02 October 2011

♥ Jalan-Jalan Cari Makan

Harinih berjalan sakan nooo~ Kuar umah kul 10.00 pagi n sampi umah kul 8.00 malam huhuhu~ Arah tujuan? ke Selandar, Melaka. Sepanjang perjalanan dikelilingi oleh hutan nan menghijau.. jalan kampung yang berselekoh-selekoh.. pohon-pohon kelapa sawit dan getah. Best.. rasa cam OTW balik kampung di hari raya jek hihihi~

Tujuan perjalanan? Nak g umah member kelab keta dia wat kenduri kesyukuran. Perjalanan melibatkan 17 bijik keta yang berbaris panjang sepanjang jalan kampung tuh huhuhu~ Member masak kambing tuh huhuhu~ sedap. Banyak gak lauknyer. Puas hati la melantak tadi hihihi~


Yang sadisnyer OTW balik kami  sesat hihihihi~ Yer la tak penah masuk ke area situ ntah ke kebun mana ntah hubby bawak. Dah la group seramai 17 bijik keta tadi berpecah ikut haluan memasing pas kenduri tuh. Ada yang g Muar, jenjalan kat Bandar Melaka dan dua group balik KL. Seb bek lam group saya tuh ada lam 4 bijik keta so takde la riso sangat. Bayangkan jalan kat kiri kanan hutan n pokok getah sepanjang jalan.. leh lak henpon takde coverage. Pasang GPS lak GPS lak hang. Saya dalam hati dah nyumpah-nyumpah dah GPS tuh. Time cam-cam nih la dia nak rosak kan. Kami siap berenti tepi jalan bermuzakarah pasal jalan yang dilalui tuh huhuhu~ Bagus betul sumer manusia lam pat-pat bijik keta tuh tak ingat jalan. So kami redha je la meneruskan perjalanan. 


Yang ajaibnyer pas jek kuar dari hutan tadi henpon terus ada coverage [ yang nih tak ajaib sangat laa... ] dan GPS pon berfungsi kembali dengan baik! erk! seperti ada sesuatu disitu huhuhu~ Kami sumer pk yang positif je la.. mungkin kat area situ satelit GPS tak dapat kot [ boleh ke camtuh? ]. Seb bek hari siang. Kalo malam lagi la haru kot huhuhu~


Alhamdulillah lega rasa bila nampak sainbod tunjuk arah ke highway PLUS. Legaaaa~ jumpa gak jalan pulang hihihihi~ Dah sampai KL bukan terus balik. Jauh berjalan tadi rasa lapar lak. Singgah la pot lepak TT kami iaitu Kedai Mamak Azhar Maju kat Serdang pekena cis nan ngan ayam tandori. Alhamdulillah kembali kenyang [ adehhhhh~ asik melantak je pas pantang nih.. camner nak kurs nih huhuhu~ ]. 


OTW balik ke rumah lak leh lak jalan MRR2 tuh jem. Adehhhh~ setengah perjalanan harinih abih kat atas jalan je rasanyer. Bila dah sampai area umah tetiba rsa lapo balik huhuhu~ Tak tau la nih perut spesis apa. So atas permintaan saya hubby singgah la kat Jusco Aeon AU2, Setiawangsa. Apa saya beli untuk menghentikan bunyi-bunyian dari perut? Baca kat next N3 hikhikhik~ Tata




1 comment:

zeta said...

Amboi..bestnya konvoi smpi ke melaka.. :)
Nasib baik xde ape2 jd kan..Alhamdulillah selamat smpi.. :)