Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

14 January 2016

♥ My Not So Little Brother Getting Married Part 2

4:19 PM 0 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Part 2 ni plak saya nak cerita majlis di sebelah saya pulak. Seminggu lepas majlis di Taiping iaitu pada 19 Disember 2015 berlangsung pula majlis di sebelah saya dengan tema Mint Green. Majlis berlangsung di SMK Sri Andalas.. sekolah lama saya. Pelik lak datang balik sekolah pas 15 tahun tinggal huhu~

Sehari sebelum majlis memang kakak dia ni berkampung je la kat sekolah tu. Uruskan orang pasang pelamin.. org susun kusi meja.. segala macam bagai.


Oleh sebab ni majlis pihak lelaki.. memang mudah la semuanya sebab majlis sehari je. Mudah tak mudah sangat la gak. Yang lebih memudahkan ialah kami menggunakan pakej perkahwinan dari Wawasan Selera Enterprise. Ibu dan ayah saya pilih Pakej Platinum yang menyediakan semua keperluan majlis perkahwinan dari A - Z. Kami cuma sediakan gudis je yang lain dah termasuk dalam pekej. 

08 January 2016

♥ My Not So Little Brother Getting Married Part 1

6:20 PM 0 Comments

Alhamdulillah.. tanggal 11hb Disember 2015 Khalid's Family selamat menerima ahli keluarga baru. Adik ipar pertama saya hehe~ Dan ni satu-satunya menantu ibu ayah saya yang bukan orang jawa muahaha~

10hb Disember saya dah gerak ke Taiping. Nasib baik 11hb tuh Selangor cuti sempena besday Sultan Selangor. Save sikit cuti. Leh cuti lelama belah saya minggu depannya muahaha~ Kami gerak awal ke Taiping sebab adik saya nikah awal pagi esoknya. Kul 9.00 pagi huhu~ biasa la cuti sekolah kan. Tok kadi fully booked. Kita la kena ikut time dia. Tp bagus gak lepas setel nikah pagi tuh kami boleh g jenjalan dan rileks je. Cuma tunggu majlis sanding esoknya dan terus pulang ke Klang.

Kalo kengkawan ingat sabtu tu, 12hb Disember adalah perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor vs Kedah. Memang tak la kitorang nak lepaskan peluang nak g tengok kan. Sepuluh tahun kot tunggu nak masuk final. Tiket pon seb bek kawan hubby tolong belikan. Lambat sikit dah sold out dah. So mmg kena plan bebaik perjalanan hari Sabtu tu. Bab ni nanti sya citer kat next N3 hehe~

Sementara tuh jom layan gambo majlis perkahwinan adik saya belah perempuan di Simpang, Taiping. 

26 November 2012

♥ Che Mat & Zaza Wedding

10:32 AM 0 Comments
Last wiken mengabihkan masa di Melaka attend wedding dan try new place untuk mandi-manda di Melaka. Beli offer kat Groupon yang saya dah citer kat sini arituh. My first try beli offer kat Groupon and everything going smoothly. Tak banyak kerenah dan takde masalah. So pas nih leh beli lagi hihihi~

Niat ke Melaka untuk attend my Prosboc's friend wedding iaitu Che Mat dan Zaza. Dedua Prosboc member. Sorang zon saya SBK [Serdang / Bangi / Kajang] sorang lak zon jiran PCD [Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil ]. Alhamdulillah.. satu lagi pasangan yang bertemu jodoh sesama ahli hihihi~



Sabtu pagi kami kumpul di Port biasa iaitu kat Restoran Azhaar Maju, Serdang. Sapan lu dan set kul 10 pagi gerak. Sebab pantin berarak awal dalam kul 12 camtuh. Lambat tinggal katanya.. tapi las-las kul 10.30 gak gerak huhuhu~



Ready nak gerak ke Melaka. Anak dah siap awal-awal.. adik dah belemuih dah walaupon baru kul 10 pagi huhuhu~



First check point kat Sungai Udang Melaka. Berkumpul dengan rakan-rakan dari Zon PCD.
Dari sepuluh bijik keta dah jadi nearly 20 kot hihihi~



Cam biasa walaupun tetiap minggu jumpa muka yang sama.. tapi tiap kali jumpa salam mesti ada.. hahaha~ tuh je dah amik masa 10 minit nak salam sumer orang. Sila abaikan muka yang tak semenggah di gambar atas belah kanan hahaha~



Nih la pengantinnya.. tema ijo. Selamat Pengantin Baru Che Mat dan Zaza

Pas makan sumer tiba la agenda wajib bila serbu rumah orang kawin iaitu amik gambo reramai ngan pengantin




Pose tunjuk pengantin adalah pose wajib! tak tau bila start hahaha~



Kami dan pengantin



Pastuh kami gerak la polo pantin untuk sesi outdoor. Buat kat Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Melaka. Patriotik sungguh pasangan pengantin ini hahaha~ saya cakap ngan pantin laki "kalo PM tengok nih mesti dia bangga ngan ko hahaha~"



 Girls with Bride



Boys with Groom



Everybody together! Konpius disitu apsal yang lelaki lak pos cekak pinggang cam masuk Miss World huhuhu~

Dah puas berpanas kat situ kami pon pulang la ke arah tujuan memasing. Saya dan kawan gerak ke Bayou Lagoon (BL) untuk check in. Yang len gerak pulang ke KL. Stop lu N3 kat sini. Jap g sambung N3 pasal BL lak ek hihihi~ Tata.


 

13 October 2012

♥ Review : Hotel Thistle, JB

11:10 PM 0 Comments
Seperti yang saya bagitau lam N3 sebelum nih.. las wik saya berjimba-jimba di sekitar JB. Selain g wedding member kelab keta.. kami singgah gak JPO before balik KL. Kat sana saya stay kat Hotel Thistle, JB [berdepan dengan Dataran JB yang ada jam tuh].  Memula happy gak la sebab dapat stay kat hotel 5 bintang [katanyerrrrrrrrr~] tapi nan ado huhuhu~

Time kami sampai nak check in.. kami kena tunggu lama tau.. beratur takde la macam nak beli tiket game bola Selangor vs Kelantan.. ada satu kapel je depan saya tuh tapi nak menyetelkan kapel tuh bukan men lembap lagi. Saya ingat may b dat kapel ada problem la nak check in.. may b lupa bawak kad kredit ke hapa.. tapi tengok kat kaunter lain sama jek lembapnyer huhuhu~ Lenguh gak la kaki menunggu. Dia bukak lam 5 kaunter.. tapi lima-lima cam gitu. Tak tau la pasai apa.. susah nau ke nak bagi orang check in huhuhu~


Yang lagi bikin panas hati.. kat kaunter sebelah dok sibuk staff dia melayan sorang pakcik nih. May b wakil dari jabatan memana ke nak datang kursus situ.. tengok staff tuh prepare banyak gak la kad bilik. Dalam doploh gak kot. Siap sonok bersembang lagi ngan pakcik tuh. Tapi kalo ikut pengalaman saya sepanjang keje gomen nih.. tak penah check in kat kaunter.. selalu staff hotel akan bukak kaunter len untuk check in gomen staff yang datang kursus. Ramai kot kan.. takkan la nak bio tunggu lelama.. Kat pendaftaran je dah abihkan masa nearly setengah jam huhuhu~


Dah dapat kunci boleh pulak satu bilik je yang dah ready.. lagi satu bilik masih tengah kemas huhuhu~ Time tuh dah nak kul 5 petang dah kot. Takkan baru nak kemas. Setau saya pon orang check out kul 12.00 tengahari. Terpaksa la kawan saya [another kapel hasben and wife] lepak bilik saya lu sementara tunggu bilik siap. Time tuh memang mendidih gak.. kita dah penat kan.. camtuh lak jadinya.


Bilik dia lak.. bagi saya la.. takde la gah sangat. Compare to the 5 star rating yang dorang dok habaq tuh. Biasa je. Lebih kurang bilik kat Hotel Sri Malaysia kot huhuhu~






Dekoresen pon biasa-biasa je.. takde la wau sangat. Memang hotel 5 bintang punya bilik camnih ek? Al maklum la jarang dapat dok kat hotel banyak bintang nih huhuhu~ Seb bek tak bayar exact amount untuk bilik yang camnih yang nearly RM400++ tuh huhuhu~ Nama bilik nih ialah Standard Room 1 King Bed huhuh~


Petang tuh bawak anak-anak mandi kolam. Ok la kolam dia memang superb dan besar ya amat.. dah macam sungai pon yer.. dia tak macam tipikal swimming pool yang bentuk empat segi tapi cam memanjang siap ada slider lagi. Start with bahagian kanak-kanak dan makin kedepan makin dalam la swimming poolnyer. Dan yang best is kita leh terjun ngan baju dan treksut hahaha~ tipikal malay kan.. Takkan la nak pakai bikini kot mau kena lempang ngan hubby hahaha~ body kalo mantap cam dulu-dulu takpe la gak hihihi~


Ngah mandi-mandi jadi lak perkara yang tak berapa best. Angkara tak dengar cakap ibu. Si kakak dah tergelincir + jatuh + dagu terkena kat bucu tangga = koyak + darah amat banyak huhuhu~ Udah meraung si kakak. Tuh la tak dengar cakap lagi. Al kisah pas mandi kolam ayahnya bawak la g bilas kat shower yang ada kat tepi kolam tuh. Dah abih mandi.. dia lari nak datang kat saya.. dan natijahnya adalah seperti ayat di atas. Koyak tak dalam dan tak beso sangat. Tapi sebab dia kena bawah dagu kan.. cam ngeri la gak bila time dia bercakap tuh cam ada mulut kecik bawah dagu dia huhuhu~ Ayah tak bagi bawak g klinik sebab takut doktor jahit.. kang berparut lak.. Seb bek staff hotel yang jaga pool tuh efisen.. dia nampak kakak jatuh dan meraung.. dia dah g amik first aid sesiap. Ayahnya sapu ubat kuning je dan soh bio biar kering. Kulit budak senang cantum kata ayahnya. Saya ikut kan je la huhu~ Darah pon dah kurang bila hubby dah lap bersih-bersih dan letak ubat hmmmm~


Malam tuh kakak tido awal.. penat nangis kot. Before dat bila siap pakai baju saya cam tepuk-tepuk manja bahagian luka tuh tanya sakit tak? dia kata tak sakit so saya rasa luka tuh tak la dalam or parah. Malam tuh kami makan kat Restoran Singgah Selalu.. si kakak dah tido kat kusi. Langsung tak dinner. Sian dia huhuu~


Esoknya dia bangun dengan senyuman as always.. saya rasa lagi tempat luka tuh but dia kata tak sakit. Ok la. Pas sarapan kami gerak la ke JPO. Abihkan masa kat situ around 3 jam then bergerak balik ke KL. Tak mau sampai KL lambat sangat sebab kakak sekolah soknyer. JPO? hmmmm~ biasa je.. takde la murah sangat harganya.. rasa cam sales biasa je dan barang dia pon cam barang-barang lama yang nak abih stok huhuhu~ so nothing to tell about our trip at there cuma sempat amik gambo beramai-ramai before balik wat kenangan hihihi~




Takde shopping sakan pon. Kira ok la dah pegi so pasnih takde la teruja sangat nak g sana hahaha~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




03 October 2012

♥ JPO.. Here I Comeeeeeeee~

5:14 PM 0 Comments
Cam biasa keje memang sentiasa bizi.. Meeting tetiap hari.. Board tetiap minggu.. Tapi alhamdulillah saya suka

Tapi bukan tuh yang saya nak citer hahaha~ Ngah xsaited nih nak g JB ujong minggu nih. Tujuan nak g wedding member kelab keta kat area Senai pada hari Sabtu. Tapi yang make more xsaited nyer sebab nak g JPO on Sunday! Yeay! Hip hip hooooraaayyyyyyyyyyyyy~


Lama dah niat nak g tapi takde penyebab nak bawak diri ke sana. So alang-alang nak g wedding member nih ajaklah hubby singgah sekali. Bukan selalu dapat g kan hihihi~ Kat sana nanti kami dok kat Hotel Thistle JB. Mesti kata waaaaaaaaaahhhhhhhhh~ dok hotel 5 star.. banyak uwang nya ya pak huhuhu~ Tapi yang sebenarnya dapat dok sini pon sebab member kelab keta ada jadi staff kat hotel nih [kan saya kata kelab keta saya nih kan bagus hahaha~]. Dia yang bagi kami stay sini guna staff rate yang amat berbaloi-baloi harganya jika nak dibandingkan dengan harga sebenar. Terima kasihlah ek.. jasamu dikenang..

Jom cuci-cuci mata lu ngan gambo hotel.. tak sabo nak g dah nih hihi~




Bilik tak tau la jenis apa yang kami dapat. Tapi stendet je kot. Ok la kan.. Plannya Sabtu akan gerak dari KL pagi terus ke wedding kawan saya. Pastuh xtvt bebas yakni saya dan member lagi dua orang [somi is3] akan check in hotel nih.. member len akan lepak homestay yang disediakan oleh pengantin lelaki. Thanks yer Shahir hihihi~ Malam lepak ngan member Prosboc JHR.. Pagi Ahad maybe singgah jap kat event autoshow member Prosboc JHR sebelum gerak ke JPO. Bila dah kat JPO tuh tau je la xtvt yang akan berlaku iaitu shoppingggggggggggg!!!! Shopping sampai penat dan gerak balik ke KL hihihii~


Isnin hingga Rabu lak saya kena g Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Pahang untuk Seminar PPT Mindef 2012 huhuhu~ kena tinggal la nampaknya anak-anak ngan hubby. Yang nih nanti next wik saya citer k. Tak g lagi tak tau camner. Tengok kat website cam menarik tempatnya. Puas la jenjalan nak akhir-akhir tahun nih hihihi~

  
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



10 June 2012

♥ Happy 5th Anniversary To Us

2:24 AM 4 Comments



Alhamdulillah.. pada 8 Jun 2012 bermakna sudah menjangkau tahun kelima usia perkahwinan kami. Semoga kebahagiaan dan rasa cinta antara kami berpanjangan hingga ke syurga. Syukur dikurniakan suami yang memahami.. anak-anak yang comel dan pintar.. Moga Allah swt merahmati perkahwinan kami serta melimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik kepada kami..

Tiada apa yang istimewa.. plan awal nak sambut anniversary ngan g dinner kat Bukit Ampang but last minit clash lak ngan Dinner Pre Graduation. So juz kuar dinner pada malam sebelumnya. Hadiah untuk hubby dah beli awal-awal arituh.. so juz bagi ucapan kat FB je pagi tuh hihihi~

Dear my husband Mohd Faez Bin Sujak..

I may not be your first, your last or yours only
U has cared about someone b4 me and possibly will again
But U cares for me now and that's all that matters
I don't aspect U to be perfect because I know I'm flowed as well
U not may think me every second and I may not be the centre of your universe
But U gave me a part of U that U knows I can break
So I wont hurt U or try to change U
My only promise is that I will make U smile when U makes me happy
Yell when U makes me mad
Miss U when U not here
And love U like U will never break my heart

"HAPPY 5th ANNIVERSARY TO US"

Sincerely.. your ♥ wife


  Thanks gak kat hubby sebab bagi adiah anniversary.. cantik sangat.. lep u kuat-kuat.. muahhhhh~




13 January 2012

♥ Jenjalan Carik Adiah Kawin

4:46 PM 1 Comments
Harituh jenjalan mencari adiah untuk my BFF Encik Wonderman & Puan Lantana. Kami beramai-ramai decide untuk kumpul wit dan beli samting yang bermakna skit la huhu~ yer la kang asik dapat set gelas.. set pinggan.. tuh je la adiah stendet orang kawin dapat [ berdasarkan pengalaman diri sendiri ek! ]. So kami kolek la dari geng-geng bas sekolah saya dan beli piyuk nasi untu sang pengantin. Oleh kerana sang pengantin lelaki pon memang seorang pemakan yang berjaya dan sang isterinya pula seorang pemasak yang berjaya gak so kami rasa amat sesuai la adiah tersebut. Lagipun kami beli piyuk nasi so nanti nak soh dorang masak dan kami nak datang makan hahaha~ gila paksa!

On dat day lak my hubby ada tonemen bowling anjuran Procc kat Mid Valley Megamall. So sambil menyelam tengok ikan.. kami pon g la carik adiahnyer sekali kat Jusco lam tuh. Dah puas bertekak.. berbincang.. bermuhasabah diri memasing dan dah dapat final decision iaitu piyuk nasi.. bertekak la plak cara nak menulis kata-kata aluan kat atas adiah tuh la. Yang sorang nak tulis cenggini.. yang sorang nak tulis cenggini.. so kami wat keputusan memasing beli kad kecik memasing dan tulis ucapan memasing muahaha~



 Dah memasing pilih kad.. adiah pon dah balut lawa-lawa oleh staff Jusco tuh.. kami pon lekat la kad-kad kami atas adiahnyer.. dan hasilnya.. taraaaaaaaaaaaaa~



Lawa dan kemas jek staff Jusco tuh balut. Bagus! Dan kawan kami pon gembira ngan adiah yang kami bagi hihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

25 November 2011

♥ Hectic Day!

11:53 AM 0 Comments

Harinih dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Bermula kerja di pejabat hingga tengahari.. tengahari kang ada lunch date ngan member Peska, Syaz and Anis kat KLCC. Syaz nak bagi hadiah besday kakak time kenduri arituh which is dia tak dapat hadir sebab anak tak sihat. Tak sabar rasanyer nak bergosip-gosipan hihihi~ Still lum decide nak g nek LRT or bawak keta huhu~

Then bila abih rehat terus balik umah untuk packing baju.. tak masuk opis kot hihihi~ Malam nih pas kelas nak terus shut ke Muar untuk hadiri majlis perkahwinan best pren Prosbocian Miss Leeya [insyallah malam kang akan bertuko ker status Mrs]. Kul doblas tengah malam kang kumpul kat Azhar Maju, Serdang then lam kul 1 pagi terus shut ke Muar. 

Naper g tetengah malam? Naper tak tunggu pepagi sok? Hihihi tau mesti ada kengkawan yang tanya kan [ada ke?] Yer la sebab saya ada bb so katanya tak bek kuar memalam. Tapi bagi saya biar la bertolak malam ni so sok tak terkejar-kejar. Anak-anak pon leh tido je lam keta. Hubby leh bawak keta rileks-rileks tak kejo masa. Saya leh tido gak.. ops temankan hubby gak hihi~ Dan yang penting tak panas. 

Kalo bertolak sok mesti kena kuar pepagi.. kalo saya n hubby je it should b ok tapi kesian kat anak-anak kena bangun pepagi. Time dorang kekecik nih memang saya bagi kesempatan dorang nak tido sampai tengahari pon takpe. Especeli bb. Bio la saya dah siap berkemas sumer.. siap sapan.. baru dia bangun so saya leh tumpu kat dia lak. Dan biasa la bebudak kecik nah kalo dia ngah sedap tido kita kejut mau ngamuk [si kakak la]. Lagi payah. Selalu kalo situasi nih berlaku saya pas kat ayahnyer la sebab tahap kesabaran saya tak tinggi huhuhu~ Ayahnyer rajin melayan.

Petang nih lak ada presentation [yang tak present-present dari dulu tuh]. Kalo tak konpom memang tak pergi la kelas. Dah la las wik tak g sebab ada kursus kat PD.. tapi seb bek gak kelas kensel sebab lecturer tak sihat [katanyerrr~] so pospon lagi ke dis wik. Rasanyer nih dah kali ke-4 agaknyer pospon. Kalo pospon lagi bek tak yah wat terus. So Nett, chaiyok! chaiyok! untuk present petang nih. Hopfuli kita 1st group so pastuh aku leh terus shut balik umah hihihi~. 

K nak abihkan keje before cuti 3 hari.. Tata


20 April 2009

♥ Cara Tambat Hati Suami

3:01 PM 0 Comments
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mahukan hati suami begitu dekat dengan dirinya. Pelbagai cara sanggup dilakukan si isteri agar mampu menambat hati suami kerana inilah sebenarnya cara untuk mengikat kesetiaan lelaki. Di bawah ada 17 cara yang boleh dipratikkan oleh anda dan juga sy sendiri. Check it out =)

♥ Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum melakukan kerja-kerja lain.

♥ Tunjukkan keprihatinan kita dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. Namun sebelum itu, pastikan suami dalam mood yang baik. Belajar dan berlatihlah untuk menjadi pendengar yang baik.

♥ Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan suami.

♥ Tanya keluarga terutama ibu mentua mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

♥ Sekali sekala cuba hidangkan resepi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

♥ Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

♥ Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.

♥ Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar atau pulang lewat.

♥ Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

♥ Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

♥ Beri perhatian yang sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. 

♥ Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

♥ Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. 

♥ Apabila meminta bantuan suami, jangan memaksa. Sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut. 

♥ Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

♥ Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

♥ Hantar kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut suami dari semasa ke semasa.