22 April 2010

♥ BUSY TAK HABIS-HABIS

1:52 PM 2 Comments


Lama betul x wat N3 baru huhuhu~ lately mmg bz lbh2 lagi time las wik of study arituh mak aih ngan x cukup tdonyer.. ngan assignment melambak2.. test lagi.. presentation lagi.. final projek lagi.. ngan member group yg x bagi komitmen.. mmg strees giler minggu tuh. But alhamdulillah sumer dapat diharungi dengan baik. Tinggal nak tunggu final exam jek pada 27hb April ngan 3hb Mei. Pastuh? kita enjoyyyyyyyyyyyyyy!!! yahooo~

Tapi sebenarnya x berapa nk enjoy gak la. Ngah cuti sem nih bz lak ngan xtvt kelab keter huhuhu~ Macam2 xtvt nak wat. Jadual penuh smpi end of May. Nih pon curik2 skit masa time rehat tghari utk berblog sbb x tahan tgk blog kawan2 len yg sentiasa ada N3 terbaru hehehe~

Juz utk berkongsi dengan rakan2 betapa bznyer saya skang :
  • 23/4 ::  TT SAC - Taklimat Xtvt Prosboc
  • 24/4 :: Derma Darah + Grand TT dgn 11 kelab keta
  • 25/4 :: Serahan Sumbangan Derma kepada Rumah Kebajikan Rawang
  • 27/4 :: Final Exam Titas
  • 30/4 :: Frenly Futsal Prosboc vs Satria Neo Crew
  • 1-2/4 :: Booth Pendaftaran Hari Belia Negara
  • 3/4 :: Final Exam Database
  • 8/4 :: Sepupu Kawin
  • 8-9/4 :: Booth Pendaftaran Hari Belia Negara
  • 15/4 :: Hari Belia Negara @ Putrajaya
  • 21-23/5 :: Family Holiday @ PD
  • 28/5 : Meeting Prosboc Sentral
  • 28-30/5 :: Family Day Prosboc
Dan ini hanya setakat bulan 5 sahaja tau. Adoiiyaaiii~ kalo x kurus gak pasnih x tau la kan hehehe~

Sebenarnya di sebalik ke'bz'an tersebut.. apa yg best semasa cuti sem nih ialah saya ada lbh byk masa dgn my hunny bunny. Percaya atau x sepanjang saya belajar.. saya x berkesempatan nak dodoikan dia sblm tdo. Selalunyer saya balik kelas dia ngan ayahnyer dh tdo huhuhu~ Cuma hari sabtu ahad la tuh pon slalu hujung mggu kami bz ngan Prosboc so dia tido sendiri kat bilik bergerak dia [seat belakang keta]. Cian anak ibu.. tapi dis wik tiap2 ari ibu tido kn kan? kan? hehehe~


Alhamdulillah gak kedai kecil Cute Kiddy Kiddy kami pon ok. Stok dah nak dekat abis. Tgh tunggu stok masuk dijangka pada next wik.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


22 March 2010

♥ Happy Birthday dan Selamat Bersara Ayahku

11:26 AM 0 Comments
Pejam celik pejam celik tak terasa masa berlalu begitu cepat. Rasanya baru semalam ayah hantar saya ke sekolah. Tunggu di kantin pada hari pertama persekolahan. Naik motor sambil ayah garu2 kepala saya dengan dagunya. kalo hari cuti, ayah akan bawa saya ke pejabatnya kalo dia kena OT. Sambil dia wat keje.. sambil saya duduk di mejanya conteng2 dan lukis2 kertas yg dibawa. Hmmm~ seronoknya kalo boleh berputar ke masa kecil dahulu.

Apa jua permintaan ayah akan cuba sedaya upaya tunaikan. Walaupun ketika itu ayah hanya kerani biasa. Sekarang ayah sudah bersara selepas lebih 20 tahun berkhidmat di Pelabuhan Klang. Dari kerani sehingga bersara sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan.

Pada 14 Mac harituh kami bersama2 meraikan besday ayah di Muara Ikan Bakar, Pelabuhan Klang. Walaupun besday ayah pada 15hb Mac kami sambut lebih awal sbb besday ayah jatuh hari Isnin.

Inilah momen2 yg sempat kami abadikan pada malam itu..



Happy Besday ayah.. semoga ayah sentiasa sihat.. dirahmati Allah dan menjadi the best AYAHWE pada Dellisya hihihi... WE LOVE YOU AYAH..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Korea Wall Sticker

10:34 AM 3 Comments
Gara-gara terpesona dengan keindahan rumah Cat Farish yang disiarkan di Majalah Media yang lepas, saya dengan segera telah mendapatkan wall sticker yg skang tgh HOT di pasaran. Ala sticker yg tampal kat dinding dr Korea tuh. Bila dh siap x nampak cam sticker tapi dh macam cat. Ala2 mural kat sekolah2 tuh.

Sebagai permulaan.. bilik yang menjadi tempat utk latihan tampal menampal ialah......... bilik Dellisya hihihihi~

   

Dan hasilnya mmg wanderful.. kalerful.. dan macam2 ful2 lagi la.. Tak sabar nak g beli kat pasar tani setiawangsa lagi hihihihi~ Next project is dapo lak..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



17 February 2010

♥ Prosboc @ MHI TV3

12:41 PM 1 Comments
Sempena Karnival Go Youth yang akan berlangsung sepanjang tahun ini di seluruh negara, satu segmen khas telah disediakan di dalam slot Malaysia Hari Ini pada 3 Februari 2010 yang lalu bagi tujuan mempromosikan karnival tersebut.

Prosboc turut terlibat di dalam karnival tersebut. karnival ini bertujuan untuk mengajak belia Malaysia bagi melakukan aktiviti2 yang digemari dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.

Antara xtvt2 yang bakal diadakan adalah xtvt2 yang menjadi kegemaran dan kegilaan para belia di Malaysia cthnya auto show, drift, sukan seperti futsal dan bola jaring, sukan lasak seperti wall climbing dan lain2 lagi.

Kami dah berada di sana seawal jam 6.30 pagi. Selepas siap setting keta, tunggu la pengacara MHI arituh iaitu Fitri dan Annahita untuk datang temubual kami. Bab nih la yg rasa paling sedih sbb kempunan nak jumpa Elly Iskandar waaaaaaaaaaaaaaa~.

Sementara menunggu tuh sempat gak melantak nasi lemak ngan air kotak hihihii. Dalam kul 8 tuh krew dah mula set up lighting n kamera. Bila sumer dah ready.. nnnnn~~~~~ action!!



Maaf.. visual kurang memuaskan. Nih pon seb bek ada member Prosboc rakam guna kamera hp

 Nih lak antara gambo2 yang sempat di snap sepanjang intebiu belangsung.




 Nih lak gambo pas dah abih..




Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Bersawang

8:08 AM 1 Comments
 
Amat bz yer sepanjang bulan nih. Kalo blog saya nih taman bunga agaknyer dah tumbuh lalang dah huuhuhu.. Yerlah bz ngan keje, study, family, umah, Prosboc dan macam2 lagi. banyak perkara yang berlaku tapi x sempat nak hapdet dalam blog.

Dan sekarang alhamdulillah.. audit pon dah abih dan Jabatan saya score 3 bintang. Kategori BAIK la. Takpe la walaupon x dapat yang TERBAIK tapi nak dpt yang baik nih pon dh setengah mati. Bayangkan keje ngan tentera. Langsung x hapdet fail2 dan benda2 berkenaan admin nih. Terpaksa lah kami yang awam nih menghapdet semuanya hanya dalam masa seminggu.. OMG! sampai bwk balik umah la keje2nyer sumer.

So skang saya hepi sgt sbb masa untuk berblog dh ada. Still ada keje but time free mmg byk hihihihihi~ Banyak benda nak citer nih. Hopfuli can share wif ol of u.. happy reading. Tata


18 January 2010

♥ Sesuatu Yang baik Untuk Dikongsi

12:13 PM 2 Comments

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.
 
Rakan saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibunya meninggal sebab kanser. Beliau adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum dia sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg rakan saya sediakan/bagi makan utknya. Rakan saya hairan walhal dia baru sampai. Baru dia teringat sepanjang perjalanan dia sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah dia bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah rakan saya.

Lagi satu sewaktu beliau terlantar sakit dihospital di Mesia. Dia tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Dia bagi tau wife.Isterinya kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Dia yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

Assalamualaikum,


UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim .... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:


Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersa ma :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam . 
 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


05 January 2010

♥ Miss Hawaiian 2010

12:02 PM 3 Comments
Pada tanggal 1 - 3hb Januari yang lalu. Kami sekeluarga ke Lumut, Perak. Yahooo!! cuti-cuti Malaysia. Pemergian kami ini adalah untuk menghadiri family day hubby. Best sangat + penat sangat huhuhuu~

Dan tanpa disangka-sangka Dellisya menang one of the category yang dipertandingkan pada malam dinner hari kedua iaitu


Best Hawaiian Dress Kategori Kanak-Kanak.



Hahahaha~ xde rezki nak menang kat alam maya.. rezeki dia menang di alam nyata hehehe~ X sia-sia ibu dia nih bersengkang mata di malam tahun baru menganyam bunga huhuhuhu~

Last day pas check out.. kami nek bot g Pulau Pangkor. Best dah lama x g. Walaupun hanya utk jenjalan tapi takpelah bulan dua nanti kami akan datang lagi untuk mandi-manda pula.

Yang sonok mesti lah Dellisya.. abih baju berpasir. Terpaksa lah mendikan dia pastuh beli baju selai kat sana. Seb bek baju pon harga seploh hengget jek huhuhu~





Dan akhirnya.... sadaqallahhhhhhhhhh~ hul azimmmm~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


31 December 2009

♥ Happy New Year

10:13 AM 1 Comments
Selamat Tahun baru 2010





Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2010 dah menjelang tiba. Banyak perkara suka dan duka berlaku sepanjang tahun. Tapi setiap perkara yang terjadi ada hikmahnyer dan mematangkan kita sebagai insan di muka bumi.

Tahun pertama Dellisya penuh dengan pengalaman-pengalaman menarik. Orang kata tahun pertama bayi adalah masa yang paling indah tetapi amat singkat. Pada tahun pertama ini lah anak kita akan belajar bermacam-macam perkara untuk diaplikasi dalam tahun-tahun mendatang dalam hidupnyer. Belajar meniarap, merangkak, duduk, bertatih, berjalan, makan, bermain dan bermacam-macam lagi. Namun semua perkara indah tersebut hanya dalam satu tahun. Pada tahun-tahun selepas ini kita sebagai ibu akan selalu terkenang pengalaman-pengalaman manis melihat anak kita membesar.

I want my baby grown up as a luvly girl.. have a wonderful life.. happy in whatever she doing.. love her parents and family very much.. be a nice and good girl to parents, family, people, country and God as well as enjoy her life.. but until the end of my life.. she always be my little girl that i love so much.. FOREVER..

 
  Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




13 December 2009

♥ My Lovely Baby With Pacifier Contest

1:05 AM 1 Comments
Tengah dok sebok melihat perkembangan Cafe dan Kebun di FB [sambil meneman hubby tgk game Chelsea huhu] terajin lak nak mengjoin satu contest yang diorganize oleh Mummy Hawa.

Memula tgk banner contest nih nak tergelak pon ada hehehe~ veri cute lorr pacifiernyer. Tak dapat kat Malaysia nih. Kena beli kat luar negara huhuhu~ Terus terbantut nak dapatkan satu untuk Dellisya.

Back to contest.. so Contest Mummy Hawa nih ialah...

 "My Lovely Baby With Pacifier Contest"


Syarat penyertaan leh refer kat sini ek

Sebenarnya Dellisya amat la jarang guna pacifier. Stat umo 6 bulan dah jarang melekat kat mulut [sbb my Mum dah marah.. katanyer kang susah nak benti huhuhu~] Pacifier pon bukan la barang terpenting yang perlu ada untuk anak dara saya tuh. Yang penting kena ada air masak. Tapi pacifiernyer bagi gak la.. ikut la mood dia nak ke tak hehehe~

Ini lah gambar Dellisya.. rasanyer time nih umo dia 3 or 4 bulan camtuh la..



Nama cam dalam MyKid :Nur Faeeza Dellisya Binti Mohd Faez
Tarikh lahir kat spital : 13 Oktober 2008
Umur pada masa mama saya ngah wat N3 nih : 1 Tahun 2 Bulan

Banner contest dah ditepek kat tepi tuh dan blog Mummy Hawa telah dilinkkan di Blog List Ibu-Ibu. Penaja pula iaitu Mama Jiwa Tulip telah dilink kan di Blog list Ibu Stuff di bawahnyer ek.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



05 December 2009

♥ We @ Johor Bahru

6:27 PM 4 Comments

Congratz to my cousin.. Faizul aka Ijoy yang dah selamat menikahi gadis pilihannya malam tadi. Today suppose be their weds belah pompuan tapi tak dapat lak nk g [walaupun dah sampai simpang nak masuk kampung umah pompuan tuh] sbb nak kena pick up my father kat Stesen keretapi JB. Ingatkan sempat nak g umah pengantin pompuan lu. But biasa la kalo dah ngantor pengantin.. time management mesti ada lari punyer. Lagipon x sampai hati lak nak biar my father tunggu lelama kat stesen ketapi tuh. Dah la perjalanan amik masa 8 jam lebih ok! [6.00 pg hingga 2.30 ptg erk! opis hour] mesti dia penat. So kami g amik my father pastuh terus balik hotel. Bagi my father rehat lu.

Malam kang pas anto my father g umah moklong saya.. kul 9.30 nak gerak g Danga Bay. Jumpa geng2 Prosboc Johor. Very thankful to dorang coz sanggup jadi GPS peribadi and siap eskot kami ke Stesen Keretapi sbb tak tau jalan huhuhu~ [Saya las g JB 5 tahun yang lalu.. my hubby? x penah g JB langsung.. lagi haru huhuhu]

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata