♥ Hectic Day!


Harinih dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Bermula kerja di pejabat hingga tengahari.. tengahari kang ada lunch date ngan member Peska, Syaz and Anis kat KLCC. Syaz nak bagi hadiah besday kakak time kenduri arituh which is dia tak dapat hadir sebab anak tak sihat. Tak sabar rasanyer nak bergosip-gosipan hihihi~ Still lum decide nak g nek LRT or bawak keta huhu~

Then bila abih rehat terus balik umah untuk packing baju.. tak masuk opis kot hihihi~ Malam nih pas kelas nak terus shut ke Muar untuk hadiri majlis perkahwinan best pren Prosbocian Miss Leeya [insyallah malam kang akan bertuko ker status Mrs]. Kul doblas tengah malam kang kumpul kat Azhar Maju, Serdang then lam kul 1 pagi terus shut ke Muar. 

Naper g tetengah malam? Naper tak tunggu pepagi sok? Hihihi tau mesti ada kengkawan yang tanya kan [ada ke?] Yer la sebab saya ada bb so katanya tak bek kuar memalam. Tapi bagi saya biar la bertolak malam ni so sok tak terkejar-kejar. Anak-anak pon leh tido je lam keta. Hubby leh bawak keta rileks-rileks tak kejo masa. Saya leh tido gak.. ops temankan hubby gak hihi~ Dan yang penting tak panas. 

Kalo bertolak sok mesti kena kuar pepagi.. kalo saya n hubby je it should b ok tapi kesian kat anak-anak kena bangun pepagi. Time dorang kekecik nih memang saya bagi kesempatan dorang nak tido sampai tengahari pon takpe. Especeli bb. Bio la saya dah siap berkemas sumer.. siap sapan.. baru dia bangun so saya leh tumpu kat dia lak. Dan biasa la bebudak kecik nah kalo dia ngah sedap tido kita kejut mau ngamuk [si kakak la]. Lagi payah. Selalu kalo situasi nih berlaku saya pas kat ayahnyer la sebab tahap kesabaran saya tak tinggi huhuhu~ Ayahnyer rajin melayan.

Petang nih lak ada presentation [yang tak present-present dari dulu tuh]. Kalo tak konpom memang tak pergi la kelas. Dah la las wik tak g sebab ada kursus kat PD.. tapi seb bek gak kelas kensel sebab lecturer tak sihat [katanyerrr~] so pospon lagi ke dis wik. Rasanyer nih dah kali ke-4 agaknyer pospon. Kalo pospon lagi bek tak yah wat terus. So Nett, chaiyok! chaiyok! untuk present petang nih. Hopfuli kita 1st group so pastuh aku leh terus shut balik umah hihihi~. 

K nak abihkan keje before cuti 3 hari.. Tata


♥ Masih Tak Dapat Terima Kenyataan

Rumah dah siap pahat masih berbunyi.. hurmmm~ rupa-rupanyer Indonesia masih lagi tak dapat nak terima kekalahan kat sea game harituh. Kali nih salahkan pengadil lak sampai nak wat repot kat FIFA dan AFC

GAGAL MEMPEROLEHI EMAS , PENGADIL ATAU WASIT AKHIR ACARA BOLASEPAK SEA GAMES JAKARTA 2011 AKAN DI LAPORKAN KEPADA FIFA DAN AFC



JAKARTA, KOMPAS.com — Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan melaporkan kepada 
FIFA dan AFC terkait kinerja wasit yang memimpin pertandingan final cabang sepak bola SEA Games 
XXVI. Hal itu karena badan sepak bola tertinggi di Indonesia itu menilai Tojo Minoru mengeluarkan 
beberapa keputusan aneh saat memimpin pertandingan Indonesia melawan Malaysia, Senin 21/11/2011.

Ketua Umum PSSI Djohar Arifin Husin.

Hal itu disampaikan oleh Ketua Umum PSSI Djohar Arifin dalam acara syukuran di kediaman Arifin
Panigoro, Selasa (23/11/2011) malam. "Ada yang aneh atas kepemimpinan wasit. Ada dua gol kita 
yang dianulir. Malaysia juga melakukan hand ball di kotak penalti," kata Djohar.

Dalam pertandingan yang berakhir untuk kemenangan Malaysia, Minoru menganulir dua gol yang 
diciptakan Egi Melgiansyah dan kawan-kawan. Gol Titus Bonai pada menit ke-17 dianulir karena 
penyerang asal Papua itu sudah berdiri dalam posisi offside sebelum menciptakan gol. Toju kembali 
menganulir gol Indonesia yang diciptakan Ferdinand Sinaga saat kedua tim melakoni babak tambahan.

Djohar menyatakan, PSSI tidak ingin mencari-cari alasan atas kekalahan yang dialami Indonesia. 
Namun, menurut dia, fair play harus ditegakkan dalam setiap pertandingan. "Fair play telah dirusak. 
Pelajaran dan peringatan jika dipimpin wasit yang merugikan tim mana pun. Jadi, kita akan 
melaporkan ke FIFA dan AFC untuk mempelajari rekaman pertandingan. Kita sangat menginginkan 
emas tetapi dirampas oleh wasit," tegas Djohar.

Indonesia dipaksa harus puas meraih medali perak setelah kalah dari Malaysia lewat adu penalti (3-4) 
setelah imbang 1-1 hingga perpanjangan waktu. Meski kalah dan harus puas dengan medali perak, Egi 
Melgiansyah dan kawan-kawan telah menunjukkan spirit bertarung yang membanggakan bangsa.

Pencapaian tim asuhan Rahmad Darmawan yang sukses melaju ke final itu layak diapresiasi, 
dibandingkan pencapaian pada SEA Games Thailand 2007 dan Laos 2009, di mana "Garuda Muda" 
selalu tersisih dalam penyisihan grup.


Credit To Kompas.com

Biarkan... biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. Lantak p la depa yer tak?


♥ Young Worrior

Nazmi Faiz (Jersi 21) & Syahrul Azwari (Jersi 18)
Yeah! he is only 17 years old. Dah ada 9 caps. Masih boleh men untuk 3 lagi sukan sea. Hasil dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Siapa dia? Dia la Nazmi Faiz


Moga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang berbakat seperti dia. Tapi tak tau la citer lanjut pasal tak amik SPM tuh. Memang betul dia tak amik sebab berkorban untuk beraksi dia Sea Games. Tapi may b kerajaan dan kementerian yang terlibat leh decide something untuk masa depan dia. Skill wif brain is important rite? Moga ada peluang untuk dia duduki peperiksaan penting tuh pas nih.

Keep it up ok.. Jangan terbuai ngan pujian plak pas nih. Jadikan ia pembakar semangat untuk terus berjaya. 
Chaiyok! Chaiyok!





♥Alhamdulillah.. Sudah Tersurat Ia Milik Kita

Hoyehhhhhhh!!! Malaysia Menang!!!!

Credit to HMetro.com
Berbaloi malam tadi kami anak beranak berkampung selama hampir 5 jam kat port biasa kami untuk menyaksikan Final Bola Sepak Sea Game : Malaysia vs Indonesia. Pas citer Dhia kat TV3 abih kul 7.30.. terus shut ke kedai De' Red Chair Station, Wangsa Maju. Op kos dah ramai umat manusia.. member yang datang awal pon terpaksa cop kat belah dalam kedai [bagus gak sebab bawak bb huhuhu~]. 

Bermula kul 8 malam umat manusia dah memenuhi ruang parking depan kedai. Sampai jalan pon terpaksa ditutup huhu~ sumer bersemangat pakai jersi Malaysia. Saya jek pakai baju warna kuning sebab takde jersi huhu~ tapi pasnih nak g beli TShirt Harimau Malaya.. aummmmmm~

Memang cam nak tercabut la jantung nih sepanjang 90 minit + 30 minit + sepakan penalti = masa perlawanan huhuu~ Saspen gilesssssss!!! Berderau darah. Bila Indon score 1st goal penyokong-penyokong yang kat kedai nih terus bersorak memberi sokongan. Walaupun kami tau dorang yang kat Stadium GBK tuh tak dengar tapi tetap nak bersorak hihii~ semangat! semangat!

Bila Malaysia dapat samakan kedudukan.. apa lagi.. lagi gegak gempita la jadinya. Cam pengulas sukan tuh cakap "Tak kira la bagaimana cara para pemain kita nak menghasilkan gol.. yang penting GOL!!!" hahaha~ Mesti kiper Indon tuh tak biasa tangkap ayam idop agaknyer.

Abih masa perlawanan tamat sambung la plak ngan sepakan penalti. saya nih memang seriau kalo sepak-sepak penalti nih. Rasanya better la tau keputusan time full time game dari kena penalti. Tekanannya lebih teruk tapi apapun syabas pada pemain-pemain muda kita yang sentiasa cool jek [dalam hati sapa tau kan]. Lebih-lebih lagi bila berhadapan ngan hampir 100k penyokong tegar Indonesia.

Alhamdulillah.. kalo dah memang tersurat ia rezeki dan milik kita.. bola terkena kiper pon boleh bergolek masuk ke jaring.. yahoooooooooooooooooo!!! Memang meriah bila kita dah meraih kemenangan. Siap ada yang bako mercun cina tuh. Gegak gempita!

Pas game terpaksa la bertapa lama sikit kat kedai sebab jalan jam nak balik umah huhu! yer jam okeh cam baru kuar dari stadium huhuhu~ tapi takpe la leh layan Team Malaysia dikalungkan pingat emas. Lam kul 12 gak la baru sampai umah.

Now.. saya nak kongsikan beberapa citer menarik dan kurang menarik sepanjang game malam tadi. Credit to FB Malaysia National Football Team. Klik link tuk like dan support k!

Yang best gak.. Liverpool FC pon bagi uacapan tahniah pada Team Malaysia. Yang nih official FB Fanpage dorang k.

Berita TV3 malam tadi pon semangat bagi sokongan untuk Team Malaysia. Baca berita pakai jersi malaysia tuh muahahaha~ syabas!!!!


Tapi cam biasa la mesti ada citer tak best gak disebalik ke"best"an kita meraikan kejayaan tersebut. Player nek barakuda? Tuh dh biasa.. kan barakuda kenderaan rasmi team malaysia kalo men kat sana. Nih lagi teruk dan yang paling bangang juga memalukan pihak Indon sendiri as penganjur iaitu Ujian Doping Straight Away After Game Tamat! Tak menyempat! Apa motip pon tak tau. Kalo betul nak wat test pon patut b4 game. Pas game nak buat hapa dah. Ini lah antara taktik kotor pihak penganjur untuk menafikan kemenangan Malaysia. Padan muka kena marah ngan OKS huhuhu~


Lagi satu berita yang menyedihkan is kematian dua orang penyokong Indonesia masa perlawanan malam tadi. Khabarnya mati dipijak di kalangan penonton Indonesia yang ramai tuh huhuhu~ Sekiranya mereka muslim.. sedekahkan lah AlFatihah dan doakan la mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sekiranya bukan.. kita doakan juga yang terbaik untuk mereka. Info dari BolaKompas.com

Tapi apa-apa pun yang penting kita menang dan buat pertama kalinya nyanyian lagu Negaraku berkumandang tanpa gangguan penyokong Indon yang tak reti nak hormat lagu kebangsaan negara len. Iaitu pas kalungan gold medal pada para pemain. Syabas!


What ever it takes.. Bring it on! Go Harimau Malaya!!





♥ Semangat Untuk Team Harimau Muda


Today is the day.. chewahhhh~ Cam orang kata pingat emas sukan bola sepak adalah ibu segala emas.. kalo dapat beratus pon pingat emas tapi emas untuk bola sepak takde.. cam tak lengkap jek hihihi~

So malam nih kul 8 sama-sama la kita bersorak kat depan tv ek. Kalah menang adat permainan tapi bio la kalo kalah tuh kalah bermaruah kan [tapi hopfuli menang la huhuhu~]. Malam nih cam biasa kami lepak kat Restoran De' Red Chair Wangsa Maju tengok bola kat skrin beso. Nak g tengok pakai baju Harimau Malaya, baju lom beli lagi huhuhu~ Pakai baju kuning je la sebagai tanda sokongan.

Untuk menambah lagi semangat warga-warga Malaysia.. jom layan lagu Gemuruh Suara nih.. best!



Gemuruh Suara
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

What ever it takes.. bring it on! Harimau Malaya!!



♥ Alhamdulillah.. Malaysia Ke Final.. Hoyeh!

Gambo credit to Harian Metro
Alhamdulillah.. Malaysia layak ke final. Menang 1-0 hasil haringan Fakri Saarani pada minit-minit akhir perlawanan. Hanya sempat tengok las 20 minit sebab lecturer habih lambat huhuhu~ [walaupun bebudak kursus dah bagi hint-hint soh abih awal.. wat dek jekkk~ Indon kot].


Jom layan video jaringan kemenangan Malaysia..




Final adalah pada 21hb November 2011 jam 8.30 malam. Yahoooooo!!! ari senin so takde kelas so leh tengok.. yippiiiiiiiii~


Skang tunggu next semi final antara Indonesia vs Vietnam nih abih. Hopfuli Vietnam la menang ek. Tapi masa N3 nih ditaip Indon dah lead 1-0 huhuhu~



♥ Kursus + Unofficial Holiday


Alhamdulillah selamat sampai di Permaisuri Resort, Port Dicson. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air hihihi~ Sambil kursus bawak family sekali untuk wiken holiday. Jimat pon jimat yer tak?

Permaisuri Resort nih is one of Rumah Persekutuan Kerajaan Malaysia. Selain itu dia juga menjalankan operasi hotel biasa dan buka pada orang luar but different rate la kan. Cam apartment yang saya dok nih, apartment dua bilik ngadap laut lagi.. x tau la berapa stendet rate dia.. usually RM250++ la kan [lebih-lebih lagi wiken] but untuk gomen cam saya hanya bayar rate RM40 je semalam. Murah kan? hehehe~

Tapi bukan satu hotel nih dijadikan Rumah Persekutuan. Ada kuota dia. So ikut nasib la dapat ke tak huhuhu~ Lebih-lebih lagi cuti sekolah dah start sok kan.. memang payah la nak dapat.

Selain dari kat PD, Rumah Persekutuan nih gak ada kat beberapa tempat len cam kat Cameron Highland, Tasik Kenyir, Langkawi, Freaser Hill dan Morib. Kalo dulu memang azab la Rumah Persekutuan nih.. memang las choice la untuk duduk bercuti sebab keadaan rumahnyer azab sangat. Yerlah cam jaga tak jaga je kan. Facilities dia pon memang teruk. Memula lu memang tak terpikir pon nak sewa Rumah Persekutuan nih sebab dengar dari pengalaman kengkawan memang teruk sangat. But tuh dulu skang tidak lagi hihihi~ Malah dah jadi rebutan lak.. asik penuh je memanjang.

Skang nih kebanyakan Rumah Persekutuan nih telah disub kan pada hotel swasta. Cam apartment yang saya dok skang nih.. di bawah jagaan Permaisuri Resort. So memang stendet hotel la. Ada swimming pul segala. Pantai pon lawa dan yang penting nih "hotel melayu" hihihi~ means boleh je berendam lam kolam renang tuh kai baju kurung sekalipun hihihi~ Takde la kena pakai swimming suit je cam kebanyakan hotel.

Pada sesapa yang keje gomen yang nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan nih boleh pergi ke laman web Bahagian Perumahan dan Hartanah nih ek. Kat sini ada semua maklumat yang kengkawan nak tau iaitu dari segi harga, kelayakan, jenis penginapan dan lain-lain. 

Okeh. Thats all for today.. nak get ready untuk taklimat malam kang. My hubby jaga anak-anak la ek kat apartment. Tapi konpom si adik akan tido jek [hobi dia] dan kakak pon akan pengsan jap lagi sebab dari tadi turun mandi kolam tak nek-nek huhuhu~




♥ Tahniah Harimau Muda!!! Aummmmm~


Malam tadi melepak di De' Red Chair, Wangsa Maju bersama geng-geng untuk menyaksikan perlawan peringkat kumpulan bola sepak Sukan SEa, pasukan Malaysia menentang Indonesia. Walaupun ada live kat Dataran Merdeka tapi still ramai gak yang datang menonton kat kedai feberet kami nih. Penuh gak la orang.

Walaupun game malam tadi hanya untuk melengkapkan jadual kumpulan sebab kedua-dua team dah memang konpom masuk semi final, tapi main macam kat final huhuhu~ sebab? kita lawan Indonesia huhuhu~

Sepanjang Sukan Sea kali nih kita dah banyak dengar tentang layanan buruk yang diberikan oleh negara tuan rumah pada atlit-atlit kita. Bukan jer atlit malah kepada wartawan pon kena gak. Dari kes penjurian yang memihak pihak negara tuan rumah [pada game-game yg menggunakan sistem pemberian markah dari juri cam tekwando, terjun dan lain-lain] hinggalah isu pasal pemberita tak dibenarkan wat laporan. Bab tak hormat lagu kebangsaan dan ejek mengejek tuh tak yah cakap la... dah tak heran dah.

Contoh paling kurang ajar boleh lihat kat game malam tadi. Tak hormat lagu kebangsaan negara len langsung. Siap ada peminat dari Indon yang pakai baju mirip jersi pasukan malaysia dan menukar perkataan "Malaysia" kepada "Malingsia".

Dari pembacaan kat page-page Team Harimau Malaya kat FB, dapat tau yang team Harimau Muda malam tadi terpaksa balik ke hotel menaiki Barakuda. Siap ada yang komen barakuda tuh dah jadi kenderaan rasmi untuk team Malaysia kalo men kat Indon hihihi~ So nanti next year kita jadi tuan rumah Piala AFF, kita bagi team Indon nek "Black Maria" polis lak hahahah~ Kaum-kaum dia kat sini pon memang selalu nek kan? huhuhu~

Bila baca komen-komen kat FB memang boleh tergelak sengsorang la. Memacam peel sengsorang but sangat menggelikan hati dan kata-kata mereka sebenarnya benar walaupun disampaikan dalam nada berjenaka.

Anyway congratz to Harimau Muda untuk kemenangan semalam. So kita sebagai juara kumpulan akan menetang Myanmar pada peringkat separuh akhir dan Indonesia akan menentang Vietnam. Walaupun ada yang berpendapat Myanmar tidak lah sekuat mana tapi harus diingat mereka berkongsi mata dengan Vietnam dan kedudukan mereka sebagai naib juara kumpulan hanya bersandar pada perbezaan jaringan. So boleh dilihat bahawa Myanmar adalah sama hebat ngan Team Vietnam.


  
Moga kejayaan akan sentiasa mengiringi pasukan Harimau Muda kita. Sama-sama la kita doakan ek. Dan untuk pengetahuan sumer, peringkat separuh akhir Malaysia menentang Myanmar adalah pada 19hb November 2012 (Sabtu) Jam 4.30 petang [hopfuli dapat tengok coz petang nih dah gerak ke Port Dickson berkursus huhuhu~].

Jom kita enjoy ngan klip jaringan gol kemenangan pasukan Harimau Muda malam tadi. Ada sedikit spesel tentang jaringan tersebut. Gol dijaringkan oleh Syahrul Azwari [pemain yang melepaskan sekurang-urang tujuh (7) peluang terhidang ketika menentang Thailand arituh] pada minit yang ke 18, berusia 18 tahun, memakai jersi no 18 dan berita pasal gol kemenangannya kuar kat paper pada 18 hb.. hihihi~ spesel kan?   



Malaysia.. Tanah Tumpah Darahku!




♥ Cuti Sudah Habis Broooo~~


Huhuhu~ hari pertama kerja pas puas bercuti selama 90 hari. Naper tak cukupkan 100 hari je terus kan senang hehehehe~ Dah bagi cornetto nak tutti fruti lak kan? hihihi~

Harinih masuk keje rasa cam time 1st day lapor diri harituh lak. Meja clear. Komputer pon nampak cam 3 bulan tak berusik. Segalanya masih seperti asal hihihi~ Bagus takde keje yang pending. Walaupun saya takde pemangku tapi keje sumer beres [yer la kot sebab tak nampak lak surat "untuk perhatian" saya kat atas meja. Bos pon takde.. MC sampai 2hb Doblas. Big bos pon takde.. ada Hari Ulangtahun RSD.. tengahari baru masuk. Best! Heaven sesangat! hahaha~ jap lagi nak turun kat kantin bawah.. rindu lak rasa. Apa la yang makcik tuh masak arinih. Ada menu baru ke? Setting meja ada tukar ke.. harga makin murah ke.. 

So sesi menampakan diri nih bz bermula skang. Pas makan nak sambung wat esemen lak muahaha~ Tata


♥ Insurans Anak-Anak

Alhamdulillah. Same as his sister, my boy pon dah selamat diinsuranskan. Dah dapat pon Policy Documentnyer. Thanks to my agent Azmi Prupartner di atas kerja anda yang amat pantas dan berdedikasi hihihi~

Agent saya nih is my member kelab kereta Prosboc. Bagus kelab keta saya nih. Ada agen insurans, tukang wat kek, tukang design, polis, tentera, JPJ dan macam-macam lagi heheh~ So kalo dah nama member tuh mesti la servis dia pon ok kan sebab kawan-kawan. Kerja pon pantas. Alhamdulillah setakat nih saya amat berpuas hati. Kalo kengkawan pon ada yang nak amik insurans untuk anak-anak leh la kontek kawan saya nih ek [sempat promot jap hihi~]

Ini la Policy Document anak-anak saya berserta medical kad dorang..



Walaupun ibu ngan ayahnyer keje gomen.. saya still rasa yang medical kad nih beri banyak kelebihan pada my kids. Yer la tau je la kan servis spital gomen nih camner. Kalo dah terdesak tuh leh la kalo nak anta my kids ke spital-spital swasta yang jadi panel tanpa perlu bimbang ngan kosnyer yang tinggi.  As parents kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan? Tengok adik dok bawah lampu time baru lahir arituh pon dah wat saya sedih ngan menangis apatah lagi kalo dia lam keadaan yang sakit dan terima lak rawatan yang tak sewajarnya. Mintak la dijauhkan tapi kalo dah terkena gak saya nak la my kids dalam keadaan yang selesa dan menerima rawatan yang terbaik.

Yang best pasal member saya nih ialah dia tak kedekut barang-barang prudential hahaha~ cam pen tuh memang dah berlambak la kat umah. Kalo orang datang umah tuh ada yang ingat saya yang jadi agent hihihi~ Tahun lepas dapat diary jek sebab kakak sorang je yang amik insurans ngan dia kan. So dis year saya dapat diary ngan planner.. yahooo!!



I laik warna merah. Dah stat dah tulis besday-besday orang-orang terdekat.. tanda cuti umum [wajib!] dan tarikh-tarikh penting yang saya dah tau. Cuma tunggu list tarikh gaji tahun depan jek hihihi~ Yang planner beso tuh saya nak wat tulis tarikh-tarikh penting untuk pengajian saya next sem. Tarikh anto assignment.. anto final pojek.. bla.. bla.. bla.. Insyallah next sem will be my last!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Ops Bersih Almari Kakak

Harinih hari rajin saya hihi~ 

Today my task is nak clearkan almari kakak. Kalo dulu almari tuh untuk dia sorang so takde la nampak sangat baju dia banyak [walaupun my hubby dah lama bagitau..] but now almari dah kena kongsi ngan si adik. Baju adik takde la banyak [lum banyak lagi..] hanya perlukan satu ruang jek ngan satu laci. So almari tuh masih lagi dikonker oleh si kakak.

Bila dah ngemas nih rasa cam banyak lak baju kakak yang dah muat tersimpan elok lam lemari tuh. Baju dia since umo 6 bulan sampai la umo 2 tahun. Dulu simpan sebab takut-takut kalo next baby pon girl so leh recycle je la baju kakak. Dah dapat boy + kami pon dah decide may b hanya ini je la anak kami or kalo nak tambah pon bio la yang dua beradik nih beso lu.. so boleh la let go baju-baju nih. Sayang sebab baju nih masih elok tapi dok terperap je lam almari. Kang elok-elok leh pakai.. jadi tak boleh lak kang.

Penuh gak la satu bekas plastik wat dok isi baju-baju dia. Saya nek iklan kat FB untuk let go baju-baju, kasut-kasut, eksesori-eksori.. senang kata sumer la ngan harga RM200 sahaja. Tak sampai 5 minit up iklan dah ada buyer. Bagus! pantas kengkawan saya nih hihihi~

Ini lah barang-barang yang saya let go..


Yer! semuanya.. ada la baju-baju basahan yang masih elok pon saya bagi sekali. Bekas ijo tuh pon saya bagi sekali as a free gift hehehe~ Bila dah abih kemas baru la terang skit mata nih ha~


Erk! ada ruang kosong.. so boleh bagi alasan kat hubby nak g shopping lagi.. yippiiiiiiiiiiiiiiiiii~

  


♥ Hari Isnin Ialah Hari Men Bowling

Okeh! dah plan ngan hubby. Oleh sebab saya takde kelas pada setiap ari senin. Kami sepakat membawa berkat.. di kampung hai pening lalat.. mengisytiharkan bahawa hari senin adalah hari training bowling hehehehe~ suka!

Yerlah nak harap sukan len cam time memuda lu takde la nampaknyer kan. Anak dah berderet [erk! dua kira berderet ke?] . So nampak gaya cam sukan nih je la yang kami leh prosidkan keaktifannya huhuhu~ Kenapa men ari Senin? Naper tak men ujong minggu je kan cuti. Sebab kat Endah Parade setiap malam yang esoknyer hari bekerja.. ada pekej 3 game RM10. Tapi pekejnyernyer stat pas kul 10.00 malam. So sesi men bowling kami pada setiap hari Isnin kul 10.30 malam la. 

Selalu member saya akan buking 4 lane [ sebab tak ramai orang pon ] then setiap lane cuma ada 2 orang jek. So laju dan cepat la habih 3 game. Biasanyer b4 kul doblas dah abih dah. Then kami akan sambung ngan sesi melepak kat kedai nasi lemak sambal pedas [yap! pedas giler sambal dia.. tapi ramai je orang makan.. kengkadang time kami datang tuh dah abih pon]. Pung pang pung pang dok berborak.. sesi kutuk mengutuk.. bahan membahan so kul 1 lebih gak la baru gerak balik umah. Kakak ngan adik? Dok sedap tido lam keta. 

Alhamdulillah.. dari kakak sampai la ke adiknyer takde masalah ikut kami g buat apa-apa aktiviti walaupun sampai ke tengah malam or pergi ke tempat yang bising. Sedap je dia tido cam takde apa-apa yang berlaku walaupun tempat bowling tuh memang bising giler [ tuh belum bising gelakkan member bila bola masuk longkang huhuhu~ ]



Arituh saya ada taip nak tunjuk beg bowling pink saya kan? Nih la begnyer.. si kakak sebok nak membawak. Begnyer beso.. leh isi macam-macam barang termasuk la set membuat susu baby [termos + air masak + tin susu + botol susu] serta pampers dan baju tambahan untuk baby hihihi~



Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


Followers


up