♥ Putus Terpaksa : Ziana Zain

Tetiba rasa suka lak dengar lagu nih.. tapi persembahan Kak Ziana masa AJL 28 arituh memang meletup kan? Jom layan video saya jumpa kat youtube

♥ Futsal Tonemen : Inter Saga Club

Pada hari Ahad (23.11.2014) semalam telah berlangsung Pertandingan Futsal Antara Kelab-Kelab Saga di KSL Sports (Setapak) atau dahulu dikenali sebagai Centermart Futsal (Setapak). Pertandingan yang melibatkan 7 (tujuh) kelab kereta saga blm ini dianjurkan oleh kelab FLOC (FL Owner Club). Kelab-kelab yang mengambil bahagian selain dari FLOC sebagai penganjur adalah 
  • Prosboc (op kos masuk kalo tak.. takde la saya nak buat N3 ni hehe~)
  • Saga Tegarianz Owner Club (STOC)
  • X-Treme BLM FL Club (X-Treme)
  • Malaysia Saga SV Owners Club (Mysvoc)
  • Saga Stylo Owners Club (Styloc)
  • G.S.O.C (tak jumpa stand for what huhu~)  
Nama pon blog ahli Prosboc op kos la citer dan gambar lebih menjurus kepada kelab kereta saya sahaja hahaha~ Jangan marah haaaaa~

♥ Hari Keluarga Balai Polis Klang : Bowling

Lama rasanya tak join aktiviti-aktiviti sebagai anak polis nih. Dah ada family dan life sendiri terus tak folo ibu saya untuk aktiviti-aktiviti kepolisian nih huhu~ Tapi tetiba arituh ibu saya ajak join Hari keluarga cum Tonemen Bowling anjuran Balai Polis Klang. Satu team kena ada sorang pompuan katanya tapi staff balai takde pompuan yang nak main so dia suruh saya masuk. Saya pon ok jerrrr~ hehehe~

Simple tonemen juz untuk merapatkan silaturrahim antara staff Balai Klang. Tapi hadiah dia memang lain dari yang lain iaitu barang keperluan dapur hahaha~ Ibu saya dapat tepong untuk cabutan bertuah.. saya lak dapat gula untuk penyertaan berpasukan dan sebotol minyak masak untuk hadiah Tempat Kedua kategori individu hehehehe~

Save sikit belanja dapur bulan ni heheheh~
Cam saya kata tadi nothing much yang boleh dikongsi untuk event ni. Event biasa untuk bersuka ria sesama kakitangan Balai Polis Klang.. tapi seronok dan hadiahnya tuh memang satu idea yang bagus untuk digunakan dalam event-event yang diorganise oleh saya pada masa akan datang muahahaha~ Betul gak kata ibu saya dari bagi medal dok leh wat gantung je.. bek bagi barang camni leh wat cekodok ngan bancuh air teh hehehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. Jap g nak citer pasal tonemen Futsal Intersaga Club dan juga Majlis Graduasi my girl hehe~ XoXo =)

♥ Istana Kecil Kami : Cara Memohon Rumah Selangorku

Saya ada menerima beberapa email, pm di FB dan komen di N3 berkenaan permohonan rumah kos rendah di Negeri Selangor ni. Rasanya saya bukan lah orang yang paling sesuai untuk menerangkan prosedurnya tetapi apa yang saya boleh bantu is saya akan kongsikan cara-cara permohonan dan proses sehingga saya dapat memiliki sebuah rumah seperti sekarang. Harap dapat menjadi panduan untuk rakan-rakan yang ingin memohon rumah seperti ini juga.

PERINGATAN !!! 
N3 dan info ini adalah dari pengalaman saya sepanjang proses membeli rumah jenis tersebut. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya info tersebut tidak tepat atau telah dikemaskini oleh pihak yang berkaitan.


♥ Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2015

Khas untuk kakitangan kerajaan cam saya. Ni saya share jadual pembayaran gaji bagi tahun 2015. Bulan raya kita dapat gaji awal weiiii~ huhu~


♥ Our Produa Alza SE

Alhamdulillah rezeki anak-anak dan bisnes.. ada rezeki untuk kami sekeluarga upgrade pengangkutan seharian daripada Saga BLM kepada Produa Alza SE. Lebih luas dan selesa untuk kami sekeluarga dan yang penting auto haha~ baya-baya skang ni dah tak larat nak layan manual car lagi huhu~

Sebagai rezeki tambahan pula.. sekarang ni pihak Produa tengah giat mempromosikan tawaran terbaru mereka iaitu Jom Beli : Rebate RM2,500* Promosi ini terhad kepada beberapa model terpilih sahaja dan tawaran sah sehingga 31 Disember 2014. Untuk maklumat lanjut boleh ke showroom Produa yang berdekatan dengan anda yer.


♥ Kutu

Antara masalah yang sering menghantui mak-mak yang ada anak sekolah --- KUTU !!!


Adoiiyaiii tak tau nak cegah camaner lagi dah.. mygirl ni jenis kes berulang. Dah puas ibu ayah dia bersihkan sampai ke lobang kutu.. kang selang seminggu dua dia ada balik.. hmmm~ Kami saspek dia dapat dari rakan-rakan sekolah tadika la kot sebab sekolah agama pakai tudung. Kat umah pengasuh pon takde kes kutu. So memang confirm mendapat dari sekolah pagi.

Macam-macam ubat dah guna sampai saya penah potong pendek rambut kakak awal tahun dulu. Takkan nak botakkan pulak kan? Kesian dia sebab tergaru-garu. Lagi-lagi kalo cuaca panas memang terkeruk-keruk la. Tido pon camtuh. So nak tak nak ibu ayah dia ni la yang kena rajin menggodek rambut dia tiap-tiap wiken. Hari kerja biasa memang tak sempat la kan. Nak hilangkan terus mungkin tak tapi usaha la agar benda tuh berkurangan dan sekurang-kurangnya takde kutu hidup atas kepala dia.

♥ Takwim Persekolahan 2015

Oleh kerana kedua-dua anak kesayangan saya dah nak memulakan sesi persekolahan tahun depan.. kakak Darjah 1 dan adik Tadika 4 Tahun. Takwim nih adalah salah satu keperluan penting untuk saya menyusun dan mengatur aktiviti kami sekeluarga bagi tahun depan. Maklumlah family jenis kuat berjalan cam kami ni.. memang tak reti dok diam. Aktiviti kelab lagi.. nak rancang percutian lagi.. nak book tiket air asia awal setahun lagi hehehe~ So kena la rancang agar tak bertindih dengan waktu persekolahan dorang lak.

Takwim nih untuk Negeri Selangor dan sewaktu dengannya sahaja.. untuk melihat takwim penuh boleh rujuk link laman web Kementerian Pelajaran nih ek. 


♥ Bowling Kelab Sukan HTAR 2014

Pada 8 November yang lalu telah berlangsung perlawanan boling anjuran Kelab Sukan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).. my new opis hehe~ Tonemen berlangsung di Setia City Mall (SCM) Shah Alam. One of reason saya suka keje sini ialah sini aktif gila aktiviti dia. Keje baru sebulan dah banyak kali join tonemen bowling dan bola jaring hehe~ best!

Kali ni saya masih tag team dengan kawan-kawan masa menang Bowling Puspanita arituh. Alhamdulillah kami berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan saya berjaya mendapat tempat keempat untuk individu. Kali nih memang saingan kuat-kuat belaka. Lawan satu spital kot.. okey lah ada gak rezeki bawak balik adiah hehe~

Tempat ke-3 keseluruhan untuk kategori berkumpulan
Saya suka hadiah jenis camnih. Hamper dah siap bahagi-bahagi masuk beg hahaha~ puas la anak-anak makan cikedis minggu ni

Tempat ke-4 keseluruhan untuk kategori individu
My Team.. Congratz girlssss~
Hadiah medal untuk kategori individu dan piala untuk kategori kumpulan
Next tonemen adalah pada 30 November ni di Wangsa Walk, KL. Tempat lepak dolu-dolu hehe~ Kali ni ada perbezaan sikit team tapi insyallah cuba buat yang terbaik. Chaiyok! So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

♥ Istana Kecil Kami : Part 4


♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 3 (Klik Sini)

N3 kali ni lebih kepada info tentang cara-cara nak keluar dari kuarters kerajaan sebenarnya. Untuk membolehkan anda merancang perpindahan anda dan untuk elakkan anda buat keje dua tiga kali. N3 sebelum ni saya ada bagitau yang saya pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni adalah fasa pertama penghijrahan iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu lagi di quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. Apakah prosesnya? huhu~ renyah u olssss~ tapi nasib baik before that saya dah dapatkan cukup informasi dari pegawai-pegawai yang pernah menduduki quarters tentang tatacara untuk keluar dari quarters tanpa sebarang masalah. Dari maklumat-maklumat tuh lah saya buat perancangan proses perpindahan saya tuh huhu~

Jalan Satria, KP Tunku Osman Jewa, Kem Kementah

♥ Istana Kecil Kami : Part 3


♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)

Alhamdulillah.. bulan Mei 2014 kami dapat surat untuk datang kolek kunci rumah. Time tuh rasa lega tuh tak dapat nak bayang camner. Lega sebab tak lama lagi kakak dah boleh duduk balik dengan kami.. lega sebab akhirnya rumah tuh dah jadi hak mutlak kami dan yang pasti lega sebab akhirnya kami dah ada rumah sendiri (walaupun kecik) Alhamdulillahhhh~ yippiiiiii!!!!

Jom amik kunci umah
Tiada yang lebih menyeronokkan anak-anak selain taman menan sebelah umah je.. jengok kat tingkap dah nampak

♥ Istana Kecil Kami : Part 2

Ada beberapa minit nak abih keje ni sesaja skrol bloglist.. then baru perasan citer pasal rumah saya terbengkalai rupanya haha~ beria la dulu buat N3 ada part 1 bagai alih-alih Part 1 je la sampai skang hahaha~

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 @ 3.10.2012 (Klik Sini)

Haha~ setahun dah u ollsss~ hampeh tul. Ok skang saya sambung part-part yang berikutnya ek. Kalo rasa panjang kang saya pecah la ikut part-part yg seterusnya. Kalo tak ini je la part yang kedua dan terakhir hehe~

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt sesungguhnya perancangan Dia adalah yang paling baik dan hebat. Kita hanya mampu merancang yang kita rasa dah cukup baik untuk kita. Tapi kadang-kadang kita sedih bila yang terjadi tak seperti apa yang dirancang tanpa kita sedari sebenarnya Allah swt dah rancang yang lebih baik untuk diri kita.

Gambar dari website iBilik.. Memula dapat kunci lu lupa nak amik gambar haha~

♥ Prosboc Dinner 2015

Yeay dah nak akhir tahun.. yippi !!! ini bermakna tibalah masa untuk prepare diri sendiri, hubby dan anak-anak untuk dinner Prosboc. Acara yang memang wajib setiap tahun dengan pelbagai tema yang dipilih. Kawan-kawan sekelab kami ni memang sporting kalo dinner bertema-tema. Time ni la dorang nak pakai lain dari yang lain. Best sangat.

Dinner Prosboc yang pertama diadakan pada tahun 2009 dengan tema "Malam Aneka Ragam". Time ni kami baru setahun berkelab dan masih hingusan lagi bab-bab nak buat event. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Tema ni lebih kepada "sukati ko la nak pakai apa". Ada yang jadi SWAT Team.. Penari Gelek.. Pak Haji.. dan macam-macam lagi.


Followers


up