♥ Preparation

Hari-hari cuti bersalin dihabiskan di rumah sahaja huhuhu~ Tapi masa senggang saya skang tengah terisi dengan kebizian nak membuat persiapan majlis kenduri adik dan besday kakak next month. Insyallah tunggu la jemputan saya yer.

Sebenarnya saya dah berkobar-kobar nak wat majlis nih before bersalin lagi ekceli time ngandung arituh. Dah siap sebey dah sumer hihihi~ so skang dah leh terus prosid ngan buking n pilihan yang telah dibuat jek. Dari buaian, gudis, kek, kambing dan segala-galanya saya dah sebey awal-awal. So skang saya tinggal mengkonpomkan dengan tuan punya je dan alhamdulillah semuanya dah selesai. 


Insyallah majlis akan dibuat di rumah parents saya di Klang pada 29 Oktober 2011. Dah komplit sumer nanti saya akan tempek kad jemputan kat blog yer. Sudi-sudi la hadir yer. Nanti leh la kita berkenalan face to face hihih~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




♥ Kembali Bersiaran Selepas Habis Pantang

Alhamdulillah.. dapat kembali bersiaran. Harinih bermakna tamatlah sudah tempoh berpantang saya selama 44 hari. Walau baru abih pantang tapi dah gigih ke kelas sejak dua minggu yang lalu. Nak buek camano.. sapa soh beranak time blajo kan? huhuhuhu~

Dah lama takde N3 baru bukan sebab tengah lam pantang.. tapi ada kisah sadis yang terjadi pada saya semasa ketiadaan saya nih. Netbuk saya telah selamat diranapkan oleh si kakak. Dia ngan konfidennyer dah hentak netbuk comel saya tuh. Bila on skrin kosong je. Bila anta g betulkan kat sepupu saya dia kata motherboard rosak. So tau-tau je la kalo MB dah rosak.. alamatnyer beli baru je la. Ye la kalo betul pon mau makan RM500++ bek beli baru je kan. Baru pon RM999 dah boleh dapat. 

Nak taip N3 guna galaxy tab rasa cam tak best lak.. so terpaksa la redha dengan qada' dan qadar. Dok dendiam je la kat umah ek. Tapi mungkin ada hikmah di atas kejadian nih dan mungkin hubby saya kesian tengok wifenyer yang dah macam katak bawah tempurung or may b takut saya meroyan sebab netbuk dah rosak.. dia offer untuk beli laptop baru. Hip hip hoooraayyyyyyyyyyy!!!! 

Tapi musykil gak apasal bek sangat nak banjer laptop baru kan.. hmmmmm~ tapi takpe la orang kata rezeki jangan ditolak yer tak? Kang banyak tanya kang offer ditarik balik baru padan muka hikhikhik~ 

So berbalik pada cerita pencarian laptop baru tadi. Hari ahad lepas kami g la PAS. Tau tak PAS tuh apa? Plaza Alam Sentral, Shah Alam hihihi~ kena lak timenyer rupanya kat PAS ngah wat PC fair baguih betoi! Cam tau-tau jek hihihi~

Pas penat turun naik.. masuk sumer kedai.. borak ngan sumer pekerja kedai tuh sampai dorang cam naik nyampah ngan saya.. yerlah tanya macam-macam tapi belinyer tak hihihi~ perbandingan harga itu penting.. belilah dengan bijak tul tak? So saya memilih Lenovo Z470. Kali nih dah takde amik netbuk comei-comei lagi. Amik laptop 14" terus. Beso bijik mata nengoknyer hihihi~


Picture taken from www.lenovodomachines.com

Didatangkan dalam 3 warna pilihan iaitu pink, biru dan unggu gelap. Op kos pilihan saya ialah PINK! hehehe~ walaupun hubby saya tak berapa berkenan tapi terpaksa setuju je la ngan pilihan saya. Yerla nak pakainya saya bukan dia hihihi~ Harga ok la mampu dimiliki dan laptop nih guna Core i5 which is the latest and the best di pasaran. Nak tau review lebih lagi sila lawati laman webnyer ek hihihi~

Seperti yang saya taip kat atas tadi.. kalo hubby offer samting mesti ada sesuatu yang akan berlaku huhuhu~ Betul tekaan saya. Kalo dia dah baik sangat belikan saya laptop tuh maknanya dia pon nak beli gak la. So dia belikan saya laptop ngan harapan saya tak bising kalo dia pon beli gak. Nak tau dia beli apa? Nih ha!


Samsung Galaxy Tab 10.1
Dah agak dah.. mesti ada udang disebalik mee. Walhal dia dah ada Galaxy Tab yang lama tuh. So Galaxy Tab yang lama tuh jadi rezeki ayah saya la [ satu cara gak nak amik hati saya ]. Nak bagi pada si kakak memang jahanam la nanti. Lagipun dia kecik lagi kang asik wat men game je. 

So skang memasing dah leh online guna gadget memasing. Takde lagi nak berebut-rebut. Saya pon boleh ke kelas dan membuat assignment dengan hati yang gembira dan mata yang terang hihihi~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Confinement Lady



Alhamdulillah.. harinih sudah hari ke 23 baby saya. Skang nih baby dah tido so boleh la ibunyer berblog sekejap. Awal-awal dulu saya berpantang di rumah MIL di Banting. Pas raya baru balik ke rumah sendiri. Oleh sebab saya bersalin czer so tak boleh la berurut segala time awal-awal dulu. Cuma jaga makan je sebab takut apa-apa jadi pada tempat jahit tuh. After jahitan dah dibuka dan nampak ok so baru skang saya nak stat berurut dan bertungku segala.

So sebab skang dah berpantang sendiri di rumah saya upah Confinement Lady or CL untuk jaga saya. Hasil dari carian kat intenet, FB dan sebagainyer juga pas puas menggodek-godek harga semuanya so saya pilih la sorang CL bernama Kak Suzi. Leh klik nama dia untuk ke FB dia ek.

Rasanya harga yang dikenakan berpatutan. RM80 sehari untuk mandi baby, urut ibu, tungku, pakaikan pilis dan bengkung. Urut dan bertungku satu badan. Memang sedap la dia mengurut. Abih kuar angin sebab dia asik sedawa jek hihihi~ Badan pon rasa segar. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya tak makan jamu lagi sebab baby kuning. So harap pada rawatan dia je la buat masa skang. Pas baby saya dah ok nanti baru nak makan jamu pulak. Tuh pon yang jenis pil la kalo serbuk cam tak lalu plak huhu~

Sebab saya bersalin czer so takde la saya pakai bengkung yang melilit tuh. Memula plan nak pakai yang jenis zig zag tapi akak nih tak galakkan sebab katanya walaupun jahitan saya dari luar nampak cam dah kering dan ok tapi belah dalam kita tak tau. So dia kenalkan saya ngan bengkung yang khas untuk bersalin czer. Dia tak tutup tempat jahit cuma cover perut saja. Cuma RM50 sehelai dan boleh dibasuh.

Alhamdulillah hari nih maknanyer dah 4 hari dia jaga saya. Ikut plan saya amik pekej 7 hari sampai hari ahad. Dia tak tinggal sekali. Pas habis keje dia balik dan datang balik soknyer. Transpot pon sendiri so kita tak yah riso kalo takde orang nak g amik dan hantar balik. Cam saya op kos hubby bekerja so memang takde sapa la nak mengambik dan anto.

So pada bakal-bakal ibu yang sedang mencari CL boleh la kontek dia ek. Siap leh tawar lagi hihihi~ Insyallah akan berpuas hati.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ My Baby Boy

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan putera saya  ^_^


Muhammad Faeezal Uqasya Bin Mohd Faez
16 Ogos 2011
3.1 kg
HAT Tuanku Mizan, KL

Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan dan ucapkan tahniah.. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


Followers