02 February 2017

♥ Holiday Pulau Redang 2016 Part 2

Sejenis #throwback

Klik link di bawah untuk part yang lain

Kalini bercerita tentang pulau pula. Memang amat berbeza semasa saya datang tiga (3) tahun dulu. Kalo dulu kami perlu berjalan kaki jauh untuk naik bot ke tempat snorkeling. Now naik depan tempat penginapan sahaja. Lebih banyak kedai untuk melepak tengah-tengah malam dan suasana semakin meriah

Kali ni pon kami masih menginap di Redang Lagoon. Alhamdulillah.. pengalaman pertama dulu menyeronokkan begitu juga dengan pengalaman kalini. Mungkin harga yang ditawarkan masih murah dan berbaloi sehingga kini so ia menjadi pilihan rakan-rakan hubby juga. Chaletnya tidak mewah pakej bajet sahaja. Hanya ada satu (1) katil single dan satu (1) double dan sebiji kerusi tapi kami tak kesah asalkan selesa dan bersih. Berpatutan la dengan harganya.

Apa yang saya suka di Pakej Pulau Redang ni sebab dia menawarkan tiga (3) kali trip snorkeling ke tempat-tempat yang berbeza dan harga sudah termasuk dalam pakej. Berbanding dengan Pulau Perhentian.. hanya satu (1) trip snorkeling sahaja disediakan. Kalo nak pergi senorkeling hari pertama dan hari akhir kena bayar sendiri. So memang puas la berenang tengok ikan kat sini.


Pakej kami ni termasuk bot transfer pergi dan balik dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang + dua (2) kali sarapan + dua (2) kali makan tengahari + satu (1) makan malam + satu (1) bbq + tiga (3) kali trip snorkeling + penginapan.

Harga mengikut promosi dan tarikh kita nak g tu. Selalu waktu pulau awal bukak dalam bulan Mac dan time pulau nak tutup dalam bulan Oktober tu harga pakej murah. Waktu terbaik ke pulau-pulau di pantai timur ni adalah pada pertengahan tahun iaitu bulan Mei hingga Julai camtu. Orang kata waktu ni laut tengah cantik dan clear. Ambil gambar dalam laut memang lawa la nampak jelas ikan dan coral semua. Best !!!

Sampai-sampai je kena menunggu plak untuk check in sebab orang check out dan kemas bilik tak selesai lagi. Sementara menunggu tu dah leh makan tengahari so kami penuhkan dulu perut yang sedia lapar.

Kemudian dapat bilik simpan barang dan rehat sebentar. Dapatlah hubby rehat jap sebab sepanjang malam tadi dah drive dari Klang ke Kuala Terengganu. Kul 2.30 petang adalah 1st trip snorkeling untuk hari pertama. Tapi keluar bilik awal untuk sewa kelengkapan snorkeling iaitu face mask dan life jacket. G awal-awal time takde orang leh la memilih yang elok skit dan sesuai ngan badan. Kadar sewaan adalah RM20 sepasang. Leh pakai sampai balik hari ketiga nanti. So sekali bayar saja. Saya dan hubby sahaja amik sebab kakak dan adik pakai life jacket sendiri dan kakak ada google sendiri. Early birthday present dia tahun ni hehe~

Get ready untuk 1st trip snorkeling. Ramaikan delegasi kami kali ni hehe~ lebih kurang 10 keluarga. Dah cam mini family day opis hubby plak.  

My little family. Tahun ni ibu dan ayah leh bergerak bebas sebab kakak dan adik dah boleh lepas berenang sendiri. Kakak memang laju sorang-sorang. Ayahnya je la jaga. Saya jadi tukang tangkap video dan jaga dak adik yang ralit tengok ikan dari permukaan air hehe~

My girl and hubby

Menghayati keindahan laut dan isinya. Macam-macam jenis ikan ada. Setakat nemo tu dok melintas je depan mata

Ini hari kedua masa ke taman laut. Memasing dah hitam merelit dah. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang kami disana. Walaupun tarikh pulau tutup dah makin hampir.

Lepas trip snorkeling dan balik ke hotel.. leh mandi manda kat laut depan hotel tu juga. Dan surprisingly ada ikan ok. Takyah g port jauh-jauh naik bot. Pantai depan chalet pon boleh snorkeling. Mana yang ada anak-anak kecik boleh la lepaskan bagi dorang tengok ikan. Cetek je paras lutut saja airnya. Lagi ketengah lagi dalam la. Ni hubby tangkap ikan guna tangan je sebab cetek haha~ terer tak terer la hihi~

 Inilah geng-geng opis hubby yang arrange percutian keluarga ni. Thanks semua sebab bawa anak bini masing-masing jalan-jalan hehe~

Gambar family kecil kami sebelum berangkat pulang

Overall.. percutian ke pulau-pulau camni memang jadi kesukaan kami sekeluarga. Sebab anak-anak saya pon enjoy kalo bawa mandi manda. Memang dedua hantu air. Kalo ke taman tema tu cam boring katanya.

Lepas trip ni.. Januari baru-baru ni diadakan pula Family Day opis hubby di Taman Tema Lost World of Tambun. Yang ni saya up N3 next time. Kalini memang satu opis pergi. Yang percutian pulau ni geng-geng hubby sahaja hehe~

 So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: