♥ Kastem Made Yassin & Sticker

Yeay! Today dah siap buku kastem made yasin dan sticker gudis bag untuk majlis saya. Dah leh start wif gudis bag la today. Amat berpuas hati ngan kedua-duanya. Pada kengkawan yang berminat nak order gak boleh tengok kat web owner iaitu Creatively Designed atau add Facebook mereka k. 

Kat web dorang ada contoh-contoh design yang ada but korang still leh tuka ikut kehendak korang or folo apa kaler yang korang nak. Mereka akan email contoh design untuk korang tengok lu dan betulkan or tambah apa yang patut sampai la korang puas hati. So inilah dia buku yasin dan stiker gudis bag saya.



So ari khamis nanti dah leh stat ngan masukkan benda-benda lam gudis bag lak. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Persediaan Majlis Anak-Anak Saya Bermula

Today saya dah stat wat preperesen untuk majlis anak-anak saya hari sabtu nih. Soooo exited hihihihi~ Today my job is siapkan kad jemputan. Kastem made ok rare githu! hikhik.. Tahun nih mood rajin dan kretip tetiba ada. Lagipun kan skang masih lagi ngah cuti bersalin so ada la masa nak membuatnya.

Design kad nih adalah hasil usaha my fren dari kelab keta Prosboc iaitu Encik Erol anak Pak Bakri ( but Kakak call him Uncle Eyol huhu~). Dia memang keje lam bidang grafik design. So kalo dah ada kawan-kawan yang terer mereka-reka nih.. apa lagi gunakan la kesempatan dan kebolehan yang ada ngan sebaik-baiknya yer tak? hihi~ Tapi pandai-pandai la edjas jangan dikatakan mengambil kesempatan lak kan? Tak gitu Erol? Hahahaha~ Nanti men bowling kat EP aku banjer ok!

Ini lah design yang telah direka oleh member saya nih hasil dari perbincangan kami berdua ( but sebenarnya more to apa yang saya nak.. dia tukang design lam komputer jek hikhikhik~ ). 





Then bila dah siap design nih. Saya la tukang print dan dekoretnyer. Print kat umah je nok. Jimat skit. Kad nih pon bagi pada kengkawan terdekat. Tak larat nak print banyak huhu~ Namanya pon kastem made so limited edition la ek. Yang lain saya juz wat event kat FB dan tempek mapnyer. Senang!

Bagi mereka-mereka yang mendapat kad pula.. inilah hasilnya bila kad tuh dah siap diprint.



Ada 3 keping - pengenalan + isi kandungan + map. Cam tulis karangan time peksa lak hikhikhik~ Ketiga-tiga keping kad nih pulak saya akan satukan wat cam buku. Nampak tak ujong yang berlubang tuh? Tuh nanti saya akan satukan mereka bertiga menggunakan reben.



K yang belah kiri tuh kad yang telah siap disatukan dan yang belah kanan tuh lak sampulnyer. Sama gak print sendiri kat umah hehehe~



Ini lah kad-kad yang dah get ready untuk dihantar. Gambar diambik di atas printer yang tak renti-renti bekerja dari pagi tadi hahahah~ Hantar by hand jek. Jemputan pon limited more to family dan kenalan terdekat. Yer la nak wat beso-beso mek tak mampu dek non huhuhu~ Cukup lah kita berserdehana je kan?

Pas nih nak siapkan gudis bag dan tunggu kastem made Buku Yassin dan Stiker sampai.. Can't Wait!




♥ Layan Cinta Elysa Kat Tonton.com.my

Malam nih ingat nak stay sebab nak mengkadak citer-citer tv yang saya terlepas. Biasa lah student pat time cam saya nih siang keje malam lak ke kelas pastuh balik kelas dah penat terus tido. So bila lapang tuh layan la tengok citer-citer yang terlepas tuh.

Skang nih ngah sebok layan citer Cinta Elysa kat TV3. Citer nih setiap Selasa kul 9 malam so nan ado la teman nak nengoknyer. Seb bek ngan kemajuan teknologi terkini.. cheeewwwaahhhh~ dapat gak saya tengok siaran tertundanya melalu web iaitu kat Tonton.

Nak nengoknyer free tapi kena la tengok seberapa segera pas citer tuh kuar kat tv. Kalo lambat episod-episod yang awalnyer dah kena stat bayo huhuhuu~ Jom layan sinopsis citer nih walaupun citer nih dah sampai episod keenam dah skang kat tv hihihi~

Gambar dari Suhan Post Enterprise

“CINTA ELYSA yang 13 episod ini mengisahkan dilema seorang pemuda, Aril yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu saudara yang membencinya dan sepupu-sepupu yang memusuhinya.
Kerana anak-anak lelakinya masih kecil, sebelum bapa saudaranya Jasman meninggal dunia, Jasman mahu dia menjaga seorang anak gadis dan dua anak lelakinya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.
Dalam dilema dirinya yang juga dianggap pemuda bermasalah, dia cuba mengikut amanat itu. Ibu saudaranya yang membencinya menjadi penghalang, bagaimanapun cintanya dalam diam pada sepupunya Elysa mengikat kuat hatinya di rumah itu. Ketika dia dihalau pergi dari rumah oleh ibu saudaranya, dia nkad membawa Elysa lari bersamanya. Dia kembali menjalani kehidupan sebagai samseng, demi kehidupannya dan menyara Elysa tetapi ditegur Elysa yang mahu Aril mencari rezeki halal deminya dan Aril menerima teguran itu dan beralih berusaha mencari rezeki yang halal demi insan yang dicintainya…”

Hehehehe best giler tengok Botak lam citer nih tapi kurang berkenan ngan imejnyer yang bermisai huhuhu~ Hajat di hati nak tengok sampai episod yang latest tapi abih je tengok episod ke 4 kuar lak mesej nih..


Adehhh~ potong la!! so apa nak buat.. tido je la sok sambung balik huhuhu~ Gud nite!



♥ Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Budak Kena Langgar

Rasanya semua dah tau or dah pernah terbaca or dah pernah tengok pon video di Youtube pasal budak kena langgar di China arituh kan. Dah meninggal pon budak tuh. Kesian dia. Tapi tau kah kawan-kawan kenapa orang ramai kat situ wat dek je time kejadian tuh berlaku? Kisah nih saya terbaca dari Facebook yang dishare oleh kawan saya. Pas saya baca sebabnya baru saya terfikir ada logiknyer kenapa orang ramai tak tolong pon budak tuh. 

Kesahihan citer nih tak dapat la dibuktikan tapi kalo kita fikir bebetul.. mungkin itu la yang berlaku kalo orang mula mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain sampai orang lain dah tak berani nak menghulurkan kebaikan. Moga jadi pedoman bagi kita. 

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Ia sebenarnya berkaitan "Culture & What They Have Practice in China"

.Okaylah.. sejak petang semalam memang kecoh pasal video budak dua tahun yang kena langgar dengan van dan lori tapi malangnyee takde sapa pon yang peduli. BUdak malang tuh dh terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tuh buat dek je. Video tuh memang tersebar dengan cepat dan ramai yang marah dengan kejadian nih. Pagi nih pon Hot FM buat topik pasal benda nih. 

Skang aku nak citer fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak g ke China. Kalo korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh beskal or budak kecik yang dipukul atau dibuli or seorang tua yang tiba-tiba diserang heart attack. SILA JANGAN TOLONG!

Ye benar kawan-kawan.. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya korang nak tolong makcik yang jatuh basikal tadi. Katakan makcik tuh patah kaki, maka korang la yang akan menanggung sumer kos perubatan dia sebab korang yang tolong dia.

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tadi sebab ko lah penyebab mak dia jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalo dorang tolong konpom mereka akan tanggung akibatnya. Cerita ini diceritakan oleh opismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tuh penulis tuh bagitau seorang askar (kalo tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba. Kerana prihatin takde sapa yang nak tolong maka askar nih tadi pon bantu la. Anak orang tua nih tadi nampak askar tuh pegang mak dia so dia tuduh askar nih yang tolak mak dia. So askar nih kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tuh.

Nak tau apa pemandu van tuh cakap pasal dia langgar budak tuh? Mula-mula kan dia dah terlanggar budak tuh dan dia berenti sebab terperasan dia dah langgar budak. Masa tuh budak tuh berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang. Dia pikir kalo budak tuh mati, dia cuma kena bayar denda lebih kurang RMB10,000 - RMB20,000 je tapi kalo budak tuh hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup. So dia teruskan langgar budak tuh dengan harapan budak tuh akan mati.

Masyallah.. terukkan? Ini la bakal terjadi bila manusia sentiasa mengambil kesempatan atas kebaikan orang len hingga orang tuh terus fedap nak buat kebaikan. Kita patut bersyukur sebab sekarang di negara kita nilai peri kemanusiaan masih tinggi dan diamalkan [ walaupon tidak bagi segelintir pihak yang bodoh cam kelar baby kat Sarawak tuh! ]. Contohnyer kes kena samun oleh orang yang ditolong, walaupun kejadian tersebut berlaku tapi rakyat kita masih mahu menolong orang. Hospital kerajaan kat negara kita pon bukan la tengok duit semata. Yang penting selamatkan nyawa lu baru citer pasal bil. Tuh pon takde la semahal mana [ spital gomen ek bukan spital swasta ]. 

Hurmmmm~ kesian budak tuh. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik.









♥ Uqasya 2 Month Check Up

Picture from www.utopia-of-love.blogspot.com
Today my boy ada appointment untuk umo 2 bulan di Klinik Kesihatan Desa Tun Hussein Onn (KKDTHO). Sumer ok.. berat pon nek sekilo to 4.2 kilos. Check up kali nih bermakna bermula la enjek yang diberi nama Enjek 5 Serangkai huhuhu~ Enjek yang memungkinkan baby anda demam.

Kita sebagai ibu bapa kena lah ambik tau gak benda-benda yang dienjek lam badan anak-anak kita kan. Walaupun benda tuh kita buat sebab memang dah tersurat lam buku check baby tapi maklumat tambahan dan info yang berguna juga amat penting untuk kita tau. Jangan sesenang jek nak serah peha baby kita untuk dienjek tanpa kita tau sebab musababnyer. 

Ini adalah sedikit info pasal Enjek 5 Serangkai nih hasil bacaan saya dari intenet. Adalah dimaklumkan bahawa maklumt ini adalah hasil bacaan dan pemahaman saya melalui pembacaan-pembacaan tersebut. So jangan la plak ia digunakan sebagai sumber rujukan yang utama ek.

Kenapa dinamakan atau dipanggil Enjek 5 Serangkai sebab dia mengandungi kombinasi vaksin Hip + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis. Vaksin nih diberikan melalui suntikan dipeha. Vaksin nih penting bagi mengelakkan bayi anda dijangkiti penyakit Diphtheria. Diphtheria pulak ialah penyakit pernapasan yang disebabkan oleh bakteri dan beracun. Diphtheria menyebabkan selubung tebal di belakang tenggorokan (leher). Gejala-gejalanya adalah radang tenggorokan dan demam tingkat rendah yang muncul secara bertahap. Penyakit nih menular melalui batuk dan bersin.


Mengapa bayi kita perlukan vaksin nih? Diphtheria menyebabkan komplikasi seperti masalah dalam pernapasan, kelumpuhan, gagal jantung, dan bahkan kematian. Sebab tuh vaksinasi sangat disyorkan untuk semua orang yang belum pernah melakukannya untuk mencegah Difteri dan komplikasi yang mungkin muncul. Bak kata orang keje Kementerian Kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.

Komplikasi dari penyakit nih ialah ttoksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru). Penyakit ini adalah amat berbahaya dan boleh membawa kepada kematian. 

Itu la serba ringkas pasal enjeksen n kenapa baby kita kena amik enjeksen tersebut. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Kisah Salesgirl Yang Takde Nilai Sivik


Kali nih mau citer pasal kejadian yang berlaku semalam semasa saya sedang berwindow shopping di Plaza Masalam, Shah Alam semalam. Niat ke sana nak kolek ic my boy kat JPN tuh. Alang-alang dah sampai sana g la ronda-ronda sat. Time ronda-ronda tuh saya termasuk la satu kedai jual baju-baju budak yang berdekatan ngan kedai Nyonya Kitchen. Pada sapa yang selalu g sana mesti tau kan. Tak leh mention namanyer kat sini kang kena saman lak huhuhu~

Saya nih memang pantang masuk kedai yang jual baju budak-budak biasa la pemboros huhuhu~ Tapi pas kejadian yang berlaku nih saya memang tobat la nak g kedai tuh lagi. Panjang beno intronyer bila nak citer nih yer tak hihihi~ Jap ngah menunggu idea sampai bagi menerangkan kejadian tersebut dalam bentuk dan penggunaan frasa yang paling berhemah.

Ok! Dah masuk kedai tuh saya pon belek-belek la baju-baju lam kedai tuh. Pekedainyer ada lima orang [ tak tau la memang staff kedai tuh atau staff kedai tuh bawak kawan-kawan dia dok melepak ]. Time tuh lak hanya saya je customer yang ada lam kedai. Bila saya masuk n belek-belek baju, kesemua lima-lima staff tadi folo saya. Kalo nak assist may b sorang cukup la kot kan nih tak kesemua lima-limanyer folo saya membelek barang. Memang sebab boring takde keje atau may b sebab takut saya nak mencopet baju lam tuh [ time tuh beg sandang saya leh tahan beso la ]. 

Saya pon wat dono la sambil terus membelek baju-baju [lebih kepada membelek harga sebenarnya ] sambil diiringi hilai tawa dan sore dorang sumer berborak. Bayangkan sambil ngekor saya sambil dorang dok berborak dalam nada sore yang tinggi [ bagi saya la.. dah saya sorang je lam tuh  n suasana bukan bising pon.. bising pasal dorang yer la ]. Tetiba salah seoarang dari minah staff tadi bersin dan tanpa segan silu dan tawaduknyer DIA DENGAN SELAMBA KODOKNYER DISAKSIKAN DENGAN MATA SAYA SENDIRI, MENGAMBIL BAJU YANG KAT ATAS RAK TUH WAT TUTUP IDUNG DIA. BAJU YANG DIA AMBIL ADALAH BAJU UNTUK DIJUAL DAN BARU TADI SAYA DOK BELEK!!!

Erk! Saya masih berfikiran positif sebab biasa la kalo idong dah gatal nak bersin tuh kita pon pakai capai je la apa pun untuk tutup idong kan sebab time bersin selalu kita tutup mata mana la nampak kan. But bagi kita yang waras nih selalu capai towel or tisu or paling teruk pon capai ujong baju sendiri. So saya positif thinking yang dia akan segan ngan saya n amik baju tuh g letak kat dalam dan takkan dijual.

Tapi nan ado! dia leh bantai gelak ngan kengkawan dia. N kengkawan dia yang lagi pat orang tuh pon memang otak tiga suku dok ketawakan dia. Saya yang sengsorang nih dok terkebil-kebil sebab dia juz letak balik baju tuh kat tempat dia capai tadi. May b dia ingat saya tak pasan kot tapi kalo dah bersin ngalahkan gajah takkan la saya tak terperanjat n tak tertengok dia kan? 

Adoiyaiiiiiiii terus potong niat saya nak membeli belah kat situ. Terus kuar dari kedai tuh n tak berpaling lagi [ cam lagu Slam lak huhuhu~ ]. Kalo ikut hati mau gak bambu budak tadi tuh tapi memikirkan saya hanya sorang dan mereka berlima tak jadi la nak wat kepoh.

Haih! takde kesedaran sivik langsung! Then memang tak reti malu or segan dengan orang. Apa la nak jadi ngan bebudak skang [ saya rasa orang tuh budak lagi sebab tak leh nak pikir guna otak atau dalam erti kata lain masih mumaiyiz ]. Bengong tul. Kalo pikir-pikir memang geli tul. Ntah berapa banyak la baju yang ada lam kedai tuh yang ada sisa-sisa kumbahan dorang n mungkin gak baju yang saya belek-belek tadi [ sebelum kejadian tersebut berlaku ] ada sisa-sisa tuh n saya dah terpegang. Adeh! rasa cam nak samak pon ada tangan nih.

Huhuhu! potong betul la! Terus g Tutti Fruti makan eskrim bagi menyejukkan kembali hati.



♥ Uqasya 2 Month

Alhamdulillah.. today my baby dah genap 2 bulan. Tak tau la berat dah bapa skang next wik baru nak g chekap. Harap-harap nek la tak larat nak dengar ceramah dari  nurse tuh cam time kakak lu huhuhu~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Kakak Sayang Adik

Hurm~ Orang baru dapat adik la katakan. Dibelai-belai dimanja-mana la. Bila si adik nangis dia dulu sampai kat adiknyer. Semua dia nak buatkan. Nak bagi susu, nak pakai kan baju, nak angkat pon pernah.. adehhhh~ 

Yang len tuh memang kekonpom la saya tak bagi. Tapi one day tuh dia nak bagi susu kat adiknyer. Kesian lak tengok. So saya bagi la dia suap susunyer.. tapi di bawah pengawasan penuh ek. Suka tul dia. 



Tapi tahan seminit jek.. pastuh dia ngadu tangan dia lenguh hahahaha~ Tau pun!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Dellisya 3rd Birthday Part 1

Alhamdulillah.. tanggal 13 Oktober setiap tahun memberi makna yang besar pada kami suami isteri. Pada tarikh tersebut bermakna our little princess dah menginjak umurnya ke satu tahun lagi. Tahun nih bermakna kakak telah menyambut hari lahirnya yang ke tiga. Dah besar dah anak ibu.

Setelah dua tahun buat besday party khas untuk kakak.. tahun nih kakak kena tunggu skit la ek sebab dis year kakak kena kongsi ngan adik hihihi~ Sebab saya bercadang akhir bulan nih nak buat majlis cukur jambul baby so sekalikan je la kan. Jimat pun jimat dan tetamunyer pun orang yang sama gak. 

Tapi oleh sebab kakak nih memang fofular di kalangan member kelab keta saya. Ada ja yang bagi present sempena besday dia. Then pada hari khamis harituh which is her besday, time TT kecil-kecilan di kedai sup member keta, mak angkat dia iaitu Aunty Lin & Uncle Wonder belikan dia sebijik kapkek yang comel. Siap ada pokok n power paf girl lagi hihihi~ comei sangat. Thanks yer Lin & Wonder.


Kapkek Yang Comeiii~

Besday Girl Wif Ayah & Ibu
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Skill Belum Berkarat


Yeah! setelah lama terperap lam stor.. beg pinky saya dah boleh bawak kuar balik? Beg pinky apa? Bukan beg sekolah maupon beg kerja. Ia adalah beg untuk mengisi bola dan peralatan bowling saya [ skang ditambah untuk mengisi pampers, botol susu, selimut dsb ]. Yes beg bowling saya memang besar. Muat kalo nak sumbat sumer benda tuh. Tapi gambo xde la plak. Nanti la next N3 saya tepek gambo beg pink saya tuh ek.

So for the 1st time pas bersalin nih saya dapat men bowling. Quit good hehehe~ Tak la capai hundred tapi around 90++ la satu frame. Ok la tuh kan dah setahun tak men. Kalo men bowling nih tempat yang saya paling suka ialah kat Endah Parade, Sri Petaling. Ala yang kat seberang Stadium Bukit Jalil tuh dan tepi Kesas. Sebab? Lane ok dan kalo hari biasa pas kul 10 malam sampai tutup dia hanya cas RM10 je untuk 3 game. So oleh sebab dis semester kelas saya takde hari senin dah plan ngan hubby nak g men setiap hari Isnin malam. Yippiiii~ leh asah balik skil-skil yang dah berabok nih walaupon bukannyer ada skill sangat pon hihihi~ Baling straight jek. Asalkan spare ngan strike dah la ye tak?

My baby? Alhamdulillah dia seorang yang sungguh memahami. Dok je dendiam tengok lampu pastuh jap-jap tido. Tak merengek pon. Stendet sama ngan si kakak. Memang dedua time baby tak susah nak jaga. Alhamdulillah rezeki saya.

 Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Bertukar Lagi

Hihihi~ Nampak sangat takde keje kan? Perasan tak yang my layout dah bertukar. Kita beralih pada warna biru lak. Sesungguhnya saya nih memang la seorang yang mudah jemu pada sesuatu. Walaupun jenuh kalo nak menukar-nukar template nih coz op kos kena susun balik widget-widget dan susun atur bagai tapi saya suka. Disamping tuh dapat asah lagi pengetahuan saya tentang XHTML coz bila tukau-tukau nih ada la coding-coding yang perlu diubah dan ditambah. 

Seperti biasa layout diambil dari Leelou Blogs. Layout-layout free kat sini memang kena ngan jiwa saya hihihi~ Cantik pon cantik.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Sesi Mencantikkan Buku Check Up Baby

Harinih mood rajin dan kretip tetiba datang. Time ngah belek-belek buku cekap my boy.. terasa nak wat renovesen skit kat buku tuh. Kalo bio nih lelama mau hancur. Dah la nak guna sampai umo 4 tahun pastuh sure tetiap bulan asik guna. Mau lunyai gak nanti. 

My boy punyer buku cekap kira better la dari kakanyer lu. Dulu kakaknyer dapat cam flyers jek. My boy lak dah cam kamus. Tebal giler. Kira komplit la. Siap ada ceklis bila tiap kali cekap dan charts dia pon makin banyak. K berbalik pada operasi mencantikkan buku tadi. Jom share apa yang saya dah buat pada buku my boy nih. Jom bukak kelas deko wiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

Oleh sebab buku nih tebal so payah la kalo nak carik bahagian-bahagian lam tuh. Cam carik bab kat lam buku teks. Kena refer kat isi kandungan pastuh cari muka surat. So untuk memudahkan proses pencarian bab-bab lam buku nih saya telah wat dia nyer separator. Inilah rupanya~



 Separator untuk each month untill 4 year. Cara nak wat? Memula saya print out. Pastuh setiap satu balut ngan clear selotep bagi keras. So jadilah cam lam gambo kat atas. Untuk lekat kan kat buku lak. Pasan tak kat separator tuh ada column kat bawah tuh? Itu adalah bahagian untuk letak dabel side tape seperti ini~



 Pastuh saya susun la leklok kat tepi buku tuh folo bab-babnyer. Kendian dari baki kertas yang saya print out tadi timbul lak idea nak wat poket kecik kt kulit belakang buku tuh. Tujuannyer untuk letak appointment kad hospital baby dan saya. Senang je nak wat simple jek~ Takyah la kot saya citer camner nak membuatnyer yer tak.




Ok. Kendian saya balut bukunyer guna plastik cover buku latihan budak sekolah tuh. Bagus lak memumat jek tak yah nak oter-oter. Dan ini lah hasilnyer.. taraaaaaaaa~



Lawa tak? Lawa tak? hihihihi~ yang part nama tuh saya print lelawa sebab nurse tuh selalu salah tulis nama anak saya. Kengkadang Jadi Farezal kengkadang jadi Faezal huhuhu~ Pasnih kalo tak nampak gak tak tau la nak cakap.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


Followers


up