Klik link di bawah untuk part yang lain
♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 2
♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 3
Setiap tahun memang menumpang family day hubby je la. Keje gomen memang takde la bajet untuk Family Day bagai. Berkhidmat untuk negara la katakan.

Tahun ni Kelab Kebajikan Sukan LPHS (KKSLPHS) telah adakan family day di Lost World of Tambun (LWT), Ipoh, Perak pada 21 hingga 22 Januari yang lalu. Kalini pon konsep sama di Legoland JB dulu. Lepas bebas sukati la nak buat apa hehe~
dari laman web LWT |
So kami gerak dulu pada 20hb petang dan sampai di sana lebih kurang jam 8 malam. Sampai je lepas check in hotel kami keluar makan malam dengan kawan-kawan hubby yang dah gerak awal juga haritu. Oh ya kami check in penginapan malam tu di Sun Inn Ipoh. Bilik kecil dan bajet tapi selesa dan bersih. So kami ok jer sebab cuma nak buat transit tido untuk malam tu sahaja. Keesokan harinya kami akan check in hotel untuk fam day opis hubby.
So keesokan harinya.. selepas sarapan.. jam 9 pagi kami dah tercongok depan LWT tu haha~ bebudak ni memang kalo holiday mandi-mandi pandai je bangun awal siap bagai. Kalo tak.. kul 10 pon belum tentu bangun.
My Family |
Oleh sebab check in hotel lambat dalam jam 2.00 petang nanti. So perancangan kami pada haritu adalah mandi puas-puas dulu dari pagi sampai petang.. then petang nanti terus keluar.. check in dan rehat di bilik. Sebab malam nanti nak sambung sesi kedua lak di Hot Spring hehe~ memang puas berendam je la sehari suntuk.
Untuk makluman tiket masuk tu untuk per entry ya. Tak leh kuar masuk sesuka hati. Walaupun hotel depan LWT jalan kaki sajorr~ so sebab tu la kami rancang untuk mandi puas-puas lu siang tu sebelum kuar dan terus check in.
Berikut adalah sedikit info yang saya share dari laman web
Bergambo ngan pakgad-pakgad ni sebelum masuk |
Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT
Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Fam day hubby ni amik dedua sesi. Theme park dan hot spring. Harga untuk pakej fam day atau pakej kedua-duanya saya kurang pasti tapi ini harga sebenar untuk masuk kedua-dua sesi
THEME PARK
Dewasa (umur 13 tahun dan ke atas) - RM58.50
Kanak-Kanak (umur 12 tahun dan ke bawah) - RM52.20
Warga Emas (umur 60 tahun dan ke atas) - RM52.20
Harga tiket di atas termasuk GST 6% dan termasuk taman-taman berikut
Lost World Amusement Park
Lost World Water Park
Lost World Tiger Valley
Lost World Petting Zoo
Lost World Tin Valley
Lost World Hot Springs & Spa (siang)
Lost World Lupe’s Adventure
Kebanyakan tempat dalam LWT ni memang dah termasuk dalam tiket. Cuma ada beberapa tempat yang memerlukan bayaran berasingan. So boleh pilih la nak masuk ke tak. Tempat-tempat yang dikenakan bayaran pay-per-ride adalah
Haunted Chambers - RM10
13 High Rope Course - RM100
Zip Line - RM20
Via Feratta with Abseil - RM130
6th Mile Tunnel - RM110
Kayak Mania - RM5
Boga Cruise - RM6
Gua Datok - RM100
Di Petting Zoo juga ada sediakan pilihan makanan yang kita boleh beli untuk diberi pada haiwan-haiwan di dalam zoo tersebut. So tepuk poket tengok duit hehe~
LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT
Dewasa (umur 13 tahun dan ke atas) - RM36
Kanak-Kanak (umur 12 tahun dan ke bawah) - RM28.80
Harga tiket di atas termasuk GST 6% dan hanya untuk masuk ke Hot Springs & Spa by Night sahaja
Untuk tips pakaian pula.. selain pakaian mandi yang stendet.. hanya tshirt jenis kain jersi sahaja dibenarkan. Contoh cam baju hubby saya tu. Jenis melekap ke badan. Jenis kain cotton memang tak lepas. Life guard dia akan minta kita buka sebelum naik gelongsor especeli or kalo ngah mandi nanti terjerit-jerit dia tiup wisel soh kita kuar kolam.
So pilihlah pakaian yang bersesuaian ya. Untuk seluar pula.. seluar pendek dibenarkan. Untuk wanita muslimah boleh pakai tight. Track suit pon tak boleh ya. Alasanya adalah untuk keselamatan dan kalo lemas life guard LWT nanti tak dapat or susah nak tarik kita ketepi sebab bebanan baju yang berat dan susah dipegang. Tapi jangan risau kalo tersalah bawak baju.. boleh je beli tshirt dia di kedai aksesori. Tapi harga sendiri mau ingat la yer. Untuk lebih mudah paham leh refer gambo di bawah
Eh macam banyak pula nak kena bayar. Takkan nak mandi kena bawak duit sekali. Nak beli makan minum.. nak bayar pay-per-ride lagi.. kang basah lah duit tu. Takpon hilang terapong kat tengah kolam. Dont worry.. chill !!! Untuk taman tema air ni kebanyakannya memang dah cashless. Anda cuma perlu top up minima RM10 sahaja dalam eLoad anda. Saya kurang pasti pula eLoad ni menggunakan wristband yg sama masa kita masuk atau dia bagi wristband lain. Hubby yang g uruskan di kaunter. Saya ngah bersilat siapkan anak-anak yang tak menyabo huhu~
On dat day hubby top up RM100 untuk perbelanjaan sehari. Tapi tau berapa kami belanja sepanjang hari tu? RM3 sahaja hahaha~ tu pon beli makanan zirafah pastu kongsi reramai. Mak bapak kedekut haha~ lagipon makanan tengahari dah disediakan oleh opis hubby. But its ok baki boleh dapat balik bila kita keluar. Untuk eLoad ni kaunter refill di sebelah kiri pas kita melepasi kaunter masuk LWT tu. Berdekatan ruangan peti simpan barang. Jaga-jaga cik salmah.. kalo gelang hilang tiada pulangan baki ya. So jangan la mandi ganas-ganas sangat hihi~ Apa-apa pun resit mesti disimpan in case kalo anything happen. Untuk pulangan baki pula kaunter di sebelah kanan selepas pintu keluar.
Nak letak barang-barang pon tiada masalah. Ada disediakan loker untuk simpanan barang. Saiz loker bergantung pada keperluan anda dan semakin besar loker op kos semakin mahal harganya.
Saiz Kecil - RM15
Saiz Sederhana - RM20
Saiz Besar - RM35
Family saya amik saiz kecil je walaupun kami ramai. Kan dah cakap jenis mak pak kedekut hihi~ Takde la jugak sebenarnya sebab barang kami pon tak banyak. Cuma bawak barang keperluan untuk bersiap bedak sikat gel rambut ayahnya.. tuala bawak dua lai je kongsi ngan mak bapak.. dan barang peribadi pon bawak purse dan phone sahaja. Handbag saya tak bawak. Baju pula kami memang dah pakai sesiap baju mandi di dalam dan baju kering di luar. So balik tu cuma pakai balik je baju kering tu. X yah nak bawak satu almari. Perancangan kena baik ya. Op kos ibu nyer la kena pk semua benda-benda ni. Anak-anak ngan ayahnya tau mintak pastu ada je.
Oleh sebab kami memang terus check in selepas keluar taman tema tu.. so saya tak soh anak-anak saya mandi beria sabun syampu bagai kat toilet LWT tu. Cukup sekadar bilas dan salin baju. Nanti mandi bersih-bersih di hotel. So toiletries tu memang bawak sikat bedak saje la. Untuk loker pula tiada kunci ya. Masih menggunakan wristband. Ok yang ni saya kompom ada wristband sendiri sebab hubby soh saya pakai kat tangan hehe~ ada barcode di wristband tu untuk buka dan tutup loker. Loker ni boleh digunakan banyak kali. Berapa kali nak bukak tutup pon ikut suka hati la.

Untuk sewaan pelampung atau tube.. bayaran sebanyak RM26 dikenakan. Iaitu RM10 deposit + RM16 sewa. Pulang tube tu nanti dapat la balik deposit. Saya tak sewa tube ni sebab tempat gelongsor dia semua sediakan tube sendiri. Tak guna pon yang kita sewa tu. Anak-anak pon mandi berenang sendiri-sendiri tapi kengkadang tu ada la dia tumpang naik tube kengkawan dia (anak kawan-kawan opismate hubby). Ada yang dah geng dari Pulau Redang dulu.. ada yang memang dah biasa berkawan. So terpulang pada anda nak sewa ke tak hehe~
Haih terpanjang lak N3 kalinih. Ingat muat satu N3 je hahaha~ Baru citer info lum citer keadaan kami kat dalam tu lagi muahaha~ Takpe bagi korang rehat jap. Nanti sambung part 2. Anything nak tanya pasal pengalaman ke.. keadaan dalam tu ke.. leh komen kat bawah. Mana-mana yang rancang nak pergi tu leh tunggu part 2 saya sebab nanti saya citer camner saya berjalan puas-puas dalam tu dan perancangan aktiviti dalam LWT tu. Kalo anda rasa bagus boleh la folo. Kalo tak.. buat la aktiviti ikut masa dan kehendak masing-masing. Takde sapa nak marah kan? hihi~
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment