Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

19 November 2014

♥ Our Produa Alza SE

4:50 PM 0 Comments

Alhamdulillah rezeki anak-anak dan bisnes.. ada rezeki untuk kami sekeluarga upgrade pengangkutan seharian daripada Saga BLM kepada Produa Alza SE. Lebih luas dan selesa untuk kami sekeluarga dan yang penting auto haha~ baya-baya skang ni dah tak larat nak layan manual car lagi huhu~

Sebagai rezeki tambahan pula.. sekarang ni pihak Produa tengah giat mempromosikan tawaran terbaru mereka iaitu Jom Beli : Rebate RM2,500* Promosi ini terhad kepada beberapa model terpilih sahaja dan tawaran sah sehingga 31 Disember 2014. Untuk maklumat lanjut boleh ke showroom Produa yang berdekatan dengan anda yer.

Lepas puas bincang suami isteri kami sepakat memilih Produa Alza SE 1.5L Automatic warna Passion Red (Metallic). Untuk makluman kawan-kawan.. harga On The Road (OTR) untuk Alza SE Auto Metallic adalah RM59,913.50 dan untuk solid adalah RM59,413.50. Boleh klik link kat atas untuk maklumat lanjut yer.

Untuk nampak lebih sporty dan bergaya.. beberapa ciri-ciri baru telah ditambah ke model Produa Alza yang terbaru ni. Boleh usha kat sini yer ---- Exterior Produa Alza SE. Memang ossem sangat-sangat dan lawa la berbanding Alza versi lama.


Dari pemerhatian saya dan hubby cakap exterior Produa Alza SE dan Advance adalah sama. Yang membezakan adalah interior dia sahaja. Tuh pon salah satu sebab kenapa kami pilih SE berbanding advance. Selain harga nyer yang lebih mahal (Solid price RM65,013.50 dan Metallic price RM65,513.50.. perbezaan dalam RM5k +/-) kami dah usha pon harga luar untuk aksesori yang takde pada versi SE hehe~ Perbezaan yang ketara ialah versi Advance mempunyai retractable side mirror (side mirror auto lipat bak kata orang jawa hehe~) harga luar lebih kurang RM200++, seat kulit (harga luar lebih kurang RM2k full set depan belakang), LCD touch screen panel + navigation + reverse camera + roof mounted monitor (riki kat Mudah.com untuk kesemua ni harga lebih kurang RM1k) so total kalo kami nak tambah di kemudian hari pon baru dalam lebih kurang RM3k++. Lagipon kami tak berkenan monitor tv lipat kat bumbung tuh sebab cepat rosak. Plan bila ada lebih duit nanti nak pasang monitor kat belakang kepala seat depan tuh kiri dan kanan. So adik ngan kakak leh dapat monitor sorang satu dan tak sakit tengkok mendongak ke atas.
Untuk maklumat tambahan, Produa Alza SE ni datang dalam lima kaler yang berbeza dan kesemuanya memang amat menawan kalbu.

Ok.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya kat mana rebate RM2500 tuh? Ok rebate tuh akan ditolak dari bayaran pendahuluan keta. Tapi untuk Produa Alza.. harga rebate berbeza mengikut variant iaitu RM1,500 untuk Produa Alza Standard, RM2,000 untuk Produa Alza SE dan RM2,500 untuk Produa Alza Advance. So sebab kami amik variant SE kami dapat rebate RM2,000 la.

Skang masih dara lagi kereta tuh. Lum sempat buat apa-apa pon lagi. Tinted pon terang. Kawan-kawan dok bahan keta cam akuarium hehehe~ Nanti la tunggu ada rezeki lebih sikit kami tambah la apa yang tak patut hehe~

Now plan nak g daftar kelab lak hahaha~ Jom daftar MAOC (Malaysian Alza Owners Club) hehehe~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



19 July 2010

♥ Little Driver

2:03 PM 0 Comments
 Semalam petang sepatutnya plan yang dirancang ialah nak bwk Dellisya jenjalan nek beskal. Tapi apakan daya Allah lebih mengetahui.. hujan la plakkk cian my princess sedih jek sbb sblm tuh mmg dah bgtau dia nak jenjalan nek beskal petang kang & dia pon very xcited.

Nak memujuk hati my baby.. hubby saya pon ajak g Jusco U2 Setiawangsa. Nak g sebey tempat Besday Dellisya skali katanya. Best gak. Pas sesiap kami pon gerak la g Jusco yang hanya sekangkang raksaksa dari umah.


30 April 2009

♥ WSL 4138 = || Fasa 2 || =

11:48 AM 1 Comments
Fasa 2 acara mekap kereta telah selesai.
[Kena tggu gaji gak kn? hehe~]

Pas tuka sport rim arituh kami tambah2 la skit brg2 stendet yg biasanyer ada kat kereta seperti :
1) Skirting + spoiler
* spoiler sempoi jek.. keta baru sayang nk tebuk2. Skirting pon yg biasa jek biasa la kengkangan budget huhu~

  2) Eyelid
 
* Yang nih xde dlm plan sebenarnyer.. tp time kat kedai tuh ada lak member2 prosboc yg racun2 hubby aku soh pasang. lawa la.. smart la.. murah la.. alih2 hubby aku pasang la gak..
 
3) Cermin sisi yang ada signal
  
4) Bulu-bulu hehe~
 
 * bulu2 nih takat 2 3 taun leh tahan lagik.. klo bb dh beso x tau la camner jadinyer nnt
 
Tu je lah yg mampu wat. Kalo bujang lu ada lah gak rasa nk tambah audio.. tuka seat.. psg meter pelbagai.. tp bila dh ada family nih kitorg insaf skit la.. ada duit baru wat.. hehe~ bukan x nk wat lgsg tp tggu budget ada lebih.. K guyz klo ada rezki kita jumpa lak kat Fasa 3 [klo ada la ek..]

09 April 2009

♥ WSL 4138 = || Fasa 1 || =

8:42 AM 0 Comments
Setelah menunggu beberapa lama + berbagai2 masalah yang timbul akhirnya dapat gak sy membeli kete baru. Pada 4 April 2009 sy dan Tisya gerak dr umah menuju ke Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tggu Hubby kat Kesas Highway coz dia ada Seminar di IOI Putraja. Nak harap sy g amik sorg2.. xde la nampaknyerrr...

Bila dh dapat keta apalagi.. masa utk koyak plastikkkk!!! hehe~ yang paling sonok si Tisya la. Pas acara koyak2 plastik + tgk2 + check2 apa yg patut sy pon drive la keta balik. Coz Hubby dh nk kena blk Putrajaya.

Minyak pon leh tahan la isi penuh RM 60.. smpai umah x luak pon. Kalo keta lama mesti dah tinggal separuh. Bila dh dapat keta mesti la x sabar nk mekap pulak. Duit! Duit!

Hari Isnin pas balik keje dok la me'round' ngan hubby cari spot-rim. Dari Klang ke Shah Alam.. patah balik Klang.. baru jumpa yang berkenan di hati
[kena tgk budget gak kn huhu~]

kete dlm proses cabut tayar
[harap maaf.. paparan gambo tdk jelas.. amik guna camera HP waktu malam]

 selepas dipasang tayar balik

Yang tuh baru Fasa I. Fasa II akan menyusul Sabtu nih. Tungguuuuuuuuuuu...