Sejenis #throwback
Al kesah last year tak dan nak up cerita sangat sebab bz ya amat (mood berblog pon takde). So dis year kita qada' la yer citer-citer menarik tentang family. Seronok bila baca time dah tua-tua nanti hihi~
Bulan Oktober 2016 lalu saya berkesempatan bercuti ke Pulau Redang untuk kali kedua. First time dulu tahun 2013. Boleh baca kat sini --->
♥ Holiday : Pulau Redang. Dat time g ngan kawan-kawan Prosboc.. Kalini g dengan kawan-kawan opis hubby. Hubby dan kengkawan yang arrange so kita folo sajer.
♥ Holiday : Pulau Redang. Dat time g ngan kawan-kawan Prosboc.. Kalini g dengan kawan-kawan opis hubby. Hubby dan kengkawan yang arrange so kita folo sajer.
Dis time kami try idea untuk ber-backpacking pula. No bag roda-roda lagi. Sebab anak-anak dah besar tak yah angkut bag susu pampers bagai semua. Lagipon bercuti ke pulau ni payah kalo angkut bag gitu. Lebih senang bag sandang sebab nak lompat-lompat bot bagai nanti. Alhamdulillah misi berjaya!!! Saya berjaya susun keperluan satu family di dalam satu backpack (tepuk bahu sendiri banyak kali). Keperluan untuk 2 dewasa + 2 kanak2. So pasnih boleh try idea travel bagpacking lagi.. hoorayyy~
His and hers.. hers tu not mine tapi my girl punya. Ayahnya beli untuk diorang berdua je.. so adik ngan ibu jalan melenggang yeay! |
Kalo bercerita bab bercuti ni mesti kena banyak part. So tengok la nanti kalo panjang sangat saya pecah la ikut part masing-masing. Masuk semua dalam satu N3 dan tulis panjang-panjang pon kang korang boring plak baca muahaha~
Kami bertolak dari Klang lebih kurang jam 10 malam (kot.. citer tahun lepas dah tak ingat huhu~) dan sampai di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu lebih kurang jam 6 pagi (kot.. sebab gelap lagi). Cam biasa melainkan kawasan Lembah Klang memang susah la nak cari mamak untuk sarapan. So hubby beli roti ngan air je untuk alas perut pagi tu. Keta dah masuk parking memang malas la nak bawak kuar cari kedai bukak huhu~
Kali ni kami pergi nasib tak berapa baik tak dapat parking dalam kawasan jeti sebab dah penuh. So kami parking di kawasan letak kereta sebelah jeti. Tidak berpagar tapi alhamdulillah kereta kami selamat sepanjang kami berada di pulau 3 hari tuh. Bayaran parking untuk tiga hari - LUPA huhu~
Bot kami lebih kurang jam 10 pagi rasanya. Kena menunggu tapi tak lama sangat dari waktu kami sampai tu. Untuk percutian ke pulau camni stendet prosedur kena la prepare list nama yang folo trip lengkap dengan no IC sekali. Untuk urusan insurans rasanya. Kemudian selalunya Marine Park Fee kena bayar asing. Aritu ke Pulau Perhentian pon sama. Untuk Taman Laut Pulau Redang bayaran RM5 seorang dikenakan (dewasa sahaja). Taman Laut ni kita akan pergi time trip snorkeling hari kedua. G ke tak g ke tetap kena bayar. Tapi kalo dah bayar baik g kan hehe~
Ready nak ke pulau. Bot ke Pulau Redang ni jenis tertutup dan berekon. Cam g Pulau Langkawi. Takde la cam bot Pulau Perhentian aritu. Rasa cam leh tercampak keluar dari bot bila langgar ombak. Leh baca citer saya kat sini ---> ♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 1. Yang ni ada 4 part kesemuanya. Panjang giler cerita muahaha~
Untuk citer Pulau Redang ni pon saya stop sini dulu. Bersambung di Part 2 plak nanti. Citer sepanjang di pulau pula.
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
Kami bertolak dari Klang lebih kurang jam 10 malam (kot.. citer tahun lepas dah tak ingat huhu~) dan sampai di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu lebih kurang jam 6 pagi (kot.. sebab gelap lagi). Cam biasa melainkan kawasan Lembah Klang memang susah la nak cari mamak untuk sarapan. So hubby beli roti ngan air je untuk alas perut pagi tu. Keta dah masuk parking memang malas la nak bawak kuar cari kedai bukak huhu~
Kali ni kami pergi nasib tak berapa baik tak dapat parking dalam kawasan jeti sebab dah penuh. So kami parking di kawasan letak kereta sebelah jeti. Tidak berpagar tapi alhamdulillah kereta kami selamat sepanjang kami berada di pulau 3 hari tuh. Bayaran parking untuk tiga hari - LUPA huhu~
Muka awal pagi.. anak-anak pakai baju tido lagi haha~ |
Ready to go !!! Holiday buddy.. |
Untuk citer Pulau Redang ni pon saya stop sini dulu. Bersambung di Part 2 plak nanti. Citer sepanjang di pulau pula.
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment