18 November 2011

♥ Kursus + Unofficial Holiday

5:57 PM 0 Comments

Alhamdulillah selamat sampai di Permaisuri Resort, Port Dicson. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air hihihi~ Sambil kursus bawak family sekali untuk wiken holiday. Jimat pon jimat yer tak?

Permaisuri Resort nih is one of Rumah Persekutuan Kerajaan Malaysia. Selain itu dia juga menjalankan operasi hotel biasa dan buka pada orang luar but different rate la kan. Cam apartment yang saya dok nih, apartment dua bilik ngadap laut lagi.. x tau la berapa stendet rate dia.. usually RM250++ la kan [lebih-lebih lagi wiken] but untuk gomen cam saya hanya bayar rate RM40 je semalam. Murah kan? hehehe~

Tapi bukan satu hotel nih dijadikan Rumah Persekutuan. Ada kuota dia. So ikut nasib la dapat ke tak huhuhu~ Lebih-lebih lagi cuti sekolah dah start sok kan.. memang payah la nak dapat.

Selain dari kat PD, Rumah Persekutuan nih gak ada kat beberapa tempat len cam kat Cameron Highland, Tasik Kenyir, Langkawi, Freaser Hill dan Morib. Kalo dulu memang azab la Rumah Persekutuan nih.. memang las choice la untuk duduk bercuti sebab keadaan rumahnyer azab sangat. Yerlah cam jaga tak jaga je kan. Facilities dia pon memang teruk. Memula lu memang tak terpikir pon nak sewa Rumah Persekutuan nih sebab dengar dari pengalaman kengkawan memang teruk sangat. But tuh dulu skang tidak lagi hihihi~ Malah dah jadi rebutan lak.. asik penuh je memanjang.

Skang nih kebanyakan Rumah Persekutuan nih telah disub kan pada hotel swasta. Cam apartment yang saya dok skang nih.. di bawah jagaan Permaisuri Resort. So memang stendet hotel la. Ada swimming pul segala. Pantai pon lawa dan yang penting nih "hotel melayu" hihihi~ means boleh je berendam lam kolam renang tuh kai baju kurung sekalipun hihihi~ Takde la kena pakai swimming suit je cam kebanyakan hotel.

Pada sesapa yang keje gomen yang nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan nih boleh pergi ke laman web Bahagian Perumahan dan Hartanah nih ek. Kat sini ada semua maklumat yang kengkawan nak tau iaitu dari segi harga, kelayakan, jenis penginapan dan lain-lain. 

Okeh. Thats all for today.. nak get ready untuk taklimat malam kang. My hubby jaga anak-anak la ek kat apartment. Tapi konpom si adik akan tido jek [hobi dia] dan kakak pon akan pengsan jap lagi sebab dari tadi turun mandi kolam tak nek-nek huhuhu~




♥ Tahniah Harimau Muda!!! Aummmmm~

12:36 PM 0 Comments

Malam tadi melepak di De' Red Chair, Wangsa Maju bersama geng-geng untuk menyaksikan perlawan peringkat kumpulan bola sepak Sukan SEa, pasukan Malaysia menentang Indonesia. Walaupun ada live kat Dataran Merdeka tapi still ramai gak yang datang menonton kat kedai feberet kami nih. Penuh gak la orang.

Walaupun game malam tadi hanya untuk melengkapkan jadual kumpulan sebab kedua-dua team dah memang konpom masuk semi final, tapi main macam kat final huhuhu~ sebab? kita lawan Indonesia huhuhu~

Sepanjang Sukan Sea kali nih kita dah banyak dengar tentang layanan buruk yang diberikan oleh negara tuan rumah pada atlit-atlit kita. Bukan jer atlit malah kepada wartawan pon kena gak. Dari kes penjurian yang memihak pihak negara tuan rumah [pada game-game yg menggunakan sistem pemberian markah dari juri cam tekwando, terjun dan lain-lain] hinggalah isu pasal pemberita tak dibenarkan wat laporan. Bab tak hormat lagu kebangsaan dan ejek mengejek tuh tak yah cakap la... dah tak heran dah.

Contoh paling kurang ajar boleh lihat kat game malam tadi. Tak hormat lagu kebangsaan negara len langsung. Siap ada peminat dari Indon yang pakai baju mirip jersi pasukan malaysia dan menukar perkataan "Malaysia" kepada "Malingsia".

Dari pembacaan kat page-page Team Harimau Malaya kat FB, dapat tau yang team Harimau Muda malam tadi terpaksa balik ke hotel menaiki Barakuda. Siap ada yang komen barakuda tuh dah jadi kenderaan rasmi untuk team Malaysia kalo men kat Indon hihihi~ So nanti next year kita jadi tuan rumah Piala AFF, kita bagi team Indon nek "Black Maria" polis lak hahahah~ Kaum-kaum dia kat sini pon memang selalu nek kan? huhuhu~

Bila baca komen-komen kat FB memang boleh tergelak sengsorang la. Memacam peel sengsorang but sangat menggelikan hati dan kata-kata mereka sebenarnya benar walaupun disampaikan dalam nada berjenaka.

Anyway congratz to Harimau Muda untuk kemenangan semalam. So kita sebagai juara kumpulan akan menetang Myanmar pada peringkat separuh akhir dan Indonesia akan menentang Vietnam. Walaupun ada yang berpendapat Myanmar tidak lah sekuat mana tapi harus diingat mereka berkongsi mata dengan Vietnam dan kedudukan mereka sebagai naib juara kumpulan hanya bersandar pada perbezaan jaringan. So boleh dilihat bahawa Myanmar adalah sama hebat ngan Team Vietnam.


  
Moga kejayaan akan sentiasa mengiringi pasukan Harimau Muda kita. Sama-sama la kita doakan ek. Dan untuk pengetahuan sumer, peringkat separuh akhir Malaysia menentang Myanmar adalah pada 19hb November 2012 (Sabtu) Jam 4.30 petang [hopfuli dapat tengok coz petang nih dah gerak ke Port Dickson berkursus huhuhu~].

Jom kita enjoy ngan klip jaringan gol kemenangan pasukan Harimau Muda malam tadi. Ada sedikit spesel tentang jaringan tersebut. Gol dijaringkan oleh Syahrul Azwari [pemain yang melepaskan sekurang-urang tujuh (7) peluang terhidang ketika menentang Thailand arituh] pada minit yang ke 18, berusia 18 tahun, memakai jersi no 18 dan berita pasal gol kemenangannya kuar kat paper pada 18 hb.. hihihi~ spesel kan?   



Malaysia.. Tanah Tumpah Darahku!


15 November 2011

♥ Cuti Sudah Habis Broooo~~

8:12 AM 1 Comments

Huhuhu~ hari pertama kerja pas puas bercuti selama 90 hari. Naper tak cukupkan 100 hari je terus kan senang hehehehe~ Dah bagi cornetto nak tutti fruti lak kan? hihihi~

Harinih masuk keje rasa cam time 1st day lapor diri harituh lak. Meja clear. Komputer pon nampak cam 3 bulan tak berusik. Segalanya masih seperti asal hihihi~ Bagus takde keje yang pending. Walaupun saya takde pemangku tapi keje sumer beres [yer la kot sebab tak nampak lak surat "untuk perhatian" saya kat atas meja. Bos pon takde.. MC sampai 2hb Doblas. Big bos pon takde.. ada Hari Ulangtahun RSD.. tengahari baru masuk. Best! Heaven sesangat! hahaha~ jap lagi nak turun kat kantin bawah.. rindu lak rasa. Apa la yang makcik tuh masak arinih. Ada menu baru ke? Setting meja ada tukar ke.. harga makin murah ke.. 

So sesi menampakan diri nih bz bermula skang. Pas makan nak sambung wat esemen lak muahaha~ Tata


04 November 2011

♥ Ops Bersih Almari Kakak

10:41 AM 0 Comments
Harinih hari rajin saya hihi~ 

Today my task is nak clearkan almari kakak. Kalo dulu almari tuh untuk dia sorang so takde la nampak sangat baju dia banyak [walaupun my hubby dah lama bagitau..] but now almari dah kena kongsi ngan si adik. Baju adik takde la banyak [lum banyak lagi..] hanya perlukan satu ruang jek ngan satu laci. So almari tuh masih lagi dikonker oleh si kakak.


Bila dah ngemas nih rasa cam banyak lak baju kakak yang dah muat tersimpan elok lam lemari tuh. Baju dia since umo 6 bulan sampai la umo 2 tahun. Dulu simpan sebab takut-takut kalo next baby pon girl so leh recycle je la baju kakak. Dah dapat boy + kami pon dah decide may b hanya ini je la anak kami or kalo nak tambah pon bio la yang dua beradik nih beso lu.. so boleh la let go baju-baju nih. Sayang sebab baju nih masih elok tapi dok terperap je lam almari. Kang elok-elok leh pakai.. jadi tak boleh lak kang.


Penuh gak la satu bekas plastik wat dok isi baju-baju dia. Saya nek iklan kat FB untuk let go baju-baju, kasut-kasut, eksesori-eksori.. senang kata sumer la ngan harga RM200 sahaja. Tak sampai 5 minit up iklan dah ada buyer. Bagus! pantas kengkawan saya nih hihihi~


Ini lah barang-barang yang saya let go..




Yer! semuanya.. ada la baju-baju basahan yang masih elok pon saya bagi sekali. Bekas ijo tuh pon saya bagi sekali as a free gift hehehe~ Bila dah abih kemas baru la terang skit mata nih ha~




Erk! ada ruang kosong.. so boleh bagi alasan kat hubby nak g shopping lagi.. yippiiiiiiiiiiiiiiiiii~




03 November 2011

♥ Hari Isnin Ialah Hari Men Bowling

4:35 PM 0 Comments
Okeh! dah plan ngan hubby. Oleh sebab saya takde kelas pada setiap ari senin. Kami sepakat membawa berkat.. di kampung hai pening lalat.. mengisytiharkan bahawa hari senin adalah hari training bowling hehehehe~ suka!

Yerlah nak harap sukan len cam time memuda lu takde la nampaknyer kan. Anak dah berderet [erk! dua kira berderet ke?] . So nampak gaya cam sukan nih je la yang kami leh prosidkan keaktifannya huhuhu~ Kenapa men ari Senin? Naper tak men ujong minggu je kan cuti. Sebab kat Endah Parade setiap malam yang esoknyer hari bekerja.. ada pekej 3 game RM10. Tapi pekejnyernyer stat pas kul 10.00 malam. So sesi men bowling kami pada setiap hari Isnin kul 10.30 malam la. 

Selalu member saya akan buking 4 lane [ sebab tak ramai orang pon ] then setiap lane cuma ada 2 orang jek. So laju dan cepat la habih 3 game. Biasanyer b4 kul doblas dah abih dah. Then kami akan sambung ngan sesi melepak kat kedai nasi lemak sambal pedas [yap! pedas giler sambal dia.. tapi ramai je orang makan.. kengkadang time kami datang tuh dah abih pon]. Pung pang pung pang dok berborak.. sesi kutuk mengutuk.. bahan membahan so kul 1 lebih gak la baru gerak balik umah. Kakak ngan adik? Dok sedap tido lam keta. 

Alhamdulillah.. dari kakak sampai la ke adiknyer takde masalah ikut kami g buat apa-apa aktiviti walaupun sampai ke tengah malam or pergi ke tempat yang bising. Sedap je dia tido cam takde apa-apa yang berlaku walaupun tempat bowling tuh memang bising giler [ tuh belum bising gelakkan member bila bola masuk longkang huhuhu~ ]



Arituh saya ada taip nak tunjuk beg bowling pink saya kan? Nih la begnyer.. si kakak sebok nak membawak. Begnyer beso.. leh isi macam-macam barang termasuk la set membuat susu baby [termos + air masak + tin susu + botol susu] serta pampers dan baju tambahan untuk baby hihihi~



Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Alhamdulillah.. Kenduri Dah Selamat Dijalankan

12:40 PM 1 Comments
Hoyeh! arinih leh rest jap dari membuat assignment yang menimbun huhuhu~ 



Alhamdulillah.. kenduri yang diakan pada hari Sabtu arituh telah selamat diadakan dengan jayanya. Thanks pada semua yang membantu menjayakannya. Ekspeceli untuk my parents yang bagi pinjam umah and sponsorship hihihi~ Terpaksa wat kat umah parents di Klang sebab umah kat KL lam Kem Tentera + tingkat 11 + parking takde + masuk kena tinggal IC bagai + MP nanti banyak soal = menyusahkan para tetamu! So umah mak bapak gak la yang jadi pilihan sejak dari dulu hihihi~


Kali nih nak citer preperesen yang tak sempat nak diciter sebelum nih. B4 dis juz sempat nak citer pasal kad jemputan ngan kastem made yassin dan stiker je kan? So kali nih nak sambung lagi citer pasal gudis bag ngan boyan hihihi~ Niat dihati bukan nak menunjuk-nunjuk tau tapi juz nak sharing ngan my readers mana la tau kengkawan lak nak wat majlis untuk anak masing-masing so boleh la try tempat-tempat dan orang-orang yang terlibat lam majlis saya nih.


For ol tetamu yang datang.. tidak pulang ngan tangan kosong. Saya bekalkan ngan gudis bag nih..




Yang kecik cenonit dua bijik tuh untuk semua tetamu. Saja wat dua kaler konon-konon ikut tema la kaler gold coklat hihihi~ Kat lam ada Coklat Muffin ngan 3 bijik coklat. Coklat Muffin tuh saya order dari member kelab keta yang bukak bisnes bakery dan coklat tuh lak saya order dari member saya gak yang keje kat Lembaga Koko Malaysia. Bagus kan kawan ramai? hikhikhik~


Yang beso kaler itam tuh lak untuk kumpulan marhaban, VIP [wah ada VIP githu] sedara mara, kengkawan saya yang dah kawin [ wife je dapat.. hubby dapat yang cenonit tuh ] dan kengkawan ibu ngan ayah saya. Kat lam tuh ada gak Muffin Coklat ngan 3 bijik coklat but then tambah ngan kastem made yasin. Sebenarnya tak tau naper beli kaler itam. Bila dah beli baru terpikir takut kena marah ngan ibu saya.. beli warna itam cam nak berkabung lak. Tapi seb bek ibu saya tak marah hihihi~ may b sebab ada teddy bear comel tuh kot.


Bear telo [ yer la bukan bunga telo kan? hihihi~ ] tuh saya beli kat Bandar Klang. Rm 2.20 je sebatang. Gudis bag lak saya beli kat GM KL yang kat area Chow Kit tuh. Yang kecik 60 sen sekeping yang beso lak RM1.20 sekeping. Beli banyak ke skit ke tetap harga sama sebab memang dah jual ngan harga borong [ kata orang kedai tuh la ]. Loose coklat yg kat lam tuh saya beli dari member. Dia jual RM25 per setengah kilo. Dijual lam bekas-bekas plastik. Memang konpom la satu bekas abih si kakak sorang je yang bedal huhuu~




Untuk kanak-kanak tidak dilupakan hihihi~ saya bagi lolipop coklat untuk semua kanak-kanak dan orang beso gak hihihi~ Hasil tangan my classmate Puan Notti Netti. Gambo kat bat bawah nih amik dari blog kek dia. Thanks Nett!






Now meh tengok boyan for my hero lak.. yippiii~




Nih sehari sebelum majlis. Pasan tak my hero ada lam boyan tuh? hikhikhik~


Kat sini gak saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang terlibat dan membantu saya menjayakan majlis untuk anak-anak saya nih. Thanks to :


1. My parents coz bagi pinjam umah & sponsorhip

2. The best sepupu, Cik Bina [ my children call her ] & the best makcik, Nek Cik coz sudi jadi kendarat.
3. Bakers for Choc Muffin yang sedap & kek kakak yang sangat sedap dan cantik
4. Man [ my x-classmate ] for loose chocolate
5.  Creatively Designed for luvly Kastem Made Yassin & Sticker
6. Kak Emma from Tisya Little Cottage for luvly boyan
7. Nett for cute apam ladybird & choc lollipop
8. Paie Comel for fotograper

Thanks sumer! jasa anda amat saya hargai.. luv u ol kuat-kuat tau..



25 October 2011

♥ Kastem Made Yassin & Sticker

12:21 PM 0 Comments
Yeay! Today dah siap buku kastem made yasin dan sticker gudis bag untuk majlis saya. Dah leh start wif gudis bag la today. Amat berpuas hati ngan kedua-duanya. Pada kengkawan yang berminat nak order gak boleh tengok kat web owner iaitu Creatively Designed atau add Facebook mereka k. 

Kat web dorang ada contoh-contoh design yang ada but korang still leh tuka ikut kehendak korang or folo apa kaler yang korang nak. Mereka akan email contoh design untuk korang tengok lu dan betulkan or tambah apa yang patut sampai la korang puas hati. So inilah dia buku yasin dan stiker gudis bag saya.




So ari khamis nanti dah leh stat ngan masukkan benda-benda lam gudis bag lak. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




24 October 2011

♥ Persediaan Majlis Anak-Anak Saya Bermula

7:51 PM 3 Comments
Today saya dah stat wat preperesen untuk majlis anak-anak saya hari sabtu nih. Soooo exited hihihihi~ Today my job is siapkan kad jemputan. Kastem made ok rare githu! hikhik.. Tahun nih mood rajin dan kretip tetiba ada. Lagipun kan skang masih lagi ngah cuti bersalin so ada la masa nak membuatnya.

Design kad nih adalah hasil usaha my fren dari kelab keta Prosboc iaitu Encik Erol anak Pak Bakri ( but Kakak call him Uncle Eyol huhu~). Dia memang keje lam bidang grafik design. So kalo dah ada kawan-kawan yang terer mereka-reka nih.. apa lagi gunakan la kesempatan dan kebolehan yang ada ngan sebaik-baiknya yer tak? hihi~ Tapi pandai-pandai la edjas jangan dikatakan mengambil kesempatan lak kan? Tak gitu Erol? Hahahaha~ Nanti men bowling kat EP aku banjer ok!

Ini lah design yang telah direka oleh member saya nih hasil dari perbincangan kami berdua ( but sebenarnya more to apa yang saya nak.. dia tukang design lam komputer jek hikhikhik~ ). 





Then bila dah siap design nih. Saya la tukang print dan dekoretnyer. Print kat umah je nok. Jimat skit. Kad nih pon bagi pada kengkawan terdekat. Tak larat nak print banyak huhu~ Namanya pon kastem made so limited edition la ek. Yang lain saya juz wat event kat FB dan tempek mapnyer. Senang!

Bagi mereka-mereka yang mendapat kad pula.. inilah hasilnya bila kad tuh dah siap diprint.



Ada 3 keping - pengenalan + isi kandungan + map. Cam tulis karangan time peksa lak hikhikhik~ Ketiga-tiga keping kad nih pulak saya akan satukan wat cam buku. Nampak tak ujong yang berlubang tuh? Tuh nanti saya akan satukan mereka bertiga menggunakan reben.



K yang belah kiri tuh kad yang telah siap disatukan dan yang belah kanan tuh lak sampulnyer. Sama gak print sendiri kat umah hehehe~



Ini lah kad-kad yang dah get ready untuk dihantar. Gambar diambik di atas printer yang tak renti-renti bekerja dari pagi tadi hahahah~ Hantar by hand jek. Jemputan pon limited more to family dan kenalan terdekat. Yer la nak wat beso-beso mek tak mampu dek non huhuhu~ Cukup lah kita berserdehana je kan?

Pas nih nak siapkan gudis bag dan tunggu kastem made Buku Yassin dan Stiker sampai.. Can't Wait!



21 October 2011

♥ Layan Cinta Elysa Kat Tonton.com.my

3:06 AM 0 Comments
Malam nih ingat nak stay sebab nak mengkadak citer-citer tv yang saya terlepas. Biasa lah student pat time cam saya nih siang keje malam lak ke kelas pastuh balik kelas dah penat terus tido. So bila lapang tuh layan la tengok citer-citer yang terlepas tuh.

Skang nih ngah sebok layan citer Cinta Elysa kat TV3. Citer nih setiap Selasa kul 9 malam so nan ado la teman nak nengoknyer. Seb bek ngan kemajuan teknologi terkini.. cheeewwwaahhhh~ dapat gak saya tengok siaran tertundanya melalu web iaitu kat Tonton.

Nak nengoknyer free tapi kena la tengok seberapa segera pas citer tuh kuar kat tv. Kalo lambat episod-episod yang awalnyer dah kena stat bayo huhuhuu~ Jom layan sinopsis citer nih walaupun citer nih dah sampai episod keenam dah skang kat tv hihihi~

Gambar dari Suhan Post Enterprise

“CINTA ELYSA yang 13 episod ini mengisahkan dilema seorang pemuda, Aril yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang memusuhinya.
Kerana anak-anak lelakinya masih kecil, sebelum bapa saudaranya Jasman meninggal dunia, Jasman mahu dia menjaga seorang anak gadis dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.
Dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. Ibu saudaranya yang membencinya menjadi penghalang, bagaimanapun cintanya dalam diam pada sepupunya Elysa mengikat kuat hatinya di rumah itu. Ketika dia dihalau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, dia nkad membawa Elysa lari bersamanya. Dia kembali menjalani kehidupan sebagai samseng, demi kehidupannya dan menyara Elysa tetapi ditegur Elysa yang mahu Aril mencari rezeki halal deminya dan Aril menerima teguran itu dan beralih berusaha mencari rezeki yang halal demi insan yang dicintainya…”

Hehehehe best giler tengok Botak lam citer nih tapi kurang berkenan ngan imejnyer yang bermisai huhuhu~ Hajat di hati nak tengok sampai episod yang latest tapi abih je tengok episod ke 4 kuar lak mesej nih..


Adehhh~ potong la!! so apa nak buat.. tido je la sok sambung balik huhuhu~ Gud nite!



20 October 2011

♥ Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Budak Kena Langgar

1:47 PM 1 Comments
Rasanya semua dah tau or dah pernah terbaca or dah pernah tengok pon video di Youtube pasal budak kena langgar di China arituh kan. Dah meninggal pon budak tuh. Kesian dia. Tapi tau kah kawan-kawan kenapa orang ramai kat situ wat dek je time kejadian tuh berlaku? Kisah nih saya terbaca dari Facebook yang dishare oleh kawan saya. Pas saya baca sebabnya baru saya terfikir ada logiknyer kenapa orang ramai tak tolong pon budak tuh. 

Kesahihan citer nih tak dapat la dibuktikan tapi kalo kita fikir bebetul.. mungkin itu la yang berlaku kalo orang mula mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain sampai orang lain dah tak berani nak menghulurkan kebaikan. Moga jadi pedoman bagi kita. 

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Ia sebenarnya berkaitan "Culture & What They Have Practice in China"

.Okaylah.. sejak petang semalam memang kecoh pasal video budak dua tahun yang kena langgar dengan van dan lori tapi malangnyee takde sapa pon yang peduli. BUdak malang tuh dh terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tuh buat dek je. Video tuh memang tersebar dengan cepat dan ramai yang marah dengan kejadian nih. Pagi nih pon Hot FM buat topik pasal benda nih. 

Skang aku nak citer fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak g ke China. Kalo korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh beskal or budak kecik yang dipukul atau dibuli or seorang tua yang tiba-tiba diserang heart attack. SILA JANGAN TOLONG!

Ye benar kawan-kawan.. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya korang nak tolong makcik yang jatuh basikal tadi. Katakan makcik tuh patah kaki, maka korang la yang akan menanggung sumer kos perubatan dia sebab korang yang tolong dia.

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tadi sebab ko lah penyebab mak dia jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalo dorang tolong konpom mereka akan tanggung akibatnya. Cerita ini diceritakan oleh opismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tuh penulis tuh bagitau seorang askar (kalo tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba. Kerana prihatin takde sapa yang nak tolong maka askar nih tadi pon bantu la. Anak orang tua nih tadi nampak askar tuh pegang mak dia so dia tuduh askar nih yang tolak mak dia. So askar nih kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tuh.

Nak tau apa pemandu van tuh cakap pasal dia langgar budak tuh? Mula-mula kan dia dah terlanggar budak tuh dan dia berenti sebab terperasan dia dah langgar budak. Masa tuh budak tuh berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang. Dia pikir kalo budak tuh mati, dia cuma kena bayar denda lebih kurang RMB10,000 - RMB20,000 je tapi kalo budak tuh hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup. So dia teruskan langgar budak tuh dengan harapan budak tuh akan mati.

Masyallah.. terukkan? Ini la bakal terjadi bila manusia sentiasa mengambil kesempatan atas kebaikan orang len hingga orang tuh terus fedap nak buat kebaikan. Kita patut bersyukur sebab sekarang di negara kita nilai peri kemanusiaan masih tinggi dan diamalkan [ walaupon tidak bagi segelintir pihak yang bodoh cam kelar baby kat Sarawak tuh! ]. Contohnyer kes kena samun oleh orang yang ditolong, walaupun kejadian tersebut berlaku tapi rakyat kita masih mahu menolong orang. Hospital kerajaan kat negara kita pon bukan la tengok duit semata. Yang penting selamatkan nyawa lu baru citer pasal bil. Tuh pon takde la semahal mana [ spital gomen ek bukan spital swasta ]. 

Hurmmmm~ kesian budak tuh. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik.