. Hasil dari carian kat intenet, FB dan sebagainyer juga pas puas menggodek-godek harga semuanya so saya pilih la sorang CL bernama Kak Suzi. Leh klik nama dia untuk ke FB dia ek.

Rasanya harga yang dikenakan berpatutan. RM80 sehari untuk mandi baby, urut ibu, tungku, pakaikan pilis dan bengkung. Urut dan bertungku satu badan. Memang sedap la dia mengurut. Abih kuar angin sebab dia asik sedawa jek hihihi~ Badan pon rasa segar. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya tak makan jamu lagi sebab baby kuning. So harap pada rawatan dia je la buat masa skang. Pas baby saya dah ok nanti baru nak makan jamu pulak. Tuh pon yang jenis pil la kalo serbuk cam tak lalu plak huhu~

Sebab saya bersalin czer so takde la saya pakai bengkung yang melilit tuh. Memula plan nak pakai yang jenis zig zag tapi akak nih tak galakkan sebab katanya walaupun jahitan saya dari luar nampak cam dah kering dan ok tapi belah dalam kita tak tau. So dia kenalkan saya ngan bengkung yang khas untuk bersalin czer. Dia tak tutup tempat jahit cuma cover perut saja. Cuma RM50 sehelai dan boleh dibasuh.

Alhamdulillah hari nih maknanyer dah 4 hari dia jaga saya. Ikut plan saya amik pekej 7 hari sampai hari ahad. Dia tak tinggal sekali. Pas habis keje dia balik dan datang balik soknyer. Transpot pon sendiri so kita tak yah riso kalo takde orang nak g amik dan hantar balik. Cam saya op kos hubby bekerja so memang takde sapa la nak mengambik dan anto.

So pada bakal-bakal ibu yang sedang mencari CL boleh la kontek dia ek. Siap leh tawar lagi hihihi~ Insyallah akan berpuas hati.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


05 September 2011

♥ My Baby Boy

3:44 PM 5 Comments
Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan putera saya  ^_^


Muhammad Faeezal Uqasya Bin Mohd Faez
16 Ogos 2011
3.1 kg
HAT Tuanku Mizan, KL

Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan dan ucapkan tahniah.. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


04 August 2011

♥ Standby Mode.. 37 Weeks!

8:47 AM 1 Comments

www.babycenter.com

Alhamdulillah harinih genap 37 minggu. Masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Cuma biasalah sakit pinggang.. sakit belakang.. perut ngeras pas berbuka [ pas berbuka je mesti tersando takleh nak gerak cam teddy bear beso kat funfair tuh huhuhu~ ]. So puasa masih lagi diteruskan. Aktiviti memasak yang simple-simple pon masih diteruskan. Setakat 3 hari poser nih saya masak satu lauk jek.. yang len beli kat pasar huhuhu~ Nak masak banyak-banyak lauk pon tak sempat sebab balik kul 5 petang cam biasa
[ sedih! ].

Harap-harap dapat la meneruskan puasa selagi terdaya dan selama yang boleh. Tak larat weh nak ganti next year huhuhu~ So doakan la saya selamat melahirkan yer. Tengah membilang hari jer nih weeeeeeeeeeeeee~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



02 August 2011

♥ Peristiwa Minggu Lepas

4:17 PM 3 Comments
Nih nak citer pasal benda yang dah berlaku minggu lepas [yer la nak citer benda yang nak jadi mggu depan tak tau lagi apa nak jadi yer tak]. Pada hari Isnin bersamaan 25hb Julai 2011, dengan penuh semangat kewarganegaraan, saya telah g beli tiket bola Malaysia vs Singapore. Yes! itulah wishlist saya yang terakhir before bersalin. Walaupun hubby saya memang berat hati la nak bagi tapi mengenangkan saya nak sangat pergi dan takmoh anaknyer nanti ngences sebab tak dapat g tengok bola.. dia turutkan jugak la. So plan la ngan member kelab keta soh g beli tiket ari tuh gak dan sememangnya tindakan saya itu betul kerana seperti yang semua sedia maklum tiket bola 65k sol out untuk hari itu sahaja huhuhu~

Tuh pon member saya siap kehulu kehilir try gak dapatkan tiket tuh. Memula beratur kat SNBJ.. leh lak sampai kat dia tukang jual tiket tuh cakap tiket dah abih. Sian dia dah la beratur berejam.. ponteng keje lagi. Yerlah sapa yang leh agak tiket nak laris camtuh skali kan. Selalu cam biasa-biasa jek. Leh sampai malam perlawanan pon tiket still ada lagi. Then dia lari pulak ke Stadium MBPJ.. abih gak.. Seb bek my hubby ada member keje ngan MBPJ.. so dapat lah gak 10 keping tiket untuk kami ramai-ramai tengok bola. Malam tuh memang dah sonok sangat.. dah terbayang nak beli baju rimau.. pakai tudung kaler kuning.. dan macam-macam lagi. Tiket pon simpan kat laci sebelah katil takut si kakak wat men huhuhu~

 Tapi tuh la.. kalo takde rezeki nak wat camaner kan. Hari Rabu tuh saya dah rasa len macam. Tapi wat dek je la sebab tak rasa apa pun. Bila abih keje sampai umah tuka baju nah ko.. rupanyer saya dah kuar tanda. Tapi apsal tak sakit ek? huhuhu~ Terus call hubby soh dia balik cepat skit then nak terus ke hospital. Sebab kedudukan baby saya belum berpusing lagi so takut la kalo ada apa-apa kan.

Bila sampai spital then dia check baby tak pusing lagi.. op kos saya kena check in. Huhuhu~ confirm la tak dapat g stadium sok [sempat lagi tuh pikir pasal nak g stadium]. Tapi sampai keesokan harinyer saya masih takde kontreksen. Dok macam tuh je la kat wad. Seb bek dapat bilik 1st kelas.. dok sorang lak tuh.. tv dan segala kelengkapan dalam tuh ahmad albab yang punyer laa~


Makan~~~


Huhuhu sakittt~ beso tuh jarum dia

Esoknya [hari Khamis] bila doktor datang check saya masih lagi tak rasa apa. Doktor bagi balik. Yahoooooooooooooo~ dalam hati cakap owh sempat lagi nih kalo nak g stadium hahahaha~ Doktor yang datang peksa tuh pon cam tau-tau jek. Siap nasihat jangan g jejauh. Jangan g luar dari KL takut apa-apa hal jadi nanti tak sempat sampai spital. Siap pesan dia bagi MC sampai ari Jumaat jangan menggatal g Sogo lak huhuhu~ [time tuh kan Sogo wat sale].

Time dia cakap tuh la sedang elok my hubby dok kat sebelah. Memang takde harapan la nak g tengok bola kat stadium SNBJ. Tengok kat Stadium Astro je la gamaknyer. Tiket pon my hubby dah jual kat orang huhuhu~ Tapi tak best la kan tengok bola kat umah. Selepas puas dipujuk rayu.. dapat la kelepasan dari my hubby nak g tengok bola kat kedai. Call la memember yang tak dapat tiket datang tengok skali. Ngan tangan masih lagi ada tag spital.. gigih je saya dok tengok kat kedai tuh hihihi~ [kena datang awal kalo tak tempat takde].

Alhamdulillah sampai skang saya masih lagi gagah nak g keje.. poser dan wat keje yang ringan-ringan kat umah. Cuma memang tengah dalam mod standby la tuh. Beg pon memang dah parking lam bonet keta. Harituh mayb my baby cuma memain jek kot. Saja nak gurau-gurau huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


26 July 2011

♥ Potosut Pregnancy Moment & Besday

11:54 AM 5 Comments
Yeay! tercapai gak hajat dihati nak wat potosut pregnancy moment. Time Dellisya lu tak wat sebab time tuh cam mahal la plak. Kali nih dalam frenlist ada kalangan potograper so gunakanlah dengan sebaiknyer yer tak. Siap leh tawar menawar dan amik sesuka gambo sesuka hati kita lagi hihihi~ Pastuh leh komplen + delete + amik yang baru hihihihi~

Potosut nih kami wat kat Pullman Putrajaya. Lawa gak tempatnyer. Siap ada mini pantai lagik. Dellisya sememangnyer dah jadi tak keruan bila tengok air camtuh. Sebok nak mandi segala. Mengakibatkan mood dia nak bergambo dah hilang dibawa air. Las2 ibu amik gambo ngan ayah jek. Kakak sibuk men pasir huhuhuhu~

Nih baru siap edit bapa keping jek nih. Potograper sebuk dan tambahan pula bukan keje hakiki mengambil gambo. So time malam je la baru dia leh edit. Xpe la wat pelan-pelan janji puas hati hihihi~ Dis wik ada wat v2 lak sebab arituh tak sempat abih. Leh lak amik gambo bersambung-sambung kan hihihi~ Ingatkan arituh 1 jam dah leh setel. Rupanyer nan ado.. payah gak jadik model nih... ingat senang jek huhuu~

Nih la antara hasil potosut v1.. layanzzzzzzzz~




 



Yang lain tunggu potograper saya dah siap edit baru saya upload ek. Pas sesi mengambik gambo tuh kami bergegas pula untuk ke next event iaitu sambut besday party. Wat santai-santai jek. Tahun nih takde la unsur-unsur kejutan cam tahun lepas. Sumer datang rileks-rileks bawak pot lak dan perut.

Pas je sesi ambik gambo tamat kami bergegas lak g Alamanda. Nak beli kepsi ngan kek. Pastuh kumpul ngan memember kat Dataran Masjid Putrajaya then terus shoot ke tempat berkelah iaitu Bukit Shangri La. Lawo gak pemandangan waktu petang kat situ. Saya baru la 1st time nek kat bukit tuh selalu jalan keliling jek hihihi~

Sebelum apa-apa kita amik gambo duluuuuuuuuuu~~


My lovely fren.. in red ^_^
Amik gambo dengan semangat Harimau Malaya hahahaha~


Amik gambo ngan pasangan memasing.. erk! yg kapel tiga dari kiri tuh bukan gay ek.. hahahahaha~

Then sesi lepak melepak pon bermula.. diikuti sesi melahap kepsi + mihun goreng + cikedis dan sebagainyer. Kek kasi simpan lu. Tak larat nak makan katanyer. Bagi mengelakkan kembung perut.. kami lakukan beberapa aktiviti riadah dulu seperti bermain bola.. men keta kontrol.. tengok kapel ngah wat potosut sambil bawak teddy bear besor dan sebagainya.


Yang sebelah saya yang comel cam teddy bear tuh la tukang potograper hihihi~
Alhamdulillah.. tahun nih kami suami isteri masih dapat menyambut tarikh kelahiran kami yang ke 28. Semoga kebahagian dan kasih sayang sentiasa bersama kami berdua. Tak sabar nak menunggu hadiah yang paling bermakna buat kami suami isteri next month. Doakan saya selamat melahirkan yer.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



13 July 2011

♥ My Checklist

1:24 PM 1 Comments


Okeh! another 5 weeks (+ / - ) to go! So kena la pastikan sumer barang dah get ready kan? Kelengkapan nak bawak g hospital.. kelengkapan nak bawak balik kampung.. kelengkapan baby pas lahir nanti.. kelengkapan nak berpantang.. fuhhhhhhhhhhh~~~~ banyaknyer.. So I think we should focus one by one.

Seb bek search kat tenet tadi jumpa ngan laman web yang bagitau apa kelengkapan-kelengkapan yang perlu ada. Yerla walaupun bukan my 1st experience tapi kali nih nak buat persediaan lebih baik dari masa Dellisya lu. So takde la kelam kabut.

List nih saya ambik dari sini. Tak lupa juga pesanan penaja untuk lawati jugak laman web nih www.setbersalin.com. So pada mummy2 wanna be leh la g jengok-jengok jugak ek.

:: Kelengkapan Yang Perlu Ada ::


Kelengkapan Menyusui / Makan 
. . . . . . . . . .
Botol Susu 
Puting Susu 
Berus Botol 
Tempat makan plastik ( pinggan, sudu, gelas) - bb dah 6 bulan ++ baru beli 

Pakaian 
. . . . . . . . . .
Lampin
T- shirt / kemeja (pilih bahan yang lembut dan tidak panas) 
Seluar pendek 
Seluar panjang 
Barut bayi 
Topi bayi 
Sarung tangan 
Sarung kaki 
Sweater / Jaket 
Pampers 
Kasut bayi (diperbuat dari kain atau bulu) 

Kelengkapan Tidur 
. . . . . . . . . .
Cadar
Selimut 
Selimut bayi 

Perabot 
. . . . . . . . . .
Tempat tidur bayi 
Tilam kecil 

Kelengkapan Mandi 
. . . . . . . . . .
Besen mandi bayi 
Sabun bayi 
Syampu dan perapi 
Minyak bayi (Baby Oil) 
Sikat rambut bayi (lembut) 
Kain lap mandi 
Tuala 
Pemotong Kuku 
Bola Kapas (Cotton Ball) 

Kelengkapan Lain 
. . . . . . . . . .
Bakul Pakaian Bayi 
Kereta Surung Bayi 
Beg bayi 
Termos air panas 
Tempat duduk bayi di kereta 

Ok! 95% komplit i guess hehehe~ Bukan sumer pon saya beli baru. Lebih separuh dari list kata atas tuh saya recycle kakaknyer punyer. Watper membazirkan. So next is... 

:: Kelengkapan Yang Perlu Dibawa Ke Hospital :: 


Untuk Ibu 
 . . . . . . . . . .
Kain batik 
Selipar 
Stokin 
Buat santai : Buku, majalah atau radio 
Makanan ringan (roti, buah kurma) - dan nak check in baru beli 
Perlengkapan mandi (Tuala, berus gigi, pencuci muka) 
Baju yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah untuk menyusukan bayi) 
Pakaian dalam 

Untuk Bayi
. . . . . . . . . .
Selimut & Pakaian 
Sarung tangan & stokin  
Sweater 
Botol & susu

Okeh thats it! Untuk ke hospital saya akan bawak 2 beg. 1 khas letak barang-barang saya then 1 lagi khas untuk letak barang barang-barang baby. Takmoh campo-campo. Dan dedua beg nih akan selamat berada lam bonet keta menjelang bulan poser nanti huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

07 July 2011

♥ Set Tilam Kekabu

3:45 PM 2 Comments
Yey! barang untuk my baby dah makin komplit. So by now sumer wishlist saya untuk pregnancy kali nih dah dapat. Beg untuk bawak g spital pon dah siap tinggal nak letak lam keta jek. Bakul barang baby untuk bawak balik kampung pon dah siap sedia. More well prepared kali nih sbb dah ada pengalaman kan hihihihi~

Ini lah wish list saya yang baru dimakbulkan oleh hubby.. Set tilam kekabu baby. Time Dellisya lu saya beli set yang jual kat shopping kompleks tuh. Tak ingat jenama dan harganya tapi nan ado bila pakai. Lelama dia kempis dan macam berkulat. Seb bek la sarungnya masih boleh dipakai sampai skang. Si kakak lak pakai kejap jek. Pastuh my MIL kasi kakak bantal kabu then terus jadi bantal busuknya sampai skang [nama je bantal busuk tapi wangi okeh hihihi~]. Yerlah bantal kabu nih kan sedap bawak tido.. sejuk.. sedap je peluk kan..

Baru kuar dari bonet keta..

So belajar melaui pengalaman.. kali nih for my baby saya beli set tilam kabu. Order dari Bantalkabu.com kat Batu Caves. G kolek sendiri jek jimat duit postage hihihi~ Tempahan amik masa sebulan gak nak siap sebab saya tempah satu set tilam dan tambahan sarung. Satu set mengandungi satu tilam.. 2 biji bantal.. 2 biji bantal peluk dan sarung. Sarungnyer kita leh pilih la dari pelbagai rekaan dan kain yang ada. Kalo ada kain sendiri pon boleh anta kat dorang soh jahit. Wah siap promot lagi hihihi~

Yey! dapat set warna merah

Yang kat atas nih set yang togel. Lum sarung lagi. Tapi bagus gak dapat warna merah.. menyerlah githuuuu~ i likeeee~ Bila dah disarungkan jadi camnih la rupanya..

Pandangan atas

Pandangan depan

Cam saya taip tadi.. saya ada wat tambahan sarung. Yerlah leh tuka-tuka pakai. Sarung yang lagi satu lak design camnih..

Hehe malas nak bukak sarung mickey tuh semata nak amik gambo.. so amik je la gambo dari blog tokey kedai

Memang puas hati la dari aspek kualiti dan harganyer. Walaupun harganyer agak mahal tapi berbaloi la sebab worth it for money. Lagipun sokonglah barangan buatan tempatan kan bagus hihihi~ semangat satu malaysia lak tetiba.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

29 June 2011

♥ Dellisya New Gadget

11:06 AM 1 Comments
Hujung minggu nih kami sekeluarga akan berangkat ke Terengganu untuk event Fambash Prosboc 2011. Yer mak buyung dah 8 bulan tapi masih gigih nak berjalan-jalan. Insyallah doakan lah saya selamat pergi dan balik KL ek. Hopfuli tak terberanak la kat sana huhuhu~


Bagi memastikan my princess dok dendiam lam bas.. my hubby wat keputusan untuk mewariskan psp beliau kepada my princess huhuhu~ Sejak dua menjak nih my hubby dah tak dan nak bermesra-mesraan ngan PSP dia tuh. So dok je lam lam laci tak dibuat apa. Saya lak memang bukan jenis suka men game kat PSP. Tak best kecik sangat. So dari terbiar tanpa penjagaan dan berabuk.. my hubby pon amik keputusan untuk mewariskan PSP dia tuh pada my princess.


Yer betul my princess pon lum reti nak men game-game dalam PSP tuh [yang hanya dipenuhi dengan game bola jer pon]. So kami penuhkan PSP dia ngan video-video citer Upin & Ipin. Her feberet okeh. Ada 51 episod kesemuanya dan disedut ngan jayanyer dari website directdownloadmoviefree.blogspot.com. Amik masa 3 hari gak la nak mendonlod keseluruhan episod tuh. Sampai bawak netbuk ke opis [sebab ada wifi free hihihi~]. Penuh dah 8G memory PSP tuh ngan video Upin Ipin jek.

Oleh sebab rupa paras PSP tuh pon dah azab [yerla beli sebelum my princess lahir ke dunia lagi huhuhu~] so terpaksa la gak beli eksesori-eksesori tambahan. Capai gak lam RM200++ huhuhu~ Tuka kaber.. tampal skrin protektor.. beli cover plastik luar.. pastuh cover jenis kulit lagi.. tali lagi.. earphone lagi.. adehhhh~ dan semuanya kaler pink.. adoyaiiiiiiiiiiiiiiii pun!

Dah komplit sumer sonok la my princess ngan gadget baru dia tuh. Tak lepas dari leher. Skang dah pandai ON kan PSP nyer. Yang len lum abih blajo lagi hihihihi~ Nih la rupanya hantu PSP Pinky. Abaikan rambut yang serabai tuh ek.. huhuhuu~


 Harapnyer PSP nih dapatlah mengurangkan sikap tak reti dok diam my princess sepanjang pergi dan balik dari Terengganu nanti huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

23 June 2011

♥ Shopping Tupperware

2:45 PM 3 Comments
Cam biasa.. kalo hari gaji je mesti ada orang menjual kat bawah.. kalo ada orang menjual kat bawah mesti time gaji huhuhu~ So sebab harinih hari gaji untuk orang gomen.. ada la orang menjual barang kat bawah. Barang yang dijual ialahhhhhhhhhhh~ Tupperware!

Sales okeh + harga lebih rendah dari harga pengedar + yang bukan ahli pon boleh beli. Tadi time turun kantin bersama niat di hati nak beli kuih-muih.. nampaklah kaum-kaum ibu keliling satu meja nih. Slalu tak lah sehavoc nih kalo jual tudung ke.. mekap reject ke.. eksesori ke.. kek ke.. Tapi kali nih dah macam pasar borong dah. Barang pon men lambak je atas meja. Rupanyer ada sale Tupperware. Harga lagi murah dari harga pengedar [kata penjual tuh la.. saya pun tak pasti sebab bukan pembeli tegar barang Tupperware]

Oleh kerana tertarik ngan warna-warna ceria barang-barang Tupperware tuh.. saya pon terjebak la beli sama. Nih la barang yang saya terbeli..



Yang cenonet dua tuh harga RM10 sebiji. Cadang nak wat isi susu si kakak ngan adik kalo kuar berjalan lam 2 3  hari. Yang beso tuh bekas air harga RM20 sebiji. Ada dua biji. Cadangnyer pon nak isi air masak bila kuar jenjalan. Ada dua bekas lagi satu nak wat letak air lam peti ais rasanyer hihihii~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Pregnancy Checkup Week 31

9:35 AM 3 Comments

Picture taken from www.babycenter.com

Alhamdulillah.. harinih genap la usia 31 minggu kandungan saya. Dah nak kat 8 bulan rupanya huhuhu~ Pilihan baju makin limited.. g keje asik rolling baju yang lebih kurang jek.. tapi op kos berbasuh okeh hihihi~

Semalam time g check up sumer okeh. Dah mula kena start kira pergerakan baby. Berat badan pon makin nek ngan jayanya tapi masih terkawal huhuhu~ 2 kilo dalam masa sebulan waaaaaaaaaa~ Jantung baby pon ok.. boleh kata sumer ok lah.. alhamdulillahhhh~

Semalam gak dapat surat booking untuk bersalin kat Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan. Kalo ikut plan yang telah dirancang.. sekiranya saya bersalin before atau on due date saya iaitu 25 Ogos 2011, saya akan bersalin di KL. Sebab tak mintak cuti awal. Bagi time sampai 26 Ogos la paling lambat pun. Kalo pada 26 Ogos pon saya tak bersalin-salin gak.. saya akan angkut sumer barang bawak g umah parents kat Andalas dan bersalin di Hospital Klang. Yes saya tau banyak spekulasi yang berterbangan tentang azabnyer bersalin di Hospital Gomen especially Hospital Klang sebab ramai orang.. tapi saya rasa okeh jek. Time beranak Dellisya lu memang puas hati ngan servis yang diberikan. Yer lah sebab dapat 1st kelas walaupun kalo ikut gred tak layak. Dah nama x-staff kan hihihi~ Member pon ramai kat sana. Guna kabel la yer tak.


Picture taken from
http://www.mycen.my/hospital-angkatan-tentera-tuanku-mizan/

Seperti yang kengkawan sedia maklum juga spital tentera Tunku Mizan kat Wangsa Maju tuh bukan open for public. Hanya untuk tentera dan ahli keluarga, pesara tentera serta awam yang berkerja dengan Kementerian Pertahanan sahaja. Saya termasuk dalam kumpulan yang akhir tuh so boleh la beranak kat situ serta dapat la merasa servis-servisnyer. So kalo nak bersalin kat situ kena la ada surat reference dari Klinik-Klinik Kem Tentera dan doktor akan buat at lis sekali appointment untuk tengok keadaan saya.

Pas g semalam appointment date saya ialah pada 21 Julai 2011. A day before my besday hehehehe~ Skang nih pon check up kat klinik biasa pon dah start dua minggu sekali. Huhuhu~ Asik g check up je la saya kang. Seb bek bos ok hihihi~

So doakanlah saya agar dapat menempuhi hari-hari mendatang ngan selamat dan jayanyer ek. Lagi dua bulan jek huuhuu~ Can't wait!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata