♥ Istana Kecil Kami : Part 1

Ekoran harga rumah yang melambong-lambong laksana daun kelapa dibadai ombak [cheeewwwaaaahhhhh~] hahaha~ saya dan hubby decide untuk hold dulu rumah impian kami dan mulakan dengan rumah mampu milik berdasarkan gaji dan komitmen kami sekarang. Asalkan ada rumah yer tak? hihhi~

Selepas puas berbincang dan sedar diri huhu~ kami amik keputusan untuk beli dulu rumah kos rendah. Yap dengan harga RM42K. Location amat strategik di tengah-tengah kepesatan bandar Klang dan berjiran dengan kawasan-kawasan yang sedang membangun dengan pesatnya hihi~ Kami beli rumah low cost apartment kat Bandar Parklands, Bandar Bukit Tinggi 3, Klang. Ok lah tuh anak pon dua orang je kan hihihi~


Plan kami untuk duduk dulu rumah nih lam 5 - 10 tahun pastuh sewakan. Insyallah time tuh hutang bank pon dah abih. Kami beli umah nih tak wat loan umah pon.. rugi loan gomen je.. kami wat personal loan dengan bank yang menjadi pilihan ramai huhuhu~ Potong lam nearly RM400 each month even kami letak deposit umah tinggi [guna wit KWSP untuk pengeluaran berpencen]. Deposit 10k + lawyer S&P RM500. Baki RM32K + RM10K kami wat loan. RM10k tuh untuk wat renovation. Rumah nak dok sendiri kan.. harus lah renovate untuk keselesaan. 


Lagipon umah nih bukan bayo monthly cam umah biasa. Tapi kami bayar ikut progress. Cam skang umah dah siap 30%.. so patutnya dah bayar RM12,600. Arituh dah bayar RM10k now kena setelkan baki RM2,600 tuh dalam tempoh 3 bulan. Another 3 month or tunggu surat lawyer [yang mana terdahulu] kami kena bayar lagi based on tahap mana kesiapan rumah tersebut sampai la umah tuh siap sepenuhnya.  Hubby malas nak pening pale may b kami setelkan terus baki RM32K tuh once loan dah lulus nanti. Takut terpakai pon yer gak huhuhu~


Alhamdulillah.. Now 1st part dah selesai. Skang ngah tunggu waktu senggang untuk g lawyer firm sign S&P. Insyallah rumah dijangka siap pada Feb 2014. Moga-moga cepat la siap umah kami hihihi~




Dah bayar deposit akan dapat fail nih.. bagus la leh la letak sumer dokumen pasal umah lam fail nih nanti




No rumah kami B-1-20.. Blok B + Tingkat 1 + Umah No. 20


Nih plak gambo saya snap dari flyers iklan. Mana la tau kalo kawan-kawan berminat kan




Pangsapuri Kos Rendah 4 Tingkat - Arista




Plan lantai umah. Tapi umah saya Type A1. Bentuk L terbalik. Bagusnya umah jenis saya sumer tingkap bilik hadap ke luar




Maaf la tak tau camner nak me"rotate" kan dia hahaha~ Tuh [bakal] umah saya yang Blok B.. hujung sekali kat tepi padang lapang.


Lupa lak nak inpom.. umah nih bukan simply kita g pemaju kata nak beli tau. Umah kos rendah nih dikawal jualannya. Hanya dijual kepada golongan sederhana jek. Kalo nak beli kena amik borang kat Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor. Kalo kita layak.. baru nama masuk lam board.. nanti dapt surat dari LPHS then baru dapat bawak surat tuh ke Pemaju. Maximum gaji untuk layak beli rumah nih is RM3K kalo tak silap. Tapi boleh la try luck memasing kan. Insyallah untung untuk dijadikan aset sebab sebelah kanan dia tuh ngah naik kawasan kilang. Belah kiri lak [Lorong Delima 5] is rumah teres 2 tingkat. 


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




4 comments:

Fara NODO said...

rumah farah blok..B tingkat 3

Mr and Mrs Faez said...

Wahhh berjiran la kita =)

siti luszaimah said...

samalah kita.. bila agaknye boleh masuk rumah?

Nuarul Alia said...

Salam sis..sy nk tnya brp lama dpt keputusan dr lphs tu?sy Da Apply dgn lphs 2 bulan tp blm dpt surat lagi..brp lama ye nk kena tgu?

Followers