09 November 2012

♥ Risau My Son Belum Berjalan


My little hero will be 1 year 3 month dis month but untill now dia belum berjalan huhuhu~ Memula lu saya tak berapa risau sangat sebab anak-anak saya sumer tumbuh gigi cepat so cam yang orang selalu cakap kalo tumbuh gigi awal nanti jalannyer lambat. Kakak pon jalan masa umur setahun dua bulan. So saya dah memang agak adik akan lambat dapat kaki tapi takde lah selambat nih huhuhu~

Now dia just suka meniti tepi baby cot dia. Which mean dia takde la masalah lutut ke kaki ke hapa kan. Cuma berjalan je dia taknak. If kita pimpin di sebelah tangan dia takmoh jalan. Dia longgar kan lutut dia takmoh berdiri. Tapi kalo kita pimpin dedua tangan nak gak la dia berjalan beberapa tapak. Hasil pembacaan saya dari blog kawan-kawan blogger kat intenet majoriti kata ia bukan satu masalah sebab lebih baik anak-anak kita meneroka kelebihan mereka sendiri. Masanya akan sampai. Tapi saya risau dan nak tahu pada tahap umur berapa ia dah dikira serius? Mining kalo dah setahun setengah tak berjalan-jalan gak its mean ada samting wrong ngan my baby (minta la dijauhkan). 


Antara pendapat yang saya temui di intenet ialah dari blog Mummy Aishiey. Dia pon dapat hasil bacaan dari sumber lain tapi tak dimaklumkan pula sumber tersebut. Pada masa N3 tersebut ditulis, anaknya dah umur 17 bulan (mining setahun lima bulan la kan) but still lum berjalan gak.


Salam pembaca ibu, saja nak kongsi pengetahuan. kalu anak anda lambat berjalan jangan risau coz sebenarnya kalu stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda bagus. Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. 


Apabila anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik. Ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari ahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Sebelum ini saya sendiri tidak mengetahui akan hal ini tetapi bila saya bertukar kerja ke tempat sekarang barulah saya tahu bahawa setiap perkembangan fizikal perlulah dilalui oleh anak-anak kita tanpa meninggalkan satu perkembangan pun. Mmg org tua kita cakap berjalan cepat tu bagus. Tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai.. biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalu puan semua nak tahu, sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya ialah dengan merangkak. Semoga apa yang saya sampaikan ini dapat memberi manafaat kepad semua kaum ibu... insya allah.


 Saya berfikir positif je la dan hopfuli ia benar. Adik memang laju merangkak dan memanjat tapi berjalan takmoh lagi. Next wik ada chekap untuk setahun 3 bulan nak tau pulak opinion dari nurse kat klinik camner.


Hasil pembacaan saya kat Baby Center gak mendapat maklumat yang sama. Sampai pada bab "bila harus bimbang?" ini jawapanya..


Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. 


Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang. Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.


Kalo kawan-kawan ada pendapat or pernah alami perkara ni.. boleh la kongsi ngan saya kat bahagian komen yer. Mana tau dengan izin Allah dan bantuan dari rakan-rakan anak saya cepat berjalan nanti. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




6 comments:

Chekpid said...

syabil pun belum jalan.dia kurang sebulan jek dari qasya..rasanya tak perlu risau lagi...as long baby ada progress it's ok. boleh tolong mama lap lantai :p

Mrs Faez said...

Tul ke kak pidah huhuhu~ ok will wait n see la kalo camtuh huhuhu~

AYAM BELANDA PAKNGAH said...

ank saya stahun 3bln blum bjln. Merangkak,meniti tepi kosi laju aje,gigi 5 btg,dkm ati tertnya2 bila la nak jln,hi..hi.. Sabar je la ye

Mrs Faez said...

Ayam Belanda Pakngah :

Anak awak ngan anak saya serupa je.. setahun 3 bulan + merangkak meniti tepi kosi + gigi banyak hihihi~

Unknown said...

betul tu...anak saya 1t3b masih mrangkak,meniti dan memanjat...gigi graham pun dah ada...jalan ja belum lg....bila ajar berjalan mulalah melompat lompat...

Unknown said...

Sekadar berkongsi pengalaman. Anak saya berumur 11 bulan dan masih 'soldier crawling' dan merangkak bila perlu(ingin melepasi halangan).Seperti biasa bila check up di hospital Kerajaan mereka ada'milestone' yg perlu dicapai.Hasil check up tu doctor suggest buat occupational theraphy.Mula la risau disitu.Tapi kuatkan semangat cari maklumat merata dan terlintas 1 blog ni yg suggest berjumpa doc sofea Ali dr SJMC...Saya immediate buat appointment dan ke hospital...dipendekkan cerita 15minit bersama...mcm2 ketidakpuasan hati bila doc ni suruh buat bermacam2 test termasuk MRI which cost me 3K in total...so disapointed mcmana doc yg baru spend 15 mins dgn budak ni boleh ckp anak saya..slow..distractive..dan mcm2..sampai say menangis dlm kereta..Saya kuatkan semamgat.mmg anak saya lahir normal,tiada masalah,boleh tersenyum,angkat kaki,pegang botol,boleh memanggil mama,papa..how could she judge my daughter mcm tu...
Saya tak buat semua test tu..tp saya bawa pergi theraphy..ya..anak saya bermain..menendang..memanjang dgn yakinnya..cuma dia tidak mahu duduk dan preffer merangkak...
Ikhtiar terkini saya membawa anak ke spa untuk stimula kakinya dgn berenang...dan saya berharap dalam sebulan 2 lagi menunjukkan perkembangan yg lain pula...