♥ Resepi Baru Untuk Baby Saya


from google.com

Ok! ada lagi setengah jam nak abih keje.. keje sumer dah beres so boleh la update blog jap. Tadi sebenarnya ngah riki-riki menu baru untuk my baby Uqasya. Now dia dah 9 bulan. Alhamdulillah dah makin bam-bam dan makin cerdas. Dah bijak menilai keadaan hihihi~ Gigi pon dah 4 batang dan banyak lagi akan menyusul (lambat la jalan nampaknya huhu~)

Dulu saya ada citer pasal penyediaan makanan dia yang telah disejuk bekukan. Baca kat sini ek.  Dulu saya hanya guna sayur-sayuran dan buahan-buahan. Now tiba lah masa dia rasa samting new. Bagi dia rasa macam-macam baru lah selera nak makan kan? Kita nih pon kalo hadap benda yang sama je tetiap hari pon jemu gak hihihi~

Start dis month saya dah perkenalkan dia ngan makanan berprotein iaitu ayam dan ikan. Masih lagi direbus dan dikisar (yer la kang bagi seketul-seketul kang tercekik plak karang) dan dicampur ngan sayur-sayuran seperti brokoli + kobis bunga + tomato + lobak (pilih salah satu je bukan sumer hihihi~). Kalo ikan tuh saya guna fishball atau fishcake. Ayam pulak ayam stendet jual kat pasar tapi yang belah isi (time siang saya asingkan yang belah isi untuk my baby). Oleh sebab pengasuh anak saya akan prepare bubur nasi.. so saya hanya prepare lauknyer sahaja. Kalo campo nasi awal-awal nanti cepat basi. 

Cara penyediaan masih sama. Bahan-bahan direbus hingga empuk dan kemudian dikisar. Sebab now my baby dah 9 month.. saya tak lah kisar halus sangat. Bagi cam kena lenyek je so dia boleh rasa dan trening mengunyah. Cara nak bagi dia tak halus sangat jangan letak air terlampau banyak. Cukup untuk bagi benda tuh dapat dikisar ngan jayanya je. NO GARAM + PERASA + MINYAK PLISZ! Bagi saya dia belum bersedia untuk semua tuh. Mungkin bila dah setahun nanti kot. Time kisar and rebus kena buat asing-asing. Jangan sekalikan sebab kadar masa nak empuk antara sayor + ikan + ayam berlainan. Dan kalo nak campurkan tuh bio lah satu lauk + 1 sayor. Contohnyer ikan + brokoli atau ayam + lobak dan boleh tukar-tukar ikut kretiviti. Kalo dah banyak-banyak lam satu lauk kang dah tak tau jadi rasa apa kang hihihi~

Saya baru baca dari blog ibu yang lain yang dorang campur cheese dalam makanan anak dorang. Hmmm~ cam sedap la plak. Nanti nak try gak untuk my baby la. Suka tengok kalo dia berselera makan hihihi~ momen indah seorang ibu. K dah nak balik jengok my baby. Pengasuh dia cuti for today so dia dok kat umah ngan Pakcu dia. Sok keje hafday dan bergerak ke Kuantan lak. Yeay! I like holiday soooooooo much! 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



♥ Prosboc 4th Anniversary + Interzone Bowling @ Kuantan



Orait! pas selesai ngan Fambash + Interzone Futsal kat Ipoh arituh.. bulan nih bala tentera Prosboc akan bergerak pula ke Kuantan, Pahang bagi Sambutan Ulangtahun ke-4 Prosboc dan Interzone Bowling. Kali nih event akan dianjurkan oleh Zon PHG yeay!

Saya gerak ke Kuantan esok pas semayang Jumaat (hopfuli hubby tak kensel last minit cuti hap day dia). Rakan-rakan zon saya yang lain akan bergerak pada subuh hari sabtu. Saya gerak awal sebab plannya taknak bawak baby ke tempat bowling. Bio la dia dok berehat kat hotel wif my youngest bro. Yer la event sehari suntuk nanti camaner dia nak tido.. nak makan.. kesian lak kat dia. Plus saya pon kesian anak-anak kalo gerak ari sabtu coz akan bergerak awal subuh. So then kami pon decide gerak ari Jumaat. Rugi sikit bayo otel tapi tak kesah la demi anak-anak kan.

 Event akan stat pada Jumaat malam dengan sambutan ulangtahun ke-4 Prosboc. Untuk tahun nih kami sambut secara sederhana dan penuh barakah. Kami buat majlis doa selamat dan tahlil di Masjid UIA, Tengku Ampuan Afzan. Esoknyer dari pagi sampai petang akan diadakan tonemen bowling kat Premium Lanes, Kuantan. Malam lak dinner stimbot kat hotel penginapan iaitu City Times Hotel, Kuantan. Besoknyer kami bermandi manda di Gambang Waterpark (event yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak). 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.





♥ Laptop Masuk Air



Sebab sedih so takde mud nak citer awal-awal. Benda jadi last wiken bila umah saya diserang ribut [umah tingkat 11 la katakan]. Kalo kawan-kawan dok area KL mesti pasan sepanjang minggu lepas asik ujan je kan. Tak ujan pagi.. ujan petang.. takpon berterusan sampai malam huhuhu~ Sebelum nih ujan biasa-biasa je tapi last wiken luar biasa lak jadinya.

Al kisah siang tuh saya bersungguh-sungguh siapkan assignment yang terbengkalai [walau hanya ada lagi 4 minggu je nak abih sem]. Penat sangat around kul 2 petang tuh saya join hubby ngan anak-anak tdo siang. Tengah terlelap tuh hati rasa tak sedap terus terjaga around kul 3 petang. Dan memang tul la ujan ngah turun selebat-lebatnya. Patut la tido sedap je. Sejukkkk~ But then tetiba teringat.. Alamak! laptop aku! huhuhuhu~ Terus melompat turun dan g jengok laptop kat bilik sebelah. Seperti diduga bilik dah abih banjir.. sebab? SAYA LUPA TUTUP TINGKAP huhuhu~ Meja belajo saya bebetul kat tepi tingkap lak tuh [nak bagi best view time study la konon-kononnya] yang menambah parah.. saya tak shut down komputer tuh cuma bagi sleep je sebab ingatkan nanti nak sambung balik. Nah kau rasanya meletop-letop cip lam madebod laptop tuh terbaka. Waaaaaaaaaaaaa~ menitik air mata. Seb bek apa yg saya dah buat b4 date dah sep lam haddisk huhu~

Laptop tuh saya lap je. Tak berani nak on sebab mungkin akan menambahkan keparahannya huhuhu~ terus call sepupu saya yang dok kat Setapak (technician komputer) untuk mengadu nasib. Dia soh anta kat dia time tuh gak. Dengan segera hubby g hanta. Pastuh tunggu je la kat umah sambil mop lantai yang banjir memikirkan nasib laptop kesayangan huhu~

Pas maghrib dapat call katanya laptop tuh memang dah kiok! waaaaaa~ dah agak. Cip dalam madebod tuh dah terbako. Kalo nak beli madebod mahal bek beli baru (ayat stendet) TAPIIIII~ (ada gak tapinyer..) sepupu saya kata bio dia try pas kat member dia yang lebih xpet dan try tengok opinion dia lak. So menunggu lak sampai semalam saya dapat call yang menggembirakan (tapi dalam masa yang sama menyedihkan jugak huhu~) Member sepupu saya boleh repair tapi kos RM300. Takpe la dari nak beli baru lagi banyak ongkosnya. Saya memula tak percaya gak member dia leh betulkan sebab selalu memang kena tuka satu set madebod pon kalo kes-kes camnih.

Nak tau apa yg dia buat? Dia bukak madebod saya dan tukar satu persatu cip-cip yang rosak tuh (ANDA ADALAH DILARANG MENIRU AKSI INI.. HANYA PAKAR SAHAJA YANG BOLEH MELAKUKANNYA). Bio betik! Sepupu saya bagitau bila dia tengok madebod tuh hanya beberapa je yang terbako (beberapa tuh pon banyak gak la) dan kawan dia masih larat nak menuko. Kalo banyak memang dia soh tuka madebod satu set je terus. Kos RM300 tuh pon untuk beli cip-cip yang rosak tuh.

Alhamdulillah.. panjang lagi jodoh laptop tuh ngan saya. Baru pakai setahun lebih kot huhuhu~ Gembira rasanya.. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



♥ Alhamdulillah.. Rezeki Dari Allah


Today keje bz lite-lite jek. So ada la masa nak menggodek-godek keje selain keje hakiki. Tetiba terasa nak check lak status perjawatan saya. Bila check kat laman web SPA katanya surat dah anto bulan lepas. Paham la kan surat-surat gomen nih.. banyak sangat pintu + orang + departmen nak kena lalu baru la sampai ke tangan huhu~ Kira dah bagi time sebulan lebih nih kira orait la kan.

Dengan hati yang tak mengharap apa-apa (cewaahhhh~ kalo tak mengharap takkan la call kan huhu~) saya call la PT yang jaga perjawatan PPT. Baru bagi salam dan bagitau nama + dari departmen mana (stendet protokol call gomen) lum sempat nak bagitau tujuan menalipon terus PT tuh bagitau saya nyer surat dah setel. By today akan dirilis ke P&P Markas Tentera Darat. By tomorrow dah leh dapat kat tangan. Hahahaha~ bagus budak nih tau je apa saya nak tanya kan hihihi~

Bonus tambahan lak.. selain Surat Pengesahan Jawatan dan Surat Pencen.. Kew 8 kenaikan gaji 13% pon dapat gak (takde la teruja sangat sebab gaji dah masuk bulan lepas). Tapi alhamdulillah Kew 8 untuk increment pon kuar sekali. Yeay! Oleh sebab Pergerakan Gaji Tahunan (KGT) saya bulan 1 so saya akan dapat increment untuk 5 bulan sekaligus muahahahaha~ Alhamdulillah rezeki anak-anak. Simpan untuk belanja raya. 

Senang sikit rasa hati bila perjawatan saya dah setel dan konpom. Dah boleh wat loan umah.. stop potong KWSP.. tambah simpanan ASB dan macam-macam lagi. Wat saya bertambah semangat nak kerja gak hihihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




Followers


up