10 November 2014

♥ Bowling Kelab Sukan HTAR 2014

Pada 8 November yang lalu telah berlangsung perlawanan boling anjuran Kelab Sukan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).. my new opis hehe~ Tonemen berlangsung di Setia City Mall (SCM) Shah Alam. One of reason saya suka keje sini ialah sini aktif gila aktiviti dia. Keje baru sebulan dah banyak kali join tonemen bowling dan bola jaring hehe~ best!

Kali ni saya masih tag team dengan kawan-kawan masa menang Bowling Puspanita arituh. Alhamdulillah kami berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan saya berjaya mendapat tempat keempat untuk individu. Kali nih memang saingan kuat-kuat belaka. Lawan satu spital kot.. okey lah ada gak rezeki bawak balik adiah hehe~

Tempat ke-3 keseluruhan untuk kategori berkumpulan
Saya suka hadiah jenis camnih. Hamper dah siap bahagi-bahagi masuk beg hahaha~ puas la anak-anak makan cikedis minggu ni

Tempat ke-4 keseluruhan untuk kategori individu
My Team.. Congratz girlssss~
Hadiah medal untuk kategori individu dan piala untuk kategori kumpulan
Next tonemen adalah pada 30 November ni di Wangsa Walk, KL. Tempat lepak dolu-dolu hehe~ Kali ni ada perbezaan sikit team tapi insyallah cuba buat yang terbaik. Chaiyok! So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: