14 January 2016

♥ My Not So Little Brother Getting Married Part 2


Klik link di bawah untuk part yang lain

Part 2 ni plak saya nak cerita majlis di sebelah saya pulak. Seminggu lepas majlis di Taiping iaitu pada 19 Disember 2015 berlangsung pula majlis di sebelah saya dengan tema Mint Green. Majlis berlangsung di SMK Sri Andalas.. sekolah lama saya. Pelik lak datang balik sekolah pas 15 tahun tinggal huhu~

Sehari sebelum majlis memang kakak dia ni berkampung je la kat sekolah tu. Uruskan orang pasang pelamin.. org susun kusi meja.. segala macam bagai.


Oleh sebab ni majlis pihak lelaki.. memang mudah la semuanya sebab majlis sehari je. Mudah tak mudah sangat la gak. Yang lebih memudahkan ialah kami menggunakan pakej perkahwinan dari Wawasan Selera Enterprise. Ibu dan ayah saya pilih Pakej Platinum yang menyediakan semua keperluan majlis perkahwinan dari A - Z. Kami cuma sediakan gudis je yang lain dah termasuk dalam pekej. 

Dengan harga RM14.50 per pax anda cuma datang berlenggang je ke majlis perkahwinan sendiri hehe~
Adik-adik yang membantu melancarkan majlis perkahwinan ni
Orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan majlis ni a.k.a tokey catering ni adalah kawan saya dalam Prosboc. Dia ni memang well known dalam kelab kami the best dalam menyediakan makan-makan ni. Masa saya buat kenduri kesyukuran masuk umah baru pon saya tempah dari dia. Ramai puji. Majlis perkahwinan ni pon ramai puji masakan sedap. In sya allah amat berpuas hati. Kalo berminat boleh contact dia di talian 017 6429930 - Azhar

Jom layan gambar sekitar majlis arituh

Tetamu menjamu selera
Walkaway ke pelamin
Kami pon nak bergambo gak hehe~
Man in my life
Kakak pengantin ngan abang ipar pengantin dah penat
Pengantin yang lapo
 Jurugambar pada hari tersebut adalah dari WSB Photography. Leh search facebook dan instagram untuk hasil kerja dia yer. Jurugambar pon dah masuk pakej. Siap album semua. Memang berbaloi dengan harga kan? Pendek kata dalam pakej ni anda akan dapat

* Sepersalinan baju pengantin + mekap + aksesori
(adik saya pakai baju sendiri so baju tu saya dapat tukar ke pintu gerbang + walkaway)
* PA System + DJ siap karok dan jadi MC sepanjang majlis
* Kelengkapan kerusi meja termasuk hiasan
* Photography termasuk album dan sesi outdoor
* Kek Pengantin
* Hidangan makan yang super yummy

Lastly gambar family.. hoorayyy !!!

Baju kami semua dari Jakel. Beli yang dah siap je senang. Baju melayu yang lelaki semua dari koleksi Aaron Aziz Jakel. Seb bek ada saiz masing-masing. Harga lebih murah dari time raya arituh sebab nak abihkan stok kan. Beli baju untuk anak-anak buah lelaki gak sesiap dari koleksi Upin dan Ipin. Sebab baju ni nanti recycle pakai masa raya nanti hehe~ Baju siap butang dan dapat free sampin 2 helai harga lebih kurang RM100 sepasang. Ok la tuh skang hantar upah kain sendiri pon dah seratus lebih kan huhu~

Kami yang pompuan-pompuan lak kecuali my SIL pon beli kat Jualan Gudang Jakel. Ada dia pacak khemah besar sebelah Petronas Seksyen 7 tuh. Dari harga asal RM200 lebih masa raya arituh. Kami dapat harga tak lebih RM100. Berbaloi-baloiiii~

Untuk budak-budak lak saya beli di GM Klang. Dress dan kemeja lelaki Alhamdulillah jumpa gak kaler yang kena ngan tema pada minggu akhir nak majlis tuh. Terus la rembat untuk bebudak ni.

Alhamdulillah terima kasih untuk semua yang membantu melancarkan majlis. Sepupu-sepupu mak sedara pak sedara.. yang jauh dan dekat yang sudi hadir ke majlis perkahwinan adik saya ni. Minta maaf kalo ada kekurangan di mana-mana.

 So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: