Klik link di bawah untuk part yang lain
Ok now kita sambung part 2. Part 1 saya dah citer macam-maca info tentang LWT ni. Now kita citer pasal persekitaran dalm LWT ni plak. Kami kalo masuk mana-mana taman tema memang benda alah ni lah kami cari dulu
Peta di setiap taman tema adalah WAJIB ya kawan-kawan. Supaya kita tak tertinggal satu pon benda dalam tu hehe~ Tengok peta nampak cam besar kan? Rasa cam 3 hari 2 malam pun tak abih pusing. Tapi sebenarnya kecik sajorrr~ Lama memusing kalo singgah di satu tempat tuh lelama.
Peta Taman Tema LWT |
Now saya nak share apa yang saya buat sehari suntuk di situ dan bagaimana saya menghabihkan masa dari jam 10 pagi hingga 5 petang dalam tuh. Ya 7 jam ya kawan-kawan. Malam sambung night spa lak.
Memula sekali op kos saya akan simpan segala barang dalam loker. Yang saya bawa cuma bag kalis air turun temurun saya - sebab dah selalu travel pulau - berisi bateri tambahan gopro dan gopro saya. Tu je isi dalam tu yang lain tinggal dalam loker.
Tips yang saya nak kongsi dengan kengkawan adalah lebih baik round sekitar LWT tu dulu dalam keadaan kering sebelum anda terjun ke kolam. Yes kalo ada anak kecik ni kolam tu yang dia nampak dulu. Jangan riso kolam tu x lari kemana. Salah satu penyebabnya adalah kita tak perlu beratur untuk mandi kolam tapi klo nk naik permainan-permainan sekitar LWT tu kena beratur.
Sebab keduanya adalah mandi kolam akan lebih memenatkan badan. Memang lesu nak berjalan lepas mandi. Lagipon mandi manda ni takkan abih kan? Oleh sebab lepas tu saya nak check in hotel terus pon ya jugak. So lepas anak-anak mandi dan tukar baju boleh terus keluar dan balik hotel untuk bilas elok-elok.
So jalan yang kami tuju adalah hala ke kanan. Kami pergi Amusement Park dahulu. Oleh sebab masuk pon pepagi or memang bukan time cuti sekolah so memang takde orang pon beratur. Naik turun naik turun la berapa kali yang anda suka. Di Amusement Park ni ada lima (5) permainan yang menyeronokkan yang anda boleh cuba. Dewasa dan kanak-kanak semua boleh naik. Stesen Adventure Express iaitu keretapi pusing-pusing satu taman pon ada kat situ. Tapi kami tak naik dulu. Naik time balik nanti. Awal-awal pagi ni baik jalan kaki dan eksesais hehe~ sebenarnya sebab nak cuba semua benda yang ada so naik keretapi sebagai pengangkutan darat adalah amat tidak sesuai.
dari laman web LWT |
Ini adalah antara permainan-permainannya. Seronok bebudak naik. Roller coaster tu dak adik pon naik jugak. Cuma buaian dengan pirate ship je dia x lepas sebab ketinggian dan memang ibu dia sendiri pon tak bagi lepas. Gambar dari laman web Lost World of Tambun. Memasing dah seronok naik sampai lupa daratan nak amik gambo huhu~
Puas kat situ jalan terus akan jumpa Tiger Valley. Dia ada tempat duduk penonton dan kandang rimau sahaja. Sementara takde show boleh la nampak rimau tu dok jalan-jalan rehat-rehat. Tiger Feeding Show ada pada jam 3 petang dan 4 petang setiap hari. Sebab masa kami lalu kat situ baru kul 11 pagi lebih kurang so terpaksa la meneruskan perjalanan dahulu. Ingat nak datang balik jam 3 petang. Nan hado! lupa terus.. dok sebuk kuak lentang.
Teruskan lagi perjalanan anda tiba di Tin Valley. Kat sini dia tunjuk la sejarah perlombongan di Perak zaman dahulukala. Sepanjang jalan tu ada la poster-poster dan gambar-gambar yang boleh kita baca untuk tambah pengetahuan. Tengah-tengah jalan tu jangan terkejut kalo tetiba ada suara mendayu-dayu menyanyi dari celah pokok dan semak samun. Dorang pasang radio lagu-lagu lama. Konon nak membangkitkan semula kenangan zaman silam. Kalo jalan situ malam-malam seram jugak. Seb bek jenjalan siang dan ramai-ramai haha~
Terus lagi sampai hujung jumpa tasik anda akan sampai di Advanture Park. Kat sini dah macam kem bina negara camtu. Ada flying fox, kayak dan macam-macam lagi. Dan kat sini semua aktivitinya dikenakan bayaran tambahan. Sebab kami datang nak mandi kolam bukan nak team building so kami cuma tengok-tengok je dan patah balik.
Kemudian kita akan teruskan dengan binatang-binatang plak. Banyak jenis juga binatang dalam ni. Dan semua dijaga dengan baik dan bersih. Ada Porcupine Trail.. Animal Care Center dan Petting Zoo. Kat Animal Care Center ada zirafah, zebra dan ostrich. Kat sini boleh beli makanan utk bagi makan pada zirafah tu. Sebekas lobak berharga RM3. Itu je la perbelanjaan kami pada hari tu hahah~
beli sebekas lobak bagi makan ramai-ramai |
Time nih si girin ni mood elok rasanya rajin je melayan bebudak ni suap makan. Bertambah seronok la dorang. Anak-anak saya dari jauh nampak zirafah ni dah jerit-jerit panggil "Girin.. Girin.. Kwang Soo.. Kwang Soo.." hahaha~ Pengaruh Running Man betul.. haih..
Bergambar dengan Tappy dan Tasia |
Tales of Tribe ni buka untuk malam.. siang kita boleh amik gambar dahulu |
Petting Zoo adalah lokasi terakhir untuk jalan-jalan dalam keadaan kering. Lebih kurang jam 1 petang kami dah abih pusing dah semua. So ini lah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak iaitu MANDIIIIII~ terjun kolam..
LWT mempunyai beberapa jenis kolam untuk berendam iaitu Hot Spring & Spa dan Water Theme Park ada Advanture River, Sandy Bay dan Kids Explorabay. Hot Spring & Spa tu memang kami tak jejak sebab malam tu memang nak kesitu. Lagipon apa kejadah mandi air panas tetengah panas. Tak cukup panas lagi ke hahaha~ mati kering dalam tu kang.
dari laman web LWT |
Dan yang pastinya anda mesti cuba kesemua slide yang ada. Walaupun memula kecut perut kami naik jugak kesemuanya. Dak kakak memang suka benda-benda adventurous camni. Adik tak boleh naik. So kena la kami gilir-gilir naik slide-slide ni. Banyak video amik guna gopro tapi semuanya tak sesuai untuk tontonan umum hahaha~ selain muka masing-masing yang tak semenggah.. video penuh dengan jeritan-jeritan yang membingitkan. Its fun.. korang kena cuba ok!
dari laman web LWT |
Yang ni jenis turun lelaju pastu tuju ke langit and patah balik kebelakang. Haih kecut perut. Rasa cam nak tercampak keluar dari slide tu je huhu~
dari laman web LWT |
Yang ni ada empat (4) jenis slide
1 - sepanjang slide tutup so nanti kat tetengah gelap gelita.. serupa tutup mata.. berserah je la apa nak jadi
2 & 3 - yang ni lebih kurang sama. Satu terbuka separuh.. tertutup separuh dan yang lagi satu tertutup separuh.. terbuka separuh
4 - Yang last sekali ni keseluruhannya terbuka
Kesemua slide ni menggunakan tube yang disediakan. So tube yang korang sewa kena letak luar. Sebab tu saya tak galakkan untuk sewa melainkan anda nak letak anak-anak masa mandi kolam atau nak baring-baring kat Sandy Bay layan ombak or guna masa lalu kat Advanture River. Susah nak bawak kehulu kehilir pon ya jugak. Besar kot hehe~
Panjang jugak rupanya N3 ni hahaha~ terpaksa la sambung kat part 3 plak untuk Hotspring & Spa by Night, Hotel LWT dan makanan viral Ipoh - Nasi Goreng Udang. Cam biasa anything nak tanya pasal pengalaman ke.. keadaan dalam tu ke.. leh komen kat bawah.
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment