31 January 2017

♥ Resepi : Oreo Cheesecake (No Bake)

4:49 PM 2 Comments
Resepi ni saya dah buat beberapa minggu lalu. Baru ada masa nak share di blog. Resepi ni resepi yang saya olah lepas beberapa kali percubaan. Rasanya ini lah yang the best dan yang paling elok kejadiannya hahaha~


RESEPI
--------------

1 paket oreo
2 sb mentega

Hancurkan sepeket biskut oreo tu. Saya hancurkan sekali dengan krim tengah dia. Boleh juga kalo nak asingkan. Satukan dengan mentega yang dah dicairkan dan kacau rata. Pastu mampatkan dalam bekas / loyang yang sesuai. Saya guna loyang bulat diameter 10". Kemudian masukkan dalam peti ais bagi keras. Sementara tu boleh buat step yang seterusnya.

250 g cream cheese (philadelphia)
200 ml susu full cream (dutch lady)
2 sb gula
1 sk esen vanila
secubit garam
1 bekas yogurt natural
2 sb gelatin (cairkan dalam cawan air panas)

Dalam kurungan tu adalah brand yang saya gunakan. Nak gunakan yang lain pon boleh. Semua bahan atas tadi saya blend je. Saya blend ikut urutan dari atas ke bawah.

Pastu patah-patahkan 1 paket oreo dan campurkan dalam campuran tadi. Sukati la nak patah berapa pon. Atau ikut kreativiti memasing la nak buat camner muahahaha~ Kacau-kacau jangan sampai hancur plak. Bagi sebati dah cukup.

Pastu tuang dalam bekas / loyang tadi. Masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. Esoknya dah boleh makan dah.

Ops lupa lak. Untuk hiasan atas kek sukati la ye. Boleh susun oreo tu satu-satu atau cam saya - saya hancurkan 4 kepng oreo tu guna lesung dan taburkan atas kek tu. 

Tips bagi yang ada anak kecik yg over exited cam saya ni. Selalu kek ni saya buat memalam sebelum tido. Sebab bio dalam peti sejuk dan esok boleh dimakan. Kalo buat siang time anak-anak saya berjaga.. memang banyak bersabar je la. Jap-jap dia g tekan atas kek tu nak tengok dah leh makan ke tak. Abih berlubang-lubang. Jap-jap bukak peti ais tengok.. bukak tutup bukak tutup peti ais tu je la. So buat la malam sebelum tido. So anak-anak takkan kaco kek tu sampai esok pagi hahahaha~

Tu resepi saya.. kalo kawan-kawan ada cara atau tips yang lebih baik.. boleh share di ruangan komen ya.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

30 December 2016

♥ Tahun Baru Azam Baru

10:00 AM 0 Comments
Haha.. setiap tahun gitu la.. setiap tahun berazam nak citer banyak-banyak dan aktif berblog.. tapi nan hado hahaha~ last year bertahan sampai bulan Mac sahaja pastu bersawang balik huhu~

Tapi tahun ni in sya Allah.. akan diusahakan juga. Sebab tujuan utama berblog ni pon untuk kenangan masa depan. Untuk dibaca balik bila dah tua nanti. Kenangkan balik apa yang pernah berlaku. Untuk anak-anak.. untuk diri sendiri dan untuk keluarga.

Harap dapat tetapkan hati untuk aktif berblog tahun ni.. Chaiyok !!!

14 January 2016

♥ My Not So Little Brother Getting Married Part 2

4:19 PM 0 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Part 2 ni plak saya nak cerita majlis di sebelah saya pulak. Seminggu lepas majlis di Taiping iaitu pada 19 Disember 2015 berlangsung pula majlis di sebelah saya dengan tema Mint Green. Majlis berlangsung di SMK Sri Andalas.. sekolah lama saya. Pelik lak datang balik sekolah pas 15 tahun tinggal huhu~

Sehari sebelum majlis memang kakak dia ni berkampung je la kat sekolah tu. Uruskan orang pasang pelamin.. org susun kusi meja.. segala macam bagai.


Oleh sebab ni majlis pihak lelaki.. memang mudah la semuanya sebab majlis sehari je. Mudah tak mudah sangat la gak. Yang lebih memudahkan ialah kami menggunakan pakej perkahwinan dari Wawasan Selera Enterprise. Ibu dan ayah saya pilih Pakej Platinum yang menyediakan semua keperluan majlis perkahwinan dari A - Z. Kami cuma sediakan gudis je yang lain dah termasuk dalam pekej. 

11 January 2016

♥ Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

3:58 PM 0 Comments
Hari terakhir di Taiping.. saya dan hubby dah tak senang duduk huhu~ cam status FB saya arituh "badan di Taiping.. hati di Stadium Shah Alam". Alangkah bagus kalo majlis bersanding Delin sama waktu dengan time nikahnya muahaha~ buat awal-awal pagi jam 9.. cepat sikit boleh balik Klang. Tapi apa kejadahnya orang bersanding pepagi buta kan hehe~

Nasib baik kawan opis hubby dah tolong belikan tiket pada hari kami gerak ke Taiping. Pepagi lagi dorang dah beratur. Kalo tak memang tak dapat la tiket sebab dah sold out. Yap tiket bahagian Selangor abih dijual dalam tempoh 3 jam camtuh je huhu~ Nasib baik masih ada rezeki

08 January 2016

♥ My Not So Little Brother Getting Married Part 1

6:20 PM 0 Comments

Alhamdulillah.. tanggal 11hb Disember 2015 Khalid's Family selamat menerima ahli keluarga baru. Adik ipar pertama saya hehe~ Dan ni satu-satunya menantu ibu ayah saya yang bukan orang jawa muahaha~

10hb Disember saya dah gerak ke Taiping. Nasib baik 11hb tuh Selangor cuti sempena besday Sultan Selangor. Save sikit cuti. Leh cuti lelama belah saya minggu depannya muahaha~ Kami gerak awal ke Taiping sebab adik saya nikah awal pagi esoknya. Kul 9.00 pagi huhu~ biasa la cuti sekolah kan. Tok kadi fully booked. Kita la kena ikut time dia. Tp bagus gak lepas setel nikah pagi tuh kami boleh g jenjalan dan rileks je. Cuma tunggu majlis sanding esoknya dan terus pulang ke Klang.

Kalo kengkawan ingat sabtu tu, 12hb Disember adalah perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor vs Kedah. Memang tak la kitorang nak lepaskan peluang nak g tengok kan. Sepuluh tahun kot tunggu nak masuk final. Tiket pon seb bek kawan hubby tolong belikan. Lambat sikit dah sold out dah. So mmg kena plan bebaik perjalanan hari Sabtu tu. Bab ni nanti sya citer kat next N3 hehe~

Sementara tuh jom layan gambo majlis perkahwinan adik saya belah perempuan di Simpang, Taiping. 

07 January 2016

♥ Last Update 29 May 2015

5:42 PM 0 Comments

Setengah tahun tak berblog huhu~ 

Sejak opis saya block blogspot di opis.. mood nak berblog pon hilang hmmm~ tapi arini bila terbaca balik blog saya ni dan citer-citer yang saya kongsi dalam ni macam sayang lak nak berenti terus. Saya harap sangat agar citer-citer dalam blog di baca oleh anak-anak saya bila dorang dah besar nanti. Citer-citer dalam ni pon memang berkisar pasal dorang. Tau kan perasaan bila kita dok ngan mak bapak kita then bukak album lama tengok gambo kita masa kekecik lu. Gelak sakan bila teringat cerita-cerita lucu yang jadi. Wish my kids can have that too~ Ye lah dulu ada album. Now kang terformat komputer ke henpon ke abih ilang dah semua memory.

So bila pikir balik pasal ni tetiba mood nak berblog pon timbul balik hehe~ hopfuli saya ada masa untuk update selalu. Ekspeceli peristiwa-peristiwa penting dalam hidup saya ni. 

BTW adik lelaki saya pon baru melangsungkan perkawinan bulan doblas arituh. Thats will be a great story untuk diceritakan. Penat bak hang jadi kakak ni. Yang len semua lelaki memang tak amik kesah la bab-bab dekoresen ke apa. Tukang angkat-angkat barang dan jadi orang suruhan boleh la huhu~ Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai dan berjalan lancar. Dah dapat sorang adik ipar dah. Alhamdulillah.. will story-story kat next N3 ok

Then saya pon berkesempatan g menonton citer Dilwale lakonan SRK dan Kajol yang tengah top meletop skang ni. Op kos pasal kajol lawa giler kot walaupun usia dan berapa huhu~ I is jeles. Muka dedua langsung tak berubah. Thanks la hubby sebab melayan wife awak ni g tengok citer camni. Dan terima kasih jugak pada pengantin baru Delin & Ecah sebab sudi tolong jagakan anak buah berdua tu si kakak n adik. Citer memang op kos la best kan. Nanti saya review kat next N3 gak k.

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi. Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca blog saya (ada ke yang sudi baca? hehe~). Diharapkan pada tahun baru ni kita semua diberikan semangat yang baru.. kesabaran yang lebih tinggi.. kehidupan yang lebih baik dan segalanya-galanya yang terbaik di dunia dan bekalan di akhirat.. Hopfuli more N3 in 2016 hehehe~ (tuh saya la tuh) XoXo =)



27 May 2015

♥ Sangkaya AEON Bukit Tinggi Klang

6:27 PM 1 Comments

Nowadays eskrem kelapa ni dah jadi fenomena kan? Ramai dah bercakap so membuatkan saya pon nak merasa gak. Sebelum ni ada kawan bagitau dia dah penah try eskrem ni di cawangan Ampang Point, KL. Nak kesana semata nak merasa memang tak la kan. 

Cam biasa kita tanya kat encik serba tau iaitu Mr Gugel. Dok puas gugel pasal eskrem nih. Lack of information sangat. Susah nak dapat info. Tokey kedai sila take note. Laman web tak boleh dibuka. May b under maintenance. Dapat baca citer dari blogger lain yang penah try jer. Tapi semua citer try makan kat area KL. Dari bacaan saya ni gak baru saya tau dia ada cawangan kat AEON Bukit Tinggi, Klang. Tuh pon takde langsung info pasal kedai dia kat Aeon Bukit Tinggi ni kat tingkat mana.. celah mana.. Last-last jumpa gak akaun instagram dia iaitu @sangkayacreamery. Pon takde gak infonyer huhu~

08 May 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 4

1:37 PM 1 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Alhamdulillah dah sampai ke part yang ter-last untuk Holiday Pulau Perhentian kami. Part ni saya nak promot pakcik yang dah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami sepanjang kat sana. Kalo kawan-kawan baca dari part 1 dah tau la kan percutian kami ni dah jadi carca marba.. tido tempat lain.. snorkeling ikut pakej lain.. makan kat tempat lain. Tapi alhamdulillah semuanya memuaskan hati.

Sotong dia beso lengan huhu~ baru naik darat siang tadi
Pak cik ni is tukang masak di The Reef Chalet di Pulau Perhentian. The Reef Chalet ni berjiran je dengan The Barat (resort kami). So bila nak makan kami g ke tempat pakcik ni. lebih kurang 50 meter dari bilik. Memula ingat kami akan makan secara buffet cam time kat Pulau Redang lu. But nop! pakcik nih masakkan untuk kami sahaja cam jadi personal chef kami sepanjang kat sana. Memula tuh naik segan gak sebab dia prepare meja untuk kami bertujuh je dan rasa cam menyusahkan pon ada gak huhu~ Mengikut pakej kami dapat makan 2 x sarapan + 2 x lunch + 1 x dinner + 1 x bbq. Alhamdulillah semua sedap-sedap belaka.

07 May 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 3

9:32 AM 3 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Part ketiga ni citer pasal snorkeling pulakss~ yeah! Amat puas hati dengan keadaan laut sepanjang holiday kami ni. Alhamdulillah cuaca amat baik dan mengizinkan kami melihat keunikan alam yang jarang-jarang boleh tengok.

Kalo anda mengambil pekej ke Pulau Perhentian.. kebanyakan pakej hanya menyediakan satu (1) kali trip snorkeling ke tiga (3) destinasi berlainan. So tiga (3) tempat ni memang akan ada ramai orang sebab tempat biasa untuk orang yang amik pakej pergi. Pakej ni pulak kebiasaannya dorang akan bawak pada pagi hari kedua. So hari pertama tuh more free and easy.

Oleh sebab semangat berkobar-kobar pada hari pertama. Bila dah sampai dan dah siap makan tak tau nak buat apa. Kami decide untuk amik satu (1) lagi pakej snorkeling tambahan dari resort. Tapi kena tambah bayaran la. Hubby kata takpe la bukan selalu datang hehe~ saya polo jerrr dah orang nak belanja kan. Jangan banyak songeh hehe~

The Barat Recreational Center  

30 April 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 2

2:21 PM 2 Comments

Klik link di bawah untuk part yang lain

Untuk part kedua ni saya nak citer pasal penginapan kami lak. Lepas beberapa masalah yang timbul (cam yang saya citer kat Part 1) kami cuma tawakal saja rupa penginapan baru kami ni. Tapi alhamdulillah.... much better !!! love it !!!

The Barat Perhentian Resort
Sebahagian gambar di dalam N3 ini adalah dari laman web