22 October 2012

♥ Denai Alam Recreational Club

9:37 AM 0 Comments
Hujung minggu kami semalam diabihkan disini >> Denai Alam Recreational Club (DARC). Apa yang kami buat kat sini? Apa yang best kat sini? Nak citer la nih.. baca pelan-pelan ek hihihi~

Once dapat tau my hubby akan ada tonemen penbol suka suki kat sini. Saya pon search la kat Google pasal tempat nih [Perkara wajib yang akan saya buat sebelum nak g mana-mana tempat skang huhuu~ Ekspeceli tempat yang saya tak penah g] Sebenarnya nak usha if tempat tuh sesuai bawak anak ke tak.. selesa untuk anak-anak ke tak.. So leh la wat perancangan samada nak bawak or tinggal anak-anak saya tuh huhuhu~ pada saya keselesaan anak memang paling penting.

Saya memang tak penah g tempat nih or tak penah tau pon ada. Sebab memang jarang lalu Highway Guthrie kan. Kalo kawan-kawan lalu highway tuh nanti - dari Shah Alam menghala Rawang - akan pasan kawasan DARC nih kat belah kiri before exit Bukit Subang nak ke Denai Alam tuh. Macam-macam ada rupanya kat DARC nih. Ia adalah kawasan aktiviti rekreasi yang seluas 16 ekar yang ada aktiviti-aktiviti kat bawah nih [kopipes dari laman web DARC]


HORSE RIDING-
Main Arena
4 Lunging paddocks
Grazing paddocks
Horse stables
Qualified Horse trainers & horse master

ARCHERY-
Archery range with multiple targets
5 Adult bows
2 Children bows
Multiple arrows
Trainer & facilitator

MOTOCROSS-
1KM track with multiple jumps and turns
6 Motocross bikes
2 All terrain vehicles (ATV)
Motocross facilitator

SPLASH POOL
Water fall concept pool with streams
Manmade beach area
FREE swimming for children

CHALETS
4 Rooms (3 rooms’ 4-6 pax & 1 room 8-10 pax)
Open concept (KAMPUNG environment)

CLUB HOUSE & RESTAURANT
Open concept club house that can accommodate 1500 pax
Restaurant that serves delicious food with NASI PADANG as HOUSE SPECIALTY

AND MANY MORE. Come to our club for more details.  

Chalets dan Splash Pool terus menangkap perhatian saya. Wahhhh~ mesti sonok anak-anak saya datang sini. Then saya terus call untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk makluman kawan-kawan.. chalet tuh dia ada sewakan untuk siang hari saja. Sewa RM100 untuk dari pagi sampai petang. Semalam saya sampai kul 9 pagi dan kuar kul 6 petang. Dan staff dia amat mempercayai orang yer. Bayangkan OTW nak ke sana saya call bagitau saya nak sampai then dia kata ok. Once dah sampai saya call.. dia juz bagitau bilik saya yang ada huruf  A [dia ada 4 bilik yang setiap pintu ada huruf D / A / R / C] Saya dapat bilik A which is bilik kedua dari tepi. Dia soh masuk je.. aircond sumer dia dah pasang. Aik! camtuh je check in huhuhu~

* DSLR saya tertinggal kat umah pada hari kejadian.. so cilok gambar dari web DARC je la hmmmm~ *



 Nih la rupa chalet dia. Kemas dan bersih. Bilik amat besar yer leh masuk 6 - 8 orang. Memang selesa sangat-sangat.



Splash pool pulak betul-betul depan chalet. Pada ibu-ibu yang ada anak kecik mesti tau kan betapa kelam kabutnya anak-anak bila nampak kawasan berair nih. Kolam dia memang sesuai untuk budak-budak je. Untuk dorang sonok-sonok. Budak-budak mandi for free.



Nih gambar lama rasanya. Sebab kalo skang kawasan sebelah chalet yang ada pokok kelapa sawit empat batang tuh dah jadi kawasan penbol. Chalet tuh betul-betul sebelah tempat ayah men penbol. Dari pintu bilik dah nampak. So boleh la ibu kejap g tengok ayah.. kejap g tengok anak-anak. Kejap baring lam bilik tengok tivi hihihi~ Alhamdulillah semua seakan dipermudahkan. Anak-anak tanpa membuang masa dorang terus terjun kolam.. adik dok ngan Ucu kat chalet jap rilek.. ibu ngan ayah lak g tonemen penbol.  

Ayah abih men lam kul 1 tengahari. Dah siap-siap mandi dan tukar baju.. kami g makan beramai-ramai kat restoran dalam tuh. Besar restorannyer. Kalo nak buat dinner pon boleh. Tema koboi hihihi~ Makan takde la mahal.. stendet makan kat warung la.. saya makan nasi goreng kampung + telo mata (4) + teh o es (2) + nesc es (2) + fresh orange (2) = RM28.30 hihihi~ murah kan?

Pada kawan-kawan yang berdekatan dan takde aktiviti wiken-wiken tuh leh la bawak anak-anak ke sini. Selesa dan staff amat frenli. Pada yang nak tau lebih lanjut leh contact PI dia di nombor 013 3178329. Leh gak bawak anak nek kuda dan cuba xtvt-xtvt len kat sana.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


13 October 2012

♥ Review : Hotel Thistle, JB

11:10 PM 0 Comments
Seperti yang saya bagitau lam N3 sebelum nih.. las wik saya berjimba-jimba di sekitar JB. Selain g wedding member kelab keta.. kami singgah gak JPO before balik KL. Kat sana saya stay kat Hotel Thistle, JB [berdepan dengan Dataran JB yang ada jam tuh].  Memula happy gak la sebab dapat stay kat hotel 5 bintang [katanyerrrrrrrrr~] tapi nan ado huhuhu~

Time kami sampai nak check in.. kami kena tunggu lama tau.. beratur takde la macam nak beli tiket game bola Selangor vs Kelantan.. ada satu kapel je depan saya tuh tapi nak menyetelkan kapel tuh bukan men lembap lagi. Saya ingat may b dat kapel ada problem la nak check in.. may b lupa bawak kad kredit ke hapa.. tapi tengok kat kaunter lain sama jek lembapnyer huhuhu~ Lenguh gak la kaki menunggu. Dia bukak lam 5 kaunter.. tapi lima-lima cam gitu. Tak tau la pasai apa.. susah nau ke nak bagi orang check in huhuhu~


Yang lagi bikin panas hati.. kat kaunter sebelah dok sibuk staff dia melayan sorang pakcik nih. May b wakil dari jabatan memana ke nak datang kursus situ.. tengok staff tuh prepare banyak gak la kad bilik. Dalam doploh gak kot. Siap sonok bersembang lagi ngan pakcik tuh. Tapi kalo ikut pengalaman saya sepanjang keje gomen nih.. tak penah check in kat kaunter.. selalu staff hotel akan bukak kaunter len untuk check in gomen staff yang datang kursus. Ramai kot kan.. takkan la nak bio tunggu lelama.. Kat pendaftaran je dah abihkan masa nearly setengah jam huhuhu~


Dah dapat kunci boleh pulak satu bilik je yang dah ready.. lagi satu bilik masih tengah kemas huhuhu~ Time tuh dah nak kul 5 petang dah kot. Takkan baru nak kemas. Setau saya pon orang check out kul 12.00 tengahari. Terpaksa la kawan saya [another kapel hasben and wife] lepak bilik saya lu sementara tunggu bilik siap. Time tuh memang mendidih gak.. kita dah penat kan.. camtuh lak jadinya.


Bilik dia lak.. bagi saya la.. takde la gah sangat. Compare to the 5 star rating yang dorang dok habaq tuh. Biasa je. Lebih kurang bilik kat Hotel Sri Malaysia kot huhuhu~






Dekoresen pon biasa-biasa je.. takde la wau sangat. Memang hotel 5 bintang punya bilik camnih ek? Al maklum la jarang dapat dok kat hotel banyak bintang nih huhuhu~ Seb bek tak bayar exact amount untuk bilik yang camnih yang nearly RM400++ tuh huhuhu~ Nama bilik nih ialah Standard Room 1 King Bed huhuh~


Petang tuh bawak anak-anak mandi kolam. Ok la kolam dia memang superb dan besar ya amat.. dah macam sungai pon yer.. dia tak macam tipikal swimming pool yang bentuk empat segi tapi cam memanjang siap ada slider lagi. Start with bahagian kanak-kanak dan makin kedepan makin dalam la swimming poolnyer. Dan yang best is kita leh terjun ngan baju dan treksut hahaha~ tipikal malay kan.. Takkan la nak pakai bikini kot mau kena lempang ngan hubby hahaha~ body kalo mantap cam dulu-dulu takpe la gak hihihi~


Ngah mandi-mandi jadi lak perkara yang tak berapa best. Angkara tak dengar cakap ibu. Si kakak dah tergelincir + jatuh + dagu terkena kat bucu tangga = koyak + darah amat banyak huhuhu~ Udah meraung si kakak. Tuh la tak dengar cakap lagi. Al kisah pas mandi kolam ayahnya bawak la g bilas kat shower yang ada kat tepi kolam tuh. Dah abih mandi.. dia lari nak datang kat saya.. dan natijahnya adalah seperti ayat di atas. Koyak tak dalam dan tak beso sangat. Tapi sebab dia kena bawah dagu kan.. cam ngeri la gak bila time dia bercakap tuh cam ada mulut kecik bawah dagu dia huhuhu~ Ayah tak bagi bawak g klinik sebab takut doktor jahit.. kang berparut lak.. Seb bek staff hotel yang jaga pool tuh efisen.. dia nampak kakak jatuh dan meraung.. dia dah g amik first aid sesiap. Ayahnya sapu ubat kuning je dan soh bio biar kering. Kulit budak senang cantum kata ayahnya. Saya ikut kan je la huhu~ Darah pon dah kurang bila hubby dah lap bersih-bersih dan letak ubat hmmmm~


Malam tuh kakak tido awal.. penat nangis kot. Before dat bila siap pakai baju saya cam tepuk-tepuk manja bahagian luka tuh tanya sakit tak? dia kata tak sakit so saya rasa luka tuh tak la dalam or parah. Malam tuh kami makan kat Restoran Singgah Selalu.. si kakak dah tido kat kusi. Langsung tak dinner. Sian dia huhuu~


Esoknya dia bangun dengan senyuman as always.. saya rasa lagi tempat luka tuh but dia kata tak sakit. Ok la. Pas sarapan kami gerak la ke JPO. Abihkan masa kat situ around 3 jam then bergerak balik ke KL. Tak mau sampai KL lambat sangat sebab kakak sekolah soknyer. JPO? hmmmm~ biasa je.. takde la murah sangat harganya.. rasa cam sales biasa je dan barang dia pon cam barang-barang lama yang nak abih stok huhuhu~ so nothing to tell about our trip at there cuma sempat amik gambo beramai-ramai before balik wat kenangan hihihi~




Takde shopping sakan pon. Kira ok la dah pegi so pasnih takde la teruja sangat nak g sana hahaha~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




03 October 2012

♥ Istana Kecil Kami : Part 1

6:19 PM 4 Comments
Ekoran harga rumah yang melambong-lambong laksana daun kelapa dibadai ombak [cheeewwwaaaahhhhh~] hahaha~ saya dan hubby decide untuk hold dulu rumah impian kami dan mulakan dengan rumah mampu milik berdasarkan gaji dan komitmen kami sekarang. Asalkan ada rumah yer tak? hihhi~

Selepas puas berbincang dan sedar diri huhu~ kami amik keputusan untuk beli dulu rumah kos rendah. Yap dengan harga RM42K. Location amat strategik di tengah-tengah kepesatan bandar Klang dan berjiran dengan kawasan-kawasan yang sedang membangun dengan pesatnya hihi~ Kami beli rumah low cost apartment kat Bandar Parklands, Bandar Bukit Tinggi 3, Klang. Ok lah tuh anak pon dua orang je kan hihihi~


Plan kami untuk duduk dulu rumah nih lam 5 - 10 tahun pastuh sewakan. Insyallah time tuh hutang bank pon dah abih. Kami beli umah nih tak wat loan umah pon.. rugi loan gomen je.. kami wat personal loan dengan bank yang menjadi pilihan ramai huhuhu~ Potong lam nearly RM400 each month even kami letak deposit umah tinggi [guna wit KWSP untuk pengeluaran berpencen]. Deposit 10k + lawyer S&P RM500. Baki RM32K + RM10K kami wat loan. RM10k tuh untuk wat renovation. Rumah nak dok sendiri kan.. harus lah renovate untuk keselesaan. 


Lagipon umah nih bukan bayo monthly cam umah biasa. Tapi kami bayar ikut progress. Cam skang umah dah siap 30%.. so patutnya dah bayar RM12,600. Arituh dah bayar RM10k now kena setelkan baki RM2,600 tuh dalam tempoh 3 bulan. Another 3 month or tunggu surat lawyer [yang mana terdahulu] kami kena bayar lagi based on tahap mana kesiapan rumah tersebut sampai la umah tuh siap sepenuhnya.  Hubby malas nak pening pale may b kami setelkan terus baki RM32K tuh once loan dah lulus nanti. Takut terpakai pon yer gak huhuhu~


Alhamdulillah.. Now 1st part dah selesai. Skang ngah tunggu waktu senggang untuk g lawyer firm sign S&P. Insyallah rumah dijangka siap pada Feb 2014. Moga-moga cepat la siap umah kami hihihi~




Dah bayar deposit akan dapat fail nih.. bagus la leh la letak sumer dokumen pasal umah lam fail nih nanti




No rumah kami B-1-20.. Blok B + Tingkat 1 + Umah No. 20


Nih plak gambo saya snap dari flyers iklan. Mana la tau kalo kawan-kawan berminat kan




Pangsapuri Kos Rendah 4 Tingkat - Arista




Plan lantai umah. Tapi umah saya Type A1. Bentuk L terbalik. Bagusnya umah jenis saya sumer tingkap bilik hadap ke luar




Maaf la tak tau camner nak me"rotate" kan dia hahaha~ Tuh [bakal] umah saya yang Blok B.. hujung sekali kat tepi padang lapang.


Lupa lak nak inpom.. umah nih bukan simply kita g pemaju kata nak beli tau. Umah kos rendah nih dikawal jualannya. Hanya dijual kepada golongan sederhana jek. Kalo nak beli kena amik borang kat Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor. Kalo kita layak.. baru nama masuk lam board.. nanti dapt surat dari LPHS then baru dapat bawak surat tuh ke Pemaju. Maximum gaji untuk layak beli rumah nih is RM3K kalo tak silap. Tapi boleh la try luck memasing kan. Insyallah untung untuk dijadikan aset sebab sebelah kanan dia tuh ngah naik kawasan kilang. Belah kiri lak [Lorong Delima 5] is rumah teres 2 tingkat. 


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




♥ JPO.. Here I Comeeeeeeee~

5:14 PM 0 Comments
Cam biasa keje memang sentiasa bizi.. Meeting tetiap hari.. Board tetiap minggu.. Tapi alhamdulillah saya suka

Tapi bukan tuh yang saya nak citer hahaha~ Ngah xsaited nih nak g JB ujong minggu nih. Tujuan nak g wedding member kelab keta kat area Senai pada hari Sabtu. Tapi yang make more xsaited nyer sebab nak g JPO on Sunday! Yeay! Hip hip hooooraaayyyyyyyyyyyyy~


Lama dah niat nak g tapi takde penyebab nak bawak diri ke sana. So alang-alang nak g wedding member nih ajaklah hubby singgah sekali. Bukan selalu dapat g kan hihihi~ Kat sana nanti kami dok kat Hotel Thistle JB. Mesti kata waaaaaaaaaahhhhhhhhh~ dok hotel 5 star.. banyak uwang nya ya pak huhuhu~ Tapi yang sebenarnya dapat dok sini pon sebab member kelab keta ada jadi staff kat hotel nih [kan saya kata kelab keta saya nih kan bagus hahaha~]. Dia yang bagi kami stay sini guna staff rate yang amat berbaloi-baloi harganya jika nak dibandingkan dengan harga sebenar. Terima kasihlah ek.. jasamu dikenang..

Jom cuci-cuci mata lu ngan gambo hotel.. tak sabo nak g dah nih hihi~




Bilik tak tau la jenis apa yang kami dapat. Tapi stendet je kot. Ok la kan.. Plannya Sabtu akan gerak dari KL pagi terus ke wedding kawan saya. Pastuh xtvt bebas yakni saya dan member lagi dua orang [somi is3] akan check in hotel nih.. member len akan lepak homestay yang disediakan oleh pengantin lelaki. Thanks yer Shahir hihihi~ Malam lepak ngan member Prosboc JHR.. Pagi Ahad maybe singgah jap kat event autoshow member Prosboc JHR sebelum gerak ke JPO. Bila dah kat JPO tuh tau je la xtvt yang akan berlaku iaitu shoppingggggggggggg!!!! Shopping sampai penat dan gerak balik ke KL hihihii~


Isnin hingga Rabu lak saya kena g Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Pahang untuk Seminar PPT Mindef 2012 huhuhu~ kena tinggal la nampaknya anak-anak ngan hubby. Yang nih nanti next wik saya citer k. Tak g lagi tak tau camner. Tengok kat website cam menarik tempatnya. Puas la jenjalan nak akhir-akhir tahun nih hihihi~

  
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



21 September 2012

♥ Ibu Bapa Saya Selamat Berangkat Ke Tanah Suci

11:42 AM 1 Comments


Alhamdulillah.. ibu dan bapa saya selamat berangkat ke Tanah Suci awal pagi tadi. Saya dan adik beradik hantar ibu dan bapa saya ke Kelana Jaya around kul 10.00 malam sebab kena ada kat sana 2 jam sebelum masa lapor diri iaitu kul 1.30 pagi.

After isyak my parents house dah penuh dengan jiran tetangga yang datang nak ucapkan selamat jalan pada my parents. Orang-orang surau pon ada datang. Before berangkat ada bacaan doa yang diketuai oleh imam surau kawasan perumahan my parents Ustaz Ibrahim. 


Around 10.30 kami bertolak dari rumah dan sampai di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 11.00 malam. Memang ramai tapi takde la sesak. Nampaknya pengurusan Tabung Haji dah semakin bagus dalam memudahkan urusan bakal-bakal haji. Sementara dok tunggu panggilan untuk check in dok sembang-sembang je la sambil layan my kids yang nak belon karakter katun huhu~ ala yang selalu jual kat pasar malam ada gambo boboiboi.. upin & ipin dan macam-macam lagi. Selalu kat pasar jual RM5.. kat situ dia jual RM7 huhu~ makap nih! Nak tak nak ayahnya kena la belikan satu.. Seb bek adik tak reti nak mintak-mintak lagi huhuhu~


Then kul 1.00 pagi petugas kat situ buat pengunguman untuk semua bakal haji beratur di samping beg masing-masing untuk check in. So bermula la acara nangis-nangis.. peluk-peluk.. cium-cium pipi huhu~ Even dorg pergi untuk menjadi tetamu Allah but still sedey sebab pergi lama kan. But i'm very happy for them. Alhamdulillah rezeki mereka ke sana semasa mereka masih kuat dan bertenaga untuk menjalankan ibadah. Hope saya juga akan peroleh rezeki yang sedemikian.. aminnn~


After babai dan lihat my parents sampai hilang dari pandangan mata.. kami pon gerak balik la. OTW balik pakcik saya ajak g minum dulu. Dok sembang-sembang kul 3.00 pagi gak sampai umah huhu~ Today bekerja seperti biasa. Hari Jumaat kan? sayang nak amik cuti hihihi~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata~




15 September 2012

♥ My Kids Birthday Party

12:18 AM 0 Comments



Alhamdulillah segalanya telah selesai dan berjalan lancar. Makanan pon abih.. orang pon ramai datang.. very appreciate it. Suka bila tengok tetamu datang dan balik kenyang serta muka happy hihihi~

As told before majlis nih sekali ngan kenduri my parents g haji. So ramai la yang datang. Dan kebanyakannya jiran-jiran.. kawan-kawan.. adik beradik.. sedara mara ibu dan ayah saya. Alhamdulillah moga dengan berkat doa mereka.. ayah dan ibu saya selamat menjalankan ibadah haji mereka nanti.. aminn~

My event yang sapos stat kul 2.30 petang lak start around 3 petang. Lewat lagi sebenarnya bcoz of the clown lambat sampai + tak tau jalan dtg umah + sesat = saya amat marah tp masih dalam keadaan terkawal huhu~ Kalo dah tau tak tau jalan shud ask earlier la kan.. nih kita ngah sibuk layan orang.. uruskan makanan.. dia pon dok sibuk call tanya direksen.. memang upset sangat sampai juz pas kat adik saya untuk layan clown tuh. Kalo tak pk pasal deposit memang saya dah soh balik dah huhuhu~ Dengan guruh dah berdentum dentam kat langitnyer.. saya risau ujan.. kang lagi huru hara lak jadinya.. so saya stat without the clown sebab dah lewat sangat + sebab ujan tadi

Hmm~ tetiba naik lak temperature darah nih huhu~ so layan gambo jap ek sementara saya cool jap hihihi~





Makanan yang disediakan.. saya punyer mee jawa.. lupa lak nak snap gambo sebab bz sangat. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan dan tiada pembaziran yang berlaku.. terima kasih kepada semua tetamu


Gudis untuk tetamu.. order kat Kedai Kek Bukit Idaman. Member kelab kereta =)


Welcome board saya cam yang saya citer kat sini. Ensel >> tuh kan nama kayu kat belakang tuh? huhuhu~ << tuh lak saya pinjam dari member kelab kereta saya gak yang ada bisness fotograpi gambo kawin. Hasil kerja dia memang ossem.. kalo tak caya cer try tengok kat web dia or FB dia


Semua tagging untuk candy bar dan tagging "HAPPY BIRTHDAY DELLISYA & UQASYA" tuh pon sumer saya wat sendiri ngan bantuan kawan-kawan kelab kereta saya gak hahaha~ kan saya dah cakap.. lam kelab saya nih sumer jenis pekerjaan ada.. cakap je hihihi~ Tagging dan balang-balang candy bar tuh saya dah citer kat N3 yang nih ngan yang nih hehehe~


Centrepieces untuk letak kat setiap meja. Saya wat sendiri gak tau hahaha~ rajin tak saya hihihi~




Cakes for birthday boy and girl. Kakak memang spesel request nak kek Angry Bird. Adik lak sebab tak reti nak mintak-mintak lagi so ikut kata ayahnya la.. so op kos nak kek MU dia.. Kek kakak adalah butter cream rainbow cake dan adik lak chocolate fondant. Sedap yer dedua kek nih. Abih licin tanpa meninggalkan kesan huhuu~ sampai tuan rumah pon tak sempat rasa huhu~ All the cakes saya order dari tukang buat cake feberet saya iaitu Lea Oven. Leh usha web dia or FB dia gak kalo nak tengok hasil kerja dia yang osssem-ossem tuh.. lawa-lawa sampai tak sampai hati nak makan pon ada gak hahaha~


  
Dan ini lah Candy Bar (CB) yang saya usahakan selama nih hahaha~ kira ok la kan. Proud of myself. Thanks juga pada rakan-rakan yang menolong.. yang tolong pinjamkan.. sewakan.. buatkan.. sampai saya leh set up CB saya sendiri yeay! Selain dari nama-nama kat atas saya gak nak highlight a few names yang menyumbang hihihi~

My UiTM classmate.. Noti Netty for delicious chock stick. Gambo takde kat atas sebab tokey datang lambat huhuhu~ tapi seb bek datang


My primary school classmate.. Zila for tartlets dan sewakan alas kek + cupcake stand. Kalo berminat nak sewa pon leh try usha kat blog barang sewaan dia kat sini ngan kat sini hahaha~ harga memang murah.. sebab kalo guna sekali je tak berbaloi lak nak membeli kan hihi~ 


Mini pavlova tuh lak saya order kat sama tempat saya order kek-kek tuh iaitu kat 
Lea Oven.




Last baru nak citer pasal clown huhuhu~ saya tak nafikan servis dia ok.. tapi tuh la saya memang pantang sikit bab time nih. Memang boleh mendidih. Tapi takpe la benda dah jadi dan saya halalkan terlebih terkurang tuh huhuhu~ Clown nih saya ambil dari Happening Entertainment. First time try nih. Leh contact dorang tru dorang nyer FB 


Lastly adalah gambar kami sefamily yang tak berapa elok sangat sebab adik tak pandang kamera hmmmm~ 






Alhamdulillah semua dah selesai. Now juz nak tunggu hari ibu dan bapa saya nak berangkat ke tanah suci. Rasa sedih lak.. dan gembira pon yer sebab akhirnya sampai gak rezeki untuk ayah dan ibu saya juga sementara mereka masih kuat nih kan. Mereka kena lapor diri kat Kelana Jaya pada 20 September 2012 kul 10.30 malam dan penerbangan dijangka pada pukul 1.30 pagi. Mohon kawan-kawan blogger sekelian doakan Allah swt merahmati dan kurniakan keselamatan.. kesihatan dan keberkatan kepada ayah dan ibu saya ya.. aminnn~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



12 September 2012

♥ Dilema Antara Kerja dan Holiday

9:15 AM 0 Comments


Dis wik adalah minggu takde kat umah huhu~ ekceli kalo ikutkan everi wiken lam bulan raya nih memang takde kat umah tapi dis wik.. the whole day takde aiyakkkk!!

Me cuti ari senin kelmarin >> penat kemas umah la konon-konon =P << Then bila masuk keje on Tuesday.. dapat lak panggilan pulau from my bos soh ganti my seken bos g Lab >> more to bengkel laa.. << pasal pengurusan risiko untuk Jabatan Latihan Khidmat Negara >> my opis daaa.. << Start today until Friday. Tapi yang menjadi masalah problemonya saya dah plan nak folo hubby g Terengganu dis wiken after take my parents for chekap huhuhu~ camano nih.. Lab sampai Jumaat.. Suppose dat morning dah kene setel hal my parents before heading to Terengganu until Ahad.. Hmmm~

 Tapi.. hasil perbincangan ngan orang yang sepatutnya g tapi ngelat nak g >> my seken bos << hahaha~ dah nego-nego.. dia ngan rela hati akan ganti saya untuk Jumaat.. so saya juz kena attend Lab sampai Khamis malam je.. yeay! Even kena drive sendiri KL - Seremban dan balik tetengah malam nanti.. its ok.. tak kesah.. bukan jauh nau pon kan hihihi~ Thanks bos!

K now nak siap kan kertas Taklimat untuk Board A next wik then nak balik umah siap-siap sebab kul 2 dah nak kena ada kat Hotel Royale Bintang, Seremban. Tata sumer...


07 September 2012

♥ My Kids Birthday Party : Label Tag

10:35 AM 0 Comments
Bab design kad jemputan, label, tagging, welcome board bla.. bla.. bla.. sumer saya serahkan pada member kelab keta saya yang memang kejenya as designer hihi~ Memang dah ikat kontrak seumur hidup ngan dia hahaha~ Start dari besday kakak umo 2 tahun + event cukur jambul adik last year.. sumer dia yang design dan tolong printkan hihihi~ Dia pon ada wat job buat kad kawin. Highly recommended! Tapi takde la kedai ke bagai tuh kan.. wat freelance je. Kalo nak try leh usha FB dia 
>> search --> Mohd Hairul Hazli Bakri <<  

Untuk kali nih ada pertambahan berita baik hahaha~ my new Prosboc member ada kedai printing! wallahhhhhh! muahahaha~ by now sumer design submit kat member saya tuh untuk print.. yang paling best op kos sebab FOC kekekeke~


Nih la label-label yang saya print. Yang paling kiri tuh print atas kertas stiker untuk lekat kat gudis bag. Yang tengah untuk lekat kat balang CB ngan banting kat meja CB nanti 
>> ntah betul ke tak namanya banting << Yang paling kanan untuk buat centerpieces meja-meja tetamu nanti. Yang bentuk baju tuh lak untuk banting CB gak nanti.

Nak tengok hasil akhir nanti tunggu gambar pas event yer hihihi~ 


Lastly ialah tagging untuk kapkek saya. Yang nih ada muka kakak dan adik hihi~ Sooo cute!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



♥ My Kids Birthday Party : Candy Bar Jar

10:34 AM 0 Comments
Hihihi berangan nak set up Candy Bar (CB) sendiri kan.. mentang-mentang takde kelas skang.. boleh la angan-angan ini direalisasikan hihi~ Sampai saat nih semua dekoresen ntuk CB dah siap. Untuk deko Candy Jar nih.. barang-barang saya beli kat kedai kat dalam K4 Wangsa Maju >> lupa lak namanya<< huhuhu~ berdepan ngan nagoya.


Barang-barang yang dibeli




Balang-balang nih lak satu jer hak milik saya hihi~ yang lagi dua tuh pinjam dari kengkawan



Candy Jar saya bila dah siap.. yeay!


Next N3 nak citer pasal label lak hihi~