05 November 2014

♥ Prosboc Dinner 2015

Yeay dah nak akhir tahun.. yippi !!! ini bermakna tibalah masa untuk prepare diri sendiri, hubby dan anak-anak untuk dinner Prosboc. Acara yang memang wajib setiap tahun dengan pelbagai tema yang dipilih. Kawan-kawan sekelab kami ni memang sporting kalo dinner bertema-tema. Time ni la dorang nak pakai lain dari yang lain. Best sangat.

Dinner Prosboc yang pertama diadakan pada tahun 2009 dengan tema "Malam Aneka Ragam". Time ni kami baru setahun berkelab dan masih hingusan lagi bab-bab nak buat event. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Tema ni lebih kepada "sukati ko la nak pakai apa". Ada yang jadi SWAT Team.. Penari Gelek.. Pak Haji.. dan macam-macam lagi.



Tahun 2010 tema "Malam Pesta Muda Mudi" kita twissssstttttttttt~ hehehe Ramai yang berlagak cam Pak Maon, P Ramlee dan Saloma.. alhamdulillah tiada kecederaan pinggang dilaporkan pada malam tersebut. Satu bentuk exercise gak sebenarnya hahaha~ 


Tahun 2011 tema "Back To School".. yeay kali ni saya ada buat N3 kat blog hehe~ boleh baca kat sini. Jom layan gambar yang saya forward dari N3 tuh hehe~




Tahun 2012 bertemakan "Malam Anugerah Bintang Popular Prosboc". Nih pon saya rajin wat N3 leh baca kat sini. Jom layan gambar



Tahun 2013 pulak kita kembali ke zaman dahulu kala dengan tema "Sireh Pulang Ke Ganggang". Time ni la hang-hang lima bersaudara keluar dari persembunyian hahaha~ Maaf takde N3 may b sebab blog bersawang hehehe~ Dinner tahun tuh kami buat di Melaka. Layan gambar je la ek



Hahaha~ bersemangat waja kan kawan-kawan kelab keta saya. Tahun ni oleh sebab bz teramat sangat Dinner 2014 diadakan pada 3 Januari 2015. So tak tau ni dinner 2014 ke 2015 hahaha~ kang terajin hujung tahun 2015 kang buat lagi hehehe~ Tema kami pada kali ni? jeng... jeng.. jengggggggg~


Prosboc Box Office : 1 2 3 Action!

Watak filem! Tak kesah dalam ke luar negara. Saya dah idea nak pakai apa.. lebih kepada dasar pandang ke timur.. pantai timur.. budaya ketimuran hehe~ mana leh bagi tau awal-awal yer tak? kang tak seprais lak. Anak-anak dah memang idea terus lekat kat kepala. Kakak may b jadi Elsa kot (happy sungguh la dia nanti.. dah lama berangan) adik lak may b jadi James Bond. Sut tuxedo dah ada. Tinggal nak cari pistol je hehehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: