29 September 2011

♥ Kembali Bersiaran Selepas Habis Pantang

Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran. Harinih bermakna tamatlah sudah tempoh berpantang saya selama 44 hari. Walau baru abih pantang tapi dah gigih ke kelas sejak dua minggu yang lalu. Nak buek camano.. sapa soh beranak time blajo kan? huhuhuhu~

Dah lama takde N3 baru bukan sebab tengah lam pantang.. tapi ada kisah sadis yang terjadi pada saya semasa ketiadaan saya nih. Netbuk saya telah selamat diranapkan oleh si kakak. Dia ngan konfidennyer dah hentak netbuk comel saya tuh. Bila on skrin kosong je. Bila anta g betulkan kat sepupu saya dia kata motherboard rosak. So tau-tau je la kalo MB dah rosak.. alamatnyer beli baru je la. Ye la kalo betul pon mau makan RM500++ bek beli baru je kan. Baru pon RM999 dah boleh dapat. 

Nak taip N3 guna galaxy tab rasa cam tak best lak.. so terpaksa la redha dengan qada' dan qadar. Dok dendiam je la kat umah ek. Tapi mungkin ada hikmah di atas kejadian nih dan mungkin hubby saya kesian tengok wifenyer yang dah macam katak bawah tempurung or may b takut saya meroyan sebab netbuk dah rosak.. dia offer untuk beli laptop baru. Hip hip hoooraayyyyyyyyyyy!!!! 

Tapi musykil gak apasal bek sangat nak banjer laptop baru kan.. hmmmmm~ tapi takpe la orang kata rezeki jangan ditolak yer tak? Kang banyak tanya kang offer ditarik balik baru padan muka hikhikhik~ 

So berbalik pada cerita pencarian laptop baru tadi. Hari ahad lepas kami g la PAS. Tau tak PAS tuh apa? Plaza Alam Sentral, Shah Alam hihihi~ kena lak timenyer rupanya kat PAS ngah wat PC fair baguih betoi! Cam tau-tau jek hihihi~

Pas penat turun naik.. masuk sumer kedai.. borak ngan sumer pekerja kedai tuh sampai dorang cam naik nyampah ngan saya.. yerlah tanya macam-macam tapi belinyer tak hihihi~ perbandingan harga itu penting.. belilah dengan bijak tul tak? So saya memilih Lenovo Z470. Kali nih dah takde amik netbuk comei-comei lagi. Amik laptop 14" terus. Beso bijik mata nengoknyer hihihi~


Picture taken from www.lenovodomachines.com

Didatangkan dalam 3 warna pilihan iaitu pink, biru dan unggu gelap. Op kos pilihan saya ialah PINK! hehehe~ walaupun hubby saya tak berapa berkenan tapi terpaksa setuju je la ngan pilihan saya. Yerla nak pakainya saya bukan dia hihihi~ Harga ok la mampu dimiliki dan laptop nih guna Core i5 which is the latest and the best di pasaran. Nak tau review lebih lagi sila lawati laman webnyer ek hihihi~

Seperti yang saya taip kat atas tadi.. kalo hubby offer samting mesti ada sesuatu yang akan berlaku huhuhu~ Betul tekaan saya. Kalo dia dah baik sangat belikan saya laptop tuh maknanya dia pon nak beli gak la. So dia belikan saya laptop ngan harapan saya tak bising kalo dia pon beli gak. Nak tau dia beli apa? Nih ha!


Samsung Galaxy Tab 10.1
Dah agak dah.. mesti ada udang disebalik mee. Walhal dia dah ada Galaxy Tab yang lama tuh. So Galaxy Tab yang lama tuh jadi rezeki ayah saya la [ satu cara gak nak amik hati saya ]. Nak bagi pada si kakak memang jahanam la nanti. Lagipun dia kecik lagi kang asik wat men game je. 

So skang memasing dah leh online guna gadget memasing. Takde lagi nak berebut-rebut. Saya pon boleh ke kelas dan membuat assignment dengan hati yang gembira dan mata yang terang hihihi~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



2 comments:

notti netti said...

yeay lepas ni leh buat asgmt banyak2...

zeta said...

seronok..dpt lappy baru..yg best punya plak tu.. :)