04 October 2011

♥ Astaghfirullahalazim

5:12 PM 0 Comments
Gambar dari www.hmetro.com.my
Nauzubillah.. baru semalam post pasal pengguguran bayi. Harinih di dada-dada akhbar terpampang lak citer pasal campak bayi dari tingkat 2 oleh IBU KANDUNG SENDIRI! Sampainyer hati.. Ya Allah! kenapa la sampai macam tuh sekali. Walaupum dikatakan bayi tersebut telah meninggal semasa dilahirkan. Kenapa la sanggup campak bayi tuh. Kebumikan la dia dengan sempurna. Kesian dia.

Bila teruskan baca beritanya cam nak lempang je mak dia tuh laju-laju. Lepas campak bayi tuh boleh lak wat dek siap ngah bersiap nak g keje lagi. Wak lu! Takde hati perut ke hapa pompuan nih? 

Tak sanggup nak cerita lagi. Sebak sungguh hati nih tengok. Sambil taip N3 nih pon air mata dah tak dapat nak tahan-tahan. 

Video dari www.youtube.com

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata





03 October 2011

♥ Oh Ibu! Jangan Bunuh Saya

5:38 PM 3 Comments
Ya Allah.. tak sanggupnyer nak tengok apa tah lagi nak melakukannya. Kesian pada baby yang tak berdosa tuh. Anak sendiri pon kalo kena gigit nyamuk je skalipun dah riso n sedih tgk merah-merah. Inikan pulak kalo anggota badan ditarik n dicarik-carik macam nih. Nauzubillah! Mintak dijauhkan lah dari kita semua.



Terima kasih pada blog Juaimurah kerana memberi info nih. Moga memberi manfaat dan iktibar pada semua. Insyallah..

 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ My Yummy-Yummy Favorite Dessert

12:15 AM 2 Comments
So sambung N3 tadi hihihi~ Bila perut dah lapo saya ajak la hubby singgah jap g beli my feberet iaitu Big Apple Donuts.. yummyyyyyy~ 


Wanna know my feberet? THE ALIEN! Tapi tadi beli kat AEON AU2 cam skit lak coklat kat atas tuh. Arituh beli kat SACC Mall nah kau membukit huhuhu~ Puas makan. Selalunyer saya melantak mender alah nih wif my little girl. Her feberet? Sumer yg penuh ngan coklat. Dia sorang leh makan 3 ketul tanpa henti huhuhuhu~ Tpi badan camtuh gak. Ibunyer nih yang nak makan seketul pon cam takut-takut. [ Kalo nak makan seketul takut la tapi bila dah 2 3 ketul dah tak takut dah huhuh~ lupa dunia dan lemak-lemak dalam badan huhuhu~ ].

Selalunyer beli set 6 ketul + strawberry ice blend dan stendet harganyer setiap kali pembelian ialah RM20.50 huhuhu~ Tak leh la makan selalu.. kopak purse ibu..

 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


02 October 2011

♥ Jalan-Jalan Cari Makan

11:54 PM 1 Comments
Harinih berjalan sakan nooo~ Kuar umah kul 10.00 pagi n sampi umah kul 8.00 malam huhuhu~ Arah tujuan? ke Selandar, Melaka. Sepanjang perjalanan dikelilingi oleh hutan nan menghijau.. jalan kampung yang berselekoh-selekoh.. pohon-pohon kelapa sawit dan getah. Best.. rasa cam OTW balik kampung di hari raya jek hihihi~

Tujuan perjalanan? Nak g umah member kelab keta dia wat kenduri kesyukuran. Perjalanan melibatkan 17 bijik keta yang berbaris panjang sepanjang jalan kampung tuh huhuhu~ Member masak kambing tuh huhuhu~ sedap. Banyak gak lauknyer. Puas hati la melantak tadi hihihi~


Yang sadisnyer OTW balik kami  sesat hihihihi~ Yer la tak penah masuk ke area situ ntah ke kebun mana ntah hubby bawak. Dah la group seramai 17 bijik keta tadi berpecah ikut haluan memasing pas kenduri tuh. Ada yang g Muar, jenjalan kat Bandar Melaka dan dua group balik KL. Seb bek lam group saya tuh ada lam 4 bijik keta so takde la riso sangat. Bayangkan jalan kat kiri kanan hutan n pokok getah sepanjang jalan.. leh lak henpon takde coverage. Pasang GPS lak GPS lak hang. Saya dalam hati dah nyumpah-nyumpah dah GPS tuh. Time cam-cam nih la dia nak rosak kan. Kami siap berenti tepi jalan bermuzakarah pasal jalan yang dilalui tuh huhuhu~ Bagus betul sumer manusia lam pat-pat bijik keta tuh tak ingat jalan. So kami redha je la meneruskan perjalanan. 


Yang ajaibnyer pas jek kuar dari hutan tadi henpon terus ada coverage [ yang nih tak ajaib sangat laa... ] dan GPS pon berfungsi kembali dengan baik! erk! seperti ada sesuatu disitu huhuhu~ Kami sumer pk yang positif je la.. mungkin kat area situ satelit GPS tak dapat kot [ boleh ke camtuh? ]. Seb bek hari siang. Kalo malam lagi la haru kot huhuhu~


Alhamdulillah lega rasa bila nampak sainbod tunjuk arah ke highway PLUS. Legaaaa~ jumpa gak jalan pulang hihihihi~ Dah sampai KL bukan terus balik. Jauh berjalan tadi rasa lapar lak. Singgah la pot lepak TT kami iaitu Kedai Mamak Azhar Maju kat Serdang pekena cis nan ngan ayam tandori. Alhamdulillah kembali kenyang [ adehhhhh~ asik melantak je pas pantang nih.. camner nak kurs nih huhuhu~ ]. 


OTW balik ke rumah lak leh lak jalan MRR2 tuh jem. Adehhhh~ setengah perjalanan harinih abih kat atas jalan je rasanyer. Bila dah sampai area umah tetiba rsa lapo balik huhuhu~ Tak tau la nih perut spesis apa. So atas permintaan saya hubby singgah la kat Jusco Aeon AU2, Setiawangsa. Apa saya beli untuk menghentikan bunyi-bunyian dari perut? Baca kat next N3 hikhikhik~ Tata




30 September 2011

♥ Preparation

2:20 PM 2 Comments
Hari-hari cuti bersalin dihabiskan di rumah sahaja huhuhu~ Tapi masa senggang saya skang tengah terisi dengan kebizian nak membuat persiapan majlis kenduri adik dan besday kakak next month. Insyallah tunggu la jemputan saya yer.

Sebenarnya saya dah berkobar-kobar nak wat majlis nih before bersalin lagi ekceli time ngandung arituh. Dah siap sebey dah sumer hihihi~ so skang dah leh terus prosid ngan buking n pilihan yang telah dibuat jek. Dari buaian, gudis, kek, kambing dan segala-galanya saya dah sebey awal-awal. So skang saya tinggal mengkonpomkan dengan tuan punya je dan alhamdulillah semuanya dah selesai. 


Insyallah majlis akan dibuat di rumah parents saya di Klang pada 29 Oktober 2011. Dah komplit sumer nanti saya akan tempek kad jemputan kat blog yer. Sudi-sudi la hadir yer. Nanti leh la kita berkenalan face to face hihih~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




29 September 2011

♥ Kembali Bersiaran Selepas Habis Pantang

12:52 AM 2 Comments
Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran. Harinih bermakna tamatlah sudah tempoh berpantang saya selama 44 hari. Walau baru abih pantang tapi dah gigih ke kelas sejak dua minggu yang lalu. Nak buek camano.. sapa soh beranak time blajo kan? huhuhuhu~

Dah lama takde N3 baru bukan sebab tengah lam pantang.. tapi ada kisah sadis yang terjadi pada saya semasa ketiadaan saya nih. Netbuk saya telah selamat diranapkan oleh si kakak. Dia ngan konfidennyer dah hentak netbuk comel saya tuh. Bila on skrin kosong je. Bila anta g betulkan kat sepupu saya dia kata motherboard rosak. So tau-tau je la kalo MB dah rosak.. alamatnyer beli baru je la. Ye la kalo betul pon mau makan RM500++ bek beli baru je kan. Baru pon RM999 dah boleh dapat. 

Nak taip N3 guna galaxy tab rasa cam tak best lak.. so terpaksa la redha dengan qada' dan qadar. Dok dendiam je la kat umah ek. Tapi mungkin ada hikmah di atas kejadian nih dan mungkin hubby saya kesian tengok wifenyer yang dah macam katak bawah tempurung or may b takut saya meroyan sebab netbuk dah rosak.. dia offer untuk beli laptop baru. Hip hip hoooraayyyyyyyyyyy!!!! 

Tapi musykil gak apasal bek sangat nak banjer laptop baru kan.. hmmmmm~ tapi takpe la orang kata rezeki jangan ditolak yer tak? Kang banyak tanya kang offer ditarik balik baru padan muka hikhikhik~ 

So berbalik pada cerita pencarian laptop baru tadi. Hari ahad lepas kami g la PAS. Tau tak PAS tuh apa? Plaza Alam Sentral, Shah Alam hihihi~ kena lak timenyer rupanya kat PAS ngah wat PC fair baguih betoi! Cam tau-tau jek hihihi~

Pas penat turun naik.. masuk sumer kedai.. borak ngan sumer pekerja kedai tuh sampai dorang cam naik nyampah ngan saya.. yerlah tanya macam-macam tapi belinyer tak hihihi~ perbandingan harga itu penting.. belilah dengan bijak tul tak? So saya memilih Lenovo Z470. Kali nih dah takde amik netbuk comei-comei lagi. Amik laptop 14" terus. Beso bijik mata nengoknyer hihihi~


Picture taken from www.lenovodomachines.com

Didatangkan dalam 3 warna pilihan iaitu pink, biru dan unggu gelap. Op kos pilihan saya ialah PINK! hehehe~ walaupun hubby saya tak berapa berkenan tapi terpaksa setuju je la ngan pilihan saya. Yerla nak pakainya saya bukan dia hihihi~ Harga ok la mampu dimiliki dan laptop nih guna Core i5 which is the latest and the best di pasaran. Nak tau review lebih lagi sila lawati laman webnyer ek hihihi~

Seperti yang saya taip kat atas tadi.. kalo hubby offer samting mesti ada sesuatu yang akan berlaku huhuhu~ Betul tekaan saya. Kalo dia dah baik sangat belikan saya laptop tuh maknanya dia pon nak beli gak la. So dia belikan saya laptop ngan harapan saya tak bising kalo dia pon beli gak. Nak tau dia beli apa? Nih ha!


Samsung Galaxy Tab 10.1
Dah agak dah.. mesti ada udang disebalik mee. Walhal dia dah ada Galaxy Tab yang lama tuh. So Galaxy Tab yang lama tuh jadi rezeki ayah saya la [ satu cara gak nak amik hati saya ]. Nak bagi pada si kakak memang jahanam la nanti. Lagipun dia kecik lagi kang asik wat men game je. 

So skang memasing dah leh online guna gadget memasing. Takde lagi nak berebut-rebut. Saya pon boleh ke kelas dan membuat assignment dengan hati yang gembira dan mata yang terang hihihi~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



09 September 2011

♥ Confinement Lady

12:25 AM 4 Comments


Alhamdulillah.. harinih sudah hari ke 23 baby saya. Skang nih baby dah tido so boleh la ibunyer berblog sekejap. Awal-awal dulu saya berpantang di rumah MIL di Banting. Pas raya baru balik ke rumah sendiri. Oleh sebab saya bersalin czer so tak boleh la berurut segala time awal-awal dulu. Cuma jaga makan je sebab takut apa-apa jadi pada tempat jahit tuh. After jahitan dah dibuka dan nampak ok so baru skang saya nak stat berurut dan bertungku segala.

So sebab skang dah berpantang sendiri di rumah saya upah Confinement Lady or CL untuk jaga saya. Hasil dari carian kat intenet, FB dan sebagainyer juga pas puas menggodek-godek harga semuanya so saya pilih la sorang CL bernama Kak Suzi. Leh klik nama dia untuk ke FB dia ek.

Rasanya harga yang dikenakan berpatutan. RM80 sehari untuk mandi baby, urut ibu, tungku, pakaikan pilis dan bengkung. Urut dan bertungku satu badan. Memang sedap la dia mengurut. Abih kuar angin sebab dia asik sedawa jek hihihi~ Badan pon rasa segar. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya tak makan jamu lagi sebab baby kuning. So harap pada rawatan dia je la buat masa skang. Pas baby saya dah ok nanti baru nak makan jamu pulak. Tuh pon yang jenis pil la kalo serbuk cam tak lalu plak huhu~

Sebab saya bersalin czer so takde la saya pakai bengkung yang melilit tuh. Memula plan nak pakai yang jenis zig zag tapi akak nih tak galakkan sebab katanya walaupun jahitan saya dari luar nampak cam dah kering dan ok tapi belah dalam kita tak tau. So dia kenalkan saya ngan bengkung yang khas untuk bersalin czer. Dia tak tutup tempat jahit cuma cover perut saja. Cuma RM50 sehelai dan boleh dibasuh.

Alhamdulillah hari nih maknanyer dah 4 hari dia jaga saya. Ikut plan saya amik pekej 7 hari sampai hari ahad. Dia tak tinggal sekali. Pas habis keje dia balik dan datang balik soknyer. Transpot pon sendiri so kita tak yah riso kalo takde orang nak g amik dan hantar balik. Cam saya op kos hubby bekerja so memang takde sapa la nak mengambik dan anto.

So pada bakal-bakal ibu yang sedang mencari CL boleh la kontek dia ek. Siap leh tawar lagi hihihi~ Insyallah akan berpuas hati.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


05 September 2011

♥ My Baby Boy

3:44 PM 5 Comments
Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan putera saya  ^_^


Muhammad Faeezal Uqasya Bin Mohd Faez
16 Ogos 2011
3.1 kg
HAT Tuanku Mizan, KL

Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan dan ucapkan tahniah.. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


04 August 2011

♥ Standby Mode.. 37 Weeks!

8:47 AM 1 Comments

www.babycenter.com

Alhamdulillah harinih genap 37 minggu. Masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Cuma biasalah sakit pinggang.. sakit belakang.. perut ngeras pas berbuka [ pas berbuka je mesti tersando takleh nak gerak cam teddy bear beso kat funfair tuh huhuhu~ ]. So puasa masih lagi diteruskan. Aktiviti memasak yang simple-simple pon masih diteruskan. Setakat 3 hari poser nih saya masak satu lauk jek.. yang len beli kat pasar huhuhu~ Nak masak banyak-banyak lauk pon tak sempat sebab balik kul 5 petang cam biasa
[ sedih! ].

Harap-harap dapat la meneruskan puasa selagi terdaya dan selama yang boleh. Tak larat weh nak ganti next year huhuhu~ So doakan la saya selamat melahirkan yer. Tengah membilang hari jer nih weeeeeeeeeeeeee~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



02 August 2011

♥ Peristiwa Minggu Lepas

4:17 PM 3 Comments
Nih nak citer pasal benda yang dah berlaku minggu lepas [yer la nak citer benda yang nak jadi mggu depan tak tau lagi apa nak jadi yer tak]. Pada hari Isnin bersamaan 25hb Julai 2011, dengan penuh semangat kewarganegaraan, saya telah g beli tiket bola Malaysia vs Singapore. Yes! itulah wishlist saya yang terakhir before bersalin. Walaupun hubby saya memang berat hati la nak bagi tapi mengenangkan saya nak sangat pergi dan takmoh anaknyer nanti ngences sebab tak dapat g tengok bola.. dia turutkan jugak la. So plan la ngan member kelab keta soh g beli tiket ari tuh gak dan sememangnya tindakan saya itu betul kerana seperti yang semua sedia maklum tiket bola 65k sol out untuk hari itu sahaja huhuhu~

Tuh pon member saya siap kehulu kehilir try gak dapatkan tiket tuh. Memula beratur kat SNBJ.. leh lak sampai kat dia tukang jual tiket tuh cakap tiket dah abih. Sian dia dah la beratur berejam.. ponteng keje lagi. Yerlah sapa yang leh agak tiket nak laris camtuh skali kan. Selalu cam biasa-biasa jek. Leh sampai malam perlawanan pon tiket still ada lagi. Then dia lari pulak ke Stadium MBPJ.. abih gak.. Seb bek my hubby ada member keje ngan MBPJ.. so dapat lah gak 10 keping tiket untuk kami ramai-ramai tengok bola. Malam tuh memang dah sonok sangat.. dah terbayang nak beli baju rimau.. pakai tudung kaler kuning.. dan macam-macam lagi. Tiket pon simpan kat laci sebelah katil takut si kakak wat men huhuhu~

 Tapi tuh la.. kalo takde rezeki nak wat camaner kan. Hari Rabu tuh saya dah rasa len macam. Tapi wat dek je la sebab tak rasa apa pun. Bila abih keje sampai umah tuka baju nah ko.. rupanyer saya dah kuar tanda. Tapi apsal tak sakit ek? huhuhu~ Terus call hubby soh dia balik cepat skit then nak terus ke hospital. Sebab kedudukan baby saya belum berpusing lagi so takut la kalo ada apa-apa kan.

Bila sampai spital then dia check baby tak pusing lagi.. op kos saya kena check in. Huhuhu~ confirm la tak dapat g stadium sok [sempat lagi tuh pikir pasal nak g stadium]. Tapi sampai keesokan harinyer saya masih takde kontreksen. Dok macam tuh je la kat wad. Seb bek dapat bilik 1st kelas.. dok sorang lak tuh.. tv dan segala kelengkapan dalam tuh ahmad albab yang punyer laa~


Makan~~~


Huhuhu sakittt~ beso tuh jarum dia

Esoknya [hari Khamis] bila doktor datang check saya masih lagi tak rasa apa. Doktor bagi balik. Yahoooooooooooooo~ dalam hati cakap owh sempat lagi nih kalo nak g stadium hahahaha~ Doktor yang datang peksa tuh pon cam tau-tau jek. Siap nasihat jangan g jejauh. Jangan g luar dari KL takut apa-apa hal jadi nanti tak sempat sampai spital. Siap pesan dia bagi MC sampai ari Jumaat jangan menggatal g Sogo lak huhuhu~ [time tuh kan Sogo wat sale].

Time dia cakap tuh la sedang elok my hubby dok kat sebelah. Memang takde harapan la nak g tengok bola kat stadium SNBJ. Tengok kat Stadium Astro je la gamaknyer. Tiket pon my hubby dah jual kat orang huhuhu~ Tapi tak best la kan tengok bola kat umah. Selepas puas dipujuk rayu.. dapat la kelepasan dari my hubby nak g tengok bola kat kedai. Call la memember yang tak dapat tiket datang tengok skali. Ngan tangan masih lagi ada tag spital.. gigih je saya dok tengok kat kedai tuh hihihi~ [kena datang awal kalo tak tempat takde].

Alhamdulillah sampai skang saya masih lagi gagah nak g keje.. poser dan wat keje yang ringan-ringan kat umah. Cuma memang tengah dalam mod standby la tuh. Beg pon memang dah parking lam bonet keta. Harituh mayb my baby cuma memain jek kot. Saja nak gurau-gurau huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata